Arkib bagi Kategori ‘Uncategorized’
Kuala Terengganu dan Cakna Palestin
DIkirim oleh annasru di Januari 25, 2009
Agak lama jugak saya tak berblog. Ketika berada di Kuala Terengganu saya cuba untuk menulis. Tulis dua baris, hilang mood. Bukan tak ada cerita dan isu, tapi mood yang tak ada. Menulis bukan boleh main tulis saja. Lainlah mereka yang kerjaya sebagai menulis. Untuk cari makan dan survive, mereka mesti tulis. Ada juga yang menulis kerana mahu glamour. Ada ke? Setakat cari makan dan glamour tak pa lagi, yang menulis kerana mengampu yang kena kutuk dek orang dan Tuhan.
Beberapa hari berada di bilik gerakan Parti Keadilan Rakyat, terasa gerak kerja mereka lebih hebat dan aktif. Bukan setakat Ginie Lim Siew Lin (Penyelaras Media Pejabat Ketua Pembangkang dan Exco Pusat Angkatan Muda KeADILan) yang friendly melayan kami, kebanyakkan cina di situ cukup komited menjalankan kerja-kerja pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. Lewat malam belum balik, awal pagi sudah ada.
Ah! Rasa sudah nak basi cerita pasal. PRK P.036 KT. Sarawak here we come. Heh, mesej Ginie tuh.
Tabung Amanah Cakna Palestin
Jumaat lalu secara rasmi Kerajaan Negeri melancarkan Tabung Amanah Cakna Palestin di Stadium Sultan Muhammad ke 4. Mengikut sumber Harakah, lebih 10 ribu orang yang hadir. Rakyat Kelantan cukup-cukup pemurah sebenarnya. Difahamkan kutipan daripada orang ramai pada malam itu lebih daripada RM150,000. Program malam itu ternyata mencapai matlamat.

“Bos, stage simple sangat”
“Memang sengaja kerana suasana perang”
“Huh, kalau saya buat lagi kreatif, simple tapi kreatif” Itu saya bermonolog sendirilah. Orang dah buat letih-letih dia tahu nak kritik jah.
Pentomen yang dipersembahkan membawa mesej yang ringkas. Biasanya orang kita tak minat pentomen yang berat-berat. Sekadar angkat patung-patung mayat dan dan angkat bendera-bendera negara dunia. Walaupun mesejnya tidak mendalam dan mengusik jiwa, ia menjadikan majlis pada malam itu penuh berwarna. Apatah diserikan dengan tembakan peluru-peluru. Diserikan? Hehe.. Pasal ada mesej nakal sampai pada saya
“Macam malam merdeka la pulak”
Tok Guru hanya sempat bercakap dalam durasi 10 minit sahaja.
“Kerana jam sudah hampir 12.30, saya tak berhasrat untuk berucap”
Begitulah lazimnya Tok Guru apabila masa melebihi jam 12 malam.
“Saya tidak mahu dikatakan melanggar undang-undang,” katanya dalam satu majlis lain. Ironisnya ramai sangat yang berucap pada malam itu. Overlamp dan panjang-panjang pulak tu.
Sistem bunyi pun tak ok. Bertubi-tubi sms sampai komplen, protes dan merungut sebab runut bunyi tak menyeluruh.
<<<Kalau sekadar nak suruh VIP aje boleh dengar molek, baik aku baliklah!!!>>
<<Kalau gini, speaker peringkat Bunut Payong pun tak lulus nih!!!>>
<<Speaker pecah wey!!”
Saya rujuk pada pengendali P.A System, jawapan yang diberi saya pun tak faham. Bila saya rujuk pada bos, jawapan yang sama diberikan kepada bos. Huh, semula cari orang lainlah. Buat malu kerajaan saja.
Apa pun tahniah kepada semua pihak yang terlibat dengan penganjuran majlis pada malam itu.
Marilah kita terus berinfaq dan menderma. Saya sedang berkira-kira macamana nak cari RM300 kerana kami AJK DPPKB sebulat suara mesti cari paling kurang RM300 seorang. Siapa mahu bantu saya silalah. Anda beri saya, orang tak tahu anda yang sumbang, lagi banyak ganjaran pahalanya!
* Gambar-gambar saya plagiat dari harakahdaily.net sebab tak bawa kamera. Huhuhu..
