
Majlis menyambut menantu

Tema hijau mcm blalang lak

suap agah suap

tok mama pun tok kaloh nga rona ijau
DIkirim oleh annasru di Disember 31, 2008

Majlis menyambut menantu

Tema hijau mcm blalang lak

suap agah suap

tok mama pun tok kaloh nga rona ijau
DIkirim oleh annasru di Disember 29, 2008
Moga 1430 akan lebih memberi sinar kepada Islam dan perjuangannya, Baca baki entri ini »
Dikirim dalam Dedikasi | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di Disember 25, 2008
Sekarang adalah era Barisan Nasional mengalami kejatuhan demi kejatuhan Kita akan bakal menyaksikan satu lagi kerusi parlimen yang disandang oleh BN akan jatuh. Kita tidak sewajarnnya terlalu terlebih yakin, sehingga lupa dan lalai dengan mainan musuh, tetapi melihat kepada trand rakyat yang mengundi lewat Pilihanraya Umum 2008, BN berdepan dengan kesukaran untuk menang mana-mana pilihanraya kecil. Inilah yang menjadi igauan dan trauma yang maha dasyat bagi Barisan Nasional. Berdepan dengan Pilihanaya Kecil (PRK) adalah sesuatu yang tidak disenangi oleh BN.
Perlu diingat majoriti kekalahan Mat Sabu dalam PRU 12 adalah kecil.

