AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan Oktober 2008

Jom Join AMILIN

DIkirim oleh annasru di Oktober 8, 2008

Jika anda berkunjung ke Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4 sepanjang bulan Ramadhan yang lalu, anda akan melihat sekumpulan anak-anak muda berbaju kuning dan memakai vest berwarna coklat  yang tertera di bahagian belakang AMILIN Sukarelawan Bandar Raya Islam dengan membawa motto Sentiasa Membantu.

 

 

Mereka adalah petugas sukarela yang dikenali dengan nama AMILIN Sukarelawan Bandaraya Islam Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

 

“ Peranan mereka lebih kepada membantu dan memastikan persiapan program-program sepanjang berlangsungnya Qaryah Ramadhan,” demikian menurut kata Mohd Hafiz Abd Samad, Ketua Sekretariat Bandar Raya Islam MPKB-BRI.

 

Lebih kurang 50 orang yang bertindak membantu tugas-tugas urusetia Qaryah Ramadhan sempena Tahun Melawat Kelantan pada tahun ini. Selain itu  AMILIN juga bertanggungjawab mengendali acara Pentas Ramadhan Sepetang di Ambang Iftor di Qaryah Ramadhan.

 

“Kita masih memerlukan lebih ramai tenaga AMILIN bagi menjayakan misi mewujudkan sebuah kumpulan yang bergerak bagi memberi khidmat kepada masyarakat, khususnya dalam bandar Kota Bahru” katanya.

 

 

Sehubungan dengan itu MPKB BRI mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam AMILIN. Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi AMILIN bolehlah terus ke pejabat Sekretariat Bandar Raya Islam di Padang Perdana Kota Bharu atau dengan cara menghantar email ke alamat : amilin_mpkbbri@yahoo.com dengan menyatakan  maklumat diri seperti nama, alamat, nombor kad pengenalan, kecenderungan (minat atau hobi) dan bakat atau kemahiran yang ada pada diri.

 

 

Menurut Hafiz lagi, AMILIN berkhidmat tanpa dibayar apa-apa elaun sesuai dengan matlamat penubuhannya sebagai skuad sukarelawan. Namun pada masa yang sama pihak MPKB BRI tidak akan meminggirkan daripada sudut menyalurkan kebajikan kepada tenaga AMILIN.

 

 

Qaryah Ramadhan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan dikendalikan oleh MPKB BRI adalah medan pertama AMILIN dalam usaha menggerakkan sebuah komuniti sukarelawan dalam bandar Kota Bharu.

 

“Apabila adanya program-program besar yang memerlukan tenaga sukarela, AMILIN akan diarah melalui ketua kumpulan untuk turun membantu,” katanya.

 

Penyertaan AMILIN adalah terbuka kepada sesiapa sahaja samada lelaki atau perempuan dengan syarat sedia mematuhi syarat mudah menjadi AMILIN Sukarelawan Bandaraya Islam.

 

Dikirim dalam Santai | Leave a Comment »

Memang Dollah Tak Sedar Diri

DIkirim oleh annasru di Oktober 7, 2008

Apabila Perdana Menteri yang membuat sidang media menjawab kehadiran Hindraf dalam majlis sambutan hari raya kabinet yang kononnya membuat kecoh, maka menggambarkan  ketidakcerdikan dan tidak professional seorang PM. Kalau nak jawab sangat pun berilah pada menteri-menteri lain. Apa kejadah sampai PM sendiri yang jawab macam budak-budak berbalah.

 

Dalam keadaan dirinya yang di penghujung kuasa boleh lagi buat lawak bodoh. Memang Dollah masih tak sedar diri. Bak kata kecik-kecik tak nak m****s, besar-besar menyusahkan orang. Bukan eden yang kato eh, Ahmad Nisfu yang kata. Memang Dollah banyak menyusahkan rakyat Malaysia dengan kos kehidupan yang makin membebankan.

 

Masa sama ketika menjawab soalan wartawan apakah beliau tidak akan bertanding dalam pemilhan Umno Mac depan, beliau berkata akan isytiharkan esok atau lusa. Maknanya hari ini atau pun esok. Hangpa boleh percaya kaaa? Kalau ikut sifir tarikh pilihan raya umum yang lalu tak mustahil akan ada satu lagi pembohongan Dollah. Nak tiru stail Che Det la kunun. Memang Dol tak ada gaya kepimpinan tersendiri.

