DIkirim oleh annasru di November 29, 2007
Pengalaman menjadi seorang guru cukup mencabar. Sebagai menampung perbelanjaan mencari keperluan ke Perlembahan Nil saya diterima mengajar sebagai guru ganti di SMK Kota. Hari pertama saya dapat rasakan peluh memercik daripada dahi. Berdepan dengan pelajar yang hanya beberapa tahun selang usia saya bukanlah suatu yang mudah. Tambahan saya mengajar di sebuah sekolah mempunyai gelaran sekolah kota sekolah kotor!… Saya mengajar pendidikan Islam tingkatan 3. Suatu hari pelajaran yang diajar berkait dengan proses baligh seorang remaja. Pelajar semacam teruja untuk mengetahui topik yang saya bicaralkan terutama pelajar lelaki. Apabila saya menerangkan bagaimana seoarang budak lelaki baligh, mereka mula bertanya bagaimana pula budak perempuan. Ketika itu saya mula sedar bahawa mereka mula kelihatan keterlaluan. “budok perempuan tahu sendirilah!” saya sedikit mengangkat suara. Semua terdiam dan saya alih topik. Sepanjang berada di SMK Kota saya menyertai usrah insiatif seorang ustaz di situ, Ustaz Rashid. Dia sekarang bekerja di Jabatan Agama Negeri Kelantan selepas beberapa lama disepak seperti bola mengajar hingga ke pedalaman. Suatu hari dalam taklimat Pengetua, pengetua memegang kertas hijau. “Walaupun kertas ini hijau, tetapi tetap biru” katanya. Waktu itu saya melihat sebahagian besar guru serentak berpaling ke arah Us Rasyid. Sah dia orang bulan!. Waktu perhimpunan sekolah, saya perasaan setiap kali lagu Negaraku dinyayikan dia tiada di kerusi. Tahniah ustaz Rasyid. Ustaz berkorban letak jawatan sebagi guru, kerana tidak rela dipermainkan.
Satu-satu ketika sewaktu saya melintas kelas pelajar-pelajar menengah tinggi, mereka membunyi isyarat mulut. Perempuan! Ada yang bersuara “Cikgu, masuk kelas ni lah!” Kotor sungguh sekolah nih!
Apabila saya mendapat gaji, saya hulurkan duit kepada ibu saya. Entahlah saya pun tak ingat ketika itu ikhlaskah saya, tetapi saya seperti yakin menyuakan ratusan wang itu pada bonda “Mun wak belilah gapo2 nok wak gi Mesir tu”
Dikirim dalam Road to Nile Valley | Tagged: Road to Nile Valley | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di November 27, 2007
Apakah lagi yang boleh disifatkan dengan kelakuan dan kerenah yang ditunjjukkan oleh wakil Barisan Nasional dalam Sidang DUN melainkan biadab dan samseng. Bermula hari pertama lagi mereka menunjjukkan fee’l bodoh sombong dengan mengingkari oder Speaker. Ia akan menjadi sejarah yang akan terus dikenang apabila dalam tempoh 17 tahun kerajaan PAS memerintah seorang ahli dewan dihalau daripada dewan kerana kebiadapan yang melampau. Saya hanya berkesempatan menonton sidang tersebut melalui monitor. Hati panas kita kekadang rasa memberontak dengan ketololan yang ditonjolkan oleh mereka, tetapi apabila memikirkan sememangnya itulah tahap dan kualiti wakil BN kita jadi akur dan moga ia menjadi iktibar kepada rakyat yang berhasrat untuk kembali berkerajaankan BN. Kemuncak ketololan mereka apabila wakil Paloh yang bagai dirasuk iblis meluru untuk menyerang Kelaboran. Kita biasa melihat suasana ini di Taiwan atau India tetapi tidak bermimpi senario itu akan berlaku dalam sidang dewan Kelantan yang rata-rata mendakwa memperjuangkan agama dan