Saya menjangkakan Pakatan Rakyat sekali lagi akan mendapat menang besar dalam PRK P.036 Kuala Terengganu.
1. Kesan daripada PRU 12 yang lalu. Pengundi yang sebelum ini mengundi BN akan kembali mengundi PR. Ada kalangan yang yang sebelum ini mengundi BN merasa kesal dan terkilan apabila melihat kemenangan besar PR di 5 buah negeri. Sepatutnya mereka menjadikan Terengganu juga negeri PR.
2. Kemasukan bekas ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan, Dato Abu Zahar Hashin ke dalam PAS. Ia memberi tamparan yang cukup hebat di saat-saat Umno Barisan Nasional kelihatan nazak memulih semula sokongan rakyat kepada mereka
Isu Hudud
Isu hudud yang cuba dimanipulasikan oleh Umno lewat kenyataan Dato’ Husam di Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia tidak akan diterima oleh masyarakat cina Kuala Terengganu. Bukan Islam sebenarnya lebih masak dan faham dengan situasi sebenar. Buktinya pada malam wacana tersebut pengerusi Kelab Penyokong PAS yang turut serta dalam sesi dailog tidak mempersoalkan kenyataan Dato Husam. Lebih menarik Ahli Jawatankuasa DAP, Teng Chang Kim ketika mengulas isu hudud, menyebut bahawa segala keputusan PR adalah kembali kepada meja rundingan.
Seperti yang saya katakan Husam menyatakan pendiriannya dan pendirian parti bahawa PAS tetap konsisten dengan pelaksanaan hudud. Cuma pendekatan, cara dan politik yang menentukan kaedah dan cara pelaksanaanya dalam masyarakat yang multi agama seperti malaysia. Ia sedikit pun tidak mencerminkan sikap hipokrit pimpinan PAS. Pentingnya sikap tolerasi dan keterbukaan yang ada dalam parti kompenan PR.
Isu Pembangunan
Pembangunan dalam bandar Kuala Terengganu juga akan menjadi senjata lapuk BN tanpa mereka menyedari bahawa pengundi P.036 adalah terkalang golongan pertengahan yang berpendidikan dan warga bandar yang kalis dengan pembangunan. Kelantan yang diperintah oleh pembangkang pun tetap melaksanakan agenda pembangunan.
Cuma sedikit kebimbangan ialah politik kotor yang akan terus digunakan di KT. Jentera kerajaan tetap dieksplotasi. Pengundi hantu juga perlu diberi perhatian kerana ia dikatakan antara faktor kejatuhan kerajaan PAS lewat PRU 2008. Satu lagi, maaf cakap sikap orang Terengganu yang terkadang dilihat melawan arus. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkannya.
DIkirim oleh annasru di Disember 22, 2008
Dalam sehari dua ini khalayak masih membicarakan tentang Husam dan Khairy dalam Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia. Sayangnya kelantan.tv tidak dapat menyiarkan lintas langsung forum bersejarah itu kerana masalah teknikal. Anak buah saya di Cairo telefon menyatakan kekecewaan tak dapat menyaksikan secara live wacana paling hangat bagi tahun 2008 ini.
Pastinya kalau ia dapat disaksikan secara langsung di webtv, perbincangan akan bertambah hangat. Nak harapkan hak siaran media eletronik arus perdana jangan diharaplah. Saya rasa sekiranya ada stesyen tv yang sudi menyiarkan rakaman Wacana Perdana malam tersebut, nescaya rating yang menontonnya tinggi.
Blog adalah antara medan alternative memberi pandangan, mencerakin dan menganalisis wacana tersebut. Saya hanya ingin mengulas 2 laman maya yang memberi ulasan wacana itu.
Tinta Merah walaupun kelihatan teruja dengan forum tersebut, baginya wacana transformasi itu tidak mencapai obejektif (matlamat yang mungkin beliau letak sendiri, bukan objektif penganjur).
Objektif kami adalah untuk mempertemukan dua jaguh politik tersebut dalam satu forum. Sebagaimana dalam posting saya terdahulu kita bukan ingin melihat siapa kalah siapa menang walau pun itu yang menjadi nawaitu penyokong kedua pihak bila menghadiri wacana itu. Walaupun objektif wacana lari sedikit menjadi debat hangat, kami tetap berpuas hati kerana berjaya membuka minda dan pemikiran kedua-dua penyokong dua individu itu.
Bagi Tinta Merah, bagaikan tidak ada satu pun hujah yang bernas, kukuh dan menarik dari pihak Dato’ Husam. Ibarat ibu tiri yang sentiasa mencari-cari kesalahan Si Bawang Merah!
Kelab Penyokong Muda Umno (kpmu.net) sewajarnya berterima kasih (walaupun kami tidak menagihnya) kerana WP telah memberi millage politik kepada Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu yang akan bertanding jawatan ketua pergerakan itu Mac depan. Sesungguhnya Wacana Perdana telah melonjak nama Khairi Jamaludin di persada politik Umno.
Dalam perbincangan mesra kami dengan bro Zuri dan bro Dek (pegawai Khairy), kami difahamkan saudara Khairy menggunakan peluang keemasan itu untuk turun ke Kelantan, berjumpa dengan pemuda Umno Kelantan. Sedang sebelum dari ini pencabarnya Mukhriz Mahathir dan Khir Toyo telah mendahului turun melobi untuk jawatan nombor satu pemuda Umno Malaysia di Kelantan. Mereka yang datang sebagai penyokong Khairy pada malam itu adalah kalangan mereka yang layak memilih dalam perhimpunan agung mereka Mac depan.
Tegasnya kami memilih saudara Khairi atas sifatnya yang berani mencabar kedua pencabarnya untuk berdebat. Beliau juga dikategorikan sebagai pimpinan pemuda yang memperjuangkan reform dalam Umno dan lancar dalam berhujjah. Itu tidak kami nafikan. Sekali lagi, atas faktor itulah kami memilih beliau.