 

Aku kan, kalau Dollah bercakap memang tak nampak ada keyakinan. Tapi kalau pun benar sebagaimana yang Wak Dollah kata, aku kira tak mudah dia akan kata “ … Errr saya tidak berhasrat untuk mempertahankan jawatan Presiden Umno…” Aku rasa walau pun Dollah ini dikategorikan PM lembik lemah laih atas dunia, tapi anak menantu dia tak la lembik sangat.  Kalau lembik takkan boleh jadi kaya raya. Keputusan menangguh pemilihan yang sepatutnya akhir tahun ini kepada Mac tahun depan adalah sebahagian daripada strategi Dollah dan anak menantunya. Khairy buat-buat bantah jer. Yalah bantahan sekadar sehari itu saja. Lagipun tiada siapa yang menyokongnya. Ada makna tuuu.

 

Meme Ayoh Loh ni jenih tak sedar kediri. Ketika dalaman Umno sendiri berusaha untuk memastikan dia turun awal, Lah masih menyusun strategi. Strategi pertamanya menangguhkan pemilihan ke bulan Mac. Kalaulah dia jadi tidak mempertahankan jawatan presiden bermakna dalam tempoh itu dia sudah turun dengan cara terhormat. Tidak pun apabila melayu Umno yang semakin lupa ( 5 bulan lama ooo) kembali mencalonkan dia, dia akan mempertahankannya.

 

Ketika orang lain meramalkan 3 orang pemimpin Umno menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden memberi isyarat Abe Loh ingin memberi laluan pada Najib, aku pula mengcongak dia sedang mencari regu lain.

 

Memang betullah dok soh kesiangkan ko Dolloh ning. Sebab Dollah makin hagri makin tak sedaq digrhi. Dia ingat Seri Perdana mok bapok dio punyo.

 

Dollah wei!. Dengarlah rayuanku ni. Walau pun aku tahu dan sedar siapa aku. Lagikan Sohibu Samahah Mufti Perlis yang sama sorang yang hang selalu jemput ke pejabat hang pun, hang tak dengaq, inikan pula aku rakyat yang hina dina nih. Kalau hang nak turun cara terhormat ajarlah RTM dan TV3 ¼  tu berhemah sikit bila buat laporan pada pembangkang. Hentikanlah laporan berbaur fitnah, negatif dan prasangka. Ini idok. Siap dengan memek muka, terutama yang pompuan rambut merah tu. Memang tak sedar diri, Macamlah dia tu boleh apa-apa projek. Yang bolehnya harga minyak dan barang yang naik.

 

Yang tengah berdebar, gabra dan tak tido malam tak lain tak bukan si Najib dan Rosmah alis mata cukur. Dollah semakin sedar akan kerakusan dua kelamin itu untuk naik takhta. Hak ni dia sedar.

 

Aku pun tak tau bakpo posting aku nampak hot hari ni. Heeh! Panas make kambing rumah Ustaz Wan Azimin pegawai khas Dato’ Anuar Tan kot.

Pelakon Harapan tak boleh harap

Pelakon Harapan tak boleh harap

Pelakon Komedi Terbaik

Pelakon Komedi Terbaik

Pelakon tak laku

Pelakon pembantu tak laku

Aktres Pengampu Popular

Aktres Pengampu Popular

Anugerah Khas Pelakon Vetaran yang tenggelam

Anugerah Khas Pelakon Vetaran yang tenggelam

Pun tok laku

Pun tok laku

 Tok soh siang ko Ayoh Loh, sebab ayoh loh koho dok seda dighri.

 

 

 

 

Dikirim dalam Siasah | Leave a Comment »

Ceramah Perdana Aidil Fitri

DIkirim oleh annasru di Oktober 6, 2008

Dikirim dalam Siasah | Leave a Comment »

Kasihanilah Pak Lah

DIkirim oleh annasru di Oktober 4, 2008

Kasihanilah Pak Lah. Setujukah saudara sekiranya kita beri peluang kepada Pak Lah sehingga peralihan kuasa 2009 atau 2010 berlaku? Rayuan ini atas dasar belas dan kasihan kepada Dollah yang malang itu.