Dikirim dalam Uncategorized | 2 Komen »
Majlis Hari Raya Idul Fitri DUN Bunut Payong
DIkirim oleh annasru di Oktober 26, 2008
MAJLIS HARI RAYA IDUL FITRI
DUN BUNUT PAYONG
Tarikh : 27 Syawal 1429
Bersamaan : 27 Oktober 1429
Masa : 09.30 pagi – 01.00 tengahari
Tempat : Taman Guru Kota Bharu
“Semua dijemput hadir”
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Dr Asri..marilah bersama kami
DIkirim oleh annasru di Oktober 9, 2008
Dikirim dalam Uncategorized | 7 Komen »
Allah tidak lupa kezaliman manusia – Dr. Asri
DIkirim oleh annasru di September 16, 2008

“Assalamualikum dr di mana sekarang?”
“Err..saya di Paloh kut…Gua Musang”
“Dr menginap di mana, kami jemput dr malam ini tazkirah”
“Saya sendiri pun tak pasti saya menginap di mana”
“Saya dapat maklumaan dari pegawai dr di Perlis, dr malam ni di Rennaissene”
“Itulah.. saya difahamkan menginap di Grand River View”
“Pihak River View maklumkan dr masuk 16, esok 12 tengahari”
“Ya..saya ada program anjuran Pejabat Mufti Perlis di situ, tak pelah nanti sampai KB…..”
Memang pening jugak kepala bila suatu urusan dibuat dengan cara tak formal dan tidak ikut saluran betul. Ya, satu-satu perkara jangan dipayahkan tetapi kalau tak ikut salurannya payah jugak. Parah lagi kalau kita pula disalahkan. Rujuk pejabat TMB pun tak boleh beri penjelasan yang menyakinkan.
“Saya sekadar nak maklumkan pada pejabat TMB sebab program Tabung Serambi Mekah itu program pejabat TMB, kami hanya ambil untuk tazkirah”
“Ya. Itu tak ada masalah. Masalahnya saya sendiri tak ada maklumat tentang kedatangan Dr. Asri” kata Haji Din.
“Haaah”
Orang yang tunggu buah yang luruh selepas dikait tak apalah. Orang yang cari dan buat galah yang nyanya.
Lalu saya buat keputusan untuk uruskan sampai selesai tazkirah Dr. Asri malam tadi. Lazimnya untuk urusan ambil dan hantar tetamu saya serahkan pada rakan-rakan.
“Enta yang urus Dr. asri tazkirah malam ini?” tanya bos telefon lewat petang.
“Ya..cuma ana tak dapat confirm lagi dr Asri menginap di mana..maklumat tak jelas”
“Kalau tahu begitu kita urus dari awal, tak apalah enta tolong selesai”
Alhamdulillah. Semuanya sattle.
Tazkirah Ramadhan Dr Asri ringkas kalau dibandingkan dengan statusnya dijemput atas nama Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Perlis.
Tapi walaupun ringkas membicarakan isu kezaliman membawa mesej yang jelas terhadap isu yang berlaku dalam negara sekarang
“Jelas pandangan dr dalam http://drmaza.com pasal ISA,” kami hampir memasuki perkarangan Qaryah Ramadhan
Antara intipati Tazkirah Ramadhan 15 Ramadhan :
>> Allah tidak lupa orang yang melakukan kezaliman pada orang lain
>> Orang yang melakukan kezaliman kadang-kadang lupa dengan kezalimannya tetapi Allah tidak lupa
>> Ingat bahawa adanya Akhirat sebagai tempat pembalasan
>> Takutilah doa orang-orang dizalimi kerana ia tiada dinding antara Allah
>> Sekiranya kita pernah berbuat zalim, minta maaf dan halalkan sebelum ditimpa balasan Allah
Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »
Tanggal Tak Penting
DIkirim oleh annasru di September 12, 2008
Sebagaimana yang diduga 16 September bukanlah satu tarikh keramat yang semua orang perlu terlalu teruja dengan tanggal pertukaran kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.
Tarikh sudah menjadi suatu yang tidak penting. Utamanya adalah kerajaan lemah laih di bawah dagu Dollah dan sekutunya (pun yang sudah tinggal berapa kerat) wajib ditumbangkan.
Parti kompenannya sendiri penuh dengan seribu kudis masalah. Asasnya kerana mereka berjuang di atas nama kaum. Ia sepatut menjadi iktibar dan pengajaran kepada sekutu Pakatan Rakyat.
