AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan September 2008

Tanggal Tak Penting

DIkirim oleh annasru di September 12, 2008

Sebagaimana yang diduga 16 September bukanlah satu tarikh keramat yang semua orang perlu terlalu teruja dengan tanggal pertukaran kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.

 

Tarikh sudah menjadi suatu yang tidak penting. Utamanya adalah kerajaan lemah laih di bawah dagu Dollah dan sekutunya (pun yang sudah tinggal berapa kerat) wajib ditumbangkan.

 

Parti kompenannya sendiri penuh dengan seribu kudis masalah. Asasnya kerana mereka berjuang di atas nama kaum. Ia sepatut menjadi iktibar dan pengajaran kepada sekutu Pakatan Rakyat.

 

Nanah kudis Umno tak usah ceritalah. Padan dengan sebut yang besar-besar sahaja. Korupsi, politik wang, salah guna kuasa, MCA kronik dengan perebutan kuasa dan kedudukan, skandal dan pembolotan kekayaan. MIC masih gagal membela kaum India yang 50 tahun berada pada tahap yang sama. Adegan-adegan baling kerusi dalam mesyuarat mereka seakan menjadi lumrah dan menjejaskan imej orang India pada bangsa lain.

 

Justifikasi rasa muak dan mual rakyat berbilang ras diterjemahkan dengan protes melalui undi dalam piliharaya umam yang lalu.

 

Kerajaan Malaysia hari ini perlu ditukar kepada suatu kerajaan yang bermoral, berintergriti, dan bermaruah.

 

Kalangan Umno sekarang semakin sedar bahawa selagi Dollah menjadi nahkoda parti keris itu kedudukan Umno tidak akan selamat. Menjelang perhimpuan agung mereka pelbagai pandangan kontra dengan puncuk pimpinan sudah timbul. Soal kuota dan bonus pencalonan kepada jawatan tertinggi menjadi perbincangan yang tidak dapat disekat.

 

Bahkan Muhyiddin Yasin yang digembar-gemburkan akan mengetuai lompatan ke PR juga berani mempersoalkan peralihan kuasa hanya beberapa bulan diistiharkan oleh Pak Lah memaksa Dollah melauahkan rasa kecewa kepada orang harapannya. Apa agenda sebenar Naib Presiden Umno itu tiada siapa dapat menduga.

 

Paling penting fokus kita sebagai ahli PAS yang mendokong dasar dan prinsip Islam ialah menjaga agama yang maha suci ini. Tiada kompromi dalam memperjuangkan yang hak. Tinggal lagi strategi dan pendekatan yang perlu dirangka dan dirancang daripada sekarang.

 

Apakah dengan berlaku pertukaran dan penundaan tarikh menjatuhkan moral Pakatan Rakyat

 

Jawapannya tidak

 

  1. Moral Umno lebih jatuh teruk.
  2. Kerana tarikh tersebut, Umno jadi semakin kalut dan gelabah
  3. Usaha ke arah menjatuhkan kerajaan BN itu masih berjalan dan berterusan

 

Kita hanya menunggu masa. Sebagai kita mengimpikan prinsip keadilan tertegak, membersih dasar-dasar yang bersifat menindas dan zalim, mengembalikan ketelusan dalam pentadbiran serta merasai kesusahan dan beban rakyat

 

  1. Janganlah kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh membantut usaha itu
  2. Berhati-hati dan tidak terjerat dengan permainan  dan strategi musuh
  3. Mengemukakan idea, strategi dan perancangan masa depan
  4. Menghindarkan daripada memperbesarkan masalah-masalah teknikal yang remeh temeh.
  5. Pentingnya percaya bahwa nusrah dan pertolongan Allah akan datang apabila adanya keikhlasan.
  6. Yang hak itu tetap akan datang dan yang batil pasti akan lenyap

 

Untuk mendapat nusrah pertolongan Allah itulah perlu melalui beberapa syarat

 

