Arkib bagi Bulan November 2008
Kita dalam keadaan selesa
DIkirim oleh annasru di November 23, 2008
“Masa ini adalah suasana terbaik dan selesa untuk kita mengambilalih kerajaan, terutama dalam keadaan parti Umno yang berada dalam serba kegawatan.
“Kita tidak berhenti daripada meneruskan matlamat dan usaha untuk menumbangkan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional sekarang.
“Walaupun 16 September telah lama berlalu, usaha-usaha tersebut masih berterusan sehingga ke pilihanraya akan datang,” demikian ucap Dr Hatta Ramli, Bendahari Agung Parti Islam SeMalyasia (PAS) sewaktu menyampaikan taklimat dan penerangan isu tertutup kepada pimpian PAS Kawasan Kota Bharu dekat sini.
Dr Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai menegaskan bahawa kerja-kerja menambah daftar pemilih dan pemutihan daftar pemilih adalah sebahagian daripada usaha PAS untuk menumbangkan kerajaan BN.
” Pada masa yang sama BN bekerja dan bertungkus lumus untuk mengekalkan kuasa mereka dengan cara apa sekalipun samada melalui kekerasan atau pun menggunakan kuasa wang yang ada pada mereka.
“Mereka cuba untuk menafi dan menutup kegawatan ekonomi yang turut dialami oleh negara, sedang negara seperti Amerika boleh bergabung antara parti Demokrat dan Republikan demi untuk menyelamatkan ekonomi negara mereka,” katanya.
Menyentuh tentang gabungan Pakatan Rakyat, Dr Ramli menyatakan bahawa pakatan tersebut cukup akrab dan konsisten dalam misi untuk menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang.
” 5 negeri yang dikuasai oleh pembangkang adalah justifikasi dan simbol kepada kombinasi yang utuh, akrab dan toleran, meskipun satu-satu parti dominan di antara 5 negeri tersebut, kami boleh saling bekerjasama.
“Siapa sangka DAP yang dilabel sebagai parti chauvinis boleh menerima Menteri Besar daripada PAS di Perak,” katanya.
Ujarnya lagi dalam satu-satu isu walaupun kelihatan kontra, kami mengambil pendekatan dan falsafah tidak sampai membakar kelambu.
Turut berucap dalam majlis yang diadakan di Dewan Zulkifli Pejabat Perhubungan PAS Kelantan itu ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato Hj Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan Hj Che Abdullah bin Mat Nawi selaku Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.
Umno saya baham, PAS saya hentam
DIkirim oleh annasru di November 16, 2008
Menyantuni Professor Dr Agus Yusof di kediamannya di Bandar Baru Bangi bagaikan sudah lama mengenalinya. Cukup mesra, humorist dan friendly. Dan sememangnya professor ini dilahirkan untuk berhujjah dan berhujjah.
Semalam adalah kunjungan kedua kami dalam misi mendapatkan untuk beliau sebagai moderator Wacana Perdana berkonsepkan talk show yang bakal diadakan 20 Disember depan di Kota Bharu.
“Saya memang seronok bila dapat menghujjah dengan orang.
“Tak kira PAS atau Umno, dengan Umno saya baham, dengan PAS saya hentam.
“Itu sebabnya baik orang Umno atau PAS marah dekat saya.
“Apa pandangan PAS terhadap saya,” Dr Agus bertanyakan saya.
“Kami dapat lesen jemput prof program Wacana Perdana ni, maknanya positiflah,” saya respon ringkas.
“PAS dan Umno ada kelemahannya…”
Memang saya rasa kehidupan rutin Professor Dr. Agus tidak sempurna tanpa berdebat, berbahas dan menghujah.
“Apa kelemahan PAS?” soal saya.
“Banyak..,” kata prof.
“Contohnya prof?” balas saya lagi.
“Ada ketikanya PAS kelihatan mempergunakan agama untuk tujuan politik.
