AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan Mei 2009

Ditelan Mati Najib!, Diluah pun Mati Najib!

DIkirim oleh annasru di Mei 20, 2009

Aku memag tak puas tengok gambar ni

Aku memang tak puas tengok gambar ni

Sudah jatuh ditimpa tangga, terpalit pulak tahi ayam!.

Anologi atau perumpaan itu layak disandarkan kepada Umno dan Barisan Nasional sekarang. Mereka cukup serba salah untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat di Penanti. Lazimnya apabila sahaja berlaku kekosongan Ahli Dewan Rakyat mahupun Parlimen, belum pun diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), media-media tunggangan mula mewar-warkan serbaneka pembangunan di tempat berkenaan, sehingga jamban yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional pun kalau boleh mahu dihebahkan.

Sekiranya penyandang kawasan berkenaan adalah pihak pembangkang, maka dicanangkan pula kemunduran dan kemiskinan walau pun wakil rakyat pembangkang baru ‘dua hari’ mewakili kawasan.

BN sememangnya yakin dan percaya bahawa kemenangan sesekali tidak akan berpihak pada mereka di Penanti. Inilah suatu sejarah politik Umno berpresidenkan Najib, yang tidak pernah tercatat dalam parti nyanyuk dan tak sedar diri itu. Pertama kali tidak menyertai pilihanraya!!

Demikian halnya mereka serba salah di Perak. Bahkan di Perak bukan sekadar serba salah, tetapi akal nafsu mereka jadi menggila semata-mata ingin mempertahankan kuasa. Ditelan mati Najib, diluah pun mati Najib! Undang-undang dan perlembangaan dipersetankan demi mengekalkan status quo dan kuasa mereka.

Kemungkinan Umno akan bersetuju untuk pembubaran DUN tidak dapat ditolak. Formula untuk menunggu sehingga pilihanraya umum ke 13 tidak akan memihak kepada BN kerana mereka juga tidak pasti bila krisis ini akan berakhir. Tinggal lagi mereka memikirkan bagaimana untuk lai lai li tamplong antara dua kemudharatan yang paling ringan implikasinya. Walau pun mereka beriman dengan teori sekular, mungkin ada tok-tok guru mereka yang menjadi punahsihat menyarankan agar juga menggunakan kaedah akhaffu dharurain (memilih yang paling ringan risikonya).

Mudharat pertama, sekiranya diadakan pilihanraya negeri Perak, berdasar kepada trend sekarang, agak sukar untuk mereka menang. Mereka hanya memiliki kekuatan dan memanipulasi jentera kerajaan, media yang dikuasai dan SPR yang boleh dikontrol. Namun ancamannya tetap ada yang tidak perlulah dijelaskan.

Mudharat kedua, sekiranya mereka mahu bertahan dengan suasana sekarang, apakah jaminan ia tidak memberi kesan berterusan kepada fenomena politik global negara. Retorik 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan hanya tinggal slogan sebagaimana berkuburnya agama Islam Hadhari. 1 Malaysia, Perak juga adalah sebahagian daripada Malaysia. Rakyat yang mendesak adakan pilihanraya kerana mereka berhak menentukan pemimpin mereka. Bagaimanakah pencapaian ingin digapai sekiranya pemimpin gila mempertahankan hak yang bukan hak. Sesungguhnya rakyat memerhati, menilai dan menunggu untuk menghukum.

Kesimpulannya Umno perlu memilih kemudharatan pertama.

Dikirim dalam Siasah | 2 Komen »

Kalaulah Saya Ada Kuasa Hikmat!

DIkirim oleh annasru di Mei 8, 2009

Seperti kanak-kanak lain, sewaktu kecil saya juga mempunyai idola super hero. Super hero adalah ikon-ikon yang mempunyai kuasa luar biasa. Saya juga berangan-angan untuk menjadi kuat seperti Incredible Hulk, terbang setinggi Superman dan punya kuasa strike umpama Ultraman. Tapi itu adalah kuasa-kuasa khayalan dan imiginasi Yahudi yang mustahil dihasilkan.

Esok, 19 Mei adalah hari besar bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK). Hari untuk pemuda-pemuda Kelantan memuhasabah diri dan mempertingkatkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan zalim yang diterajui oleh Umno Barisan Nasional.

Esok juga adalah penentuan kepada kepimpinan DPPNK masa akan datang yang menyaksikan pertandingan bagi hampir ke semua jawatan.