Belum pun kami mengingatkan moderator professor Agus agar mengawal suasana dan menghalang sekiranya ada soalan bersifat peribadi pada mana-mana panelis dia terlebih dahulu menyebut,
“ Saya tahulah bagaimana akan buat, bukan saya hendak memalukan dan menjatuhkan maruah sesiapa”
Bahkan selepas wacana berlangsung beliau menyebut kepada kami,
“ Kalaulah saya hendak memalu dan menekan Khairy, saya boleh meneruskan soalan apabila dia teragak-agak untuk menjawab komitmennya sebagai ketua pemuda terhadap hudud, seandainya terpilih sebagai ketua pergerakan tersebut”
Profesor Agus dan profesor Aziz Bari dimomok sebagai berlagak netural dan professor cari makan. Macam terbalik kot pulak!. Kami memilih Prof Agus atas kehebatannya mengendali rancangan talk show Hujah terbitan TV9. Tak kan TV9 akan terus membenarkan beliau bersama rancangan tersebut sekiranya dia penyokong tegar parti pembangkang
“Saya ada pilihan parti mana dalam hati saya, tetapi itu menjadi rahsia saya”
Itu baru politik demokrasi. Kecenderungan politik tidak boleh dipaksa-paksa sebagaimana kakitangan kerajaan dipaksa menyokong parti pemerintah.
Kami mengatur majlis makan malam sejam sebelum berlangsungya Wacana Perdana di hotel tempat penginapan moderator dan panelis. Prof Agus tidak hadir dan apabila ditanya,
“Saya tidak mahu berjumpa dengan mereka sebelum program kerana bimbang akan ada bias pada mana-mana pihak”
Bukankah malam itu Dato’ Husam juga terkena soalan maut moderator?
Profesor Aziz Bari adalah pakar undang-undang dan perlembagaan. Sememangnya dia bercakap dan memberi pandangan atas dasar itu. Kebetulan Umno dan Barisan Nasional dilihat sebagai pengubal undang-undang yang melanggar undang-undang.
“Saya ahli akademik dan saya tiada roh ahli politik,” akuinya.
“ Kerana itu saya tidak pandai menghentam ahli politik, saya bercakap atas asas undang-undang dan perlembagaan.”
Saya menjangkakan selepas ini akan ada lagi kalangan Umno yang berani menerima undangan daripada PAS sebagaimana beraninya Khairi Jamaludin. Tak tahulah kalau hanya Khairy saja yang punya semangat begitu.
Sebaliknya kita mengharapkan Umno boleh lebih terbuka dengan menjemput PAS dalam forum mereka. Kerahlah seramai mana penyokong anda, tetapi keselamatan mesti menjadi prioriti kerana itu antara keutamaan kami ketika menganjurkan wacana yang lalu.
DIkirim oleh annasru di Disember 21, 2008
Hebat. Puas hati. Teruja. Berbaloi. Seronok. Bermakna. Mengesankan!!!
Tiada bahasa yang boleh kami ungkapkan untuk menggambarkan betapa berjayanya Wacana Perdana Transformasi Politik Malaysia yang berlangsung di Dewan Balai Islam, Kompleks Islam Darul Naim Kota Bharu malam tadi.
Kehadiran yang luar biasa menambah semangat kami, meski pun pada masa yang samada berlansung pertandingan akhir Piala Emas Raja-raja antara Kelantan dan Pulau Pinang (negeri Pakatan Rakyat) di Stadium Sultan Mohd ke 4 Kota Bharu.
Ramai yang meragui kehadiran Khairy pada malam bersejarah itu.
<<saya rasa khairy tak akan datang>>
<<Khairy mari ko?>
Itu antara sms yang saya terima. Bahkan beberapa minit sebelum bermula masih ramai yang sangsi kehadiran Khairy.
“99.9% akan hadir, 0.1 tak hadir sebab mati!” jawab saya yakin.
Hati saya tetap berdetup-detap juga berada dalam suasana audien yang terkadang agak ghairah dan emosional. Namun kehebatan moderator berjaya mengawal keadaan.
“Kalau tidak ada sorak sorai, manakan hidup majlis, ” respon Dato Husam dalam sidang media selepas itu. Khairy menangguk-angguk tanda setuju.
Saya tidak berhasrat untuk komen sikap Khairy yang bukan sekadar berhujjah tetapi kerap menggunakan bahasa tangan yang tidak mencerminkan kematangan. Juga bukan ingin mengulas banyak persoalan yang sengaja diabaikan oleh Dato’ Husam. Beberapa soalan maut moderator sememangnya memberi pukulan kepada 2 ahli politik itu.
Prof. Dr. Aziz bagai menempelak penyokong Khairy jangan tahu sorak,
“Saya bukan ahli politik, saya bercakap atas perlembagaan dan undang-undang!”
Pada suatu ketika Dr Aziz bagai mereda kemarahan 2 lawan 1 (sorakan pemuda Umno) dengan menyokong beberapa kenyataan Khairy.
Kita bukan juga ingin menentukan siapa menang siapa kalah pada malam tersebut. Apa yang penting kami berjaya membawa kedua tokoh tranformasi itu dalam satu forum. Membahas, membincang dan tahap mendebatkan topik transformasi.
Kami menamakan program wacana dengan objektif ia menjadi medan antara 2 seteru politik bertukar pandangan, memberi penjelasan dan membincangkan isu transformasi dalam politik negara.
Terima kasih kepada moderator professor Dr. Mohamed Agus yang berjaya menjayakan objektif Wacana Perdana yang kami harap-harapkan
Sememangnya puas hati meskipun terkilan KTV tidak dapat menyiarkan lintas langsung melalui web tv kerana masalah liputan. Tapi background music transformer menjadikan malam yang gamat bertambah hebat.
“ Aku pasti teringat-ingat ko mun 2 Din ni,” Merujuk kepada saya dan Saifudin.
Itu kalam terakhir prof Agus kepada kami selepas sarapan bersamanya di Jalan Pengkalan Chepa. Terima kasih prof. Prof memang hebat. Prof membuktikan anak Mache Kelate memang hebat. Pong (pam) angin prof!!