  1. Mujahadah (usaha tanpa merasa putus asa, jauh hati atau merajuk)
  2. Ikhlas dengan tidak mengharap apa-apa habuan dunia (harta, pangkat dan kedudukan)
  3. Muraqabah (dekatkan diri dengan Tuhan)
  4. Tawakkal (berserah selepas berusaha)

 

Memang boleh menimbulkan spekulasi, andaian dan kemungkinan apabila PAS berada dalam kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Tetapi hendaknya usahlah kita mereka cipta spekulasi itu. Apatah lagi spekulasi negative yang boleh menjejaskan usaha untuk menumbangkan kerajaan Dollah Badawi yang bila-bila masa akan rebah.

 

Kita sudah lama berjuang menentang perjuangan Umno. Mengapa kita seperti tidak berani untuk terus berjuang dengan membuat andaian-andaian yang bukan-bukan. Siapa sahaja yang menentang dasar Islam kita mesti lawan. Tidak kira samada daripada dalam PAS sendiri mahaupun PKR. Sementelah Umno dan DAP, sehingga semua pihak boleh memahami dan tunduk kepada ketuanan Islam.

 

Bukankah kehidupan seorang mukmin itu tidak lepas daripada ujian dan perjuangan. Saat paling indah apabila melepasi ujian itu. Sesungguhnya perjuangan kita adalah untuk mendapat redha dan syurga Allah.

 

Esok-esok hang jangan lawan aku noo

Esok-esok hang jangan lawan aku noo

lama tak tidoq ni

lama tak tidoq ni

Piiiraaah! 16 dah dekat tak da pa pun!

Piiiraaah! 16 dah dekat tak da pa pun!

16 ka..20 ka.. 30 ka.. yang pasti tumbang!

16 ka..20 ka.. 30 ka.. yang pasti tumbang!

Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen »

Pesan Buat Farhan

DIkirim oleh annasru di September 9, 2008

Mula kenal Farhan ketika di Tingkatan 4

Maahad Muhamadi Lelaki

Kita 7 orang termasuk Abang Afif…

 

Dalam ramai-ramai

Farhan yang paling cepat mesra

Dalam 7 itu hanya lekat Farhan dan kemudiannya Nabil

Fauzan kadang-kadang jumpa, banyaknya tidak

Kadang-kadang berbalas mesej

Katanya sekarang di IPT

Ana pun tak pasti.

 

Farhan,

Semalam kami hantar Farhan di Airport Pengkalan Chepa

Walau pun tak ramai, tapi abang-abang DPPKB tetap ada

Ingat tak ana kata, “Ore jate jange jerit!!”

 

Selamat berangkat ke Bumi Kinanah

Perlembahan Nil bumi barakah

Tanah Anbia’ penuh karamah

Negara seribu menara

Sejuta ulama.

 

Ana bukan nak berpesan wasiat

Tegur nasihat pun bukan

Sekadar mengingat sesama mukmin.

 

Farhan,

Biar pun pengajian yang Farhan ambil bukan diniyyah

Tapi biar ingat asal usul kita

Kita produk sekolah ternama

Sekolah agama ternama

Yang melahirkan para ulama cemerlang gemilang terbilang

Ceh! buke tiru Pok Loh..

 

Ingatkan lagi nahu balaghah

Imbaukan kembali insya’ mutalaah

Jangan bila sudah kenal istilah-istilah dentist

Lupa pulak fe-el faa-el, maf-ul… 

 

Jangan sudahnya rasa beralih ke ilmu sekular

Kan semua Ilmu bermanafaat itu milik Islam

Fizik, geografi, astronomi, sains politik….

Semuanya terangkum dalam ilmu Allah.

 

Farhan,

Sampai di Mesir ingatkan diri

Ingatkan ma dan abah

Aku datang untuk mengaji.