Kalaulah saya punya hikmat luarbiasa, saya tidak mahu suasana ini berlaku. Pertandingan dan perlawanan dalam politik terutama politik sesama sendiri hanya membibitkan benih perpecahan yang mengambil masa untuk dibaikpulih.

Awalnya saya teruja apabila mendapat berita Timbalan Ketua Pemuda (TKP) sekarang menyatakan hasrat untuk menarik diri sekiranya dicabar bagi jawatan Ketua Pemuda (KP). Dia akan lebih terhormat jika bertindak begitu meskipun natijah suaranya tidak akan kedengaran lantang dalam pemuda. Suara itu yang kekadang ditakuti oleh lawannya.

Maklumat terakhir yang saya terima dia ingin mempertahankan haknya. Ya, hak yang sebetulnya tidak termaktub dalam perlembagaan. Hanya Majlis Syura yang boleh mengatasi perlembagaan PAS!

Manakala pencabarnya, Naib Ketua Pemuda (NKP) sekarang juga dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan KP. Apabila saya bertanya beberapa rakan atas sebab apakah NKP menawarkan diri untuk melawan TKP, tiada siapa yang dapat memberi jawapan pada saya, yang akhirnya saya sendiri tolong jawab. Kerana TKP sebelum ini pernah berlawan. Semua mengiyakan saya.

Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu telah membuat keputusan yang diputuskan oleh ketua kami. Saya sendiri berjanji akan mengundi mana-mana calon yang telah ditentukan. Ketua saya beberapa kali menghantar nasihat khidmat pesan ringkas (SMS) kepada saya. Antaranya :

“Selamat Maju Jaya utk kepentingan jemaaah & setiap individu pimpinan ada kelebihn. Jgn hancurkan masa depan indivdu itu stelah lahirnya mereka melalui proses tarbiyyah yg pjg. Lihat kelebhn mereka utk kepentingn jemaah di tempat dan level berbeza”

Rabu lepas saya mengkhabarkan kepada ketua saya, maklumat yang saya terima dari TKP sendiri bahawa dia akan meneruskan hasrat untuk bertanding. Manaka Ketua Penerangan sekarang tidak akan dicabar untuk kerusi TKP. Alasannya bertanding bukan pakai rakit!.

Ini pula balasan KP DPPKB :

“ kptsn yg sudah dijangka..masalah anta la skrg nak buat pilihan..DPPKB telah syura calon Ust latif tp ana akan terus kekal anta sbg perwakilan DPPKB ssb yakin anta skrg bukan anta dulu. Anta lbh kasih kpd jemaah & perjuangan mengatasi kasih pd individu. Formula skrg mudah pastikan Ust Tih jauh mengatasi (sbgmana 9 dpp kwsan calon) jgn sokseh. Kalu sokseh akn bawa perpecahan serius kpd DPPNK lps ini.”

SMS terakhir saya terima dari bos saya itu :

“ keputusan mesyt DPPKB ptg kelmarin dlm soal pemilihan minta kita brpegang pd keputsn pencalonan DPPKB lps & mengekalkan perwakilan DPPKB termasuk anta (tidak hadir). Ana brhrp anta dpt mematuhi kptsn tersebut dlm undian Ust Latif sbg Ketua Pemuda. Yakinlah pd keberkatn syura & takut kpd kafarah Allah. ”

Kepada sahabat-sahabat yang menghantar mesej kepada saya ini sahaja jawapan saya :

“..InsyaalLah. Kita orang mukmin kembali kepada Allah. Kita pakat2 istikharah. Moga jemaah yg kita sayangi ini akan terhindar drp unsur2 perpecahan, fitnah menfitnah, adu domba, mendedah keaipan, prasangka, taksub, taklid, ikut akal/nafsu, berkepentingan, berdendam dan segala sifat mazmumah/keji yg hanya layak ada pada umno. Siiru a’l a barakatilLah.”

Jikalah saya diberi pilihan dan punya kuasa hikmat, apa yang boleh saya tentukan adalah seperti berikut :

1. Ketua Pemuda : Ustaz Ahmad Baihaki
2. Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Nik Mohd Abduh
3. Naib Ketua Pemuda : Ustaz Abdul Latif

Namun apakan daya pilihan itu tiada pada saya, kerana saya hanya seorang ulama mini, kalau pun tidak ulama mee segera. Islam bukan bergantung kepada kuasa hikmat dan karamah, Islam bergantung kepada usaha, mujahadah dan jihad yang berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah. Apa yang pasti Allah memerhati akan hambanya yang ikhlas.