 

Sewaktu Pak Lah memperolehi mandat besar dalam pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 terlihat di raut wajahnya kegembiraan yang amat. Kenyataan-kenyataan yang keluar tampak jelas berbaur rasa besar diri. Pastinya ketika itu ia adalah hadiah bagi mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir.

 

Kepimpinan Pak Lah makin terserlah kerana membawa imej mr. clean, cucu tuan guru besar yang bakal membawa polisi yang lebih lunak dan memperjuangkan intergriti dalam pentadbirannya.

 

Kata-kata keramatnya bekerjalah bersama-sama saya, bukan untuk saya diwarwarkan oleh segenap media mencerminkan kesungguhan kerja dan tanggungjawab yang terpikul di pundak Perdana Menteri ke 5 ini.

 

Rasuah akan ditentang habis-habisan. Politik wang dibendung dengan pelbagai syarat dalam pemilihan. Justifikasinya dengan pendakwaan dan hukuman kepada beberapa jerung bersaiz sederhana. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melalui proses penambahbaikan.

 

Kemuncaknya Pak Lah ditonjol ssebagai pemipin yang islamik dengan dendangan puisi bukan harta dan kedudukan yang diburu, tetapi Imam Syafie dan Imam Ghazali yang dicari. Akhirnya Islam Hadhari yang entah dari mana diketemui.   

 

Orang kampung cukup teruja apabila melihat seorang PM mengimami solat terawih! Berucap berselang dengan petikan Al Quran dan Hadis.

 

“Molek sikit banding dengan Mahathir dulu,” itu komen bonda saya.

 

Namun ternyata Islam Hadhari yang dicanang Pak Lah itulah yang memakan dirinya. Rakyat semakin bercelaru dan keliru dengan agama baru yang kemudian diulang-ulang sebagai pendekatan baru  Islam . Islam Hadhari ternyata gagal menjadi daya penarik undi dalam pilihanraya lepas. Bahkan ia menjadi ejekan ramai kerana tindak tanduk pemimpin Umno jauh daripada Islam yang konon turut menjadi teras perjuangan Umno.

 

Seawal Pak Lah memegang tampuk pemerintahan negara, kita mengharapkan suatu pembaharuan yang akan dibawa. Tidak dibayangi oleh dasar Mahahtir sebelumnya. Sekurang-kurangnya dasar mencengkam yang diamalkan oleh Mahahtir diubah atau dilunakkkan apabila berdepan dengan isu melibatkan kepentingan rakyat.

 

Sepatutnya Pak Lah mempersembahkan gaya kepimpinan waris cucu Tok Guru terkenal di Pulau Pinang dengan mengurangkan jumlah tahanan ISA kalau pun tidak menghapuskannya, Memberi lebih kelonggaran dan kebebasan kepada penerbitan media opposisi dan mengkaji semula Akta Kolej dan Universiti. Bahkan segala dasar yang bersifat zalim dan menyekat kebebasan perlu dikaji dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

 

Hanya dengan cara itu Pak Lah boleh menghindar bayangan pemerintahan PM ke 4. Justeru akan menobat Pak Lah sebagai pemimpin yang ada stail kepimpinan tersendiri, berani dan tidak tunduk kepada mana-mana proksi dalam Umno sendiri.

 

Malangnya hanya beberapa lama sahaja imej positif itu berjaya dikekalkan. Memang benar kata orang, tak akan jadi baik seseorang yang berjuang dalam Umno walau pun nawitu dan azamnya kuat untuk membaiki Umno.

 

Justifikasinya Anwar Ibrahim, Nakhaei Ahmad dan beberapa individu lain yang mendakwa mendakwa berjuang Islam dalam Umno adalah untuk membaiki Umno. Mashitah dan Firdrdaus adalah juga antara juga contoh terbaik

 

Namun secara peribadi timbul pula rasa kasihan pada Pak Lah yang malang ini. Pak Lah sudah boleh dianologikan sebagai Pak Pandir yang tahu beranak tapi tak tahu jaga anak. Ibarat Pak Kadok nak rampas Kelantan, terlepas empat buah negeri kesayangan.

