AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan Mac 2008

Rangkuman PRU 12 (Pek Permulaan)

DIkirim oleh annasru di Mac 16, 2008

(1)

   Selepas beberapa ketika PAS memerintah dengan majoriti mudah pada pilihanraya ke 11, 2004 lalu, saya tertarik kepada suatu analisis yang diulas oleh seseorang saya sendiri lupa siapa orangnya.

   Dia berpandangan bahawa Tok Guru boleh memerintah lagi adalah disebabkan oleh program takaful armalah yang diperkenalkan oleh Tok Guru ketika itu.

  Saya adalah antara orang yang sangat berpegang kepada faktor spiritual dan barakah. Barang yang tidak diajar dalam mana-mana ilmu sekular, kata Tok Guru. Selepas kerajaan negeri memperkenalkan pula takaful kifaalah (yang saya secara langsung terlibat ketika pengurusannya di bawah Tabung Amanah Tok Kenali) keyakinan saya makin bertambah bahawa PAS akan terus menerajui Kelantan.

(2)

   Saya bukanlah penganalisis politik. Jauh sekali untuk membuat ramalan pilihanraya. Beberapa kali mengundi besar sebelum ini, sukar untuk menjangka satu-satu kemenangan besar bagi PAS. Apalagi meramal sesuatu yang tidak realistik ke tahap over confident.

   Ketika mana pilihanraya ke 11, ramai orang meletakkan keyakinan bahawa Barisan Alternatif akan mengambil alih pemerintahan negara daripada BN. Saya lebih bersetuju dengan pandangan Ustaz Nik Amar bahawa belum masanya untuk kita memerintah Malaysia.

   Beberepa bulan sebelum piliharaya ke 12 (sekitar bulan Januari) rakan saya di Sabah bertanyakan khabar melalui SMS tentang perkembangan politik di Kelantan, saya hanya secara spontan membalas ringkas bahawa akan berlaku gelombang besar.

   Dalam perjumpaan anak perantau yang diadakan di PUTIK selepas pilihanraya, saya bertemu rakan saya tadi. Dia menjabat tangan saya sambil berkata “hebat ustaz Din.”

 

   Saya tidak sempat bercakap dengannya kerana majlis sedang berlangsung dan sebelum majlis usai Saipuddin mesej kepada saya, “Air nyuir.”

(3)

   Tidak pernah dalam pilihanraya sebelumnya saya menaikkan bendera dalam kawasan rumah saya. Selepas saya menerima pangilan talifon dari bonda yang merungut tidak ada pun bendera bulan dalam kampong, saya bergegas ke rumah bersama 2 orang anak buah.

   Seawal jam 930 malam kami memanjat tiang letrik dan tiang telefon. Kerana kesuntukan masa saya hanya sempat mengantung beberapa bendera sahaja.

   Selepas naik ke rumah berjumpa ibu, saya turun dan gostan kereta. Sekilas nampak seseorang yang sememangnya saya kenal sedang meragut bendera saya tidak sampai setengah jam saya gantung. Saya cuba mengawal emosi sedang anak buah yang belajar silat mintak kebenaran untuk turun.

   Sabar….sabar Nasruddin… Kerana saya kenal benar orang itulah perasaan memujuk hati dan akal saya bersabar, kerana sekiranya saya berlawan ketika itu saya pun mungkin jadi separuh gila seperti dia! 

   Tetapi bak kata orang sabar ada hadnya. Adakah maruah diinjak-injak kita tinggal sabar dan sabar. Dua hari selepas itu saya masuk ke kampung dan berjumpa seorang penyokong BN yang saya kenalpasti sasarannya. 

   Saya tidak mahu merakamkan di sini apa butiran kata-kata saya, tetapi selepas naik kereta hati saya puas walaupun timbul 0.5 % kekesalan kerana sedikit kasar dengan orang yang lebih berusia udaripada saya.

   Moga Allah ampunkan kesalahan saya.

Dikirim dalam Siasah | Leave a Comment »

YAa AlLaH yA TuHan KaMi

DIkirim oleh annasru di Mac 1, 2008

Ya Allah selamatkan lah kerajaan Kelantan

Ya Allah selamatkan kerajaan Tok Guru

Ya Tuhanku selamatkanlah kerajaan kepimpinan ulama

Ya Allah selamatkan Serambi Mekah

Ya Rabbi selamatkan kerajaan Membangun Bersama Islam

Ya Tuhanku kami tidak rela kembali kepada kerajaan

Yang menghalalkan arak dan judi

Yang menghalalkan konsert-konsert maksiat

Yang tidak merobohkan kawasan pelacuran

Yang membiarkan sistem riba

Yang bersikap kasar kepada peniaga

Ya Allah selamatkan rakyat Kelantan

Daripada pemimpin yang rasuh

Pemimpin yang angkuh dan sombong

Pemimpin yang penuh dengan skandal seks, perempuan dan segala kemaksiatan

Ya Allah selamatkan generasi kami

generasi anak cucu kami

Selamatkan ibu bapa dan kelaurga kami

daripada pemimpin yang menolak Islam

daripada pemimpin yang menzalimi rakyat

Yang menyalahguna kuasa

Yang menyekat kegiatan agama

Yang menganaktiri sekolah-sekolah agama

Ya Allah Ya Tuhanku kami merayu dan meminta

SELAMATKANLAH KERAJAAN KITA

Dikirim dalam Dedikasi | Leave a Comment »