“Sampai hari ini kita menunggu draf Negara Islam untuk dibentang dalam Parlimen,” ujarnya panjang lebar.
Macam biasa tampak bersemangat seperti dalam program Hujah terbitan TV9.
“Pendekatan politik ikut semasa prof..,” sanggah saya sepatah saja.
“Mun tanyo aku sampai nak terkencing!!,” Professor Agus memang suka melawak. Tapi lawaknya berisi. Dia bukan ketawa sangat pun. Tapi dia berbicara bersama bahasa badannya.
“Hee..”
Sememang pertemuan –pertemuan yang diatur hari itu berbaloi walaupun kami hanya seketika (tak patut kata Dr. Agus) dapat berjumpa Pegawai Khas Khairy Jamaludin di Bangsar Village.
Ya. Khairy Jamaludin antara panelis yang sedang kami usahakan. Setakat ini katanya positif dan Khairy teruja untuk turut sama menjayakan Wacana Perdana.
Tak tahulah kalau dia berubah fikiran untuk berdepan dengan Dato Paduka Hj Husam.
“Haaza Abuki Ya Surayya!”
DIkirim oleh annasru di November 14, 2008
Entahlah setiap kali Ustaz datang saya dipertanggungjawabkan menjaga jadual dan masa ustaz Yahaya Othman.
Saya jenis payah untuk mengejutkan orang tidur. Bukan apa. Memang rasa kasihan dan tak tergamak gerok ore tido nih.
Begitu juga saya boleh marah kalau orang tak pasal-pasal kejutkan dari tidur saya. Kalau dah sedar bukan mudah nak lena balik.
“Din, gerok ustaz, nok gi doh ni” kata ustaz Zaid, penasihat Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM)”
“Kesian ko ustaz nampok letih tu,” kami baru sahaja pulang dari satu tempat.
“Tok apo,” kata ustaz Zaid.
Perlahan saya menolak pintu bilik yang menempatkan ustaz dan rombongan kerajaan negeri Kelantan di sebuah apartmen mewah di Hayyu Sabie’ Madinah Nasr.
“Ustaz…” perlahan saya panggil.
“Ustazzz!…,” sekali lagi.
Tersentak ustaz bangkit.
“ Ya! Ke mana pula kita?,” sedang matanya separuh tertutup.
Ketika menyarungkan stokin di ruang tamu, ustaz berpaling kepada anak daranya yang turut serta bersamanya seraya berkata
“Haaza abuki ya Surayya!. Haaza abuki ya Surayya!”*
Kami semua tersenyum.
* Inilah ayahmu wahai Suraya
Dikirim dalam Anekdot Bersama Ust Yahya | Leave a Comment »
PR Terus Mencuba : Apa bakal berlaku 4 atau 5 November
DIkirim oleh annasru di November 2, 2008
Pakatan Rakyat tetap tidak berputus asa dan akan meneruskan percubaan-percubaan untuk menukar kerajaan pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional. 16 September 2008 telah berlalu dan sebagaimana yang dijangka dan diramal oleh saya dalam posting terdahulu percubaan tersebut belum berjaya (bukan gagal). Namun ia sedikit pun tidak menjejaskan imej PR, bahkan 16 September berjaya menjadikan Barisan Nasional dalam keadaan gelabah, memaksa mereka melarikan ahli-ahli Parlimen mereka membuat lawatan sambil belajar pertanian di bulan Ramadhan yang mulia.
Usul untuk mengadakan persidangan khas Parlimen 23 September untuk membincangkan hilang kepercayaan terhadap Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pimpinan beliau tidak dilayan oleh Yang Dipetua Dewan. Tidak ada dalam sejarah usul pembangkang diterima bulat-bulat oleh Yang Dipertua.
Cubaan diteruskan dengan menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk diadakan pertemuan dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Difahamkan sehingga hari ini Perdana Menteri yang akan berundur Mac depan tidak memberi jawapan walau pun beliau mengakui menerima surat Anwar yang antara lain isi kandungannya menyentuh isu-isu yang melanda negara.