bangsa. Sepanjang perjalanan dewan berlangsung wakil BN hanya sekadar bertindak sebagai pengacau dengan mengemukakan soalan-soalan yang tidak relevan. Kalau pun ada cadangan, sepatutnya cadangan tersebut telah dilaksanakan sebelum tahun 90 lagi. Sesetengah cadangan itu jika ditanya adakah dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Jawapan pastilah tidak. Selain daripada putar belit angka, respon yang dibangkit oleh pihak pembangkang bersalut dengan sindiran tidak berasas, fakta yang bercelaru dan bahasa yang tidak bermutu. Seperti biasa diakhir sidang wakil pembangkang hanya tinggal beberapa kerat terutamanya ketua pembangkang yang dilihat hanya menjadikan sidang untuk melepaskan geram, emosi dan dendam kesumatnya. Terserlah terang lagi bersuluh sikap mereka yang jumud dan tidak terbuka dalam menerima penjelasan dan pergulungan daripada pihak kerajaan. Kesimpulannya saya melihat bahawa jika mereka inilah kerajaan dan barisan exco bayangan kerajaan negeri Kelantan, bermakna Tanah Serendah Serambi Mekah ini akan dipenuhi dengan pemimpin yang rendah pemikiran, gedebe, pengacau dan paling sadis kerja mereka kelak menendang rakyat.
Dikirim dalam Siasah | Tagged: AnakBuah | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di November 24, 2007
Keputusan Sijil Tinggi Ugama (STU) saya juga cemerlang. Sampai di rumah saya hanya tersengeh kepada ma ayah.
“Ke Mesir doh mun..” ayah saya bersuara tanpa terlebih dahulu melihat slip keputusan saya.
Saya cuba menduga, “Kalu amik STP?”
Ma saya cepat memintas ” Apa ingat mudah ko nak periksa pulak”
Ayah mula menghubungi sepupu saya Dato’ Syukri (siapa lagi kalu bukan tok peti yang sohor itu) Dia mencadangkan saya menghubungi kawannya ustaz Sabri, seorang agen tiket yang menguruskan pemergian pelajar ke Mesir. Tanpa berlengah saya bersama kawan kamcing sekampung, Faiz Namili bergegas ke rumahnya. Saya tidak pergi melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK). Belumur Travel jointventure dengan Institut An Nur. Kami disarankan berkrusus di IAN. Di situlah saya pertama kali mengenali Ustaz Yahya Othman yang menjadi idola saya. Kalamnya bersahaja tetapi penuh bermakna, berterus terang dan tegas. Saya masih ingat “Di Mesir pelajar lelaki yang rambut sampai pinggang pun ada..” Kerana berterus terang itulah kawan saya Faiz tidak meneruskan krusus kerana kebetulan rambutnya panjang tidak sempat digunting ketika itu!
Dikirim dalam Road to Nile Valley | Tagged: Road to Nile Valley | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di November 20, 2007
Seperti yang pernah saya ceritakan bahawa saya adalah pelopor dalam keluarga yang belajar di sekolah arab agama, meski pun ayah saya lepasan Jamie Merbau (nama Maahad Muhammadi dahulu). Selepas saya memaklumkan hasrat untuk ke MML ibu sayalah antara orang yang paling teruja. “Aku daripada abang sulung mun lagi suruh ayah mun hantar sekolah maahad, dia kata boleh ajar” Ma saya merujuk kepada abang saya yang pernah menjadi wira bolasepak negara. Tetapi ibu saya tetap sejuk hati apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan sepasukannya bahawa Salim Mahmud adalah antara pemain yang tidak tinggal solat walau permainan dilangsungkan pada mana-mana waktu sekali pun.
