AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan Julai 2008

Enta bukan naik motor!

DIkirim oleh annasru di Julai 28, 2008

“Enta tak naik motor, naik kereta,” Itu kata bos saya ketika mahu mengesahkan penyertaan saya dalam konvoi bermotor Kelantan Ride mempromosi Tahun Melawat Kelantan 2008.

Dia berkata begitu apabila melihat reaksi saya yang tidak memberi jawapan segera apabila saya ditanya ikut serta atau tidak dalam konvoi bermoto Kelantan Ride sempena mempomosi Tahun Melawat Kelantan 2008

Kata-kata itu saya tafsirkan dia mengharapkan saya boleh join sama. Apa yang penting ialah tugas saya memastikan kelancaran konvoi tersebut sebagaimana dijadualkan.

22 JULAI

0830am    -Bertolak daripada Padang Merdeka

1015am    -Minum pagi di Dewan Sri Guchil Kuala Krai (Tajaan Majlis Daerah Guchil)

1130am    -Makan Tengahari di Dataran Kesedar Gua Musang (Majlis Daerah Gua Musang)

0430pm    -Sampai di Pulau Pinang 0800pm Makan Malam di Kediaman YAB Datuk Seri Menteri Besar Perak

23 JULAI

1200        -Makan Tenghari di Taman Tasik Taiping (Majlis Perbandaran Taiping)

0800pm   -Makan Malam di Pusat Kajian Sains dan Matematik Pulau Pinang

24 JULAI

1130am    -Makan pagi di Dewan Majlis Daerah Yan

0830pm    -Makan Malam di Kediaman YAB Datuk Seri Menteri Besar Kedah

25 JULAI

1130am    -Makan pagi di kediaman Pegawai Daerah Sik

0945am    -Makan pagi di Sik (Ahli Parlimen Sik)

1230pm   -Makan Tengahari di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Sik

0230am   -Minum petang di Dataran Makan-makan Majlis Daerah Jeli

Beberapa anekdot yang saya kira menarik perhatian saya

• Sebahagian besar konvoi mendapat penajaan 

• Konvoi turut disertai peserta daripada Indonsia dan Singapura

• YB Dato 2 kali menahan sebak ketika menceritakan kemiskian di Sik dalam ucapannya di sana

• YB Dato menginap di bilik hotel kelas sama dengan peserta

• Inilah pertama kali saya menyertai konvoi yang diiring sepenuhnya oleh polis Bukit Aman

• Di Sik ada orang Umno mana yang buka tingkap keretanya sambil laung “perabih pitih kerajaan!”

• Saya menolak untuk baca doa di Pulau Pinang kerana sebelum itu ada senamrobik yang dikendali oleh seorang bini orang!

Dikirim dalam Santai, Uncategorized | 4 Komen »

100 Hari (Sebuah Catatan untuk Sahabat dan Anak Buah)

DIkirim oleh annasru di Julai 22, 2008

“Ustaz…apa hukumnya buat makan 100 hari?”

Makan 100 hari merujuk kepada jamuan diadakan sempena genap 100 hari kematian seseorang. Upacara didahulukan dengan tahlil dan kadang-kadang ada solat hajat. Kemudian diakhiri dengan membaham nasi 100 hari (Hah! Teringat Pesta Nasi 100 pulak) Boleh cadang pesta makan 100 hari ni!

 

“Kenapa 100 hari” kalau 100 tahun boleh jadi boleh buat sambutan.

Kononnya hari ke seratus mayat akan jadi hancur terus.

“MasyaAllah! Siapa yang hidup cerita dia hancur pada hari ke 100”

Inikah yang dinamakan bidaah yang dholalah!

Kalau bab jamu makan tu memang boleh pahala dan yang datang pun nak bagi pahala kat tuan rumah.  Yang bab 100 hari tu..Errr…

 

Apa kejadahnya kaitan makan 100 hari dengan tulisan saya kali ini?

Ya! 27 Julai ini lebih kurang genap saya menghuni pejabat Pegawai Khas kepada YB Dato Exco Kerajaan Tempatan,Pelancongan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Kelantan. Saya buat catatan awal untuk sahabat dan anak buah kerana jadual saya agak padat akhir bulan ini. Sebentar lagi saya akan ke kediaman MB Perak, esok ke Penang dan lusa di Kedah. Tujuannya kalau ada peluang saya cerita lain. 30 Julai,ini beberapa hari di Pulau Pangkor pula.

 

Berubah karier

Memang karier saya berubah 100%. Daripada seorang ahli akademik (cewah) dan pendidik (dalam konteks sekolah) kepada seorang yang kata ore kelate caro lakon kepada pengiat seni dan budaya. Setakat ini saya tak lah kena berdikir lagi. Kalau setakat mengulit anak tu…lama dah buatnya.Tapi sebahagian rakan-rakan saya tahu, beberapa kali saya pernah mengubah lagu. Anak-anak murid saya tahu saya pernah menulis dan mengarah choral speaking. Jangan terkejut lagi, saya pernah menulis skrip dan mengarah drama teater.

