AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Kalaulah Saya Ada Kuasa Hikmat!

DIkirim oleh annasru di Mei 8, 2009

Seperti kanak-kanak lain, sewaktu kecil saya juga mempunyai idola super hero. Super hero adalah ikon-ikon yang mempunyai kuasa luar biasa. Saya juga berangan-angan untuk menjadi kuat seperti Incredible Hulk, terbang setinggi Superman dan punya kuasa strike umpama Ultraman. Tapi itu adalah kuasa-kuasa khayalan dan imiginasi Yahudi yang mustahil dihasilkan.

Esok, 19 Mei adalah hari besar bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK). Hari untuk pemuda-pemuda Kelantan memuhasabah diri dan mempertingkatkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan zalim yang diterajui oleh Umno Barisan Nasional.

Esok juga adalah penentuan kepada kepimpinan DPPNK masa akan datang yang menyaksikan pertandingan bagi hampir ke semua jawatan.

Kalaulah saya punya hikmat luarbiasa, saya tidak mahu suasana ini berlaku. Pertandingan dan perlawanan dalam politik terutama politik sesama sendiri hanya membibitkan benih perpecahan yang mengambil masa untuk dibaikpulih.

Awalnya saya teruja apabila mendapat berita Timbalan Ketua Pemuda (TKP) sekarang menyatakan hasrat untuk menarik diri sekiranya dicabar bagi jawatan Ketua Pemuda (KP). Dia akan lebih terhormat jika bertindak begitu meskipun natijah suaranya tidak akan kedengaran lantang dalam pemuda. Suara itu yang kekadang ditakuti oleh lawannya.

Maklumat terakhir yang saya terima dia ingin mempertahankan haknya. Ya, hak yang sebetulnya tidak termaktub dalam perlembagaan. Hanya Majlis Syura yang boleh mengatasi perlembagaan PAS!

Manakala pencabarnya, Naib Ketua Pemuda (NKP) sekarang juga dengan pendiriannya untuk bertanding jawatan KP. Apabila saya bertanya beberapa rakan atas sebab apakah NKP menawarkan diri untuk melawan TKP, tiada siapa yang dapat memberi jawapan pada saya, yang akhirnya saya sendiri tolong jawab. Kerana TKP sebelum ini pernah berlawan. Semua mengiyakan saya.

Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu telah membuat keputusan yang diputuskan oleh ketua kami. Saya sendiri berjanji akan mengundi mana-mana calon yang telah ditentukan. Ketua saya beberapa kali menghantar nasihat khidmat pesan ringkas (SMS) kepada saya. Antaranya :

“Selamat Maju Jaya utk kepentingan jemaaah & setiap individu pimpinan ada kelebihn. Jgn hancurkan masa depan indivdu itu stelah lahirnya mereka melalui proses tarbiyyah yg pjg. Lihat kelebhn mereka utk kepentingn jemaah di tempat dan level berbeza”

Rabu lepas saya mengkhabarkan kepada ketua saya, maklumat yang saya terima dari TKP sendiri bahawa dia akan meneruskan hasrat untuk bertanding. Manaka Ketua Penerangan sekarang tidak akan dicabar untuk kerusi TKP. Alasannya bertanding bukan pakai rakit!.

Ini pula balasan KP DPPKB :

“ kptsn yg sudah dijangka..masalah anta la skrg nak buat pilihan..DPPKB telah syura calon Ust latif tp ana akan terus kekal anta sbg perwakilan DPPKB ssb yakin anta skrg bukan anta dulu. Anta lbh kasih kpd jemaah & perjuangan mengatasi kasih pd individu. Formula skrg mudah pastikan Ust Tih jauh mengatasi (sbgmana 9 dpp kwsan calon) jgn sokseh. Kalu sokseh akn bawa perpecahan serius kpd DPPNK lps ini.”

