AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan Februari 2009

KULIAH HARAKI

DIkirim oleh annasru di Februari 14, 2009

pas-for-all

Kepada semua ahli

PAS Kawasan Kota Bharu,

Dijemput dan dipersilakan ke majlis KULIAH HARAKI  yang akan diadakan pada 19 SAFAR 1230 bersamaan 15 FEBRUARI 2009  bertempat di GELANGGANG SENI Kota Bharu pada jam 9.30 MALAM

“Asal  Buke BN”

Apa tafsiran anda pada grafik ini

Apa tafsiran anda pada grafik ini

Apa pula tafsiaran anda pada visual ini

Apa pula tafsiran anda pada visual ini

Dikirim dalam Siasah | 3 Komen »

Saya kena hentam teruk -Dr. Agus

DIkirim oleh annasru di Februari 12, 2009

agus Lewat petang Ahad lalu saya menerima panggilan telefon dari Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusof.

 

“ Saya kena hentam teruk dalam internet Din,” rungutnya pada saya.

 

“ Kenapa prof?” saya seperti tak tahu bertanya balik.

 

Semenjak dua menjak ini prof memang kerap diwawancara oleh media. Saya hanya sempat membaca sepintas lalu kenyataan-kenyataannya melalui akhbar dan internet sahaja.

 

Berita TV sekarang memang tak tengok sangat. Kalau tengok pun sekejap sahaja. Pertamanya sebab waktu tu banyak berada di masjid. Huhuhu.. bukan nak riak tu, memang kewajipan.

 

Kalau dulu saya memang rasa ketinggalan kalau tak tengok berita TV, terutama TV3. RTM yang nama dia tak pernah tetap itu saya jarang tengok. Sudahlah laporannya merapu, penyampainya yang terlebih aksi selepas dikritik kaku. Kadang-kadang aku pun boleh ketawa tengok penampilan diaorang. Woi! Aku bukan nak merepek pasal itulah.

 

“Ooo.. berat kena..,” sambungnya prof Agus lagi.

 

“ Isu prof ulas krisis di Perak ke,” balas saya.

 

Laporan media :

 

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata menderhaka kepada Raja memang jenayah berat dan di Thailand boleh dihukum bunuh atau penjara seumur hidup.

“Tidak timbul soal sama ada kesalahan itu di Thailand atau Malaysia kerana perbuatan terbabit sememangnya jenayah berat. Di Thailand, sesiapa menghina Raja boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup,” katanya, ketika dihubungi semalam.

 

Sememangnya ulasan dan analisis Dr Mohamad Agus Yusof pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (unikambing kata prof. hehe..) itu sehari dua ini kelihatan pro kepada pemerintah.

 

Saya mengenali Dr Mohamad Agus Yusof.atas kapasitinya seorang ahli akedemik dan penganalisis politik. Dia bukan ahli politik.

 

Sebagaimana kata Profesor Dr Abd Aziz Bari ketika merujuk kepada dirinya sendiri.

 

“ Saya bercakap bahasa undang-undang dan perlembagaan.”

 

“ Hakikatnya tidak ada roh politik dalam diri saya,” kata professor Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia itu.

 

Itu pun beliau tidak terlepas daripada menerima kutukan dan dihentam kerana dikatakan pro pembangkang.

 

Arakian bila seorang ustaz mengajar di masjid tentang kewajipan melaksanakan hudud dan politik Islam, maka dicap pembangkang.

 

Ustaz yang mengkritik program-program maksiat maka disekat daripada terus mengajar.

 

Kalau ada kalangan mahasiswa yang mempertikai AUKU maka dikatakan tidak berterima kasih pada kerajaan.

 

Kalau ada pakar undang-undang dan penganalisis politik mengulas daripada aspek perlembagaan, waqie’ dan ia tidak memihak kepada pemerintah mulalah diberi amaran dan gam.