Ringkas cerita keputusan SPM saya agak baik yang melayakkan saya membuat permohoan ke IPT dalam negara. Borang UIA hampir siap saya isi. Kawan saya Ilias mengajak saya ke kampungnya di Balok Pahang. Selepas merayu kepada ibu saya, dimembenarkan dengan syarat jangan terlalu lama. Entahlah kerana minat saya yang tidak bersungguh untuk ke UIA, hampir seminggu saya di Balok. Tempoh tamat hantar borang berakhir. Balik Kota Bharu ma saya tidak kata apa cuma ayah saya ringkas bersuara “Dia nak ke Mesir….” (bersambung)
Dikirim dalam Road to Nile Valley | Tagged: Road to Nile Valley | 3 Komen »
DIkirim oleh annasru di November 19, 2007
Bahang kejayaan Perhimpunan 100,000 10 Nov lalu masih lagi terasa dan masih diperkatakan. Malahan akhbar arus perdana secara berterusan memainkan isu bahawa perhimpunan itu membawa malapetaka kepada negara. Selepas diambil kenyataan peniaga-peniaga terjejas perniagaan mereka, yang hampir keseluruhan peniaga cina, kenyataan dari istana pula cuba diputarbelit sebagai tanda himpunan itu tidak mendapat restu daripada Yang Dipertuan Agong. Soalnya bagaimana ia tidak direstui sedangkan memorandum selamat diterima oleh pegawai istana di Istana Negara pada 10 Novemner lalu
Sehari selepas perhimpunan saya menerima sms daripada anak buah. Katanya dia menerima pandangan daripada bekas-bekas pelajar maahad dan pelajar pondok. Mereka meletakkan hukum bahawa kerja berlarak ke Istana Negara pada hari itu adalah kerja orang tak beriman! Astagrfirullah!! Kerja orang tak beriman? Satu keyataan yang berat..
Allah mensyariatkan sesetengah ibadah bukan semata-mata ia bersifat ubudiyyah. Tetapi masa yang sama Allah Taala menganugerahkan akal untuk kita mengkaji, menganalisis dan mencerakin hikmah d sebalik pensyariaatan sesuatu amalan. Solatul jamaah bukankah suatu perhimpunan harian seorang mukmin yang dikepalai oleh seorang ketua. Ketua (imam) yang sayugia ditaati, juga boleh ditegur sekiranya berbuat kesalahan. Solatul Jumaah bukankah suatu perhimpunan mingguan yang diselitkan dengan ceramah (khutbah) peringatan? Lebih jelas lagi secara tahunan umat Islam seluruh dunia berhimpun, berlarak dan melaungkan slogan-slogan memuji kebesaran Allah Taala dan mengutuk pengabdian dan ketaatan selain dariNya. Bahkan di Mina termasuk dalam wajib melontar anak-anak batu seraya mulut melaungkan kalimah merejam syaitan dan hizbi (parti) nya.
Terbayang-bayang lagi di ruangan mata saya kalimah yang terpapar di telefon. Tindakan orang tidak beriman!. Maknanya tindakan Tok Guru Haji Hadi mengepalai perhimpunan itu adalah tidak beriman. Bagaimana pula terus meredhai penipuan yang dilakukan oleh Umno Barisan Naisonal. Adakah akur kepada penipuan itu orang beriman?
Dikirim dalam Siasah | Tagged: AnakBuah | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di November 17, 2007
1) Ketika saya zaman kanak, di waktu ayah masih boleh memandu saya masih ingat ayah sering membunyikan hon. Bukannya kerana menegur kawan atau hon tanda sokongan demonstarsi. Tetapi hon kerana tidak sabar menunggu bonda yang masih belum sudah bersiap untuk berangkat ke mana-mana. Saya yang duduk di belakang hanya mendengar rungutan penuh skima dari ayah yang hot bila ma lambat. Begitu jugalah apabila waktu pulang. Tanpa memperduli sesiapa ayah menekan hon
2) Kemudian saya dianugerah pula seorang abang ipar. Asalnya daripada Johor. Kawin dengan kakak saya sewaktu menuntuk di United Kingdom. ” Nasrun, pukul 4 petang kita pergi” Maka sebelum 4 petang saya sudah berada di sofa di ruang tamu. Pernah seingat saya kakak dan anak-anak saudara saya yang sudah hampir siap, tetapi ditinggalkan terus abang ipar kerana terlewat beberapa minit!
