AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan Disember 2007

2007 : Tahun Keganasan BN **Truly Umno**

DIkirim oleh annasru di Disember 30, 2007

2007 : Tahun keganasan Umno (TKU). Itulah yang layak dilabelkan kepada Umno dan Barisan Nasional apabila direnteti kepada suasana yang berlaku sepanjang tahun 2007 menenggelam Tahun Melawat Malaysia (TMM 07)

INILAH TAQWIM TAHUN KEGANASAN UMNO (TKU 2007) *Truly Umno*

8 September     – Peristiwa berdarah polis diarahkan menggunakan peluru hidup untuk                                    menghalang ceramah anjuran BERSIH di Batu Buruk

26 September     – Polis diarah bertindak kasar kepada himpunan peguam yang                                                menuntut dibersihkan Badan Kehakiman di Putrajaya

10 November     – Polis menggunakan water canon bagi menimbulkan suasana huru hara                                 perhimpunan aman 100,000 BERSIH yang turut diulas oleh                                                     oleh TV Al Jazeraa sebagai keganasan pihak pemerintah

25 November     – Kerajaan Barisan Nasional menggunakan polis dan FRU bertindak                                         menghalang himpunan kaum India melalui HINDRAF yang mahu                                         membela nasib orang India

26 November     – Dato’ Norzula Mat Diah, wakil BN Paloh bertindak menyerang Zaki                                         Ibrahim wakil PAS Kelaboran dalam sidang Dewan Undangan Negeri                                     Kelantan. Suasana yang sebelumnya hanya boleh dilihat di India atau                                     Taiwan

11 Disember         – 12 orang pimpinan tertinggi pembangkang ditangkap dengan cara                                         paling tidak bermoral. Naib Prisiden PAS dipecahkan kereta ketika                                         menghantar rombongan perkhawinan anaknya. Dato Mustafa Ali                                             disentap kasar di Parlimen

Kita tunggukan pula kelendar keganasan Umno Barisan Nasional 2008! 

Dikirim dalam Siasah | 2 Komen »

SABOTAJ

DIkirim oleh annasru di Disember 26, 2007

Pada tahun yang lain ketika kunjungan Ustaz Yahya Othman ke Mesir kami mengurus dan mengatur pertemuan dengan pihak yang berkenaan sebagaimana yang diarah pihak kerajaan negeri. Ketika itu saya memangku jawatan Setiausaha Keluarga Pelajar-pejalar Kelantan Mesir (KPKM). Tentu sahaja rombongan adalah rasmi dari pihak kerajaan negeri, kami  merujuk kepada pihak kedutaan Malaysia di Kaherah. Salah satu desitinasi ialah Majlis Pendidikan Tinggi Mesir (MPTM). Lantaran kami belum mengenali lokasi pejabat MPTM, saya maklumkan masalah itu kepada pihak kedutaan. Persetujuan diberi bahawa mereka akan menjemput kami di Asrama Kelantan. Pada hari yang ditetapkan sebagaimana dijanjikan, kami menunggu di Rumah Kelantan. Menunggu, namun pihak kedutaan tidak muncul.  Masa semakin suntuk, pihak kedutaan tidak sampai dan gagal dihubungi. Saya mula berpeluh gelisah. Ustaz Yahya memutuskan kita bertolak ke kedutaan. Kesesakan jalanraya di bandaraya Kaherah yang penduduknya 20 juta itu menyebabkan masa kami berlalu di atas kubri (fly over). Sampai di kedutaan, di Tahrir, kami terus bertemu dengan pegawai Jabatan Penuntut Malaysia (JPM). Beliau berberapa kali melahirkan rasa terkilan dengan atas apa yang berlaku sambil tidak mengakui bahawa itu kesilapan daripada pihak JPM. Saya sebagai orang yang bertanggung jawab menyatakan hujjah saya yang tidak mengenali pejabat MPTM. Tetapi sebagai orang atasan mereka tidak akan meletakkan kesilapan atas mereka. Sewaktu makan tengahari di restoran Asrama Kedah ustaz hanya memberi ulasan kepada saya “Sebarang tindakan kita jangan sampai kita disabotaj.”