 

Berjalan?? boleh…boleh

Melancong? Bidang ana tu…heee

Mana tahu tahun depan kita bleh jumpa…hee

Kalu bos ada plan lah…heee.

 

Bak kata budak-budak Mesir sambil mengaji sambil berjalan

Tapi jangan sampai lupa asal tujuan

Rebutlah peluang di masa luang

Sebelum yang 5 datang mengundang.

 

Bumi Mesir bumi ilmuan

Tetapi ia perlu diterokai dan disusuri

Jangan harap datang bergolek di depan mata.

 

Bukankah Farhan bercita-cita menjadi pejuang

Pejuang perlu penuh ilmu di dada

Merawat gigi sambil berdakwah

Pesakit menjadi orang yang diseru (mad-u’)

Macamana mahu menyeru kalau kontang ilmu

Ilmu dan hikmah kehilangan mukmin

Di mana kamu dapatinya ragutlah .

 

Percayalah

Kamu akan jadi orang terhebat!

 

Farhan,

Bumi Mesir banyak cobaaan..ya..cobaaaan

Cubaan iklimnya…

Cubaan budaya…

Sosionya….

Ingat!! Jangan ubah gaya hidup anda!

 

Anggaplah cubaan sebagai ujian

Manakan lengkap hidup tanpa dugaan dan ujian

Orang terdahulu bisa menempuhnya

Mengapakan tidak kita

Yaaaaa!!!!!!!!! Tuan-tuan………….

Memoir Permatang Pauh tu

(Hanya orang-orang tertentu yang tahu…hee)

 

Farhan,

Bumi Mesir mendapat jolokan Ardul Anbia’

Bumi bekas jejak Nabi Yusof, Nabi Yaacob, Nabi Musa dan lain-lain Anbia a’laihumussalam

Tidak kurang ramainya tempat bersemadi Ahlu Bait radhiaAllahu a’nhum

 

Tapi ingat juga Farhan

Bumi  itu bumi Pharaoh Ramsess, Cleopatra dan Tutankhamun

Bumi maha Firaun yang mengaku tuhan.

 

Anak cucu keturunan Nabi masih wujud

Budaya firauniyyah masih hidup

Farhan tentu sudah punya neraca

Farhan lebih tahu dengan diri dan dunia Farhan

 

Farhan,

Dekatkan diri dengan jamaah dan persatuan

Biar pun kita berlainan pengajian

Jangan jadi ego dan besar diri

Kita tidak ke mana

Satu haluan mengadapNya.

 

Ibarat kata Tok Guru ana

Manusia itu sama

Kemana-mana saja

Hanya membawa najis dalam perutnya

 

Farhan,

Kami DPPKB setia menunggu Farhan… 

Kita produk sekolah ternama

Kita produk sekolah ternama

Farhan yang paling cepat mesra

Farhan yang paling cepat mesra

 

Pejuang perlu penuh ilmu di dada

Pejuang perlu penuh ilmu di dada

Kamu akan jadi orang terhebat!

Kamu akan jadi orang terhebat!

 

Ingatkan ma dan abah

Ingatkan ma dan abah

Selamat berangkat ke Bumi Kinanah

Selamat berangkat ke Bumi Kinanah

Jangan ubah gaya hidup anda!

Jangan ubah gaya hidup anda!

Dekatkan diri dengan jamaah dan persatuan

Dekatkan diri dengan jamaah dan persatuan

Farhan tentu sudah punya neraca

Farhan tentu sudah punya neraca

Budaya firauniyyah masih hidup

Budaya firauniyyah masih hidup

Kami DPPKB menunggu Farhan

Kami DPPKB menunggu Farhan

Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen »

Detik 16 September Hanya Sekadar Kemungkinan Besar

DIkirim oleh annasru di September 7, 2008

 

 

 

Mari mentalqinkan umno
Mari mentalqinkan umno

Tiada siapa dapat mengagak apa akan berlaku pada 16 September. Bagi rakyat marhean seolah tiada apa yang akan berlaku. Buktinya aktiviti harian berjalan seperti biasa.