 

Urusan kaitan kerajaan tempatan kato ore kelate lagi buleh berkiro. Ini berkait dengan seni budaya yang masyarakat kita sendiri menyempitkan skop definisinya. Sebut sahaja seni budaya maka terbayang keretok, dikir labo, wok yoh pok dogol. Kata saja seni yang disebut seni silat, seni buatan wau atau seni suara burung ketitir. Setiausaha Koperasi Dikir Barat Kelantan yang berurusan dengan saya bercadang untuk bawa saya melihat anak buahnya berdikir. Apa lagi apabila saya bercakap lagak seorang yang tahu ilmu dikir mendikir ni. Saya hanya berlagak tahu saja dan main tembak. Tak sangka terkena pulak. Memang aku cari bala.   

 

Cara kerja

Ahh!! Saya bukan mahu bincang tentang itu. Saya nak sebut suasana kerja saya. Ketika menjawat jawatan Penolong Kanan di Maahad Darul Anuar dahulu kerja saya memang releks walaupun saya tidak terusan releks. Boleh jadi lenguh tubuh kalau tak buat sesuatu. Rupanya di sini saya rasakan lebih rileks. Setakat 100 hari inilah.

 

Bercerita tentang bos baru saya, saya kenal apabila aktif dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu seawal tahun 2000. Bos adalah Timbalan YDP PAS Kawasan KB, Pengarah Majlis Tindakan DUN Bunut Payong yang saya adalah Timbalan Pengarah 3. Seorang yang sporting dan sebenarnya mudah berkira. Saya fikir orang yang tidak kenal beliau yang melihat dari persepktif yang berbeza.

 

Ada orang berpesan macam-macam pada saya apabila bekerja dengan Dato Taki. Ok terima kasih. Saya boleh jadikan pedoman walaupun tidak semestinya saya telan. Laju memang laju. Saya suka cara bekerja begitu. Kalau pagi diarah, tengahari atau petang terus follow up.

 

Saya sudah biasa dengan cara itu. Bonda saya tak belajar tinggi pun ada stail begitu. Paling kurang saya mesti bersedia dengan jawapan yang meyakinkan dia. Kalau tidak tadah telingalah saya. Ketika saya berganding mantap dengan ustaz Nik Omar Nik Abd Aziz di Pulau Melaka kurang lebihlah caranya. Jadi saya tidak ada masalah dengan cara kerja bos baru saya.

 

Cuma saya akan berdepan dengan masalah bila saya perlu guna pihak ketiga. Mengarah? Sori. Lebih baik saya buat sendiri. Puas hati dan menyakinkan. Sebenarnya itu cara kerja bos saya. Ada sekali saya tanda tangan surat-surat yang dia buat!

 

Berubah watak?

Ketiganya Adakah 100 hari ini saya berubah karektor? Apa pandangan sahabat-sahabat. Kalau nak kata tiada perubahan lansung rasanya tak kena. Saya masih menyimpan mesej sahabat saya lewat gurauannya pada saya 12 Jun lalu

 

>> …dulu mungkin la. Lo ni, lain doh. Tengok mu pun supo tengok bos mun jah. Tengok bos mu supo tengok pok jak abas. Tengok pok jak abas supo tengok shaari. Tgk shaari supo tengok mu…>> (diedit semula lebih kurang)

 

Pearkh! Saya jawab lebih kurang :

 

>>.. aku nak forward ko sha’ (SU DUN Bunut Payong). Bos aku nanti dulu… Pok Jak aku tok kenal!>>

 

“Hahah!”

 

Rasanya saya masih seperti Nasruddin dahulu. Ketika zaman persekolahan sesiapa yang tidak mengenali saya membuat persepsi saya seorang yang sombong. Ketwat kata budak-budak KL. Benar. Waktu zaman remaja saya pendiam sampai ma saya kata ada emas dalam mulut mun! Errrrk

 

Ketika saya bertugas sebagai Penolong Kanan Maahad Darul Anuar saya ada 2 watak yang sering saya ulang kepada guru

 

“Kalau keluar perkataan dan kenyataan yang kurang enak pada pendengaran guru-guru, itu bukan Hj. Nasruddin, itu Penolong Kanan”

 

“Kalau lihat muka berkerut macam singa, itu bukan wajah Nasruddin, itu adalah muka Penolong Kanan.”

 

Alhamdulillah guru-guru boleh terima watak saya yang berbeza itu. Buktinya mereka akur sekiranya watak kedua saya muncul. Itu saya rasalah.

 

“Enta kena direct dengan YDP atau SU MPKB ya sheikh!. Sampai tahap kena pantau tugas mereka yang diarah oleh bos enta.”

 

Hah! Saya boleh bersetuju dengan pandangan enta ya Syarafi, dan saya akur itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya, Tetapi masa sama itu bukan watak saya. Saya ada cara saya. Saya bukan jenis suka mengarah dan suruh orang itu ini. Kecuali keadaan yang teramat mendesak. Waktu itu saya boleh jadi tak kenal, tak kira siapa.

 

Saya ingat lagi saya pernah menangis sebab ma saya suruh saya pergi mintak hutang sewa rumahnya yang berbulan-bulan tidak dijelaskan oleh penyewanya.

