AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan Januari 2009

Hj Ubai dan PKS

DIkirim oleh annasru di Januari 29, 2009

logo-pksSaya berkesempatan berbual panjang dengah Hj Ubaidah, Pengarah Pusat Kajian Strategik baru-baru ini. Itupun kebetulan entah macamana dia minum pagi di Berek 12 hari itu

“Haji dok situ lagi?” tanya saya.

Dia terdiam seketika lantas menjawab, “Dok doh”

Sememang saya menerima maklumat beliau akan meninggalkan PKS.

Lansung perbualan kami berkisar kepada PKS. Dia semacam sedikit kecewa.

“Semua dah tak ada di PKS..”

Beliau menghitung nama-nama yang meninggalkan PKS.

“Beri pada orang muda, orang baru pulaklah.”

“Program yang saya betul-betul puas hati buat ialah Tamrin Buniyanun Marsus.”

“Ada orang pertikaikan program tersebut,” kata saya yang juga terlibat sebagai instuktor program.

“Program itu memberi kesan yang cukup mendalam walau pun ada yang kata program itu banyak habis belanja.”

‘Kesannya ada DUN yang kita buat peserta sampai menangis-nangis.”

“Lagi saya sedih bila orang mempertikaikan modul  perbetul bacaan Al Fatihah yang kita selit dalam Buniyanun Marsus”

“Tapi ada yang puji modul itu haji,” saya mencelah

“Ya, kita guna tenaga pakar dari Maahad Tahfiz Pulai Chondong”

“Eloklah, enta tenaga muda, bawalah perubahan”

“Orang lama kena ada juga haji,” balas saya senyum.

“Sebut pasal orang muda, apa pandangan haji tentang sokongan orang muda kepada PAS dan Pakatan Rakyat.”

“Ya, kita melihat itu…” katanya ringkas. Walau pun pandangannya biasa-biasa saya mendapat pengalaman berbual dengannya.

“Kita sepatutnya buat analisis dan kajian mengapa orang muda beralih menyokong kita,” saya menyarankan.

“Mungkin satu-satu tempat kita mendapat sokongan orang muda di Terengganu, tetapi belum tentu di tempat lain.”

“Ya.. ya…”

Kata saya lagi,“ Sekiranya kita mendapati  sesuatu daripada daripada kajian itu, kita boleh implimentasikan di tempat lain.”

Lantas PKS perlu dirombak, diberi nafas baru dan dipersegarkan fungsi dan peranannya. Masih wujud agensi-agensi dan unit-unit dalam kerajaan negeri yang kelihatan tidak efektif dalam tugasnya, tidak berdaya maju dalam menjalankan akiviti dan lesu dalam mencapai objektif dan matlamatnya sebenar.

Kita tidak tahu mungkin atas sifatnya yang sebuah badan kajian strategik, maka programnya tidak ditonjol, namun terlalu banyak yang boleh dilakukan oleh PKS dalam terus memperkasakan kerajaan membangun bersama Islam.

Pernahkan anda melawat http://members.tripod.com/pkskel/

Pasti terjawab…

Dikirim dalam Dedikasi | Leave a Comment »

Kuala Terengganu dan Cakna Palestin

DIkirim oleh annasru di Januari 25, 2009

Agak lama jugak saya tak berblog. Ketika berada di Kuala Terengganu saya cuba untuk menulis. Tulis dua baris, hilang mood. Bukan tak ada cerita dan isu, tapi mood yang tak ada. Menulis bukan boleh main tulis saja. Lainlah mereka yang kerjaya sebagai menulis. Untuk cari makan dan survive, mereka mesti tulis. Ada juga yang menulis kerana mahu glamour. Ada ke? Setakat cari makan dan glamour tak pa lagi, yang menulis kerana mengampu yang kena kutuk dek orang dan Tuhan.

 

Beberapa hari berada di bilik gerakan Parti Keadilan Rakyat, terasa gerak kerja mereka lebih hebat dan aktif. Bukan setakat Ginie Lim Siew Lin (Penyelaras Media Pejabat Ketua Pembangkang dan Exco Pusat Angkatan Muda KeADILan) yang friendly melayan kami, kebanyakkan cina di situ cukup komited menjalankan kerja-kerja pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Lewat malam belum balik, awal pagi sudah ada.

 

Ah! Rasa sudah nak basi cerita pasal. PRK P.036 KT. Sarawak here we come. Heh, mesej Ginie tuh.