Nanah kudis Umno tak usah ceritalah. Padan dengan sebut yang besar-besar sahaja. Korupsi, politik wang, salah guna kuasa, MCA kronik dengan perebutan kuasa dan kedudukan, skandal dan pembolotan kekayaan. MIC masih gagal membela kaum India yang 50 tahun berada pada tahap yang sama. Adegan-adegan baling kerusi dalam mesyuarat mereka seakan menjadi lumrah dan menjejaskan imej orang India pada bangsa lain.
Justifikasi rasa muak dan mual rakyat berbilang ras diterjemahkan dengan protes melalui undi dalam piliharaya umam yang lalu.
Kerajaan Malaysia hari ini perlu ditukar kepada suatu kerajaan yang bermoral, berintergriti, dan bermaruah.
Kalangan Umno sekarang semakin sedar bahawa selagi Dollah menjadi nahkoda parti keris itu kedudukan Umno tidak akan selamat. Menjelang perhimpuan agung mereka pelbagai pandangan kontra dengan puncuk pimpinan sudah timbul. Soal kuota dan bonus pencalonan kepada jawatan tertinggi menjadi perbincangan yang tidak dapat disekat.
Bahkan Muhyiddin Yasin yang digembar-gemburkan akan mengetuai lompatan ke PR juga berani mempersoalkan peralihan kuasa hanya beberapa bulan diistiharkan oleh Pak Lah memaksa Dollah melauahkan rasa kecewa kepada orang harapannya. Apa agenda sebenar Naib Presiden Umno itu tiada siapa dapat menduga.
Paling penting fokus kita sebagai ahli PAS yang mendokong dasar dan prinsip Islam ialah menjaga agama yang maha suci ini. Tiada kompromi dalam memperjuangkan yang hak. Tinggal lagi strategi dan pendekatan yang perlu dirangka dan dirancang daripada sekarang.
Apakah dengan berlaku pertukaran dan penundaan tarikh menjatuhkan moral Pakatan Rakyat
Jawapannya tidak
- Moral Umno lebih jatuh teruk.
- Kerana tarikh tersebut, Umno jadi semakin kalut dan gelabah
- Usaha ke arah menjatuhkan kerajaan BN itu masih berjalan dan berterusan
Kita hanya menunggu masa. Sebagai kita mengimpikan prinsip keadilan tertegak, membersih dasar-dasar yang bersifat menindas dan zalim, mengembalikan ketelusan dalam pentadbiran serta merasai kesusahan dan beban rakyat
- Janganlah kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh membantut usaha itu
- Berhati-hati dan tidak terjerat dengan permainan dan strategi musuh
- Mengemukakan idea, strategi dan perancangan masa depan
- Menghindarkan daripada memperbesarkan masalah-masalah teknikal yang remeh temeh.
- Pentingnya percaya bahwa nusrah dan pertolongan Allah akan datang apabila adanya keikhlasan.
- Yang hak itu tetap akan datang dan yang batil pasti akan lenyap
Untuk mendapat nusrah pertolongan Allah itulah perlu melalui beberapa syarat
- Mujahadah (usaha tanpa merasa putus asa, jauh hati atau merajuk)
- Ikhlas dengan tidak mengharap apa-apa habuan dunia (harta, pangkat dan kedudukan)
- Muraqabah (dekatkan diri dengan Tuhan)
- Tawakkal (berserah selepas berusaha)
Memang boleh menimbulkan spekulasi, andaian dan kemungkinan apabila PAS berada dalam kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Tetapi hendaknya usahlah kita mereka cipta spekulasi itu. Apatah lagi spekulasi negative yang boleh menjejaskan usaha untuk menumbangkan kerajaan Dollah Badawi yang bila-bila masa akan rebah.
Kita sudah lama berjuang menentang perjuangan Umno. Mengapa kita seperti tidak berani untuk terus berjuang dengan membuat andaian-andaian yang bukan-bukan. Siapa sahaja yang menentang dasar Islam kita mesti lawan. Tidak kira samada daripada dalam PAS sendiri mahaupun PKR. Sementelah Umno dan DAP, sehingga semua pihak boleh memahami dan tunduk kepada ketuanan Islam.
Bukankah kehidupan seorang mukmin itu tidak lepas daripada ujian dan perjuangan. Saat paling indah apabila melepasi ujian itu. Sesungguhnya perjuangan kita adalah untuk mendapat redha dan syurga Allah.
Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen »
Pesan Buat Farhan
DIkirim oleh annasru di September 9, 2008
Mula kenal Farhan ketika di Tingkatan 4
Maahad Muhamadi Lelaki
Kita 7 orang termasuk Abang Afif…
Dalam ramai-ramai
Farhan yang paling cepat mesra
Dalam 7 itu hanya lekat Farhan dan kemudiannya Nabil
Fauzan kadang-kadang jumpa, banyaknya tidak
Kadang-kadang berbalas mesej
Katanya sekarang di IPT
Ana pun tak pasti.
Farhan,
Semalam kami hantar Farhan di Airport Pengkalan Chepa
Walau pun tak ramai, tapi abang-abang DPPKB tetap ada
Ingat tak ana kata, “Ore jate jange jerit!!”
Selamat berangkat ke Bumi Kinanah
Perlembahan Nil bumi barakah
Tanah Anbia’ penuh karamah
Negara seribu menara
Sejuta ulama.
Ana bukan nak berpesan wasiat
Tegur nasihat pun bukan
Sekadar mengingat sesama mukmin.
Farhan,
Biar pun pengajian yang Farhan ambil bukan diniyyah
Tapi biar ingat asal usul kita
Kita produk sekolah ternama
Sekolah agama ternama
Yang melahirkan para ulama cemerlang gemilang terbilang
Ceh! buke tiru Pok Loh..
Ingatkan lagi nahu balaghah
Imbaukan kembali insya’ mutalaah
Jangan bila sudah kenal istilah-istilah dentist
Lupa pulak fe-el faa-el, maf-ul…
Jangan sudahnya rasa beralih ke ilmu sekular
Kan semua Ilmu bermanafaat itu milik Islam
Fizik, geografi, astronomi, sains politik….
Semuanya terangkum dalam ilmu Allah.
Farhan,
Sampai di Mesir ingatkan diri
Ingatkan ma dan abah
Aku datang untuk mengaji.
Berjalan?? boleh…boleh
Melancong? Bidang ana tu…heee
Mana tahu tahun depan kita bleh jumpa…hee
Kalu bos ada plan lah…heee.
Bak kata budak-budak Mesir sambil mengaji sambil berjalan
Tapi jangan sampai lupa asal tujuan
Rebutlah peluang di masa luang
Sebelum yang 5 datang mengundang.
Bumi Mesir bumi ilmuan
Tetapi ia perlu diterokai dan disusuri
Jangan harap datang bergolek di depan mata.
Bukankah Farhan bercita-cita menjadi pejuang
Pejuang perlu penuh ilmu di dada
Merawat gigi sambil berdakwah
Pesakit menjadi orang yang diseru (mad-u’)
Macamana mahu menyeru kalau kontang ilmu
Ilmu dan hikmah kehilangan mukmin
Di mana kamu dapatinya ragutlah .
Percayalah
Kamu akan jadi orang terhebat!
Farhan,
Bumi Mesir banyak cobaaan..ya..cobaaaan
Cubaan iklimnya…
Cubaan budaya…
Sosionya….
Ingat!! Jangan ubah gaya hidup anda!
Anggaplah cubaan sebagai ujian
Manakan lengkap hidup tanpa dugaan dan ujian
Orang terdahulu bisa menempuhnya
Mengapakan tidak kita
Yaaaaa!!!!!!!!! Tuan-tuan………….
Memoir Permatang Pauh tu
(Hanya orang-orang tertentu yang tahu…hee)
Farhan,
Bumi Mesir mendapat jolokan Ardul Anbia’
Bumi bekas jejak Nabi Yusof, Nabi Yaacob, Nabi Musa dan lain-lain Anbia a’laihumussalam
Tidak kurang ramainya tempat bersemadi Ahlu Bait radhiaAllahu a’nhum
Tapi ingat juga Farhan
Bumi itu bumi Pharaoh Ramsess, Cleopatra dan Tutankhamun
Bumi maha Firaun yang mengaku tuhan.
Anak cucu keturunan Nabi masih wujud
Budaya firauniyyah masih hidup
Farhan tentu sudah punya neraca
Farhan lebih tahu dengan diri dan dunia Farhan
Farhan,
Dekatkan diri dengan jamaah dan persatuan
Biar pun kita berlainan pengajian
Jangan jadi ego dan besar diri
Kita tidak ke mana
Satu haluan mengadapNya.