 

Percaya tak sampai hari ini saya masih menangis kalau mak saya minta saya buat sesuatu yang menjadi pantang larang saya. Saya menangis kerana saya mungkin akan mengadaikan prinsip saya dan menangis juga kalau tidak dapat melaksanakan hasrat ma saya!. Hahah..ustaz Nasruddin menangis?. Kenapa tidak boleh menangis kerana bonda tercinta? Moga-moga dengan air mata saya itu Allah Taala ampunkan kenakalan saya terhadap bonda saya.

 

Saya tidak terlalu memikirkan masa depan kerjaya saya. Apalagi untuk memikirkan cita-cita politik. Barang dijauhkan Allah!. Kerana itu saya hanya mengambil waktu beberapa hari untuk menerima tawaran bos. Selain mengadu pada yang Esa, rakan-rakan banyak mendorong. Terima kasih kepada respon sahabat-sahabat sewaktu saya minta pandangan. Ustaz Baha KP, Ustaz Nordin (sahabat dan guru saya), Us Wan Azimin (PK Dato Anuar Tan), Us Ja (Ketua Penerangan KB), Dr. Li (PK Dato Husam), Abe Yi (SU DUN), Us Nik Mahadi, Us Ropien dan lain-lain.

 

“Ma khoba manistakhor wala nadima manistasyar” (tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang minta nasihat).

 

Masih banyak yang perlu saya belajar untuk menyelusuri kehidupan sebagai PK. Teruslah menegur, menegur dan menegur saya. Kata orang 100 hari belum boleh dijadikan ukuran.

Dikirim dalam Inilah Saya | 3 Komen »

Konsert Muzikal Rohani

DIkirim oleh annasru di Julai 20, 2008

 

Persiapan untuk belajar ke seberang laut di negara beriklim sejuk membutuh saya mencari pakaian yang tahan sejuk. Saya dan ibu saya meninjau-ninjau pakaian atas Pasar Arked MPKB. Ketika saya membelek-belek seluar jeans made in siam ma saya mencadangkan

 

  “ Ambillah dua tiga helai?”

  “Sehelai padanlah, ni pun pakai entah tidak,” jawab saya.

 

Beza genre rock dan heavy metal

  Percayakah saudara bahawa kaki saya ini suatu ketika dahulu pernah menyarung seluar american style itu walaupun koleksi jeans saya tidak lebih daripada 3 helai rasanya. Sekali lagi adakah anda percaya saya juga pernah ada jeans season yang di bahagian lututnya sedikit koyak!. Itu satu-satunya jeans saya jenama levis orignal yang saya pun tak pasti saya beli di super market mana? Kerana jenama dan harganya saya sayang nak buang. Jeans ni kalau dia season, lagi ada klas. Klas kepala hotak kamu. Bukan nak pakai sangat, tapi sayang nak buang. Kerana itulah agaknya dalam keluarga saya kadang-kadang digelar ustaz rock, terutama abang dan pak saudara saya. Anak-anak murid saya mesti sekali lagi tersenyum mendapat info saya yang luar dugaan ini. Biar betul Us Nasa.

 

   Sebenarnya yang saya nak bincangkan ialah tentang konsert ala rock yang akan bergema di bandar Kota Bharu lewat sambutan ulang tahun MPKB BRI nanti. Wow! Saya tak leh nak bayang muzik gamat itu akan berkemundang di udara Kota Bharu Bandaraya Islam setelah sekian lama ia tidak dapat menembusi atmosfera bumi Serambi Mekah ini.

 

   Ustaz Nik Abduh melontarkan persoalan di mana kedudukan rock dalam Islam. Di mana yah?. Jawabnya tak adalah. Kalau rock makna batu adalah. Batu untuk melontar jamarat, batu untuk merejam atau batu untuk istinjak! Boleh tahan jugak loyar buruk saya ek.

 

   Muzik genre rock bermula dalam era 60an lagi. Istilah lain yang digunakan ialah muzik grunge. Muzik yang bingit, kotor dan menyakitkan gegendang telinga. Heavy Metal. Satu lagi genre muzik yang lebih sadis, ganas dan mengerikan. Kumpulan-kumpulan kategori heavy metal adalah seperti Metalica, Deep Purple dan entah menatang apa lagi nama. Scorpions, Linkin Park dan entah menatang apa lagi tak masuk heavy metal. Itu rock. Entah apa beza rock, hard rock, grunge, heavy metal atau muzik underground. Yang saya tahu semuanya bingit dan kebanyakan mereka sampai ke tahap memuja iblis! Ah! Semua muzik barat memuja syaitan. Ah! Bukan boleh pahala pun saya alim dalam bab ni. Sekadar ambil tahu buat modal berbual dengan budak-budak dalam kelas dulu.

 

   Di Malaysia rock ia mula berkembang pesat sekitar tahun 80an. Nama-nama seperti Search, Lefthanded, May dan Bumipura Rockers menjadi kegilaan anak muda. Zaman Umno memerintah saya tak pernah pergi konsert rock walaupun jarak stadium dengan rumah saya hanya beberapa kilometer saja. Memang dengar suara dari stadium. Kawan-kawan sekampung pun tak pernah ajak saya. Maklumlah ustaz kan. Arr..