 

Saya bukan mempertahankan Dr. Agus kerana mengenali beliau. Beliau dilihat tidak memihak ketika mengendalikan rancangan talk show Hujah berbanding Johan Jaafar yang sentiasa mencari peluang untuk memerangkap panelis pembangkang dalam rancangan Debat suatu ketika dahulu.

Kalangan kita sendiri kekadang nampak fanatik apabila menganalis sesorang. Sifat fanatik dan taksub kita pulangkan sahajalah kepada Umno yang berjuang atas nama kebangsaan itu.

Individu-individu yang kelihatan berkecuali perlu ada dalam suasana politik hari ini bagi memberi pandangan berhubung dengan isu-isu politik negara. Sifat keterbukaan perlu ada pada mana-mana pengamal politik sekiranya kita mendakwa pendokong demokrasi.

 

Apa yang kita mahukan ialah demokrasi yang disebut sebagai terpimpin kalaulah demokrasi yang terpaksa kita ikut dalam negara tercinta ini. Bukan demokrasi yang pincang dan bersifat berat sebelah. Harakah dan Suara Keadilan dirampas kerana tidak menyiarkan berita parti, tetapi menyiarkan isu dan kenyataan yang dikatakan tidak tepat dan berunsur fitnah.

 

Sedangkan Utusan Merapu dan Berita Hampeh yang berterus-terusan menjadi lidah rasmi Umno memutar belit isu dan sebebasnya menghentam pembangkang.

 

Bukti putar belit lihat sahaja senario di Perak. Dato Seri Nizar digambarkan penderhaka besar. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak disifatkan gila kuasa. Rakyat diwar-warkan memberi sokongan padu pada kerajaan korup lagi haram Barisan Nasional.

 

Manakala MB baru haram dijulang dengan setiap hari, dimuatkan berita kehebatan Zamry yang kelulusan itu ini, pengalaman begitu begini. Nak tunjuk lebih hebat dari Nizarlah tu.

 

Apa pun tiada siapa yang boleh melawan ketentuan dan hikmah Allah. Anggaplah Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 59 Bukit Gantang dan N. 25 Bukit Selambau adalah sebahagian daripada ketentuan dan hikmah Allah. Selepas menerima ujian di Perak, Allah mentakdirkan PRK di di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

 

Biasanya kita mengharapkan tidak berlaku kekosongan Parlimen dan DUN kita, tetapi pastinya ia adalah kubu kita. Sekarang masa untuk kita membuktikan bahawa rakyat bersama kita.

Dikirim dalam Siasah | 2 Komen »

Najib kembali tak tidur malam

DIkirim oleh annasru di Februari 9, 2009

Pagi tadi saya tekun menulis laporan majlis Pelancaran Persembahan Kesenian dan Kebudayaan Tradisional yang disempurnakan oleh Dato’ Haj Takiyudin bin Hj Hasan. Sambil membuka laman-laman web perkembangan rompakan kuasa di Perak, saya bermonalog, menerawang sendirian…

## Tak adakah mana-mana wakil rakyat DUN Perak yang berani mati letak jawatan…##

Sekilas saya menerima sms dari kakak di Sepang
<Salam. Adun Bukit Gantang meninggal. Dia dari parti mana?>

Seriau bulu roma saya.

Lantas saya mula semak laman-laman web untuk pengesahan. Dato’ Husam melalui pegawai khasnya Dr. Rosli mengesahkan.

Saya mula menghantar sms kepada beberapa individu. Antaranya Dato’ Cikgu Wan Rahim yang berada di Kemboja

<Betul ke, cikgu tanya> msj dari Saifudin yang sebelum ini tak balas pun mesej-mesej yang saya hantar.

Sedang cikgu Rahim sentiasa respon balik maklumat-maklut yang saya kirim padanya.

Nak balas macam mana… Sekali sms dari Kemboja nilainya RM 2!!

Sememangnya apa yang berlaku benar-benar membawa hikmah….

