AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Bulan Jun 2009

Surat Terbuka kepada Pendokong dan Pencinta Jemaah PAS

DIkirim oleh annasru di Jun 24, 2009

Kepada
Seluruh pendokong dan pencinta Jemaah PAS

Dengan keluarnya kenyataan rasmi Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dan diikuti dengan kenyataan terbuka dan penuh hikmah Mursyidul Am berhubung dengan isu kerajaan perpaduan, maka sewajarnya langkah-langkah berikut sepatutnya disusuli

1. Tutup mulut mengulas isu unity goverment yang ada kaitan langsung dengan Umno Barisan Nasional (UBON) terutama di Manek Urai walau pun UBON memanipulasikan isu tersebut;
2. Berhenti daripada menanggung dosa kering kerana mencaci dan memburuk-burukkan pimpinan;
3. Tiada lagi sepanduk-sepanduk yang tidak menguntungkan jemaah dan boleh menjustifikasikan bahawa wujud perpecahan dalam PAS;
4. Membatalkan cadangan untuk menyenaraikan penceramah tertentu sahaja di Manek Urai, kecuali peceramah berkenaan dinasihatkan agar tidak naik pentas atas sebab-sebab munasabah, tetapi ia tidak dihebahkan kepada umum;
5. Larangan hanya gambar Tok Guru Nik Aziz sahaja yang boleh naik di Manek Urai, orang lain tak boleh, sewajarnya dikaji dan dimansuhkan serta
6. Berhenti membincangkan isu ulama dan profesional yang sengaja dipolemikkan oleh media tali barut Umno Barisan Nasional (UBON).

Seandainya sumbang saran tersebut dianggap tidak berguna dan tidak diambil peduli, amat malang bagi pendokong dan pencinta jemaah Islam. Sekaligus dikira tidak mematuhi nasihat dan arahan Mursyidul Am. Tidak mematuhi nasihat Mursyidul Am, maka tidak boleh dianggap sebagai penyokong setia Tok Guru sebagaimana adanya.

Sekian terima kasih wasalam

“TOK GURU MEMIMPIN MANEK URAI BERKAT”
“GLORRY GLORRY MU”

Yang benar,

Jemaah Penyokong Jati PAS

Dikirim dalam Dedikasi | 5 Komen »

Ya Allah! Selamatkanlah Jemaah Ini!

DIkirim oleh annasru di Jun 14, 2009

Hati saya menjadi sedikit walang dan kadang-kadang seperti mahu menitiskan air mata bila memikirkan senario yang berlaku dalam kepada parti Islam terbesar hari ini.

Lebih menyayat hati bila mendengar kata-kata nista daripada kalangan ahli-ahli, para aktivis di warung-warung kopi.

Berdebat penuh emosi, tiada kawalan dan tapisan. Sedang musuh menjadi penonton bersorak keriangan.

Mereka sudah seperti hilang pertimbangan. Segala kesopanan berbicara, adab bercakap yang mereka belajar dari tok guru mereka hilang dek gelodak nafsu siasi. Akhlak dan tarbiah jemaah yang dijunjung berkecai. Saya hanya mampu berdoa dan berdoa…

“Ya Allah berilah petunjuk pada mereka, sesungguhnya mereka tidak mengetahui”

“Ya Allah janganlah engkau ambil kira apa yang kami terlalai atau kesilapan kami”

Semenjak saya mula menghambakan diri saya kepada perjuangan suci jemaah yang disayangi ini, inilah antara fenomena fitnah jemaah yang terbesar yang pernah saya rasai.

Dugaan ini sebenarnya telah dilalui oleh mereka, datuk-datuk dan ayah-ayah kita. Plot ceritanya hampir sama, cuma skrip dan wataknya sedikit berbeza.

“Ya Allah! Janganlah engkau bebankan atas kami sebagaimana engkau bebankan atas umat sebelum dari kami”

“Jangan bebankan apa yang kami tidak mampu ya Allah”

Saya cuba untuk mengurus diri saya sendiri agar tidak terperangkap dengan sentimen-sentimen yang boleh menjebakkan saya ke lembah ketaksuban.