Ribuan memenuhi Balai Islam

DIkirim oleh annasru di Disember 14, 2008
Meriah walaupun sederhana. Tapi pastinya ia menambah erat antara kami. Itu yang boleh disimpulakan suasana Hari Keluarga Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu yang diadakan semalam 14-15 Zulhijjah (12 dan 13 Disember) di Sudara Beach Resort.
Kami dikejutkan dengan pemergian ayahanda kepada akh Saifudin yang telah kembali kerahmatullah petang sayyidul ayyam, Jumaat kerana serangan angin ahmar . Paginya saya bercadang utuk menziarah almarhum di hospital selepas menyiapkan design banner Wacana Perdana bersama Saifu. Kerana silap maklumat saya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sedangkan almarhum masih di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZ2).
<<woit, hospital kb>> sms Saifuddin
<<takpolah, semulalah. Boleh pahala doh, turun tangga HUSM lagi banyak pahala>> balas saya kerana waktu solat Jumaat semakin hampir.
<<hihi, tq>>
Pagi Sabtu itu kami meninggalkan seketika hari keluaraga untuk bersama menyembahyangkan jenazah al marhum.
Dalam kesesakan kaum wanita di ruang dapur, saya boleh mencelah masuk ke bilik beliau dimandikan. Hasrat untuk membantu apa yang boleh. Saifudin dan Lokman turut membantu menguruskan jenazah ayahanda mereka. Saat itu sekilas terbayang ketika menguruskan jenazah almarhum abang saya.
“………………”
Saya lihat almarhum seperti sedang nyenyak tidur. Raut wajahnya putih dan bersih. Tak terjejas atau berubah. Mungkin berkat ilmunya, khidmatnya pada masyarakat dan sebagai imam masjid yang pastinya tidak pernah tinggal solat berjemaah.
Semoga rohnya ditempatkan bersama para Nabi-nabi, aulia’, syuhada’ dan solihen.
Kita yang masih hidup ini yang harus meneruskan sisa perjuangan ini. Ya perjuangan menentang puak-puak yang sesat itu!!!!
Ya Allah, saya berharap kelak akan pergi sebagaimana eloknya jenazah almarhum.
Al FATIHAH….





Dikirim dalam Dedikasi | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di Disember 5, 2008
“Nasron! Buleh ko hidang daging ngekoh ko demo ni” soal ayah saya ketika abang buat kenduri aqiqah anaknya.
Ceritanya abang saya bintang bolasepak negara era 80an, Salim Mahmud ketika itu menjadi jurulatih kepada skuad Kijang, buat majlis aqiqah anaknya. Antara jemputan yang hadir ialah pemain import saya pun tak ingat mat salleh mana.
“Errrk…” saya jadi konfius pulak.
“Nantilah ore try telefon Pulau Melaka.”
Saya bercadang untuk terus bertanya Tok Guru, tapi Tok Guru tidak ada waktu itu.
Saya dapat bercakap dengan anaknya ustaz Nik Abduh.
“ Gini….dalam bab ni ayah ana ada pandangannya sendiri.
“Dalam keadaan Islam ditohmah sebagai terrorist, fanatik dan macam-macam lagi lebel, ayah ana berpendapat tidak apa menghidangkan daging kurban atau pun aqiqah pada non muslim.” ujarnya.
Katanya pendekatan dakwah perlu kepada semasa dan hukum cabang boleh berubah dan dalam hala ini kita seharusnya lebih toleran. Ia akan sekali gus menangkis justifikasi bahawa Islam agama yang rigid dan hanya mementingkan umatnya sahaja.
Saya lantas memaklumkan kepada ayahanda saya. Tanpa soal ayah saya menyuruh dihidangkan kepada mereka.
Alhamdulillah, kelebihan ayah saya ialah dia boleh menerima pandangan-pandagan baru dan agak terbuka,