Surat itu tidak menyebut tentang peralihan kuasa BN kepada PR, kata Perdana Menteri. Yalah. Takkanlah PR tidak tahu adab tatatusila untuk mohon menyantuni PM, lantas menggunakan bahasa yang tidak terhormat. Surat itu adalah suatu permohonan untuk mengadakan kunjung hormat kepada PM. Kenapa ianya tidak disambut dan diterima.
Perjumpaan dengan PM secara rasmi dikira suatu cara yang lebih sopan dan beretika kerana itu juga saranan Umno apabila pembangkang mengadakan demonstarasi dalam menuntut suatu perkara.
Mengapa perlu berarak di jalan raya, menakut-nakutkan orang. Apakah tiada jalan lain seperti duduk dan berundingan. Itu kata pemimpin negara.
Bila dimohon untuk bersemuka ini pula jadinya. Pelbagai alasan pula diberi untuk mengelak daripada berjumpa. Tidak perlu, tidak penting, tidak menjadi keutamaan. Piiraah!
Pertemuan dengan PM kelak akan disusuli dengan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk memohon perkenan dengan menyembah pandangan menangani kegawatan suasana politik dan ekonomi negara sekarang.
Perbahasan Bajet 2009 dimulakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan membentangkan sama bajet alternatif Pakatan Rakyat. Kemudian dikemukakan supaya suatu bajet lain perlu dibentang semula oleh pihak kerajaan. Bermakna pakatan pembangkang tidak dapat menerima keseluruhan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan terdahulu.
Sidang parlimen bajet akan berakhir dengan pengundian untuk meluluskan bajet yang telah dibentang dan diperbahaskan. Bajet 2009 hangat diperdebat oleh Pakatan Rakyat
Difahamkan bahawa mengikut amalan sistem demokrasi seluruh dunia sekiranya belanjawan negara tidak mendapat sokongan penuh parlimen, maka kerajaan yang mengemukakan belanjawan tersebut perlu berundur dan diganti dengan kerajaan lain melalui proses yang aman dan demokratik.
Cuma kita menunggu sistem pengundian bagaimanakah yang akan dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat. Anwar mengharapkan 31 orang ahli parlimen Barisan Nasional akan menunjjukkan keberanian mereka kali ini.
Teruskan, teruslah mencuba sehingga Barisan Nasional tersungkur!
Isteri cerdik yang solehah…
DIkirim oleh annasru di November 1, 2008
Kisah dan catatan peribadi seseorang boleh menjadi bahan dagangan, dikormesialkan atau bahasa mudah boleh buat duit. Jarang orang mahu menulis dan bercerita kisah peribadi mereka untuk tatapan umum. Aku adalah sebahagian daripada mereka yang bukan berminat sangat untuk bercerita tentang diri dan keluarga. Namun semenjak duamenjak berblog ini aku rasa banyak juga riwayat peribadi aku terdedah kepada pelawat annasru.wordpress.com. Asalnya untuk tatapan anak buah dan bekas anak-anak murid terutama bekas pelajar-pelajarku di Maahad Darul Anuar dan Maahad Pengajian Islam sahaja yang sering minta aku bercerita ceriti. Tetapi semenjak annasru.wordpress.com. pernah beberapa kali jadi top posts wordpress.com, kisah peribadiku sudah menjadi rahsia umum.
Kali ini aku terasa mahu bercerita tentang kisah cintaku!!!. Haaah!!! Biar betul Ustaz Nasron.
Sebenarnya ia tidak lebih sebuah catatan memoir cerita aku dan isteriku. Awal tahun lagi aku rancang untuk tulis sesuatu untuk orang paling dekat dalam duniaku, tetapi dek kerana pilihan raya dan isu-isu negara yang sentiasa tak habis-habis aku tangguhkan sehingga tarikh ulang tahun perkahwinan kami pada 4 November ini. Sebenarnya pun aku bukan ambil tahu sangat tentang anniversary ni. Percaya tak kalau ditanya tarikh-tarikh lahir anak-anakku, aku terkial-kial mengingatinya! Hari jadi isteri ingat sebab tarikh dan bulannya hampir sama. Selang sehari sahaja.