Bermati-matian mempertahankan pendapat tanpa mahu berkompromi, sedang masa yang sama mengabaikan pandangan, jawapan dan hujjah orang lain.

Imam Syafie mengungkapkan

“Pendapatku betul tetapi masih berkemungkinan salah. Pendapat orang lain salah tetapi mungkin juga betul”

Saya cuba mengurus lidah saya daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh merendahkan pimpinan, mendedah keaipan, mencerca peribadi dan menjaja kelemahan serta keburukan mereka yang mungkin benar.

“Sekiranya kamu beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka berkatalah perkara yang baik atau (lebih baik) diam”

Saya akan berkira-kira apabila ingin mengetik telefon bimbit menghantar mesej tertentu agar ia tidak membawa mesej yang tidak sahih, apalagi silap yang memungkinkan ia disalah tafsir.

“Apabila datang kepada kamu seorang yang fasiq membawa perkhabaran maka selidikilah ia”

Siapa itu terkalang golangan fasiq itu ? Ohw! Jika mengamati pengertian dan definasi fasiq mengikut syarie terlalu ramai manusia fasiq hari ini, walau pun masih sah berimamkan mereka waktu solat!

Pun begitu maklumat faasiqun tidak mesti ditolak terus. Kaji selidik, kaji selidik, kaji dan selidiki.

Saya berusaha meletakkan husnu dzan (persepsi baik) yang tinggi terhadap segala apa yang dilakukan oleh pimpinan.

Saya mengharapkan semua ini adalah strategi dan perancangan pimpinan. Tujuannya? Tidak lain strategi untuk mengembalikan kekuasaan Islam, Islam yang memerintah, membenam toghut dan kekufuran.

Ya Allah! Selamatkanlah jemaah ini daripada perpecahan dan kehancuran

Ya Tuhan kami! Hindarkan pimpinan kami daripada bertindak di luar batasan keilmuan mereka

Kurniakan kepada mereka hikmah kebijkasanaan, terangkan akal dan fikiran mereka dengan suluhan wahyuMU dan panduan Sunnah RasulMu

Ilhamkan kepada mereka, lewat istikharah mereka, suatu yang menepati kehendakMu ya Allah!

Jadikan istisyarah serta peringatan-peringatan mereka, nasihat dan tazkirah yang benar, tulus ikhlas dan sarat membina

Berilah hidayat kepada mereka dalam mencari suatu pendekatan dan formula agar kekusutan akan terurai, kekhilafan akan jadi sepakat, tindakan membawa berkat.

Ya Allah satukanlah hati-hati pimpinan kami

Yang bersatu atas kecintaanMu, bertemu atas ketaatMu, yang bersetia membantu agamaMu,

Perteguhkanlah ikatan mereka.. Perteguhkan ikatan mereka.. Perteguhkan ikatan mereka..

Kekalkanlah kemesraan antara mereka

Tunjukkanlah kepada hati-hati mereka akan jalanMu yang sebenar

Dan penuhkan hati mereka dengan cahayaMu yang tak pernah padam

Dan lapanglah dada mereka dengan limpahan keimanan kepadaMu

Dan dengan keindahan tawakkul padaMu

Suburkan hati mereka dengan ma’rifahMu

Jika Engkau takdirkan kematian, matikanlah mereka sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong

Dari Ibnu Abbas ra. berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka. Mata yang menangis karena takut kepada Allah. Dan mata yang berjaga dalam jihad fi sabilillah.” (HR At-Tirmizy – Hasan Shahih)

Moga air mata saya yang mengalir termasuk dalam janji Rasulullah itu.

Ya Allah!! Jangan hendaknya fenaomena ini kelaak akan memberi kesan kepada Manek Urai yang akan menghasilkan suatu yang di luar dugaan kami!! Nau’ zubillah!!

Dikirim dalam Dedikasi | 11 Komen »

Forum Perdana Manek Urai

DIkirim oleh annasru di Jun 11, 2009

MU

Tajuk : Islam Memimpin Perubahan

Semua dijemput hadir

Benamkan Umno di Manek Urai

Dikirim dalam Siasah | 2 Komen »