 

Tabung Amanah Cakna Palestin

Jumaat lalu secara rasmi Kerajaan Negeri melancarkan Tabung Amanah Cakna Palestin di Stadium Sultan Muhammad ke 4. Mengikut sumber Harakah, lebih 10 ribu orang yang hadir. Rakyat Kelantan cukup-cukup pemurah sebenarnya. Difahamkan kutipan daripada orang ramai pada malam itu lebih daripada RM150,000. Program malam itu ternyata mencapai matlamat.

 pales

“Bos, stage simple sangat”

“Memang sengaja kerana suasana perang”

“Huh, kalau saya buat lagi kreatif, simple tapi kreatif” Itu saya bermonolog sendirilah. Orang dah buat letih-letih dia tahu nak kritik jah.

 

Pentomen yang dipersembahkan membawa mesej yang ringkas. Biasanya orang kita tak minat pentomen yang berat-berat. Sekadar angkat patung-patung mayat dan dan angkat bendera-bendera negara dunia. Walaupun mesejnya tidak mendalam dan mengusik jiwa, ia menjadikan majlis pada malam itu penuh berwarna. Apatah diserikan dengan tembakan peluru-peluru. Diserikan? Hehe.. Pasal ada mesej nakal sampai pada saya

“Macam malam merdeka la pulak”

 

Tok Guru hanya sempat bercakap dalam durasi 10 minit sahaja.

“Kerana jam sudah hampir 12.30, saya tak berhasrat untuk berucap”

Begitulah lazimnya Tok Guru apabila masa melebihi jam 12 malam.

plstin 

“Saya tidak mahu dikatakan melanggar undang-undang,” katanya dalam satu majlis lain. Ironisnya ramai sangat yang berucap pada malam itu. Overlamp dan panjang-panjang pulak tu.

Sistem bunyi pun tak ok. Bertubi-tubi sms sampai komplen, protes dan merungut sebab runut bunyi tak menyeluruh.

 

<<<Kalau sekadar nak suruh VIP aje boleh dengar molek, baik aku baliklah!!!>>

<<Kalau gini, speaker peringkat Bunut Payong pun tak lulus nih!!!>>

<<Speaker pecah wey!!”

 

Saya rujuk pada pengendali P.A System, jawapan yang diberi saya pun tak faham. Bila saya rujuk pada bos, jawapan yang sama diberikan kepada bos. Huh, semula cari orang lainlah. Buat malu kerajaan saja.

 

Apa pun tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan penganjuran majlis pada malam itu.

Marilah kita terus berinfaq dan menderma. Saya sedang berkira-kira macamana nak cari RM300 kerana kami AJK DPPKB sebulat suara mesti cari paling kurang RM300 seorang. Siapa mahu bantu saya silalah. Anda beri saya, orang tak tahu anda yang sumbang, lagi banyak ganjaran pahalanya!

 

* Gambar-gambar saya plagiat dari harakahdaily.net sebab tak bawa kamera. Huhuhu..

Dikirim dalam Uncategorized | 2 Komen »

Ook oo!.. DPPNK

DIkirim oleh annasru di Januari 4, 2009

Ketika saya merancang untuk menulis posting ini terlebih dahulu saya menghantar sms kepada rakan-rakan

 

<< pemuda negeri kelihatan lesu..program tarbiah jammed..program penerangan ada tetapi nampak bukan program pemuda.. Itu antara posting terbaru annasru.wordpress.com. NANTIKAN!

 

Ternyata pelbagai repspon sepontan saya terima. Antaranya :

 

<<teruskan. Ana sokong 100%>> Cikgu Zuhari

<<katakan yang benar walaupun pahit>> Dr Rosli

<<semoga baik-baik sentiasa>> Us Nordin

<<5 bulan lagi muktamar. Nak stat doooh>> Saifu

<<tunjuk perasaan anti Israel, pelajar KIAS mendahului>> Nik Hamdi

<<benar sekali…posting dulu, pah tu ana timbuk kot belake pulok…ko strategi 2009>> Ruzli

<<macam iklan wayang gambar pulak!!>> Wan Zil

 

Senario politik PAS sekarang boleh dikatakan dalam keadaan agak selesa. Kerajaan negeri Kelantan juga boleh dikatakan begitu selepas kemenangan yang tidak terduga dalam Pilihan Raya Umum (PRU 12), lewat Mac 2008 yang lalu. Kemenangan itu menjadikan kita lebih selepas selepas berada dalam situasi mencemaskan dari tahun 2004 sehingga awal 2008. Ketika itu penyokong PAS walaupun kelihatan tenang, namun dalam hati sentiasa bedebar dengan pelabagai karenah dan serangan musuh Umno yang sentiasa menganggu gugat kerajaan pimpinan Tok Guru.

Rehlah di Pangkor berjaya

Rehlah di Pangkor berjaya

 

Keadaan bertambah selesa kerana Umno seperti kesasaran membedil negeri-negeri Pakatan Rakyat lain. Kelantan tidak lagi menjadi fokus sasaran utama.