“Mintok perfume mun sikit, Hj Hasbullah (mantan mufti Kelantan) ngajar malam tadi kata boleh pakai bauan beralkohol ketika sembahyang,” kata ayah ketika mahu ke masjid telipot solat Jumaat.
Bahkan ayahsaya turut menyanggah amalan-amalan adat yang dianggap ibadat.
Apalagi yang melibatkan amalan jampi mentera bomoh. Pernah sekali ibu saya mengalami sakit kaki yang amat sangat sehingga dia tak dapat berjalan. Tanpa pengetahuan ayah ma pergi berjumpa dengan tok bomoh. Mengikut firasat (karut) tok bomoh itu ada sesuatu di selipar di rumah kami.
Ma memaklumkan juga pada ayah bahawa tok bomoh tadi akan datang untuk cari selipar berkenaan. Apa lagi ayah seperti mengamuk sakan sampai jadi pertengkaran antara ma dengan ayah. Orang perempuan apa lagi . Menangislah.. Saya setuju dengan tindakan ayah namun simpati dengan kesakitan ma.

“Aziz! Mun gi oyap ko tok bomoh tu jangan mari!” arah ayah pada almarhum abang saya.Dalam keadaan keadaan serba salah abng Jid akur dengan arahan ayah. Diluah marah ayah ditelan kesian mak!
“Mari sini kaki aku tengok!,” kata ayah pada ma.
Dalam keadaan sakit bercampur marah ma menghulurkan kaki pada ayah.
Entah ayat apa ayah baca hari itu, kaki ma sembuh serta merta diurut ayah! Seingat saya tak ada sejarah ayah pernah jadi bomoh pun.
Apa lagi selepas itu besarlah bual ayah!

