Arkib bagi Bulan September 2008
Minal a’ideen wal faa ezeen
DIkirim oleh annasru di September 28, 2008
Dikirim dalam Santai | Leave a Comment »
**Nikmatnya Ramadhan Gembiranya Syawal**
DIkirim oleh annasru di September 27, 2008
<<Pentas Ramadhan Sepetang Di Ambang Iftor>>
Bual@Bicara Remaja (B@BR) yang diadakan pada 23 Ramadhan lalu di Pentas Ramadhan Sepetang di Ambang Ifor berjaya menarik perhatian para pengunjung Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke 4 Kota Bahru.
Bual@Bicara Remaja adalah program anjuran bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (DPPKB).
Program yang dikendalikan oleh seorang perantara dan 3 orang panelis kalangan remaja memperkatakan tajuk Nikmatnya Ramadhan Gembiranya Syawal. B@BR adalah berkonsepkan perbualan santai dan bersahaja antara ahli panel tanpa terikat dengan soalan-soalan. 
Antara topik yang dibicangkan ialah pengertian Ramadhan dan Syawal, puasa umat terdahulu, lailatul qadar dan dosa-dosa orang yang tidak berpuasa.
Selain membicarakan persolan ilmiah mereka juga berkongsi cerita dan pengalaman lalu ketika menjalani ibadat puasa dan menyambut hari raya idil fitri. Suasana menjadi gamat apabila ada cerita-cerita dan pengalaman lucu yang diperkatakan oleh mereka.
Bual@Bicara Remaja juga menyelit slot Audien Interaktif dengan cara panelis menjemput penonton ke pentas untuk berinteraktif dengan berbual atau menyampaikan nasyid dengan mereka. Hadiah-hadiah menarik diberikan yang mana disumbangkan oleh pejabat exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.
Dikirim dalam Santai | Leave a Comment »
Relay Al Quran di Qaryah Ramadhan
DIkirim oleh annasru di September 25, 2008
Kita biasa mendengar larian berganti-ganti dalam sukan olahraga. Tetapi lain di Kelantan, khususnya di Qaryah Ramadhan perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4 Kota Bharu..
Sepanjang malam bulan Ramadhan, di Qaryah Ramdahan dan sekitar kawasan perkarangan stadium tersebut bergema dengan alunan bacaan Al Quran. Solat Terawikh diimami oleh 2 orang imam yang didatangkan khas daripada negara Mesir. Manakala bermula jam 12 malam hingga ke subuh Al Quran dibaca secara relay oleh pelajar-pelajar daripada beberapa maahad tahfiz seluruh Kelantan. Antaranya Maahad Tahfiz Pulau Chondong dan pelajar aliran tahfiz Maahad Darul Anuar Pulau Melaka.
Menurut Pengerusi Jawatan kuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan Dato’ Hj. Takiyuddin bin Hj. Hassan, , idea bacaan Al Quran secara berganti-ganti ini adalah cetusan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.
“Tok Guru berharap benar sepanjang malam Ramadhan bandar Kota Bharu bergema dengan bacaan ayat suci Al Quran.
Namun katanya pada masa yang sama Tuan Guru berpesan supaya pembesar suara tidak terlalu kuat sehingga boleh menganggu masyarakat setempat samada orang Islam atau bukan Islam.
“ Menurut Tuan Guru sememangnya kita ingin membesarkan syiar Islam melalui bacaan Al Quran, tetapi kita tidak mahu menujjukkan kepada masyarakat terutamanya non muslim bahawa Islam adalah agama yang menganggu ketenteraman awam.” katanya.
Setiap malam tidak kurang daripada 20 pelajar akan membaca Al Quarn secara sambung berganti-ganti sehingga ke waktu sahur merapati solat subuh.
Sepanjang bulan Ramadhan ini juga Qaryah Ramadhan turut menyediakan hidangan sahur. Suatu suasana yang sukar dan tidak ditemui di tempat lain.
Difahamkan baru-baru Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abd Aziz Nik Mat menyatakan hasrat untuk bersama mengikuti relay Al Quran dan bersahur di Qaryah Ramdhan.
Dikirim dalam Santai | Leave a Comment »
* Selamat Di Jalan Raya *
DIkirim oleh annasru di September 21, 2008
Dikirim dalam Santai | Leave a Comment »
Ikut kamulah Lah!
DIkirim oleh annasru di September 20, 2008
Adakah Pak Lah akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan mudah? Bagaimana anda jika berada pada situasi beliau? Tentu sahaja tidak mudah bukan?