3) Saya banyak mengenali Ustaz Yahya Othaman sewaktu di Mesir. Setiap kali beliau berkunjung ke sana, maka penyampai berita membuka watikah di bawah pokok kelapa “Wahai sekalian rakyat jelata, Dato’ Paduka Ustaz Yahya akan berangkat ke majlis kita. Maka tepatilah masa..maka tepat masa…maka tepat masa….” Balik sahaja Ustaz Yahya, maka yang asal balik usul yang usul balik asal. Hipokrit belako!!
4) Sekarang saya berketuakan seorang yang mempunyai prinsip yang sama. Kes kerana seorang yang terlewat masuk mesyuarat, mesyuarat itu dibatalkan.
Saya? Saya seperti biasa.
i_Saya akan cuba sedayanya datang lebih awal apabila berjanji kerana bagi saya tidak
menepati janji adalah sifat munafiqin. Kalau saya tidak dapat datang awal seboleh saya maklumkan
ii_Saya berhak untuk balik awal sekiranya majils berlangsung lewat. Orang nak marah saya tak hirau. Itu hak saya. Mun sedak lah magri lewak! Pahtu kecek hak orang selesai bincang dah. Sakiiiit!
iii_Bahkan saya akan balik terus sekiranya majlis yang dijadualkan tidak berlangsung sebagaimana dirancang. Tapi kadang-kadang lah. Banyok kijo lagi nok buat. Bukan nak tunggu demo sajo!!!
Kesimpulannya bukan hot, tapi lepas perasaaan….
Dikirim dalam Pengurusan | Tagged: Inilah Saya | 1 Komen »
DIkirim oleh annasru di November 15, 2007
masa pagi yang diahbiskan di sekolah hanya melibatkan mesyuarat ringkas dan mendokumentasikan surat-surat yang bertimbunan memenuhi meja yang kecil. Seketika sempat melayari youtube ustaz nuruddin al makky yang menjawab isu-isu yang terlontar kepadanya. Lewat 13opm seperti dirancang majlis Perasmian Markaz Pilihanraya Pemuda PAS Kota Bharu disempurnakan oleh Ketua penerangan PAS pusat. Sambutan alhamdulillah. Mungkin faktor markaz yang terletak di tepi terminal bas SKMK menjadikan ia menarik orang ramai untuk turut sama makan free. Kemudian jam 3 bergegas pula ke Berek 12 untuk bersama kaum tua dan muda dalam usrah halaqat. Petang ini, tepatnya 530 (mengikut arahan smslah) ziarah sahabat yang keuzuran. Malam pula sedang menunggu mesyuarat jentera pilihanraya kawasan. Kepenatan?? dusta kalau dikatakan tidak penat. Tetapi kepenatan inilah yang saya akan kemukakan di hadapanNya nanti.
Dikirim dalam Inilah Saya | Tagged: Uncategorized | 4 Komen »
DIkirim oleh annasru di November 15, 2007
Menjadi pengerusi bagi suatu majlis adalah perkara biasa bagi orang yang biasa. Anak buah biasa tanya macamana us boleh berucap di publik. Soalan yang sebenarnya mereka juga boleh jawab. Rasanya tidak ada orang yang secara semulajadi mempunyai kebolehan untuk berada di hadapan, kecuali man rahi rabbih. Jawapan saya terlibat dengan persatuan, cari ilmu dan cubalah
Kelmarin saya menerima panggilan Si Saipudin “enta kena standby pengerusi malam nih”
“Gapo pulok?” terkejut kura-kura
“Azahari sakit perut”. Huh! carilah alasan lain. Sakit jantung ke..sakit hati ke…
“Mana buleh. Petang ni ana mc dah kat Bunut Payong nih”
“Stanby jah!”