Selamat bermuktamar!

Dikirim dalam Siasah | 6 Komen »

Pakatan Rakyat Perlu Fokus

DIkirim oleh annasru di Mei 8, 2009

Entri ini saya petik daripada Kelab Greenboc.blogspot.com

Yang dah berlaku telah pun berlaku. Tak ada apa yang boleh mengubahnya. Mulanya Jamaludin dan Osman diperangkap. Kemudian dua pelacur politik itu diugut dan diumpan. Seterusnya mereka di’ghaib’kan sehingga muncul bersama Hee Yit Foong di majlis Najib Altantunya pada 4 Februari. Besoknya DS Nizar dititah meletak jawatan. Sehari kemudian Zambry angkat sumpah jadi MB (haram).

Selepas itu Speaker isytihar kerusi Behrang, Changkat Jering dan Jelapang kosong. Tetapi SPR tolak perisytiharan itu dan tak mahu adakan pilihanraya kecil. 18 Februari, Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan DUN menggantung Zambri dan enam exco haramnya. Zambry digantung 18 bulan dan enam exco haramnya digantung 12 bulan. Sepanjang tempoh itu mereka tak boleh hadir ke sidang DUN. Akhirnya mahkamah putuskan Jamal, Osman dan Hee masih sah sebagai ADUN. Mahkamah juga berikan deklarasi Speaker tak boleh gantung Zambry dan enam exco haramnya.

Saman DS Nizar terhadap Zambry belum diputuskan oleh mahkamah. Setakat ini ditangguhkan keputusannya ke hari Isnin 11 Mei. Kalau keputusannya berpihak kepada Zambry, pasti DS Nizar akan rayu kes itu ke mahkamah lebih tinggi. Kalau berpihak kepada DS Nizar, Zambry juga pasti bawa kes itu ke mahkamah lebih tinggi.

Besok lusa hampir pasti PR akan saman Zambry atau Ganesan atau Rahman Hashim atau Abdullah Antong atau mungkin saman semua sekali. Semua pihak sama ada PR atau UMNO akan turun naik mahkamah berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.

Tak banyak yang boleh diharapkan daripada mahkamah. Sejarah mahkamah selama dua dekad terakhir sejak Mahathir jadi raja Malaysia, hampir tak ada yang menguntungkan parti lawan BN.

Mahu tak mahu Pakatan Rakyat terpaksa juga membawa semua kes pencabulan undang-undang yang dilakukan oleh UMNO-BN untuk dihakimi oleh mahkamah. Kalau tak disaman dan tak dibawa ke mahkamah, UMNO-BN akan lebih melampau. Sekurang-kurangnya UMNO-BN tak dibiarkan bersenang lenang mencabul undang-undang sesuka hati mereka. Walau pun mereka sentiasa dapat mengugut dan menekan institusi kehakiman namun ada ketikanya hakim-hakim tiada ruang langsung untuk menghalalkan kebiadaban UMNO-BN yang tertentu. PR perlu terus ke mahkamah walau pun ‘harap ada, percaya tiada’. Mudah-mudahan akan tiba masanya terdetik rasa tanggungjawab di hati hakim-hakim.

Khabarnya Pakatan Rakyat akan meneruskan road-show ke merata ceruk negeri Perak untuk menerangkan peristiwa hitam sidang DUN 7 Mei. Cerita bagaimana UMNO-BN merampas jawatan Speaker akan diterangkan kepada rakyat. Kisah kebiadaban Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha Dewan yang dah dipecat, Bentara Dewan dan sekelian haiwan-haiwan yang bersekongkol menghalalkan plan UMNO-BN akan didedahkan sepenuhnya. Rakyat akan mempelajari Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri dan Perintah-Perintah Tetap DUN dengan lebih mendalam.

Memang Pakatan Rakyat tak banyak pilihan untuk menyalurkan maklumat kepada rakyat. Setiap hari media arus perdana yang dikawal sepenuhnya oleh UMNO-BN sentiasa memutar fakta untuk menggambarkan PR salah dan jahat. Tindakan UMNO-BN semua betul dan baik. Harakah, Suara Keadilan dan Roket amat terhad pengedarannya kerana disyaratkan jualannya hanya kepada ahli. Maklumat yang melimpah ruah di ruang cyber hanya diakses oleh tak sampai dua tiga peratus rakyat Malaysia. Mahu tak mahu terpaksalah juga pemimpin-pemimpin PR turun padang berceramah.