2010 adalah cara yang difikirkan paling terhormat untuk beliau berundur walau pun plan itu dipertikaikan oleh kalangan Umno sendiri dengan alasan ia tidak menggambarkan semangat perlembagaan Umno sendri yang tidak menentukan adanya peralihan kuasa kepada sesiapa.
Meskipun banyak pihak mendesak PM sekarang melepaskan jawatannya, adalah agak mustahil Pak Lah menyahutnya dalam waktu terdekat. Setakat ini beliau tetap komited dengan 2010 walaupun ia sudah mula digugat. Beliau juga ada air muka dan maruah walau pun maruahnya sudah cukup tercalar.
Desakan ini bukan sekadar daripada luar tetapi dalam Umno dan Barisan Nasional sendiri. Siapa sangka Muhyidin Yassin selaku Naib Presiden boleh mengeluarkan kenyataan supaya tuan presidennya mengkaji semula tempoh peralihan kuasa 2010 dianggap lama.
Tun Mahatir sedang berkira-kira untuk kembali kepada Umno. Adakah semudah itu Tun akan kembali tanpa mengenakan syarat. Syaratnya mudah sahaja. Dollah mesti undur….undurlah Lah. Banyak pihak sudah mengeluarkan kenyataan menyokong penyertaan semula Tun. Bermakna kumpulan ini menyokong desak untuk Pak Lah berundur.
Cuma kalangan Umno sendiri sedang mengatur strategi bagaimana untuk menurunkan Pak Lah dengan cara lebih terhormat. Maruah dan sejarah Umno perlu dijaga. Tidak ada ada sejarah Umno presiden mereka meletak jawatan kerana desakan.
Apakah pertukaran potfolio adalah muqadimah kepada perletakan jawatan Pak Lah secara terhormat.
Selepas ini Pak Lah akan melakukan beberapa tindakan untuk menambat dan memenangi semula hati rakyat selepas rakyat dibebani dengan kenaikan kos minyak yang besar dan mendadak. Dengan cara itu beliau akan tetap dikenang sebagai negarawan.
Penurunan 15 sen minyak baru-baru ini belum memulihkan luka hati rakyat. Buktinya rakyat Permatang Pauh tetap memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun pelbagai isu memburukkan pembangkang dihambur di sana.
Kerajaan melihat ganjaran bonus bajet sudah tidak memberi kesan daripada sudut untuk mengula-gulakan rakyat. Bonus akan menjadi agenda tetap belanjawan tahunan.
Sekarang musim perayaan. Rakyat akan menghabiskan banyak wang untuk berbelanja meraikan perayaan setahun sekali ini. Manakala akhir tahun rakyat terpaksa sekali lagi berbelanja besar mengurus kelengkapan anak tahun baru persekolahan.
Tidak mustahil suatu pakej besar untuk anak-anak sekolah akan diberikan selepas kegagalan menyakinkan rakyat bahawa yuran persekolaha adalah percuma. Kemungkinan plan pembiayaan pengajian pembangkang melalui manifesto pilihanraya Umum Mac lalu akan diubahsuai tiru.
Mengapa tidak. Lihat sahaja polisi kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan telah ditiru oleh kerajaan pusat. Cuma mereka tidak mengaku dan mendakwa bahawa itu adalah plan dan polisi mereka. Kata Tok Guru “biarlah mereka tiru dan mengaku hak mereka, asal buat untuk rakyat”
Tuntutan-tuntutan persatuan sekerja akan dilayan sewajarnya. Antaranya menaikkan elaun perumahan, menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan kumpulan sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), memberikan semula elaun kritikal bagi kumpulan sokongan II yang ditarik balik pada Februari lepas, melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun dan memperkenalkan kadar pencen mengikut perkhidmatan.
Manakala akta-akta yang kelihatan mencengkam akan diubah suai agar kelihatan lebih mesra tetapi tetap mencengkam. AUKU sudah diwar-warkan akan dipinda, bahkan dijadikan forum perbincangan. Manakala media aliran oposissi tampak diberi lebih kebebasan. Terbaru MCA Kelantan melalui Mesyuarat Agung mereka mengusulkan ISA dikaji semula.
Hanya dengan cara melayan tuntutan-tuntutan di ataslah Pak Lah akan dilihat berundur dengan cara lebih terhormat dan dikenang oleh rakyat. Kecualilah Pak Lah masih ralit dan alpa di Sri Perdana.
Melihat kepada situasi hari ini dengan amukan ISA dan situasi politik negara (politik Umno sebenarnya) yang semakin gawat, Pak Lah tidak akan turun dengan cara lebih terhormat. Ikut mun la Looooh!