Ibarat kata Tok Guru ana
Manusia itu sama
Kemana-mana saja
Hanya membawa najis dalam perutnya
Farhan,
Kami DPPKB setia menunggu Farhan…
Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen »
DETIK 16 SEPTEMBER
DIkirim oleh annasru di September 6, 2008
RAMALAN SUMBER DALAMAN
16 Sept. DSAI Angkat Sumpah Sebagai PM Malaysia - 10 pagi
15 Sept. DSAI mohon restu Agong. 9:20 mlm
15 Sept. DSAI mengadap DYMM AGONG. 6:15 ptg
15 Sept. DSAI mengisytiharkan pembentukan PAKATAN
R AKYAT sebagai
Kerajaan baru di TV1,TV2,TV3,Bernama TV,Awani Astro
secara siaran langsung – 8:00 mlm
12 Sept. Sidang Tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government”
10 Sept. PM mengumumkan perletakan jawatan.
9 Sept. Sidang Tergempar Parlimen di panggil.
8 Sept. 5 Menteri & Timbalan BN Letak Jawatan
7 Sept. 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke PAKATAN
6 Sept. Semua komponen BN dari Semenanjung keluar BN kecuali MCA & MIC
5 Sept. Semua Parti Komponen BN dari Sabah & Sarawak isytihar keluar
BN
Sumber :
Website YB Puan Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang)
http://www.p99ampang.com/
Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen »
Selamat Datang ke Qaryah Ramadhan
DIkirim oleh annasru di Ogos 31, 2008
Untuk kesekian kalinya pihak kerajaan negeri Kelantan meneruskan agenda tahunan Ihya’ Ramadhan. Istilah ihya’ Ramadhan seperti tidak popular sebelum ini dan tidak digunakan sehinggalah ia dimasyhurkan oleh pihak kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama.
Tahun ini program dirangka dan dirancang dengan lebih besar dan meriah sempena dengan TAHUN MELAWAT KELANTAN 2008 yang turut mempromosi pelancongan ibadah (IBADAH TOURISM).
Kawasan dataran perkarangan Stadium Sultan Muhamad ke 4 sepanjang Ramadahan ini akan dikenali dengan QARYAH RAMADHAN dengan pelbagai program dan pengisian sebagai menarik masyarakat dalam dan luar Kelatan menghidupkan IHYA” RAMADHAN DI SERAMBI MAKKAH
Pelbagai acara menarik diadakan sepanjang Ramadhan 1429. Khemah terawih berhawa dingin pada tahun ini diperbesarkan lagi dan dijangka boleh menampug jemaah lebih daripada seribu orang.
Program-program lain yang dijangka menarik para pengunjung ke QARYAH RAMADHAN ialah MUZAKARAH ILMIAH (NUZUL AL QURAN DAN BADAR QUBRA) yang bakal menampilkan panelis yang hebat seperti Us Nik Zawawi Nik Salleh, Dr. Johari Mat dan Dr Abd Basit Abd. Rahman.
SEPETANG DI AMBANG IFTOR merupakan acara pentas harian berkonsepkan program intraktif dengan pengisian seperti menguji jawi, sambung lirik nasyid, bicara berkuiz dan lain-lain. Hadiah-hadiah disediakan bagi penyertaan yang berjaya. Di samping itu pentas Ramadhan ini akan menampilkan seleberiti-selebriti yang akan berinteraksi dengan audein.
Pada sebelah dinihari hingga ke waktu subuh RELAY AL QURAN akan dijayakan tanpa henti oleh beberapa Maahad Tahfiz Al Quran. Mengikut perancagan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB BRI) sedang mengusahakan untuk mencatat program ini dlam Malaysian Guinness Book of Record
Pertama kali juga MPKB BRI akan menampilkan skuad sukarelawan AMILIN SUKARELAWAN BANDARAYA ISLAM yang membawa slogan SENTIASA MEMBANTU
ANTARA ACARA DALAM QARYAH RAMADHAN 1429
1-30 Ramadhan € Iftor (Maidtul Rahman)
€ Solat Terawikh
€ Tazkirah Ramadhan
€ Sepetang di Ambang Iftor
€ Sahur
12 Ramadhan € Iftor bersama non muslim
€ Penyampian sumbangan tajaan Celcom
17 Ramadhan € Muzakarah Ilmiah Nuzul Quran
Panelis : YBrs Dato Muhamad Daud Iraqi dan YBrs Ustaz Shaari Mustafa
€ Penyampian sumbangan tajaan PKINK
20 Ramadhan € Iftor Perdana
€ Penyampian sumbangan tajaan Purnama
€ Muzakarah Ilmiah Badar Qubra
YBrs. Ustaz Nik Zawawi Nibmk Salleh
YBrs. Dr. Johari Mat
YBr. Ust Nasarudin Hj. Daud
1 Syawal € Solat Hari Raya Idul Fitri
Dikirim dalam Uncategorized | 2 Komen »
Lensa Permatang Pauh 4
DIkirim oleh annasru di Ogos 25, 2008

Tok Guru turut mendokan DSAI


Jangan terkeliru dengan lambang


Insyaalah Islam Menang!