 

Apakah faktor selesa selepas Mac 2008, maka kita ingin kembali berada dalam posisi selesa sebagaimana selesanya selepas kemenangan besar 1999. Kemudian berdepan pula dengan kegetiran pada 2004. Ingat! Sifir gelombang piliharaya perlu juga diambil kira biar pun ia hanyalah sifir dan lebih bersifat analitikal.

 

Pemuda dalam era kepimpinan sekarang mungkin mula dijangkiti semula virus selesa ini. Berapa ramai kepimpinan parti sekarang yang berkhidmat dalam kerajaan negeri. Tanpa menafikan bahawa itu adalah positf bagi memastikan parti menguasai kerajaan. Namun adakah mungkin tugas-tugas mereka dalam kerja-kerja kerajaan membataskan mereka untuk merancang pula aktiviti kepartian. Sekadar hadir dan menumpang program orang lain sudah dikira orait? Pertindan tindihan jawatan bukan jawapan alasan kerana kita yang mengakurinya.

YB Ketua Pemuda

YB Ketua Pemuda

 

 

 

Program tarbiah sebagaimana yang disebut langsung tidak berlangsung. Program tarbiah DPPNK kaku membawa mati!. Kalau dulu programnya tidak banyak, namun usrahnya tetap konsisten. Ya! Nadi tarbiah adalah usrah. Sekiranya usrah tiada, bermakna tarbiahnya tiada! Inilah kesannya apa agenda tarbiah berbaur agenda politik!

 

Program penerangan pada sesi lalu hidup dengan Pentas Pemuda. Ia ternyata berjaya walaupun bukan mudah mengendali dan mengurus Pentas Pemuda yang melibatkan kesemua DUN.

 

Ketua penerangan memegang dua jawatan penerangan negeri dan pemuda. Sedarkah bahawa ia satu sejarah dalam PAS negeri Kelantan. Program penerangan tetap ada walaupun ia tidak kelihatan bukan program kepemudaan, kendati tenaga pengeraknya kalangan pemuda. Kerana itulah mungkin wujudnya karenah birokrasi dalam penyaluran bajet program. Program dilulus di peringkat perhubungan dan terlaksana dengan jaya, namun jadi masalah pula masa melunaskan. Mangsanya orang lain yang menanggung.

 

Ekspresi Membina Blog

Ekspresi Membina Blog

“Siapa yang buat, siapa yang anjur itu tidak penting, yang penting program berjalan”

 

“Lagi penting kita sudah berjaya mewujudkan suatu isu nasional melalui Wacana Perdana yang mengegarkan satu Malaya!”

 

Wah!! Jangan sampai syok sendiri sudahlah!

 

Cuti persekolahan hujung tahun 2008 gagal dimanafaatkan untuk menarik golongan muda dan remaja, sedang mereka sering diwar warkan asset masa depan pemuda. Di mana visi dan misi Jabatan Pembangunan Remaja yang ulung itu? Atau mansuhkan sahaja JPR yang bertaraf jabatan itu!

 

Apa pula isu terbaru http://dppkelantan.parti-pas.org/. Hasrat Terselindung di sebalik Penarik Balik Larangan Melawat Kelantan oleh Naib Ketua Pemuda. Ok lah tu.

 

Unit Amal boleh dipuji kerana konsisten membawa misi kerahan membantu apa jua program. Penghargaan yang tidak ternilaikan harus diberikan atas penat lelah mereka yang tidak mengira panas hujan ribut dan badai. 5 star for Unit Amal!

 

Kerahan. Ya, kami orang bawahan hanya menunggu arahan dan kerahan.

 

Kita nantikan kemuncak Mesyuarat Agung Tahunan. Makin menghampiri MAT maka seperti biasalah kelam kabut berebut tarikh. Usrah nak buat sekali, ceramah kena buat hak terakhir. Sukan nak buat jugok, Markaz Siswazah Kelantan (MSK) nak buat meting.

 

Apa pun seperti biasa agenda, aktiviti dan laporan MAT tetap akan penuh.

 

Yup!. Termasuk penuh dengan aktiviti membantu kempen Piliharaya Kecil P.44 Permatang Pauh dan P.036 Kuala Terengganu! Kalaulah benar-benar tampak membantu.

 

Sibuk dengan kerja-kerja membantu PRK. Itulah jawapan yang paling konkrit, jitu dan paling menyakinkan perwakilan kelak!

 

Di mana DPPNK di Kuala Terengganu

Di mana DPPNK di Kuala Terengganu

Sekilas melilau si anak cencaru;

Jangan dikata anak tenggiri;

Buka niat nak bikin celaru;

Sekadar muhasabah sesama sendiri.

 

Anak kijang terkena jerat;

Jerat diletak di pangkal langsat;

Hamba tak reti nak pesan nasihat;

Itu juga sendiri mahu ingat.

Dikirim dalam Dedikasi | 17 Komen »