“Ustaz Ja?”
“Ustaz Ja kena kuarantin dalam kawasan KB”
“Ketua penerangan kawasan laaa..”
“…………..”
Maka malam tadi terjadilah saya pengerusi kepada Ceramah Sempena Himpunan 100,000 BERSIH di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan JKR 10
YB Dato Taqi, Hj Mahfuz Omar dan YB Dato Husam. Hujan sesekali tidak memberi kesan kepada kejayaan majlis yang diadakan
Saipudin! Lain kali royak la lagi last minute biar ana jadi mc terjun deh. Kalu buleh 10 minit sebelum majlis bermula yek!
Dikirim dalam Pengurusan | Tagged: AnakBuah | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di November 13, 2007
saya sedikit kaget ketika kawan saya che rozu mengkhabarkan salah seorang anak kembarnya kembali ke rahmatullah. ketika itu jam hampir menunjjukkan waktu subuh. Lebih menjadkan saya terkilan kerana belum pun saya menjenguk kedua anaknya, salah seorang sudah terlebih dahulu pergi. Kemudian disusuli kembarnya pula dimasukkan ke wad. Memang kerana kekangan waktu dan komitmen saya gagal untuk menyantuni keluarga yang tabah itu. Sehingga saat inilah saya berpeluang melihat anak manis yang semakin sihat itu. Pastinya ibu dan bapanya telah dijanjikan syurga Allah.. Moga abi dan umminya terus tabah menerima ujian Allah
Dikirim dalam Dedikasi | Tagged: Uncategorized | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di November 12, 2007
Catatan Ringkas
Moga Air Mata Ini yang Akan Menjauhkan Saya dari Neraka
Ana hampir-hampir tak dapat menyertai perhimpunan 10 November. Ceritanya ana di Melaka atas urusan kerajaan daripada 30 Okt- 8 Nov. Suatu tempoh yang menyeksakan, terutamanya teringatkan rumah (homesick). Kerana itu, tidak ada planning untuk terus turun K. Sampai KB malam Jumaat contact habis sahabat kalau ada sit kosong. Semuanya hampa. Kata budak-budak hampehh. Ringkas cerita lepas Solat Jumaat anak usrah yang dok UM Lembah Pantai telefon. “ Ustaz gi nga gapo” “ Tak gi bakali farhan, tak ada sit,” hampalah tu. “Ana ada 2 tiket kosong ustaz!”
Kebetulan seorang lagi anak murid ana juga dok cari-cari orang nak menyelit sama. Maka kami bertiga pun berlepaslah malam itu dengan Ekspress Mutiara.
Ana bukan nak cerita pengalaman peribadi dalam perhimpunan 100,000 itu tetapi teruja melihat gelagat anak-anak buah
1) Anak buah yang duduk di UM mengeluh “olohh rugi la tak kena sembur ustaz”
2) Anak buah seorang lagi cukup teruja walaupun pertama kali menyertai demonstrasi
3) Ketika lesai perhimpunan jumpa lagi 7 orang anak buah dekat Masjid Negara. “Kami baru sampai ustaz. Tok de.. rugi ustaz”
4) Sampai di masjid Jamie jumpa lagi kelompok anak buah. Genyeh mata, buang sisa-sisa cecair chemical.
Perhimpunan bersejarah ini bebrapa kali hampir menitiskan air mata lelaki saya
1) Melihat Tok Guru Presiden yang melangkah gagah di hadapan saya
2) Unit Amal yang mempertahankan jiwa dan fizikal mereka
3) Melihat semangat anak buah yang berkobar, walaupun mereka belum kenal erti perjuangan sebenar
Saya mengharapkan air mata ini kelak yang akan menghalang saya mendekati neraka.
Dikirim dalam Pelbagai | Tagged: AnakBuah | 1 Komen »