 

Rock Rohani

   >>>…rock rohani?…selepas ini akan ada dangdut rohani, heavy metal rohani….<<<<

Itulah antara isi point sms sahabat saya Us Ja selepas membaca blog Memilih Jalan Lurus. Saya sebelum itu sudah melayarinya

 

    <<<tak baca blog jalan lurus ke? >>> balas saya

  >>>baca situ la yang tahunya..<<<

 

   Memang cukup ramai yang bagi respons terhadap apa yang dilontarkan oleh Us Nik. Monitoring secara rambang dalam 60 masuk komen hanya beberapa orang yang komen tak setuju. Yang terlampau bagi cadangan pun ada. Ada ke cadang jemput Ella dengan Mas Idayu. Gilo apo!.

 

   Memang cadangan asal Konsert Rock Rohani. Namun selepas ia diperdebatkan adakah relevan dan sinonim rock disandarkan dengan rohani, timbullah cadangan Konsert Muzikal Rohani. Huh! Dilembutkan. Objektifnya mendidik rohani merentasi lagu dan muzik.

 

Belajar daripada pengalaman

   Pengalaman mengendali persembahan pentas di Kelantan sewajarnya diambil kira. Persembahan dikir barat di Kelantan pun kita masih lemah daripada sudut pemantauan lagu-lagu yang dipersembahkan. Saya tak sebut evant yang dianjurkan oleh pihak lain, dikir yang dianjurkan oleh kita sendiri pun tidak terlepas daripada lagu “baru tengok ambo raso bekene….” dan seumpamanya.

 

   Penyanyi rock apatah lagi. Lagu-lagu mereka tidak terlepas daripada memuja muji wanita. Fantasia bulan madu? Rozana? Tiada Lagi?

 

   Soalnya bagaimanakah mekanisma dan apakah jaminan lagu-lagu sebegitu tidak terlepas daripada didendangkan. Lazimnya urusetia adalah kalangan pengemar lagu dan muzik. Justeru mereka tidak mengambil sikap cakna yang sewajarnya dalam aspek pemantauan lagu. Maka berlakulah apa yang dirancang tidak sepatutnya berlaku.

 

   Kita boleh bersikap terbuka dalam berdepan dengan dunia muzik dan hiburan. Pastinya golongan agamawan tidak terlalu teruja dengan hal-hal seumpama itu walaupun saya pernah dengar ada ustaz yang hafal lirik lagu seumpama lagu Kekasih Awal dan Akhir!

 

   Cuma sekadar memilih pendekatan yang pelbagai berdepan dengan sasaran dakwah yang juga pelbagai. Bukan pula ia menjadi program rutin yang semestinya ada di bandar raya islam tercinta ini.

 

  Akhirnya saya suka kongsi suatu komen yang pernah disebut oleh Us Nik kepada saya lewat soalan saya kira-kira sedekad dahulu

 

  “Bagaimana kedudukan industri (?) hiburan seperti hari ini apabila Islam menguasai dunia.”

  “Orang dengan secara sendiri tidak akan mahu apabila Islam dihayati sepenuhnya.” Itu katanya

 

   Ya. Saya juga begitu. Zaman rockers (hii..rock berjuruh) saya di era persekolahan pupus apabila saya bergelar Azahari. Cuma sesekali terbuka radio THR.FM perlahan-lahan saya layan jugak!!! Mapuh Umno!!

 

Dikirim dalam Santai | 2 Komen »

Siapa Menang Debat?

DIkirim oleh annasru di Julai 16, 2008

Shabery seperti bersikap gentleman apabila mempertaruhkan jawatannya sekiranya kalah dalam perdebatan Hari Ini Bentuk Kerajaan Esok Turun Harga Minyak. Ingat ini perlawanan bolasepak ke yang boleh skor dengan jumlah rembatan gol?

 

Penyokong Anwar tentu sahaja puas hati dengan hujjah, fakta dan penampilan Anwar. Begitu juga penyokong Shabery, terutama media arus perdana mendakwa Shabery melakukan tugas yang baik mendedahkan sejarah dan siapa sebenar Anwar. Maka atas sebab apa dia perlu melepaskan jawatan Menteri Penerangan yang sekarang disandangnya.

 

Kalaulah ada alat yang boleh mengukur tahap emosional melalui suara, memek muka dan intonasi, siapakah yang graf getarannya tinggi.

 

Saya menunggu Buliten Pagi TV3 pagi tadi untuk mendengar bagaimanakah stesen televisyen itu akan menonjolkan kehebatan Shabery Chik berdepan dengan Anwar Ibrahim.

 

Semenangnya dugaan saya tepat. TV3 menyiarkan laporan Shabery Chik menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Tahniah TV3. Stesyen anda telah menyiarakan kehebatan Menteri Penerangan anda yang mengungkit sejarah Anwar dalam debat isu kenaikan harga minyak.

 

Anwar pula malam itu bertindak bijak tidak mahu melayan serangan peribadi Shabery ke atasnya. Sebaliknya masa yang cukup terhad itu digunakan sepenuhnya untuk meluahkan keluhan rakyat yang amat terbeban dengan kenaikan minyak. Ternyata siapa lebih hebat.

 

Dua orang pengulas keratan akhbar Selamat Pagi Malaysia channel RTM juga seakan mewarwar kehebatan menteri itu. Anwar boleh masuk tv membuktikan keterbukaan era Pak Lah.