Menarik di Badar
DIkirim oleh annasru di September 17, 2008
Malam ini lintas langsung dari Qaryah Ramadahan Kota Bharu
ABU JAHAL TEWAS DI TANGAN IBNU MAS UD
Abu Jahal terbunuh dalam perang. Lebih menarik nyawanya melayang di tangan sahabat yang kerdil, Saidina Abdullah bin Masud. Hanya menggunakan pedang pendek lagi tumpul, Abdullah menggergaji kepala Abu Jahal. Tidak tahan kesakitan, Abu Jahal minta diganti dengan pedangnya sendiri. Saidina Ibnu Masud membawa kepala Abu Jahal kepada Nabi, lalu Nabi menyambutnya dengan laungan takbir “Allahu Akbar”
UMAYYAH MATI AKIBAT LUKA KECIL
Umayyah bin Khalaf maut di tangan Rasulullah walaupun menutup keseluruhan badannya dengan pakaian perang. Hanya sebelah mata di bukanya. Sebenarnya dia tidak mahu keluar berperang apabila dikhabarkan oleh sahabatnya dari kalangan orang Islam, Saidina Sofwan, bahawa Rasullah menyebut bahawa kamu akan mati dalam perang Badar. Tetapi kerana didesak oleh Abu Jahal dia keluar juga. Tatkala Umayyah melihat Rasulullah sedang duduk di suatu tebingan, dia meluncur dengan kuda menerkam Rasul. Rasulullah hanya mengambil sebatang panah halus sebesar lidi sambil melontar ke arah Umayyah. Tepat mengenai matanya yang sebelah terbuka. Umayyah mampus dengan luka yang kecil.
MATA USAAMAH TERCABUT
Usaamah tercabut mata ditikam pedang musyrikin. Dengan mata yang diletakan atas telapak tangannya dia berjumpa Rasulullah. Lantas Rasulullah mengambil matanya itu dan melekapkan kembali ke mata Usaamah. Kata Usmaah aku dapati selepas itu mata aku yang sebelah tercabut lebih terang dan cerah sehingga dapat melihat dengan jelas sesuatu objek walaupun dalam jarak yang jauh.
MORAL
- Jangan jadi penentang Islam. Kelak mati hina seperti Abu Jahal dan Umayyah.
- Laungan TAKBIR adalah seruan orang Islam. Bukan Hidup Melayu!
- Orang yang kelihatan lemah jangan disangka tiada kelebihan dan kekuatan.
- Sains dan teknologi tidak dapat menandingi mukjizat dan khususiyat orang yang dekat dengan Allah.
“dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah, nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan kamu serta bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar”
AYUH BERSAMA TUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL
Dikirim dalam Santai | Leave a Comment »
Allah tidak lupa kezaliman manusia – Dr. Asri
DIkirim oleh annasru di September 16, 2008

“Assalamualikum dr di mana sekarang?”
“Err..saya di Paloh kut…Gua Musang”
“Dr menginap di mana, kami jemput dr malam ini tazkirah”
“Saya sendiri pun tak pasti saya menginap di mana”
“Saya dapat maklumaan dari pegawai dr di Perlis, dr malam ni di Rennaissene”
“Itulah.. saya difahamkan menginap di Grand River View”
“Pihak River View maklumkan dr masuk 16, esok 12 tengahari”
“Ya..saya ada program anjuran Pejabat Mufti Perlis di situ, tak pelah nanti sampai KB…..”
Memang pening jugak kepala bila suatu urusan dibuat dengan cara tak formal dan tidak ikut saluran betul. Ya, satu-satu perkara jangan dipayahkan tetapi kalau tak ikut salurannya payah jugak. Parah lagi kalau kita pula disalahkan. Rujuk pejabat TMB pun tak boleh beri penjelasan yang menyakinkan.
“Saya sekadar nak maklumkan pada pejabat TMB sebab program Tabung Serambi Mekah itu program pejabat TMB, kami hanya ambil untuk tazkirah”
“Ya. Itu tak ada masalah. Masalahnya saya sendiri tak ada maklumat tentang kedatangan Dr. Asri” kata Haji Din.
“Haaah”
Orang yang tunggu buah yang luruh selepas dikait tak apalah. Orang yang cari dan buat galah yang nyanya.
Lalu saya buat keputusan untuk uruskan sampai selesai tazkirah Dr. Asri malam tadi. Lazimnya untuk urusan ambil dan hantar tetamu saya serahkan pada rakan-rakan.
“Enta yang urus Dr. asri tazkirah malam ini?” tanya bos telefon lewat petang.
“Ya..cuma ana tak dapat confirm lagi dr Asri menginap di mana..maklumat tak jelas”
“Kalau tahu begitu kita urus dari awal, tak apalah enta tolong selesai”
Alhamdulillah. Semuanya sattle.