Ketika kemuncak krisis rompakan kuasa di Perak berlaku, saya menghantar sms kepada rakan-rakan yang bertanyakan perkembangan di Perak

<…harapan agak tipis..hanya keajiban yang mampu menyelamatkan kerajaan Perak>

Saat kita mengharapkan rakyat menentukan kerajaan Perak melalui pembubaran DUN, BN mengambil alih dengan rompakan kuasa. Tidak demokratik, tidak mengikut lunas perlembangaan dan melihat sentimen dan perasaan rakyat.

Ketika kita berdukacita dengan senario yang melanda MB Dato’ Seri Nizar dan rakyat Perak, Allah menentukan piliharaya kecil P.59 Bukit Gantang. Lebih menarik DUN Changkat Jering berada dalam Parlimen Bukit Gantang! Sama kita saksikan berapakah undi DUN yang diwakili oleh Mohd Othman Jailu, kaki rasuah dan pakar lompat jarak dekat itu.

Segalanya ketentuan Allah. Keluarga Allayarham mungkin meratapi pemergian beliau, namun kita yakin bahawa beliau mendapat tempat dan ganjaran istimewa di sisi Allah. Sesungguhnya pemergian beliau memberi nafas kepada perjuangan melawan kerajaan korup BN, yang rakus merompak kuasa dan masih tidak sedar bahawa sesungguhnya mereka di ambang kehancuran.

Pastinya malam tadi Najib najis tidur selesa di sisi Imelda Rosmah, malam ini kembali tidak dapat pejam mata.

Dikirim dalam Siasah | 32 Komen »

Marah.. Geram.. Sumpah..

DIkirim oleh annasru di Februari 7, 2009

Memang perasaan bercampur baur. Bukan bercampur campur antara positif dan negatif. Semua perasaan bercampur itu berada dalam ketagori sifat mazmumah.

 

 

Marah…marah adalah dari api. Api itu kompenan ciptaan iblis.

 

Geram..Geram tak menyelesaikan masalah. Malah boleh menimbulkan masalah. Derhaka kerana geram. Demonstarasi kerana geram.

 

Menyumpah seranah. Sumpah seranah itu mengeluarkan kata-kata kesat dan kotor. Sedang lazimnya tiada kebaikan pada seranah

 

Bagaimana tak marah kalau orang naik rumah kita dan dakwa sewenangnya itu kediaman dia.

 

Bagaimana tak geram kita dituduh derhaka, sedang dema sampai tahap kata menatang pada raja.

 

Macam mana tak menyumpah kerajaan dema dikatakan adalah mendapat mandat rakyat, sedangkan ia suatu penyamun politik dan kuasa. Amalan demokrasi melalui pilihanraya ditolak kerana tahu dan yakin akan kalah.

 

Bagaimana tak marah seorang yang bergelar Menteri Besar (kalau pun bekas) dihalau dari pejabat sendiri. Barang peribadi diangkut bagai perompak.

 

Macamana tak geram Nasaruddin yang 10 hari masuk Parti Keadilan Rakyat menilai tidak ada apa-apa dalam parti itu. Tidak ada duit? Tak ada rasuah?

 

Lagumana tak menyumpah sampai suruh tarik anugerah dan buang negeri.. Politik natang apa ini. Masa dema kata natang tak ada kita mohon tarik datuk seri Terengganu.

 

Bagaimana tak marah, geram dan sumpah seranah seorang yang bergelar mufti boleh menyokong kerajaan yang korup , terima pemimpin rasuah, kerajaan yang dibentuk melalui rompakan kuasa dan menggunakan ayat untuk mempertahankan institusi yang bagai dianggap maksum dan sifar dosa.

 

Moga marah itu marah kerana Allah. Geram itu kerana Allah. Menyumpah pun kerana Allah.

 

“ Celaka kedua tangan Abu Lahab dan celakalah…”

Dikirim dalam Siasah | 6 Komen »