Teruskan menghimpit UMNO-BN di mahkamah. Teruskan berceramah dari Parit Buntar ke Hutan Melintang di sepanjang pantai barat dan dari Pengkalan Hulu ke Behrang di sepanjang tepian Banjaran Titiwangsa. Teruskan!

Tetapi Pakatan Rakyat jangan hilang fokus. Selain mahkamah dan ceramah ada banyak lagi tugas yang perlu digerakkan dengan sempurna sekiranya PR serius mahu menguburkan UMNO-BN di negeri Perak. UMNO-BN yang dikatakan sedang nazak itu sebenarnya masih ada banyak senjata bahkan mungkin ada nyawa yang disimpan di bank nyawa. Oleh kerana tiada yang haram di sisi mereka maka percaturan kita tak boleh diasaskan kepada perkiraan undang-undang yang tersurat sahaja. Mereka tidak pernah menjunjung ‘fair-play’ dalam perlawanan di gelanggang politik ini. Walau pun tidak dibentes, mereka sentiasa merebahkan badan di kotak penalti untuk mendapatkan gol percuma. Mereka dah terbiasa menujah buku lali dan tumit pemain kita tanpa disedari oleh pengadil perlawanan. Bahkan mereka tak segan silu merasuah pengadil dan pemain kita. Selain itu hampir di setiap perlawanan mereka mengupah tok pawang menjampi tiang gol. Macam mana kita nak menang?

PR perlu fokus kepada semua keperluan untuk memenangi pertembungan sebenar dengan UMNO-BN. Gelanggang yang sebenar ialah pilihanraya. PR perlu menang pilihanraya dengan kelebihan kerusi yang selesa. Kemenangan yang bermakna ialah memperolehi majoriti dua pertiga dalam DUN. Bagi negeri Perak dua pertiga ialah 40 kerusi. Lebih sempurna kalau ada lebihan empat lima kerusi daripada angka minima 40 itu. PR wajar ada misi yang jelas untuk memenangi antara 43 hingga 45 kerusi dalam PRU13.

Misi 43-45 kerusi bukanlah perkara mustahil. Selain daripada 31 kerusi yang dimenangi dalam PRU12, ada 10 kerusi lagi yang berpotensi untuk dimenangi oleh PR iaitu kawasan-kawasan yang dimenangi oleh BN dengan majoriti di bawah seribu undi. Turut boleh diusahakan ialah 4 kerusi yang dimenangi oleh BN dengan majoriti antara 1000 ke 1500. Jika 31 kerusi asal dapat dikekalkan dan 10 kerusi (majoriti bawah 1000) dapat ditawan, PR sudah memiliki majoriti dua pertiga. Kalau 4 kerusi (majoriti 1000-1500) lagi dapat juga dimenangi, PR selesa di depan dengan 45 kerusi. Ada rakan-rakan yang sinis apabila dikemukakan angka-angka seperti ini. Hujah mereka, “bermain angka memang mudah, tetapi bukan senang nak buat.” Ya, kenyataan itu betul. Tetapi berpolitik tanpa matematik dan angka adalah sia-sia dan buang masa.

Tugas kita ialah ‘buat’ dan ‘laksana’. Nak buat rumah perlu ada plan. Nak bentuk kerajaan pun kena ada plan. Plan pilihanraya tak boleh lari daripada perkiraan angka. Kalau tak ada perkiraan angka yang asas seperti contoh ini maka kita tak akan sampai ke mana. Dari angka yang asas itu kita patut bergerak kepada perincian yang lebih spesifik dan terarah. Dengan perincian itu kita akan dapat melihat keperluan yang menyeluruh. Setelah dikenalpasti semua keperluan, kita boleh menyusun kadar kepentingannya supaya tugasan terlaksana mengikut keutamaan. Apabila keutamaan telah jelas, langkah kita akan teratur dan bermakna. Fokus kita betul dan tepat. Keberkesanannya dapat diukur dan dinilai. Penambahbaikan dapat dilakukan. Peluru sampai tepat ke sasaran. Tenaga tidak sia-sia. Akhirnya insyaAllah berjaya.