 

Akhbar-akhbar arus perdana memuatkan penuh hujjah (atau fakta sejarah?) Shabery, menggambarkan

Saya jadi keliru pula TV3 menyiarkan komen Shahrir Ahmad selepas itu dengan mempersoalkan kenapa Anwar tidak memperkatakan tentang tuntutan penurunan harga disel berbanding harga petrol. Siapa dia? Rasa-rasanya menteri. Kenyataannya lagak seorang ketua cawangan Umno!

 

Tapi kalau nak skor soalan paling bodoh, saya rasa soalan wakil Shaberry yang bertaraf Tan Sri Dr paling bodoh yang hanya dengan beberapa patah perkataan sahaja dijawab oleh Anwar. Manakala skor jawapan paling bodoh ialah jawapan Shabery kepada soalan wakil Anwar, Zulkifli Sulong yang tidak dijawab oleh menteri berkenaan. Zulkifli berhasrat untuk mengulangi soalannya tetapi dihalang perantara yang terperangkap dalam konsep debat (pakar perantara perangkap Debat Perdana RTM)

 

Akhirnya saya ingin menukli kata-kata Shabery pada sidang akhbar selepas debat yang saya petik dalam Utusan Malaysia hari ini

 

“Saya telah cuba membuka mata penonton mengenai rasional kerajaan menaikkan harga minyak. Apa yang kerajaan buat adalah atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat dan negara”

 

Bravo Menteri Penerangan Malaysia!

 

Dikirim dalam Siasah | Leave a Comment »

Tiada Rundingan Umno, Tiada Keahlian Non Muslim

DIkirim oleh annasru di Julai 15, 2008

 

Kami Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu

meneruskan tradisi mengunjungi dan menyantuni

Al Fadhil Syeikhuna wa Murabbina

Ustaz Yahya Othman di kediaman beliau di Labok Machang

 

Antara intipati taujihat dan nasihat beliau kepada kami

 

  • Berilah perhatian kepada pemuda, kerana mereka berhati lembut (sumber Hadis)
  • Kasih sayang dan persaudaraan adalah ukuran iman. Kuasa yang berpecah adalah kerana tiada persaudaraan, ukhuwwah dan permaufakatan.
  • Jangan berbangga dengan PAS, tetapi berbangga dengan Islam.
  • Jagalah negeri Kelantan
  • Tidak ada keperluan untuk kerjasama dengan Umno!
  • Katakan tidak pada keahlian non muslim!

Dikirim dalam dakwah | 1 Komen »

Unit Kuliah Maghrib!

DIkirim oleh annasru di Julai 12, 2008

 

“Ana tok leh tinggal ngajar,” Itu respon pegawai halaqat sebaik membaca sms yang lebih kurang berbunyi :

 

<<Semua tenaga halaqat DUN Bunut Payong diminta jadi naqib (fasilitator) untuk bengkel Al Fatihah malam ini>>

 

Semalam (11 Julai) Unit Dakwah Halaqat Kawasan Kota Bharu mengadakan program sempena bulan sembahyang melibatkan ketiga-tiga DUN. Bunut Payong, Kota Lama dan Tanjung Mas. Program yang dinamakan Keluarga Bahagia (kerana melibatkan keluarga) diadakan tiga minggu berturut-turut di tiga masjid berbeza. Bermakna untuk kawasan Kota Bharu melibatkan 9 buah masjid. Tahniah atas inisiatif dan usaha tersebut.

 

Bunut Payong mengatur program sebagaimana berikut :

 

830- 1200                  Sesi Kanak-kanak

                                    Slot 1 : Ceramah Solat Berkuiz

                                    Slot 2 : Motivasi Amali Solat

 

330-600                     Sesi Kaum Ibu

                                    Slot 1 : Fiqh Solat Muslimat

                                    Slot 2 : Sesi Soal Jawab

 

730                             Sesi Umum

                                    Slot 1 : Kuliah Maghrib

                                    Slot 2 : Bengkel Al Fatihah

 

Sesi pertama mencatat bilangan peserta hampir 100 orang. Syabas Tok Ngulu Mat Dehe. Sesi Kaum Ibu saya tiada maklumat. Manakala Sesi Umum sebelah malam, hanya Slot 1 yang berlangsung.

 

Slot 2??? Saya yang batalkan!!

 

Alasannya :

1)     Tidak mendapat respon dan kerjasama sepenuhnya tenaga naqib

2)     Modul tidak dicopy untuk edaran

 

Alasan ke 2 mungkin salah saya juga. Apalah kiranya saya fotostat tanpa perlu meninggalkannya di pejabat DUN. Pergi saja mana-mana kedai fotostat. Kalau pun saya tak boleh bayar kosnya, susah apa. Ambil bil dan serahkan saja pada Halaqat Kawasan atau pejabat DUN

 

Namun usaha saya sejak seminggu untuk mendapatkan modul 3 muka surat itu tidak berbaloi apabila saya sendiri membatalkannya.

 

Hakikatnya itulah UDH. Benarlah maklumat yang saya dapat bahawa exco agama Selangor seperti menolak apabila dikemukakan kertas Unit Dakwah Halaqat Kelantan dikemukakan pada beliau.