Aku diijakabulkan oleh Tok Imam Sayuti, tok guru muda pondok Dewan Beta (tidak jauh daripada kampung isteriku). Rasanya syeikh pondok paling muda setakat ini. Aku ingat lagi betapa sejuknya tangan dia ketika berjabat untuk ijab kabulkan aku. Aik! Aku kenalin ko dia yang gabra? Atau sebab Timbalan Mufti Kelantan (sekarang Dato’ Mufti) ada sebelah. Huhuhu..
Yah. 4 November adalah ulang tahun perkhawinanku.
Perkenalan dengan zaujahku cukup ringkas dan mudah, ketika aku masih belajar di Perlembahan Nil . Sepontan Rushdan rakanku mengajukan pertanyaan.
“Din ado ore doh ko?”
“Hah? Tak dok, bakpo nak kira ko?”
Bermula daripada itu bermulalah episod dan siri ke gerbang perkahwinanku. Ceh.. Macam ada love story pulok. Tak dok tak der eh.. Cinta kami cinta beretika, beradab dan beralas. Sebagaimana cinta Rasulullah kepada Aisyah si Humara’. Seumpama cinta Fahri dengan Aisyah dan Maria. Tapi Ayat-ayat Cinta variasi novel, bukan filem. Filem ada sikit karut. Karuuut Us Ja.
Sebagaimana Saidina Jibril menunjjukkan skrin visual Aisyah di kelopak sayapnya, aku diberikan gambar bakal pasangan hidupku itu. Bila aku menujjukkan gambar itu kepada bonda sewaktu pulang bercuti di tanahair, bondaku tersenyum dan seperti biasa mesti ada ‘kritik filem’nya. Ok la tu.
Aku mudah saja. Tak dok nak memilih-milih. Lima syarat Rasulullah aku yakin sudah dipenuhi.
Nasab? Rushdan yang memberi infom kerana adiknya kawan rapat zaujahku dan keluarganya…
Jamal? Firman Allah lewat mafhumnya “Sesungguhnya Aku menciptakan manusia dalam rupa sebaik kejadian (ahsanitaqwim).”
Al Maal? Kalau tidak, takkanlah sampai ke Mesir..
Pentingnya faz far bizatid Din (agama). Alumni Maahad Muhammadi… Ustazah beb…ngaji Azhar Assyarif cawangan Alexandria…
Langsung pertemuan diatur di Masakin Othman, kediaman Rushdan dan familinya empat beranak.
Tentu sahaja hasrat aku ketika itu untuk terus melangsungkan perkahwinan. Kalau tunangan pun kira sehari dua dah la. Bukan gelojoh tapi buat apa tunang lama-lama. Kan lagi banyak cabaran dan godaannya.
Aku ingat lagi bagaimana bakal isteri mengemukakan pelbagai soalan cepu emas padaku waktu sesi taaruf. Soalan maut pun ada walau pun taklah mencabar sangat. Masa tu control…Hek eleh…control…kontrol. Soal perancangan hidup dan masa depan. Cewaah… macam kena interview plak. Syarat aku mudah saja. Bertunang hanya mengambil syarat sunnah. Jangan sampai bertahun jadinya.
Cabaran kami bermula, Cewah..Ada trill la konon. Piiraah!
Sebelah keluarga aku sememangnya tak ada masalah langsung. Ayah aku paling sporting kalau anak-anak nak kawin awal. Memang dalam bab nikah kawin anak luar negara ni ma dan ayah mudah kiro, sebab ada pengalaman kakak aku kahwin masa belajar di United Kingdom dulu.