Teruskan langkah ke mahkamah. Teruskan pidato di pentas ceramah. Tetapi jangan salah perkiraan dan jangan silap andaian.

Rakyat bukan saja perlu maklumat. Mereka perlukan pembelaan dalam urusan hidup seharian. Mereka gembira kalau dijadikan kawan. Mereka teruja kalau dipandu dibimbing dalam hal menceriakan taraf hidup keluarga. Mereka amat terhutang budi kalau anak cucu dan kerabat mereka disantuni di saat gembira apatah lagi di kala duka. Kalau mereka dah jadi sahabat kita, kalau mereka dah teruja dengan keprihatinan kita dan kalau mereka terhutang budi kepada kita, apa pun maklumat yang kita sampaikan pasti lebih mudah disambut, difikir dan diterima.

PR perlu fokus membangunkan program, projek dan aktiviti yang menjurus kepada pembentukan hubungan langsung dengan masyarakat dalam konteks ini. Jika ahli dan penyokong PR berjaya menjalin ikatan emosi dengan rakan dan keluarga terdekat dalam maksud ‘keprihatinan’ ini nescaya misi ‘angka’ dalam gerak kerja pilihanraya akan lebih mudah dicapai.

Masa masih ada. Laluan masih terbentang luas. Daya masih gagah. Kepakaran masih jenuh. Semangat tak pernah luntur. Cuma fokus saja perlu betul. -jeritan minda

Dikirim dalam Siasah | 3 Komen »

Ulama dan Profesional : Saling Melengkapi

DIkirim oleh annasru di Mei 6, 2009

Salam Obor Perjuangan,

Beberapa orang sahabat bertanya mengapa saya lama tidak menulis, sedang isu berkait dengan kepimpinan dalam PAS sekarang sedang memanas dan memuncak. Saya katakan malas!!. Menulis bukan boleh dipaksa-paksa. Sementelahan kalau saja untuk memanas suasana, meraih nama dan populariti. Lagi teruk kalau ada unsur-unsur laga-melaga, adu domba dan fitnah-menfitnah. Saya benar-benar tidak berminat.

Cukuplah sekadar berbincang-bincang bersama sahabat-sahabat. Itu pun pilih-pilih yang lebih bersifat terbuka dan boleh menerima tanpa ada sentimen, tanpa prasangka dan tidak terlalu rigid dengan pandangan sendiri, yang susah untuk berganjak. Soal mempertahankan prinsip tidak apa, tetapi berhujah tidak mengkaji, menghukum tanpa menyelidik dan diperkuda tanpa sedar, ini yang payahnya. Kalau pun mengkaji tidak mengatasi, menyelidik tetapi menyembunyi atau sedar tapi buat tak sedar. Ini lagilah payah.

Kita mendambakan ruang-ruang perbincangan yang dibuka dengan harapan jika ada ketegangan ia akan menjadi kendur, andai salah maklumat ia disahihkan, jika tersalah faham segera perbetulkan, jika ada yang teralpa kembali menjadi berada di alam nyata. Bahkan jika terlanjur mohon dimaafkan, terkhilaf mohon diampunkan…

Ulama dan professional timbul lagi. Dulu mengaji institusi agama dengan bukan agama. Antara belajar agama dan belajar sekular. Kadang-kadang naik biul, loya dan serabut bila istilah-istilah ini digegarkan semula.

Saya adalah antara kelompok yang menerima bahawa sesiapa pun boleh menerajui kepimpinan tertinggi jamaah sekiranya layak. Layak daripada segi syarak dan layak daripada sudut perlembagaan PAS. Tidak kira mereka itu seorang tok guru, tok lebai, cikgu, doktor, jurutera, petani, peniaga dan sebagainya.

Saya adalah generasi yang hidup ketika PAS semakin diterima dan menjadi parti dominan. Maknanya tidak banyak mengharungi pahit getir seperti generasi terdahulu. Saya juga boleh diibarat ulama mini, kalau tidak ulama mi celup, yang kalau ikut perlembangaan PAS tak menepati kreteria pun.

Sekali lagi, saya boleh menerima samada ulama atau profesional (mengambil istilah yang terpakai sekarang) memegang tampuk kepimpinan tertinggi hatta jawatan Presiden sekali pun!. Tapi syaratnya ia bukan melalui cara seperti berebutan. Juga bukan beradu, bukan melobi dan bukan tawar diri. Apalagi dengan cara politik kebendaan yang menjadi budaya parti nasionalis yang tunggu masa untuk dikuburkan itu.