 

“Kaji dan perbaiki unit anda dahulu sebelum cadangkan kepada kami.” Itu bukan kata-kata Dato’ Dr. Hassan Ali. Saya yang reka. Huhu… Tapi saya setuju jika itu yang mendorong beliau tidak berminat kepada kertas yang ditunjjukkan kepada beliau.

 

Sudah tiba masanya (walaupun terlewat 18 tahun) objektif, peranan dan gerak kerja UDH dikaji semula. Sepatutnya dengan usia yang pasca matang, UDH sudah menjadi sebuah unit yang establish dengan mengemukakan program-program yang lebih efektif, segar dan mencabar. UHD perlu berubah status dan berimej pusat kajian, khidmat runding dan menjadi consultant yang menawarkan kursus, seminar, latihan dan sebagainya. Sampai ke tahap UHD mampu mengeluarkan produk dan bahan yang boleh menjadi sumber rujukan sumber massa.

 

Sayangnya UHD masih terikat dengan skop dan imej streotaip, sekadar membekal khidmat tenaga kuliah maghrib. Kita tidak menafikan bahawa itu adalah antara tugas utama UDH, tetapi kalau berterusan tidak dapat tinggal kuliah maghrib untuk tujuan program dahwah yang lebih besar matlamat dan sasarannya, saya rasa Unit Dakwah Halaqat wajar ditukar kepada Unit Kuliah Maghrib sahaja!

 

         

 

 

Dikirim dalam dakwah | Leave a Comment »

Ceramah Tercabut Wayar

DIkirim oleh annasru di Julai 11, 2008

Biasanya kalau hujan saya jadi malas untuk keluar rumah. Dalam suasana dingin tentu sahaja sedap lena berpeluk dengan anak-anak. Hee… Tapi malam 11 Julai hati saya membuak-buak untuk mendengar ceramah Ezam di kedai Melor. Mungkin faktor otak politiknya yang berubah-ubah, saya mahu mendengar secara langsung ucapannya selepas kembali ke lubuk lamanya Umno. Lubuk maknanya tempat ikan mencari makan.

 

 

 

Saya sampai di lokasi ceramah kurang lebih jam 9.45 malam. Kedengaran suara pengerusi memulakan majlis. Katanya seorang ustaz. Ada lagi ustaz dalam Umno. Tercabut wayar sungguh.

 

Saya cuba mencari lokasi strategik. Hah! Atas kalbord saya tertonggeng (bukan tungging Carburetor Dung.. aar) sambil memegang payung buruk. Pandang kiri kanan tak ada yang kenal. Seorang yang bertopi cap dacing mengawal lalu lintas konon. Kenderaan sebuah dua yang lalu. Tercabut wayar lagi.

 

Penceramah pertama Azmi Ishak bekas tok wakil BN lepas, yang kali ini kalah di tangan Us Wan Ismail. Sebut saja Wan Smail apa lagi. Peluang untuk hentam.

 

“Ore Melor ni dio berehi nikoh cerai wei”.

“Mulo nikoh ngan PAS, cerai nikoh ngan Umno.”

“Cerai pulok, nikoh ngan PAS.”

Barangkali dalam hati Ezam kata “Dia ni perli wan Smail ke sindir aku.” Tercabut wayar betul.

 

Perut saya terasa lapar pulak. Di tepi tapak ceramah ada fun fair. Malam itu marry go round tak berpusing. Tak dibenarkan operasi kut. Sambil mencari-cari gerai burger, perlahan-perlahan kereta Kancil menghampiri saya.

 

“Ustaz nyamar dih..” Rupanya Jemat dengan anak Pok Mud rokok.

Tak menyamar macamana saya pakai cap rakan cop warna oren (hadiah daripada Ustaz Soh Darul Anuar) dan berjeket kain hitam berlengan kelabu.

 

Sebelum Hamdan Taha dijemput ustaz pengerusi Umno itu buat ulasan yang tah apa-apa. Cabut wayar jugok.

Hamdan menceritakan perjuangan Umno yang membela bangsa dan agama. “Tengoklah tuan-tuan di Selangor dan Perak masih ada kelab dangdut dan kedai arak, malah makin bertambah” Gilaa!!. Siapa yang buka kedai tu. Negeri hok mun perintah lagu mano? Cabut wayar, cabut wayar.

 

Kehadiran malam itu boleh kata ramailah kalau nisbah ceramah biasa anjuran Umno. Tapi saya yakin bukan orang Umno sahaja yang hadir. Buktinya kawan saya Jemat, rakannya dan ada yang saya kenal. Kemudian di sekeliling saya beberapa orang tua yang tah tahan duduk menyampuk

 

“Ho la, mugo Nuar tu baso  jenih berehi j**** t***..” sebagai respon pada ucapan Ezam

 

Rasanya dalam 15 atau 20 minit Ezam berucap saya mula perlahan-lahan angkat kaki. Apa tidaknya dalam masa 15 minit yang diulang ialah

 

“Siapa yang habis wang kerana Anwar??

“Saya!!”

“ Siapa yang 2 kali masuk penjara??.”

Saya!!”

“Siapa yang dedah rasuah menteri??.”

“Saya!!”

Dalam 15 minit itu tidak kurang daripada 5 kali disebut-sebut nama Saipul Buhari Azlan!!