SMS terakhir saya terima dari bos saya itu :

“ keputusan mesyt DPPKB ptg kelmarin dlm soal pemilihan minta kita brpegang pd keputsn pencalonan DPPKB lps & mengekalkan perwakilan DPPKB termasuk anta (tidak hadir). Ana brhrp anta dpt mematuhi kptsn tersebut dlm undian Ust Latif sbg Ketua Pemuda. Yakinlah pd keberkatn syura & takut kpd kafarah Allah. ”

Kepada sahabat-sahabat yang menghantar mesej kepada saya ini sahaja jawapan saya :

“..InsyaalLah. Kita orang mukmin kembali kepada Allah. Kita pakat2 istikharah. Moga jemaah yg kita sayangi ini akan terhindar drp unsur2 perpecahan, fitnah menfitnah, adu domba, mendedah keaipan, prasangka, taksub, taklid, ikut akal/nafsu, berkepentingan, berdendam dan segala sifat mazmumah/keji yg hanya layak ada pada umno. Siiru a’l a barakatilLah.”

Jikalah saya diberi pilihan dan punya kuasa hikmat, apa yang boleh saya tentukan adalah seperti berikut :

1. Ketua Pemuda : Ustaz Ahmad Baihaki
2. Timbalan Ketua Pemuda : Ustaz Nik Mohd Abduh
3. Naib Ketua Pemuda : Ustaz Abdul Latif

Namun apakan daya pilihan itu tiada pada saya, kerana saya hanya seorang ulama mini, kalau pun tidak ulama mee segera. Islam bukan bergantung kepada kuasa hikmat dan karamah, Islam bergantung kepada usaha, mujahadah dan jihad yang berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah. Apa yang pasti Allah memerhati akan hambanya yang ikhlas.

Selamat bermuktamar!

6 Respons kepada “Kalaulah Saya Ada Kuasa Hikmat!”

  1. JEMI Krai berkata

    Nampaknya Ketua anta mentadbir parti jenis kuku besi juga. Kalau tak nak sokong yang dicalonkan, akan digugurkan sebagai perwakilan DPPKB ke Mesyuarat Agung DPPNK??

    Saya orang baru dalam PAS tambahan pulak jauh di pendalaman merasakan Aura YB Ustaz Latif lebih hebat, kerana populariti beliau sebagai anak tok guru pondok, sebagai YB pulak tu, dan beritanya dah 2 tahun lebih keluar Sinar harian, menghebahkan aktiviti yang dibuatnya kepada masyarakat nun di luar sana.

    HIDUP ISLAM

  2. katakpuru berkata

    betul tu..boss anta jenis KUKU BESI @ BY HOOK OR BY CROOK……..

    SABARLAH……MUNGKIN ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA….

  3. dr MM UM berkata

    Inilah asam garam perjuangan dalam politik. Yang kekal ialah kepentingan. Sabarlah…

  4. syaikhan ubaid berkata

    salam mahabbah

    ust Nasrudin
    ana bersyukur kerana
    ust Nik abduh dilantik menganggotai
    dewan Ulamak PAS kelantan

    ni semua menafikan segala tuduhan yg tak berasas
    selama ni terhadap ust Nik abduh

    satu pengiktirafan bahawa ust Nik abduh
    merupakan
    ulamak muda @ ulamak pelapis PAS

    ALLAH maha HIKMAH
    setiap qada`& qadarNYA

    walau kalah ketua pemuda klate
    tetapi ALLAH menyanyangi org yg IKHLAS
    berjuang dgn meletakkan suatu tempat yg lebih baik
    serta memuliaknnya.

  5. anas berkata

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2]

    MAJLIS PENGAJIAN INTENSIF KITAB TURATH I’TIQAD ASWJ [Siri 2] [23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H]

    Anjuran :
    PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA (PKPIM),
    &
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    OBJEKTIF :

    * Menimbulkan kesedaran terhadap kepentingan aqidah dan iman di kalangan belia.
    * Mendedahkan umat Islam mengenai kewajiban beramal dengan ilmu daripada ahli agama Islam yang faqih.
    * Menghidupkan budaya bertalaqqi secara berkitab.
    * Memberi kefahaman tentang konsep dan perlaksanaan nilai-nilai Islam.