 

Petani tetap ke kebun membanting tulang. Nelayan turun ke laut, pulang petang. Mereka hanya tahu untuk mencari sesuap nasi bagi mengisi perut dan anak dan keluarga.

 

Masalah pembentangan bajet bagai membaca skrip yang sama, mubahalah sumpah menyumpah dan sambutan merdeka yang tiada sambutan, semua itu bukan menjadi agenda dan perhitungan mereka. Sekali lagi, bagi mereka bagaimana mahu memastikan survival anak keluarga dengan kejutan kos kehidupan yang semakin meningkat dan membebankan.  

 

Ahli politik sedang mencongak kedudukan dan posisi mereka pada September 16 .  Politik Islam tidak mengira kedudukan dan jawatan. Sedang politik sekular menanti untuk bergantung pada dahan yang kuat. Di mana ada gula di situlah mereka mengeruminya. Pastinya bunga bersepah yang kehilangan madunya akan akan ditinggalkan dengan penuh kehinaan. Tun Ghafar Baba, Tun Khalil Yaacob sudah merasakan bagaimana menjadi sepah. Cuma Tun Mahatir yang tidak rela dirinya menjadi sepah, lalu tetap menjadi tebuan tua yang masih boleh menyengat. 

 

Pak Lah berkali-kali menempelak pembangkang yang kononnya akan melakukan suatu rampasan kuasa secara tidak halal. Namun kita melihat tidak ramai pemimpin Barisan Nasional yang mengeluarkan kenyataan, apatah lagi untuk menyahut dan menyokong kenyataan Pak Lah.  

 

Penganalis politik juga masih gagal untuk membuat ramalan tepat apa yang berlaku pada tarikh sempena pembentukan Malaysia itu dan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Bagi yang kelihatan terlalu teruja dengan Pakatan Rakyat seperti cukup yakin dengan tarikh itu.  

 

Penganalisis politik kerajaan seperti biasa masih dengan sikap mengapu dan mempertahankan kerajaan lemah laih yang ada. Manakala penganalisis politik bebas hanya membuat andaian-andaian yang belum dapat menyakinkan khalayak.  

 

Para pimpinan Pakatan Rakyat sendiri tidak banyak mengeluarkan kenyataan selain daripada tunggu…tunggu..positif…positif…insyaallah! 

 

Kalau melihat kepada beberapa hari lagi menghampiri tarikh keramat itu, ia sekan mustahil akan berlaku. Tetapi mana tahu sehari dua sebelum tarikh itu sesuatu yang besar dan mengemparkan akan mula tercetus dan meletus. 

 

Saya bukan penganalisis, apatah lagi peramal politik. Saya secara peribadi apabila ditanya oleh rakan-rakan sekadar menjawab 

 

”Dok lagi bakali, tapi mungkin ada sesuatu yang agak besar berlaku”

* Ditulis pada 3 Ramadhan

 

Dikirim dalam Siasah | 8 Komen »

DETIK 16 SEPTEMBER

DIkirim oleh annasru di September 6, 2008

RAMALAN SUMBER DALAMAN

16 Sept.            DSAI Angkat Sumpah Sebagai PM Malaysia -                        10 pagi
15 Sept.            DSAI mohon restu Agong. 9:20 mlm
15 Sept.            DSAI mengadap DYMM AGONG. 6:15 ptg
15 Sept.            DSAI mengisytiharkan pembentukan PAKATAN

R AKYAT sebagai
Kerajaan baru di TV1,TV2,TV3,Bernama TV,Awani Astro
secara siaran langsung – 8:00 mlm

12 Sept.            Sidang Tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government”

10 Sept.            PM mengumumkan perletakan jawatan.

9 Sept.             Sidang Tergempar Parlimen di panggil.

8 Sept.             5 Menteri & Timbalan BN Letak Jawatan

7 Sept. 10         Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke PAKATAN

6 Sept.             Semua komponen BN dari Semenanjung keluar BN kecuali MCA & MIC

5 Sept.             Semua Parti Komponen BN dari Sabah & Sarawak isytihar keluar
BN

Sumber :

Website YB Puan Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang)

http://www.p99ampang.com/

Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen »

Tolonggg!! Hentikan!!