Saya tak tahulah sampai habis ceramah dia berapa kali dia akan sebut Saipul! Saipul! Saipul!

 

Memang sah. Ezam dah tercabut wayar!

 

Dikirim dalam Siasah | 1 Komen »

Sidang yang Linang

DIkirim oleh annasru di Julai 10, 2008

Line atau linang dalam loghat Kelate memberi erti tenang. Itulah yang boleh disifatkan apabila merujuk kepada Sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 dan 8 Julai lalu.

 

Puncanya kerana 6 jahanam tidak turut serta dalam Sidang DUN Kelantan kali ini. Mereka hanya hadir untuk jangka masa tidak lebih daripada 15 minit  pada pagi 7 Julai. Selepas itu 6 jahanam terus keluar dewan kononnya sebagai tanda protes kerana banyak soalan-soalan mereka ditolak oleh speaker.

 

Ironinya speaker bukan sekadar menolak soalan daripada pembangkang, tetapi soalan-soalan daripada penyokong kerajaan juga turut ditolak. Hujah yang diberi speaker soalan terlalu umum dan pernah dikemukakan pada sidang sebelumnya.

 

Tindakan keluar dewan pihak 6 jahanam pembangkang seakan telah dirancang terlebih dahulu. Mudah kata itulah cara terbaik untuk tidak hadir pada sidang kali ini. Mereka adalah wakil rakyat yang dibayar gaji oleh rakyat, membawa suara rakyat, tetapi masih bersikap seperti budak-budak yang tidak tahu peraturan dewan dan kuasa speaker.

 

Walau pun begitu soalan-soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil PAS tidak kurang hebat dan menyengat sehingga pihak kerajaan melalui MKK agak lelah juga menjawab. Beberapa soalan yang memerlukan kepada angka, statistik, analisis dan data terpaksa dijawab dengan meminta notis.

 

Namun pada sisi yang lain menyerlahkan ketelusan dan keterbukaan kerajaan yang diterajui oleh PAS. Pada hari dua wakil BN (15 minit juga berada dalam dewan) agak tercengang dan terkasima dengan perbahasan sesama wakil rakyat PAS. Mungkin mereka terasa pelik juga. Tetapi untuk mereka tertarik kepada PAS, jauh panggang dari api. Hati mereka seolah sudah termeterai dengan logam cap Umno.

 

Dikirim dalam Siasah | Leave a Comment »

Karnival PROTES

DIkirim oleh annasru di Julai 8, 2008

 

“Mula-mula kena sembur dengan air, tak apo la lagi, sengajo tahan pulak”

“Semburan kali kedua mulalah gatal-gatal, pedih dan pening nak muntah, nok mati pun rasa.”

 

Itulah cerita yang timbul setiap kali perjalanan ke lokasi demonstarasi. Cerita itu adalah sebahagian daripada pengalaman sahabat-sahabat dalam peristiwa 1998 yang sehingga hari ini kalau pun ada cubaan untuk mewujudkan kembali suasana itu ianya bukan mudah untuk berlaku. Kecuali ada konspirasi (terancang atau sengaja dirancang) untuk sekali lagi menangkap Anwar Ibrahim. Kakak saya membuat andaian Anwar akan ditangakap sekali lagi 6 Jun ini.

 

Alasannya kenapa polis beriaya-iya memohon kerjasama tentera untuk menghalang himpunan PROTES. Saya sanggah. Tak mungkin Pak Lah mengulangi kesilapan rejim Mahathir yang tidak menyangka bahawa sampai ke tahap itu rakyat bangkit yang akhirnya kemarahan itu dimanifestasikan melalui PRU 10

 

Karnival PROTES

“Inilah peluang dan medan untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang membelakangkan suara rakyat.” Itu pula antara intipati ucapan penyelaras PROTES (Gabungan memprotes Kenaikan Harga Minyak, Dr Hatta Ramli dalam Himpunan Protes di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 

Berjayakah himpunan itu. Inilah yang menjadi perbualan khalayak yang hadir Ahad lalu. Himpunan yang ala karnival itu menjadikan warna merah sebagai warna tema. Mungkin mengambil sempena warna petrol yang kemerahan atau sebagai tanda marah, garang dan tidak puashati. Kami dari Kelantan, khususnya saya dan rakan dari Kota Bharu begitu teruja untuk join himpunan PROTES. Saya membayangkan bagaimana suasana majlis yang diwar warkan dalam internet dipenuhi dengan jualan, konsert dan pelbagai aktiviti, tentu sahaja mengamatkan suasana. Kami bergerak dari hotel penginapan seawal jam 8 pagi selepas maklumat diterima program akan bermula jam 9 pagi. SMS daripada adik di Kajang bertanya benarkan program bermula jam 2 petang.

“Siapa nak pergi pukul dua matahari atas kepala,” kata saya.

 

Kemudian terima pula panggilan rakan yang baru sampai di Gombak.

“Betul ke program jam 3 petang?”.

 

Kakak saya di Sepang yang selalunya join demo hanya bertanyakan info sms dari saya. Kerja katanya!