    TEMA :
    Menghidupkan Ruhaniah Berlandaskan Pemantapan Akidah.

    TARIKH :
    23 – 24 Mei 2009 / 24-25 Jamadilawwal 1429H

    TEMPAT :
    Kolej Dar Hikmah,
    Jalan Sungai Ramal Dalam,
    43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan

    TENAGA PENGAJAR :

    1. Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari
    2. Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim
    3. Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    SASARAN :
    Seramai 150 orang yang terdiri dari:
    * Ahli Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
    * Orang Awam
    * Pelajar IPTA dan IPTS di Lembah Kelang

    YURAN MURAH :
    RM 15 [INDIVIDU]

    MODUS OPERANDI :
    Program diadakan selama 2 hari 1 malam. Mengikut kaedah pengajaran kulit ke kulit menggunkan Kitab I’tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah; Kiyai Haji Siradjuddin Abbas. Terbitan PUSTAKA TARBIYYAH Jakarta, Kitab Mukhtasor dan Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    (Talaqqi kitab/Pembentangan/)

    TENTATIF PROGRAM

    Sabtu (23/05/2009)

    7:30 pagi : Sarapan dan Pendaftaran

    8:30 pagi : Taklimat & Aluan oleh ;

    Saudara Abd. Muntaqqim Bin Zulkifli

    Timbalan Presiden PKPIM

    9: 15 pagi : Slot 1 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Syarah Kitab Aqidah Muslimin (Diiktiraf Universiti Al-Azhar).

    10:45 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 2 : Al-Fadhil Ustaz Ahmad Faidzurrahim

    Penjelasan Ajaran Bertentangan Dengan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    12:30 tghari : Makan Tengahari & solat Zohor

    2:00 petang : Slot 3 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (1).

    4:00 petang : Slot 4 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Kitab Mukhtasor (2).

    6:00 petang : Makan Malam

    7:00 malam : Solat Maghrib & Kuliah/Tazkirah & solat Isya’

    9:00 malam : Slot 5 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Penjelasan Bid’ah & Ancaman Terhadap Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

    9:45 malam: Slot 6 : Al-Fadhil Ustaz Mohd Rasyiq Alwi

    Talaqqi & Ijazah Kitab Aqidah Ibnu ‘Asakir (Aqidah Mursyidah).

    10:00 malam : Minum malam & Berehat

    Ahad (24/05/2009)

    4:00 pagi : Qiamullail

    6:00 pagi : Solat Subuh /Tazkirah /Sarapan pagi

    8:30 pagi : Slot 7 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    10:30 pagi : Minum pagi

    11:00 pagi : Slot 8 : Al-Fadhil Ustaz Hj. Zamihan Mat Zin Al-Ghari

    Syarah Kitab I’tiqad Ahlus Sunnah Wal Jamaah

    12:00 tghari : Ulasan & Penutup oleh;

    Saudara Mohd Hilmi B. Ramli

    Presiden PKPIM

    1:00 tghari : Makan Tengahari

    2:00 petang : (Check-out)

    Sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi ;

    Saudara Ikhram Husin [019-3731744]
    Saudari Izzah Khanani [013-2197192]

    …MOHON SEBARAN…
    ‘DEMI ALLAH UNTUK ISLAM’

    ” ALLAH ADA TANPA BERTEMPAT

    http://pondokhabib.wordpress.com

  6. ijoks2009 berkata

    Ana mewakili pemuda mendoakan ustaz terus istiqomah dalam perjuangan suci kita.Harap Ustaz bersabar menghadapi segala ujian diluar dan di dalam parti.Insyaallah sama-sama kita berdoa mudah -mudahan parti kita selamat dari fitnah dan mehnah sepertimana yang berlaku dalam UMNO dan BN.
    ijoks2009.blogspot.com

Tinggalkan jawapan

Anda pasti adalah telah log masuk untuk mempos komen,