Mak dan ayah isteri aku juga tak ada hal sangat. Yang jadi masalahnya bila campur orang ketiga. Apa pun orang ketigalah buat hal. Macam dia pulak nak nikah. Pak saudara bongsunya yang kebetulan belum kawin! Tak rela anak saudaranya disatukan dengan orang lain bukan di depan dia. Perkh!!!
Bakal zuajahku mengadu memang ada sikit pening. Tapi aku yang jadi pakar motivasi bagi semangat dan peransang. Ceh, berlagak lagi ustaz nih.
Bab menulis surat ayat zaujah aku memang power. Aku yang memang glamour kat Mesir bab karang mengarang ni memang terasa kalah dan tercabar dengan ayat-ayat dia. Tak doklah ayat bunga-bunga berenang di lautan api atau mendaki gunung dan bukit. Tapi susun atur ayatnya yang memikat. Peeeh!!. Surat-surat itu aku dah bakar sebelum pulang. Ohhh tergamaknya. Buat apa simpan, bukan laku jual pun.
Surat? Kenapa tidak e mail. Zaujah aku bukan biasa sangat guna e mail. Bukan apa, guna surat dia lagi original, klasik, sentimental dan romantik sikit. Uweeeks..nak muntah!
Kebetulan syiqah (apartment)ku ada telefon. Jarang-jarang sekali berhubung dengan telefon. Yolah dia di di persisiran lautan Medetarian Iskandariah, sedang aku di tebingan Sungai Nil Kaherah. Kawan-kawan di rumah nak dengar sama tak ada masalah. Asal jangan lebih-lebih dah.
Kerana tak jadi kawin di Mesir, aku nasihatkan dia balik dulu. Tinggallah aku dalam kempunan. Hee..bukan lama pun. Beberapa bulan selepas itu saja. Hnyyyehh!
Balik saja tanah air kami terus kahwin. Semua urusan terlebih dulu diselesaikan oleh keluarga masing-masing. Seingat aku kurang daripada seminggu aku pulang, aku terus diijab kabul. Kos semua mendapat tajaan. Pakaian suite melayu pun kira pakai yang abang punya! Rupanya zaujah aku pun pakai baju pinjam. Kahkah.. tapi tetap sedondon. Sanding-sanding atas pelamin tak main. Khurafat dan bidaah dholalah!
Aku akur bahawa aku bukanlah seorang suami terbaik. Alhamdulillah aku dikurniakan dengan isteri yang boleh dikategorikan penyabar dengan karenah aku yang kadang-kadang percakapan tak ada filter. Insuran memang tak buat. Memang itu sikap aku bila lihat suatu yang tak kena. Guru-guru dan budak-budak Maahad Darul Anuar lebih termaklum.
“Mujurlah mun buleh bini supo Sa,” itu suara ma aku bila membicarakan aku yang selalu out station meninggalkan isteri.
“Memang Alllah Taala pilih molek doh maa,” jawabku ringkas.
Bukankah sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Di awal perkahwinan, isteriku kerja di Shah Alam, sedang aku masih penganggur kehormat. Setiap kali menghantarnya terjadilah screne Hindustan seketika. Tapi bukan depan orang lah!
Selepas aku boleh kerja, aku minta dia berhenti selalu. Immediately! Fauraan! Jaldi karo!
Lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri. Aku berharap waktu-waktu tergigit lidah itu banyak pengajaran dan pedoman yang kami perolehi.
…..buang yang keruh ambil yang jernih baru teguh peribadi….
Moga Allah menjadikan kami keluarga yang dirahmati, diberkati dan diredhoi. Aku bertanggungjawab menghindarkan usrahku dari api neraka. Moga Allah jadikan zuriat keturunanku qurratu a’yunin. Menjadi ahli-ahli solat, mengabdikan diri padaMu Ya Allah. Terimalah ya rabbb!
Pastinya akan kudidik mereka cintakan Islam dan cintakan perjuangan Islam.
Dikirim dalam Santai | Leave a Comment »





