AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan November 2007

Inilah saya (Episod 2)

DIkirim oleh annasru di November 12, 2007

Di Maahad Muhmmadi Lelaki saya seperti orang lain. Saya bukanlah seorang yang excallant. Nak kata tercorot pun tak kut. Tapi mula tingkatan satu sampai ke tingkatan 6 (seingat saya la) duduk kelas ke 2. Tiap kali exam sekadar boleh cukup makan.

Hidup saya sewaktu di usia remaja hanya di rumah dan sekolah. Tanpa berselindung itulah kenyataannya. Sewaktu di era persekolahan rendah saya agak aktif di kampung. Bukit mana tak didaki lurah mana tak dituruni. Di kampung saya ada satu padang yang kami panggil Padang Gesek. Sebabnya padang itu dipenuhi dengan timbunan kotak-kotak mancis. Saya pun tak terfikir dari kilang mana kayu-kayu lembut itu datang yang menjadi tempat permainan kami. Kami sering buat kejohanan bola sepak. Saya dan abang saya Ahmad Muslim adalah antara pemain tetap, meskipun sya sering jadi pemain simpanan! Pialanya kami reka daripada bongkah-bongkah kayu. Apa yang saya mahu ceritakan juga, setiap kali bermain kami jadi lupa. Apabila azan baru kami nak berhenti. Apalagi sampai di rumah, bonda sedang menunggu dengan muka menyinga. Tapi entahlah kami macam tak serik. Cuma keadaan-keadaan tertentu abang saya jadi penyelamat. Belum mak saya memulakan serangan dia terlebih dahulu guna taktik saraf. Dibawanya macam-macam cerita sampai ma tak jadi marah, bahkan ketawa. Tapi kadang-kadang menjadi, kadang-kadang merah telinga juga jadinya dipulas.

Ya. Usia remaja saya, tepatnya antara tingkatan 1 hingga tiga antara sekolah dan rumah. Mengalahkan perempuan. Kalau pun di luar saya menolong ayah di dua buah kedai makan miliknya. Kira hebat. Ayah ada 2 cawangan kedai makan yang dia jadi bosnya. ma jadi second bos dan ada kuasa eksekutif. Ayah masuk pejabat seawal subuh. kemudian ma masuk selepas subuh, big bos dah hilang entah ke mana. Bos la katakan…. BERSAMBUNG

Dikirim dalam Inilah Saya | Tagged: | Leave a Comment »

Sebab yang tak berkesudahan

DIkirim oleh annasru di November 12, 2007

Kisah saya dalam blog yang lalu ternyata menyapa respon. maaf…..  kekangan waktu yang terbatas, hambatan komitmen yang tak sudah-sudah, kemahiran yang seadanya dan prasarana yang terhad menjadi punca segalanya… huuh! sebab juga yang menjadi alasan yang tak berkesudahan

Dikirim dalam Inilah Saya | Tagged: | Leave a Comment »

DIkirim oleh annasru di November 12, 2007

SAYA dilahirkan di sebuah perkampungan pinggir bandar Kota Bharu. Kampung Puteh, dikenali juga dengan Paya Senang. Selalunya saya akan menyebut Telipot kepada orang yang kelihatan termangu bila disebut Paya Senang. Kg Puteh mengambil sempena orang putih yang ramai pernah mendiami kawasan itu di zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Fakta ini diperkuatkan dengan kewujudan kediaman yang berkonsepkan Inggeris. Antaranya ada rumah yang mempunyai tempat membakar arang seperti yang kita lihat dalam filem Inggeris. Namun selepas kerajaan Tan Sri Mohamad Yaacob meruntuhkan rumah-rumah tersebut bagi tujuan membangunkan Kota Darul Naim, artifak itu sudah tiada. Saya tak pasti adakah rumah-rumah milik kerajaan di Raja Dewa masih mempunyai ciri asal rumah Inggeris

Saya dalam Keluarga

Saya dilahirkan dalam keluarga yang agak besar. Adik beradik 9 orang. Seorang abang yang dikasihi lebih awal dijemput Ilahi pada tahun 2006. Saya anak keenam. Saya dikatakan pengarang jantung ibu saya, walaupun saya tidak pernah merasa begitu. Mungkin saya menjadi anak bongsu (bongsu jate) dalam tempoh 7 tahun selepas adik-adik perempuan saya yang 3 orang datang. Di kampung suatu ketika dahulu saya dikenali dengan adik. Sekarang gelaran itu sudah hilang melainkan beberapa individu yang masih selesa menggunakannya.

Pendidikan

Barang tentu pendidikan informal daripada orang tua. Ayah saya lepasan Jamie Merbau selepas bersekolah di sekolah majlis. Saya tidak mendapat pendidikan pra. Ayahlah yang memberi didikan agama. Setiap Jumaat kami wajib solat subuh berjamaah (sujud sajadah) Sedari kecil, walaupun saya tak ingat sepenuhnya tetapi boleh menyambung bacaan ayat-ayat Surah Sajadah. Ayah pantang benar dengan nikam (beli kertas 10 sen tikam kena, boleh mainan). Kali pertama dan terakhir saya beli nikam. Saya balik ke rumah ”ayoh ore beli nike sakni” ” Kalu mun beli skali lagi aku tipah palo mun!”

Pendidikan formal saya bermula di SRK Sultan Ismail 1. Sekolah anak-anakanda Al Sultan Kelantan. Saya sempat bersekolah sekali dengan Tengku Mahkota dan Tengku Faris Petra

Apabila hampir tamat darjah 6 saya bersama beberapa rakan merancang untuk ke Maahad Muhammadi. Kami sepakat berjumpa guru besar Sir Mohd Daham. Dia terkejut. Why? Why you all bla bla….(memang sekolah saya kebanyakkan guru speaking omputeh) Akhirnya dia akur untuk sain surat keluar kami. Sampai kolum sport, why its blank? Sport! Sport!. Guru-guru kelas sekolah saya memang tidak akan tulis ruangan sukan melainkan mereka yang mewakili sekolah. Kesempatan diambil oleh kami untuk nyatakan sebanyak mungkin sukan. Football, hockey…… Saya hanya menyatakan badminton. Rupanya ada kalangan rakan saya yang mula kelabu mata. Dek kerana sijil berhentinya ada kenyatan sukan dia mula mengubah destinasi kembali untuk ke Sultan Ismail College (sekolah saluran SRKSI 1)

Pulang ke rumah saya nyatakan hasrat kepada ayah untuk ke MML. Ayah saya kaget seketika. Saya pun kurang arif apa yang difikirkan oleh ayah saya. Kemudian dia tersenyum. Kakak sulung saya melanjut pelajaran ke England, Abang sulung saya pernah menjadi lagenda bolasepak negara, abang saya yang telah pergi meninggalkan rumah besar pada anak isterinya, kakak kedua lepasan USM, abang ketiga lepasan UPM. Apa yang anda nampak. Ya saya adalah perintis mengaji sekolah arab dalam kelurarga!

Bermulalah era baru saya di sekolah arab. Saban hari pulang ke rumah saya bercerita kalimah apa yang saya belajar. Dikun ayam jantan, dajajatun ayam betina……… Peperiksaan saya hanya upaya dapat nombor 4 atau 5 sahaja. 1 hingga 3 dikuasai rakan saya Azhan, Najib, Gunawan dan saya tak ingat yang lain (di mana kalian semua)

  

Dikirim dalam Inilah Saya | Tagged: | Leave a Comment »