Dikirim dalam Anekdot Bersama Ust Yahya | Leave a Comment »

Jadi ko Bodo

DIkirim oleh annasru di Disember 22, 2007

Ada orang mengeluh dan memberi komen bahawa kewujudan blog-blog mutakhir ini bukan lagi menjadi keresahan kepada pihak pemerintah, tetapi turut menimbul kegusaran kepada pembangkang. Dahulu kita bersorak apabila Tun Mahathir yang memperkenalkan dasar langit terbuka, rupanya dasar itu menikam dirinya apabila wujud pelbagai web dan blog yang mendedahkan salahlaku, penyelewengan dan kebobrokan pemerintahan maha Firaun itu. Pelbagai saranan dikemukakan untuk menyekat limpahan laman-laman web dan blog daripada terus mengkritik kerajaan. Ternyata media siber sesekali tidak sama dengan media cetak yang boleh dikongkong dengan pelbagai akta. Pihak Kementerian Keselamatan dalam Negeri hanya perlu tidak menjawab permohonan permit bagi mengekang suatu wacana penerbitan. Terutamanya akhbar yang mempunyai genre politik yang diterajui oleh kalangan pembangkang mahupun NGO yang tidak sealiran dengan aspirasi kerajaan. Itulah kebodohan demokrasi Malaysia. Kita berkiblat kepada demokrasi Britain. Jadi ko bodo, Britain entah beberapa kali bertukar kepimpinan, tetapi kita punya menteri yang sudah berkurun jadi menteri walaupun berguni dikaitkan dengan salahlaku, korupsi dan sebagainya.

  Kembali kepada perbincangan blog dan blogers. Kelantan yang sentiasa dikocak (bukan berkocak) politik dan pentadbirannya, dikocak lagi dengan cerita-cerita murahan blog. Itulah..jadi ko bodo apabila cerita-cerita kedai kopi dikutip untuk dipersembahkan dalam blog. Betul-betul jadi ko bodo. Apa guna bermuqadimmahkan kalam Ilahi dan sabdaan Nabi kalau sekadar untuk tunjuk diri biso (terorr) bila tahu maklumat, orang terawal menyebarkannya dan punya target boleh mengemparkan dunia. Memang jadi ko bodo. Mengapa tidak diambil ayat jadi muqadimmah yang mafhumnya “apabila datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka selidiklah kamu” Apa erti fasiq?. Fasiq ertinya dalam loghat Kelantan BENGONG!. Orang fasiq orang bengong! Islam, auta. Bengong la tu. Islam, tapi cakap guna bahasa mencarut. Bengong la tu. Islam tapi minat cerita-cerita yang tak tentu sahih atau tidak. Bengong la tu. Jadi ko bodo sungguh.

Ada mencadangkan untuk menangkis maklumat-maklumat murahan ini dengan cara hantar banyak-banyak bahan ke blog berkenaaan. Hasilnya blog itu akan tepu dengan maklumat sehingga orang jadi jemu dan serabut nak baca. Jangan jadi bengong dah la. Boleh la diterima dan tak berapa jadi ko bodo. Sememangnya hari ini kita tidak terbaca dengan pelbagai blog yang wujud di dunia maya. Tapi sesekali fikir untuk menjawab isu-isu picisan sebegini…..jadi ko bodo….tapi saya….tak la jadi bodo! Moga kita sama menginsafi bahawa “Tidaklah seseorang itu menuturkan kata melainkan ada (di kiri kanannya) Raqib dan Atid” Jangan di akhirat kelak kita yang jadi bodo!

Dikirim dalam Siasah | Leave a Comment »

SAYA BUAT PASPORT BARU

DIkirim oleh annasru di Disember 16, 2007

Suatu kali ustaz Yahya Othman ke Mesir, seperti biasa saya bersama beberapa sahabat bertindak menjemput beliau di International Cairo Airport. Saya terlebih dahulu mengingatkan rakan-rakan, Iskandar dan Husaini tentang sikap ustaz terhadap masa.

“Pergi lewat pun duduk saja juga” kata Hussaini. Lazimnya apabila Ustaz Yahya Othman menjejakkan kaki ke Mesir, paling kurang 1 jam berada dalam airport. Saya jadi akur dengan kata rakan-rakan, lalu tidak bersegera ke Matar Kaherah Ad Dauliyyah .

Tiba masanya kami berada di airport, tanpa disangka ustaz sudah berada di luar! Tentu sahaja kami mengelabah jadinya. Masing-masing tolak menolak untuk berhadapan dengan beliau. Akhirnya saya juga yang kena. Otak ligat mencari idea apakah kalimah yang akan saya keluarkan untuk menyelamatkan keadaan.

“Awal benar keluar sekali ini ustaz, boleh tubik selalu,” saya cuba mengumpan.