MORAL
Dikirim dalam dakwah | Leave a Comment »
DIkirim oleh annasru di Disember 2, 2008
Isu peralihan dan transformasi menjadi isu negara selepas parti yang memerintah, Barisan Nasional menerima keputusan paling buruk dalam sejarah parti mereka lewat pilihanraya lalu. Kerajaan bayangan Pakatan Rakyat mengambil peluang sepenuhnya mendesak dan terus mendesak kerajaan Barisan Nasional berundur. Percubaan demi percubaan telah dan berterusan dilakukan untuk menumbangkan kerajaan lemah yang diterajui oleh BN.
Rentetan daripada itu tranformasi juga menjadi agenda parti-parti kompenan BN sendiri. Boleh dikatakan semua peringkat dalam Umno, MCA dan MIC menuntut supaya tranformasi secara besar-besaran berlaku dalam parti mereka. Kemuncaknya Pak Lah terpaksa akur kepada desakan memendekkan tempoh kuasa, walaupun perancangannya untuk berada di takhta PM sehingga 2010. Kasihan Dollah. Tugasnya sekarang sekadar mengunting reben dan memalu gong gimik pelancaran. Sesekali perlahan memberi komen “Yee.. yoga bolehhhh… asalkan tiada unsur jampi mentera.”
Sejarah perebutan jawatan tertinggi Umno menyaksikan semua jawatan menjadi perebutan paling sengit dalam sejarah parti keris itu. Alasannya untuk reform, transisi dan peralihan.
Saya bukan peramal politik, jauh sekali untuk mengatur susun kepimpinan. Isu Tok Guru akan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan juga menjadi isu yang berterusan. Sememangnya apabila ditanya rata-rata mengharapkan Tok Guru kekal menerajui negeri Serambi Mekah, sehingga ke hujung nyawa beliau. Terbaru televisyen memanipulasi kononnya ada desakan daripada ADUN PAS di Kelantan supaya Tok Guru mengundur diri. Alasannya agak relevan. Faktor usia dan kesihatan. Setiap kali Tok Guru ke hospital untuk memeriksa kesihatannya setiap kali itu juga timbul spekulasi beliau akan berundur.
Sepanjang menerajui perubahan Kelantan, Tok Guru memang tak terlepas berdepan dengan kritikan daripada luar dan dalam. Memang pada awal Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan ada juga yang agak pesimis, orang tua berserban ini mampukah mentadbir sebuah kerajaan. Senang sahaja jawapan Tok Guru.
“Saya yang menentukan dasar, pelaksanaannya pegawai sayalah.”
Tok Guru juga semacam dipersalahkan apabila mengeluarkan isu barua, samseng dan orang utan.
“Cari payoh nok jawab belako tuh,” ada yang sinis berkata begitu.
Akhirnya isu itu memakan semula musuh Tok Guru, musuh kita. Umno.
Sampai kepada suatu tahap ada suara yang berani Tok Guru sudah masuk ke peringkat lupa apabila bertindak mengeluarkan sekolah Darul Anuar daripada Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Hampir 8 tahun saya di Darul Anuar. Hampir 4 tahun pula sebagai Penolong Kanan. Apabila berdepan dengan isu transisi sekolah kerajaan negeri kepada penswastaan saya tidak berani komen lebih-lebih dengan keputusan Tuan Guru. Terkilan tetap ada tetapi barang tentu ada hikmahnya.
Apabila dianjurkan satu-satu program semua mengharapkan dihadiri Tok Guru. Orang lain tidak mahu. Mesti Tok Guru. Kerana teruja dan terlalu sayangkan Tok Guru, biarlah Tok Guru lelah letih sikit, janji rakyat nak tengok Tok Guru, nak dengar dari mulut Tok Guru sendiri, Tok Guru yang rasmi program. Tok Guru yang tekan suis gimik pelancaran. Tok Guru yang hulurkan hadiah.
Bak kata isteri sayangkan suami. Dijamunya makanan serba manis kerana manis itu menyelera. Serba masin kerana masin itu lemak. Akhirnya isterinya itulah yang membunuh suaminya dengan penyakit kecing manis dan darah tinggi!
Hakikat yang perlu diterima setiap kepimpinan akan menuju ke penghujungnya. Berkali-kali Tok Guru sendiri sebut ketika Dato’ Asri menjadi MB Kelantan, sudah ada suara-suara yang menyebut siapakah yang bakal menggantikan kehebatan Asri. Kepimpinan dan pidatonya. Kepimpinan Tok Guru juga begitu. Walaupun yang tumbuh tak akan sama dengan yang patah, setiap pemimpin mesti ada lebih dan kurangnya sebagaimana Tok Guru ada kehebatan dan kekurangannya.
Kepimpinan Sahabat-sahabat Nabi sendiri silih berganti. Bahkan ketika kewafatan Rasulullah sendiri sahabat bagai kebingungan bagaimanakah mereka tanpa kepimpinan Rasulullah.
Ya. Kepimpinan Tok Guru akan sampai ke penghunjungnya. Anak-anaknya sendiri berkali bagaikan merayu agar ayahanda mereka berundur. Anak-anak bukan butuh dan dahagakan belaian kasih sayang sepenuh masa. Bukan mengharap tunjuk ajar didikan semata. Mereka telah tepu dengan asuhan dan tarbiah ayahanda Tok Guru mereka. Mereka hanya belas atas batang tubuh ayahanda mereka.
Saya tidak berminat untuk membincang dan menelah siapa bakal pengganti ikon terhebat itu kerana selama 18 tahun Tok Guru sudah berjaya melahirkan klon Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak 100% watak Nik Aziz, tetapi tarbiah dan didikan Tok Guru melekat pada barisan exconya. Ini diakui sendiri oleh Dato Wan Rahim semasa memberi taklimat isu dalam usrah kawasan Kota Bharu tidak berapa lama dahulu.
Sekali lagi, saya bukan penganalisis politik, tetapi yang pasti saya rasakan Tok Guru akan meninggalkan kerusi MB sebelum berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 13
Hujjahnya :
1. Pembangkang yang bersatu di bawah Pakatan Rakyat berada dalam situasi dan posisi selesa selaepas kemenangan besar PRU 12.
2. Tok Guru telah berjaya melahirkan pelapis kepimpinan yang boleh meneruskan Dasar Membangun Islam yang menjadi slogan kerajaan Negeri Kelantan.
3. Usia dan kesihatan Tok Guru.
Kita yakin dan pasti bahawa budaya politik Islam berbeza daripada budaya politik sekular. Politik sekular akan meminggirkan mana-mana pemimpin mereka yang tidak ada lagi jawatan. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Ghafar Baba, Khalil Yaacob dan terbaru Tun Mahatir. Sesungguhnya Itu tidak berlaku dalam politik Islam.