 

Kelantan dikatakan tak tahu mentadbir, sedang negara nazak dilanda krisis kepimpinan, harga minyak yang sekali naik sekali turun, serentak harga barangan mendadak. 

 

Ahhh! Biarkan Dollah Luncai terbenam dengan labu-labunya.

 

Namun saya kira di hari baik bulan baik ini kita maafkanlah dulu Pak Lah. Berilah sedikit peluang (walaupun sudah banyak peluang) untuk dia mencatat sejarah peribadinya yang agak baik, sekali gus merakam sejarah negara. 

 

Saya juga mengira bahawa pihak pembangkang boleh membantu mencari jalan dan cara agar Pak Lah turun dengan cara lebih terhormat sebagaimana dalam posting saya terdahulu. Kita tidak mahu melakar sejarah bahawa ada seorang PM Malaysia dijatuhkan dengan cara yang agak mengaibkan. Bukankah Islam mencegah untuk mengaibkan seseorang.

 

Biar pun Umno sudah sekian lama merosak dan mencemarkan sejarah PAS dan perjuangannya. PAS dianggap sebagai suatu bahaya yang turun dari Gunung Semanggol, membawa pendekatan radikal dan ekstrimis. Memali dirakam sebagai suatu peristiwa amukan berdarah para pengganas yang didalangi oleh pimpinan utama PAS.

 

Cukup.. Cukup… Apa yang berlalu biarkan ia berlalu. Saya yakin Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden PAS boleh memaafkan Pak Lah.

 

Manakala pada Pak Lah pula dia perlu lebih menjadi pendengar yang baik daripada kalangan banyak pihak. Jangan hanya menjadi pendengar kepada orang sekeliling, terutama anak menantu sahaja. Cubalah juga dengar rungut orang tentang peel anak menantu anda. Jangan buat pekak badak bila ada orang menceritakan hal mereka. Tidak semestinya ia ditelan terus. Sebagai ketua keluarga, bahkan ketua negara selidiklah sedikit apa yang diluahkan oleh rakyat tentang kerabat kita. Bukankah Amru bin Asr pernah merontan anaknya sendiri yang ada perkara yang tidak telus ketika mengurus kerajaan Mesir. Ia bertindak hasil laporan sahih salah laku anaknya itu.

 

Apa yang disuarakan pembangkang perlu juga diambil perhatian. Yalah kerana pembangkang, bukan bermakna ikut semua tetapi apa yang dikira relevan apa salah ia diberi perhatian. Ia sedikit pun menjatuhkan martabat dan imej anda sebagai PM. Bahkan orang akan mengenang anda sebagai PM yang hebat.

 

Keangkuhan kerajaan Barisan Nasional sedikit reda selepas kena pukulan nazak PRU ke 11. Beberapa hari nada pembaca berita TV3 dan RTM terutamanya berubah nada. Sunyi seketika laporan-laporan yang memburukan pembangkang. Bahkan penganalisis-penganalis poloitik yang dijemput membicarakan topik dan isu PRU 12 berani mengkritik dan menghentam kerajaan Barisan Nasional.

 

Kasihailah Pak Lah. Tapi kalau Pak Lah masih dengan sikap degil Abu Jahalnya kita lawan sampai dia tersungkur hina. Cuma saya tinggalkan suatu persoalan. Selepas Pak Lah bagaimana?. Aku tidak rela berPerdana Menterikan Najib! Tidakkkk!!!! Sedang Zahid Hamidi yang pernah sekapal dengan Anwar mengintai peluang. Ini konspirasi mana pula? Diberitakan juga Ketua Menteri Melaka berminat jawatan nombor 2 Umno, justeru memasang angan-angan jawatan nombor 1 atau 2 negara. Najib, Zahid atau Rustam semuanya 3X5.

 

Jelasnya Najib semakin ditolak oleh kalangan Umno sendiri. Bagaimana Najib Sharibu boleh berada di kerusi presiden sedang dirinya bertompok dengan kudis dan rekod buruk.

 

Politik Malaysia semakin panas dan rancak! Kasihan Pak Lahku. Kasihannn!!!

 

...beginilah nasib diriku yang malang...

...beginilah nasib diriku yang malang...

Dikirim dalam Siasah | 2 Komen »