“Ya saya juga jadi hairan,” kata ustaz. Alhamdulillah mengena, lega hati kami.

Keesokan harinya ketika sarapan, sebelum menjamah hidangan roti isyh bersama kacang fuul kegemaran ustaz, dia bersuara, “Saya sudah dapat jawapannya, saya buat pasport baru.”

Ketika perjalanan pulang ke tanah air ustaz singgah di Jordan. Sesampainya dia di sana, beliau menelefon kami. “Saya 2 jam ditahan di lapangan terbang Amman.”

Dikirim dalam Anekdot Bersama Ust Yahya | Leave a Comment »

Ustaz Yahya Othman yang kukenali

DIkirim oleh annasru di Disember 10, 2007

Saya mengenali Ustaz Yahya Othman sewaktu mengikuti kelasnya di Institut An Nur (IAN) Jalan Atas Banggol (sekarang sekolah An Nur). Sayangnya institut itu sudah tidak wujud. Walaupun produknya boleh dibilang dengan jari, tetapi terbukti ia mampu melahirkan amalin yang bersetia untuk jamaah Islam. Walaupun saya tidak menamatkan pengajian di situ (atas faktor tertentu) tetapi pertama kali mendengar muhaadharah Us Ya, mengesahkan kepada saya beliau sememangnya seorang yang berprinsip, tegas dan berterus terang. Kawan, Faiz yang saya ceritakan dalam Road To Nile Valley ketika itu menyimpan rambut agak panjang. Tetapi rambutnya tidaklah terlalu terikut ala setan Metalica atau Deep Purple yang menjadi kegilaan remaja ketika itu. Ustaz hanya menyampaikan info bahawa di Mesir ramai pelajar yang menyimpan rambut sehingga melepasi paras pinggang! Selepas itu Faiz dan saya tidak lagi muncul-muncul di IAN. Namun peribadi bukan itu yang menjadi sebab saya tidak meneruskan pengajian berkonsep kursus di IAN. Saya berdepan dengan masalah yang berkait dengan pihak yang mengurusan pemergian saya ke Perlembahan Nil.Dalam ruangan Ustaz Yahya Yang KuKenali ini, saya lebih memokuskan kepada pengalaman peribadi saya dan sahabat-sahabat bersama ustaz yang cukup mencabar, mengesankan, penuh hikmah, pengajaran yang tak ternilaikan dan kekadang ada humornya. Selamat menghayatinya…

Dikirim dalam Anekdot Bersama Ust Yahya | Tagged: | Leave a Comment »

Bukannya Mudah Mempertahankan Prinsip

DIkirim oleh annasru di Disember 2, 2007

Prinsip adalah pegangan yang perlu dipertahankan. Manusia yang berprinsip selalunya tidak mudah untuk mengadaikannya walupun prinsip berbeza dengan dasar. Dasar tidak boleh diubah dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya Islam yang menjadi dasar maka ia perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Memetik kata-kata Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bahawa sekiranya rakyat menolak PAS atas dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, PAS sesekali tidak akan mengubah dasarnya.

Ustaz Yahya Othman pernah dicemuh kerana prinsipnya dan ketegasannya. Bapa rakan saya pernah disimbah airsid kerana mempertahankan prinsip. Dia pernah pulang bertugas di negeri sendiri, namun mohon ditukar kembali kerana berdepan dengan kerenah keluarga. Dia pegawai tinggi kastam.

Saya bukanlah seorang terlalu rigid dalam berprinsip. Yalah stigma orang berprisip selalunya kelihatan tegas, karismatik dan selalunya bersifat autokratik. Mungin sifat-sifat itu ada pada saya tetapi saya perlu sesuaikan apabila berada dalam suasana berbeza. Dalam tugas saya menginteprestasikan sifat itu, namun di khalayak saya perlu lebih sederhana, bahkan mungkin sikit gila-gila.

Dilema untuk mempertahankan prinsiplah sedang saya hadapi sekarang. Sedikit kuasa yang di tempat kerja menyebabkan orang sekeliling cuba memanafaatkannya. Saya berharap dapat mempertahankan prinsip saya dan masa yang sama dapat memenuhi kehendak mereka di sekeliling saya. Bagaimana?. In sya Allah Tuhan bersama saya. Saya yakin apabila saya ada prinsip, Dia sentiasa bersama saya….

Dikirim dalam Pengurusan | Tagged: | Leave a Comment »