 

Kami tiba di lokasi melalui tasik. Sayup-sayup sudah kedengaran laungan Reformasi! Reformasi yang diselangi Makkal Sakti! Makkal Sakti!. Masuk saja di stadium suasana merah sudah memenuhi astaka sebelah sini stadium MBPJ. Pentas di atas dipenuhi pimpinan yang kelihatan ramainya daripada PKR. Pentas di bawah kelihatan ada alat muzik umapan dram dan gitar elektrik.

 

Melalui celah-celah orang ramai saya hanya dapat melihat Dr Hatta antara pimpinan PAS yang hadir di pentas utama. Kebetulan dia berucap. Pimpinan PAS lain saya tak pasti. Yang jelas saya berjumpa Ustaz Ridhuan (pakar demonstrasi) mundar mandir di luar yang akhirnya lepak dengan rakan-rakannya di kedai makan!

                                                    

                               ”Hampeh,” kata Farhan. “siroo!” kata Us Ja                                                                                    

Impak kepada himpunan seterusnya

Himpunan Ahad lepas sesungguhnya memberi kesan dan impak kepada himpunan yang bakal diadakan pada masa akan datang. Orang Selangor dan negeri berdekatan mungkin tidak terasa kehambaran program hari itu kerana mereka dekat dengan lokasi. Bagi kami yang  datang jauh mengharapkan suasana yang lebih agresif dan bersemangat. Terasa janggal sorakan Turun turun! Minyak turun! dilaungkan dalam tempat tertutup dan sambil duduk.

Belum pun jam 12 tengahari peserta mula kelihatan berterabur keluar dari stadium. Saya mengajak dua anak buah merayau ke gerai jualan di perkarangan stadium. Rupanya di luar lebih sesak dan gamat dengan jualan cendehati yang tak memikat hati.

 

Menghampiri waktu zohor saya mula mengirim sms kepada rakan

“Balik la wei!, balik wey!”. Rupanya sudah ada yang menunggu berada di kenderaan!

 

 

Tungging punggung pada Pok Loh

Persoalannya adakah wajar PROTES diadakan dalam genre himpunan dan bersifat karnival. Bagi saya tidak salah dan ia boleh diadakan lagi pada masa akan datang. Tetapi ia perlu dirancang dengan mengambil kira mood dan suasana. Saya boleh bersetuju dengan program seumpama rock (rohani?). Namun janganlah sampai ada insiden tonggeng punggon!. Biar pun yang nak ditungging pada Pok Loh dan Barisan Nasional, tapi yang berada di hadapan bukan orang BN!. Macamana anda kalau seseorang menungging kepada anda tetapi katanya niat tungging pada orang lain. Alamatnya makan penyepaklah!

 

Ucapan-ucapan yang hambar sepatutnya dielak waktu pagi. Maaf! Saya bukan pakar strategi dan penganjur punya alasan lewat perancangan mereka. Apa kata kiranya diadakan dahulu perarakan di lokasi berhampiran menuju stadium sebagai pemanas kepada himpunan.

 

Demo di sungai Yu dan Me Kg Pek

Sesi pagi adalah juga waktu kemuncak program sebagaimana malam. Pagi ibarat perasmian, sesi malam adalah penutup. Saya tidak dapat menceritakan suasana program waktu petang kerana kami ketika itu berada dalam Pusat Rekreasi Sungai Yu daerah Bentong. Saya juga tidak dapat cerita suasana ceramah waktu malam kerana waktu itu kami sedang demonstrasi dalam kedai Mee Kg Pek cawangan Machang.

 

Turun Turun! Turun Sungai Yu 

Dikirim dalam Siasah | Leave a Comment »

Pengiktabaran dan Muhasabah untuk Pak Lah

DIkirim oleh annasru di Julai 3, 2008

Oleh: Zulfadli Haji Ibrahim
Bekas pelajar UPM

Nasihat Ulama’ Kepada Umara

Nasihat Sheikh Mutawalli Sya’rawi kepada Husni Mubarak
(Pengiktibaran dan Muhasabah untuk Pak Lah)

Terjemahan
Dan sesungguhnya aku (Sheikh Mutawalli Sya’rawi).. wahai Tuan Presiden, aku berdiri di sudut ini untuk menerima pahala dari Allah. Aku tidak menghabiskan sisa-sisa hidup aku dengan menjadi munafiq. Aku tidak akan mempamerkan dari diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.

Tetapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya. Sama da daripada pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan bangsa. Aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka. Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah. Allah memberi kekuasaan kepada sesiapa yang dia suka. Maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu. Dan janganlah ada tipu helah (penipuan) untuk sampai kepadanya (kekuasaan).Allah Taala telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim.

Apa yang Allah Taala kata?
“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” – Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim

Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya.

Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.

Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).


Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik.

Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam; “..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”


Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata, “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).

 

Sok-sek : Ulama’ yang tidak asing lagi. Tapi Husni Mubarak tetap macam dulu. Maklumlah dia Presiden Umno Mesir. Sama macam Pak Lah jugak, ulama’ nasihat mana nak dengar. Pak Lah sama dengan Husni Mubarak. Moto mereka pun sama. Dulu, Kini dan Selamanya.

Sumber: http://ibnuqalil.blogspot.com

Oleh: Zulfadli Haji Ibrahim
Bekas pelajar UPM

Dikirim dalam Siasah | Leave a Comment »