Tazkirah Ramadhan Dr Asri ringkas kalau dibandingkan dengan statusnya dijemput atas nama Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Perlis.
Tapi walaupun ringkas membicarakan isu kezaliman membawa mesej yang jelas terhadap isu yang berlaku dalam negara sekarang
“Jelas pandangan dr dalam http://drmaza.com pasal ISA,” kami hampir memasuki perkarangan Qaryah Ramadhan
Antara intipati Tazkirah Ramadhan 15 Ramadhan :
>> Allah tidak lupa orang yang melakukan kezaliman pada orang lain
>> Orang yang melakukan kezaliman kadang-kadang lupa dengan kezalimannya tetapi Allah tidak lupa
>> Ingat bahawa adanya Akhirat sebagai tempat pembalasan
>> Takutilah doa orang-orang dizalimi kerana ia tiada dinding antara Allah
>> Sekiranya kita pernah berbuat zalim, minta maaf dan halalkan sebelum ditimpa balasan Allah
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Pentas Ramadhan Ceriakan Qaryah Ramadhan
DIkirim oleh annasru di September 15, 2008
Sebelum daripada ini Khemah Terawikh sempena Ihya’ Ramadhan hanya diisi dengan program solat terawikh, tazkirah selepas dua salam dan iftor (berbuka puasa) sahaja.
Namun pada tahun ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2008, pihak kerajaan negeri Kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan beberapa program di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke 4 yang dikenali dengan nama Qaryah Ramadhan dengan tema Ihya’ Ramadhan di Serambi Mekah.
Antara program yang menghidup dan menceriakan Qaryah Ramadhan ialah Pentas Ramdhan Sepetang di Ambang Iftor.
Acara interaktif ini dikendali oleh Sekteriat Bandar Raya Islam dengan kerjasama Nisa Kelantan. Sasaran program ini adalah kepada kanak-kanak dan remaja yang mengunjungi Qaryah Ramadhan dan bazaar Ramadhan di sekitar kawasan stadium tersebut. 
Program yang diadakan hampir setiap hari itu memuatkan acara Bicara Berkuiz, Mahir Jawi, Pulas Serban, Sambung Lirik Nasyid, Sambung Surah Lazim dan sebagaimananya. Hadiah-hadiah disediakan oleh pihak MPKB BRI dan DIGI Telecomination.
Manakala pada 17 dan 18 Ramadhan ini Pentas Ramadhan akan menampilkan juara Akademi Nasyid 08, Azhan Atan yang akan menghibur dengan persembahan nasyid. Sehubungan dengan itu pihak penganjur menjemput orang ramai untuk hadir ke Qaryah Ramadhan pada tarikh tersebut.
Al Azhar Tiada Mesin Faksmili?
DIkirim oleh annasru di September 14, 2008
Ketika menunggu untuk kunjung hormat kepada Omar Hashim (Presiden Al Azhar) kami mengikut Ustaz ke pejabat Maktab Tansit. Di situlah proses terakhir keputusan peperiksaan Universiti Al Azhar dilakukan.
Peluang bertemu dengan kakitangan di situ ustaz ambil untuk mendapatkan nombor faksmili Al Azhar. Walaup anetdot ini kecil tapi ia tetap menyimpan kenangan kepada saya. Kami bertiga. Aziz (YDP KPKM) dan Hussaini (Setiausaha).
“Tengok, saya boleh nombor faks Al Azhar,” Ustaz mula bersuara agak tinggi.
Sambungnya lagi, “ Menasabah tiap kali saya minta, kamu bagi alasan Azhar tidak ada faks!”
“Sebesar Al Azhar tak ada mesin faks??”
Saya mula perasan muka Aziz sudah bertukar merah. Sabar Jit! Sabar.
Kepala saya berputar untuk mencari jawapan. Memang kami berusaha untuk mencari nombor faksmili Al Azhar termasuk pihak kedutaaan dan PMRAM, tapi gagal.
Setelah mengambil masa yang agak lama dan sesuai saya bersuara,
“Ini pertama kali kami boleh masuk di sini ustaz.”
“Jangan harap pelajar boleh datang ke sini, nampak muka saja sudah dihalau!”
Saya tidak pasti Ustaz faham atau tidak mesej saya. Dia sekadar diam.
Tapi terfikir jugak mengapa kami tidak berusaha mencari nombor faks Al Azhar melalui sumber lain? Macamanalah nak berjuang kalau perkara seremeh itu tak dapat diselesaikan.
Dikirim dalam Anekdot Bersama Ust Yahya | Leave a Comment »