Sucikanlah niat di hati….,

Maaf, saya bukan menunding sesiapa dan saya akur akan kewibawaan yang ada pada semua peringkat pimpinan yang ada sekarang. Mereka diamanahkan memikul pertanggungjawapan, bukan mengejar kedudukan dan kemuliaan oleh semua peringkat samada pimpinan mahu pun akar umbi.

Ketika Timbalan Presiden sekarang berdepan dengan Timbalan Presiden terdahulu saya sudah merasa kurang senang. Tetapi kerana arus ketika itu dikatakan ingin perubahan, saya kalah dan akur dengan arus itu! Ketika itu tidak timbul pun profesional vs agamawan. Semua menjulang, memuja-muji beliau yang sebelum ini terbukti hebat menjalan tugas kesetiausahaan.

Sebagaimana umum bersetuju bahawa perlu ada kombinasi mantap antara dua kelompok ini. Semuanya saling-melengkapi. Profesional dipandu sepenuhnya oleh ulama dalam segala tindakan. Manakala ulama dibantu oleh profesional dalam soal kemahiran dan pengkhususan yang bukan bidang agamawan.

Rasulullah bertemu seorang petani sedang membuat kacukan kepada benih tamar untuk menghasilkan tamar yang berkualiti. Taklimat yang diberikan hanya mengundang respon Nabi : Kamu lebih mengetahui (pakar) dalam urusan dunia kamu.” Tugas Nabi ialah menerangkan bagaimana membezakan suatu produk halal atau haram. Ironisnya untuk meningkatkan daripada sudut kualiti hasil bukan kerja Nabi dan ulama.. Itu tugas tenaga mahir walau pun mungkin Nabi dan ulama boleh menggunakan kuasa mukjizat, keajaipan dan karamah. Tapi Islam tidak semata-mata bergantung kepada keramat, tetapi bergantung kepada keringat dan usaha mujahadah.

Sesungguhnya hanya ulama yang lebih memahami dunia ulama. Mewarisi kerja Nabi-nabi. Bergelumang dengan dunia hukum hakam. Memandu manusia ke jalan kebahagian. Kalaulah tidak kerana ulama, nescaya manusia hidup bagai ternakan.

Sejarah sistem khilafah menjustifikasikan bahawa sebahagian khilafah didominasi oleh bukan kalangan ulama. Mereka berjaya memerintah dengan bantuan dan sokongan ulama. Mereka akur dengan suara ulama. Bahkan sesetengah khalifah ketakutan setiap kali dimaklumkan utusan ulama akan berkunjung membawa mesej dari ulama.

Dalam PAS Majlis Syura Ulama adalah entiti tertinggi yang memandu dan mengawal jemaah. Autoriti majlis ini mengikut perlembagaan melangkaui membuat keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukkan oleh perlembagaan. Sila rujuk Perlembagaan PAS [Pindaan 2001] Fasal 5(c) (vii). Hakikatnya sekarang adakah semua orang boleh akur dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Syura Ulama? Ia sekaligus menolak dakwaan bahawa banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota Majlis Syura, hatta Mursyidul Am sekarang tidak mendasari perlembagaan PAS.

Jangan hendaknya definasi ulama juga mula ingin ditransformasikan sehingga membuka peluang kepada sesiapa pun menjadi anggota Majlis Syura.

Wahai Ansorullah….,

Kembalikan kita mengadap musuh sebenar kita. Musuh agama, sekular, musuh yang menzalimi hukum Allah, musuh yang menolak pelaksanaan syariat. Musuh itu adalah Umno dan Barisan Nasional.

Akhirnya ditinggalkan beberapa persoalan. Adakah dalam sejarah seorang timbalan yang diagung-agung kehebatannya. Ingatkah anda bekas-bekas timbalan menteri besar di tempat anda. Tun Abdullah sewaktu menjadi Perdana Menteri disebut sebagai seorang PM yang lemah, tetapi adakah orang memuji kehebatan Najib? Kerana itu mengapa kita mengidam-idamkan jawatan yang hanya berstatus timbalan? Lainlah kalau anda bercita-cita untuk jadi Presiden. Kalau ada teruskanlah!

Dikirim dalam Siasah | 6 Komen »