DIkirim oleh annasru di September 4, 2008

 

Jika benar orang yang memperkenalkan istilah Kumpulan Erdogan daripada kalangan ahli parti tolonglah hentikan usaha itu.

 

Kumpulan Erdogan mula timbul apabila timbulnya usaha-usaha dan hasrat menerima pelawaan Umno untuk  bermuqabalah dan muzakarah.

 

Dikatakan wujud beberapa individu yang kemudiannya membentuk kumpulan, yang kontra dengan keputusan positif Majlis Syura untuk mengadakan siri perbincangan dengan musuh tradisi Umno. Kumpulan inilah yang dilabel sebagai Kumpulan Erdogan. Entah idea hantu mana yang mengilhamkan nama pemimpin Turki tersebut. Tak payah bincang.

 

Lantas wujudlah pelbagai versi cerita, andaian dan spekulasi yang tentu memberi kesan dan impak kepada parti.

 

Kesan kepada parti inilah perlu diberi perhatian serius. Kalau ianya positif dan menguntungkan jemaah kita tidak pertikai dan teruskanlah. Tetapi kesan yng tidak baik yang kita bimbangkan. Setakat ini saya tidak melihat banyak kesan positif. Yalah mungkin positifnya untuk mengerak dan menyedarkan beberapa pihak.

 

Tetapi sehingga mengunakan bahasa yang tidak mencerminkan akhlak jamaah ia bukan lagi positif. Adakah berakhlak melabelkan orang sebagai penipu, bodoh dan munafiq

 

 

Kita sering mendakwa bahawa Tok Guru adalah idola dan beliau adalah pemimpin contoh yang wajar diteladani

 

Keluarganya selalu menceritakan bagaimana sikap Tok Guru sekiranya ada orang menceritakan di hadapannya tentang si anu…si anu… Sepontan beliau akan memalingkan mukanya ke arah lain, tanda protes dan tidak mahu terus mendengar sebagai mempraktik hadis Nabi yang bermaksud sekiranya kamu  menceritakan tentang seorang dan ia tidak benar kamu kazab (berdusta) dan sekiranya keburukan itu ada maka itulah annamimah (mencerita keburukan orang) !

 

Kalau pun kita tidak dapat menyaingi sembahyang malam Tok Guru, cara makan pakainya yang sederhana, cukuplah dengan mencontohi sifatnya yang sentiasa berbaik sangka sesama kita.

 

Selagi pimpinan tidak mengisytiharkan sesuatu yang jelas bertentangan dan dasar parti, samalah kita dokong dan sokong.

 

 

Keputusan yang kita sepakati dalam muktamar lalu bagaimana untuk memperkasakan parti, memperkuatkan Pakatan Rakyat dan memastikan Islam yang dominan lewat kenyataan Datuk Seri Presiden. Ketegasannya tidak perlu dipertikaikan. Kita rela berundur sekiranya Islam tidak diletakkan dan berada pada posisi yang sepatutnya.

 

Cuma satu pandangan akhir saya. Jangan terperangkap dengan mainan musuh. Saya meletakkan bahawa semua usaha ini adalah rencana dan perancangan Umno. Kerana sesungguhnya  tiada satu pun kerja perancangan jahat dan tidak baik melainkan ia datang dari Umno. Meskipun ia dilakukan oleh orang dalam parti sendiri! Walau pun orang PAS tapi tindakan dan kerja macam Umno, Umno lah tu!

Dikirim dalam Siasah | 3 Komen »