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »























Ini adalah maklumnbalas saya secara spepontas dalam http://drmaza.com/home/ berkenaan persaraan Sohibu Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan persaraannya sebagai mufti kerajaan Perlis.
Assalamualaikum dr,
Saya tidak pasti apakah keputusan yang Dr buat adalah tepat, kena pada masanya atau sebaliknya. Barang tentu dr sudah tekad berpandu kepada istikharah dr. Dr adalah seorang mufti yang disifatkan sebagai lain daripada yang lain. Pandangan berbeza dr ternyata mencetuskan fenomena dan menimbulkan kesedaran kepada banyak pihak. Dr pernah menyinggung kenaikan harga minyak dengan kisah kejatuhan raja Beberes selepas tidak mendengar nasihat Imam Nawawi berhubung dengan tindakan raja memungut wang rakyat untuk kelengkapan perang. Sedang menteri dan pekerja istana hidup dengan kemewahan.
Dr tegas mengkritik Jom Heboh, membantah kehadiran Faizal Tahir ke Perlis, bahkan dr secara jelas menolak kepincanagan Islam hadhari ciptaan Pak Lah.
Begitu juga dengan amalan-amalan masyarakat yang lari daripada sunnah (khilafu sunnah) yang sebenar. Terbaru dr mengecam amalan memasang bacaan Al Quran yang kuat sebelum waktu azan, terutamanya waktu subuh. Jika saudara pembaca menyemak kembali posting saya tentang relay Al Quran di Qaryah Ramadhan. Ia selari dengan pandangan YAB Tok Guru.
Sesungguhnya pandangan dr tidak bias kepada mana-mana pihak, terutama kalangan pemerintah dan ahli politik. Umno boleh panas telinga, PAS boleh membuka mata.
Ketika kami mengusahakan dr untuk datang ke Kota Bharu lewat Wacana Perdana lalu, ada suara-saura sinis yang menegur kenapa dr Asri ??… Impaknya ia mencetuskan suatu senario yang makin menyedarkan banyak pihak siapa dr sebenar. Ya, dr seorang yang berani menyatakan yang hak dan melawan kebatilan. Selepas daripada itu kerajaaan negeri sering pula menjemput dr.
Saya sebagai seorang yang berada di dalam sebuah jemaah Islam tentu sahaja mengharapkan dr dapat turut sama memberi saham dan menjadi aset kepada jemaah walau pun tidak terlibat secara langsung.
Dulu saya berpandangan bahawa seorang yang meletakkan statusnya sebagai pendakwah bebas adalah seorang yang pengecut dan tidak berani menyatakan pendirian sebenar. Persepsi saya ini menjadi lebih kuat dengan kemasukkan ke dalam jemaah PAS beberapa nama besar ke dalam PAS seperti Dato’Dr. Harun Din, Dato Ismail Kamus dan Dato’ Dr Hassan Ali. Mereka asalnya bergerak atas kapasiti pendakwah bebas. Justeru saya menyimpulkan mereka menghayati hadis Nabi bahawa hendaklah kamu bersama jamaah kerana kambing yang bersendirian akan dibaham oleh serigala. Kambing sendirian adalah pendakwah bebas dan serigala adalah Umno dan Barisan Nasional!
Sebenarnya ramai yang masih mengharapkan dr berada pada posisi dan kondisi sebagai mufti yang mempunyai ruang dan peluang untuk menegur semua pihak. Apa pun yang pasti dr lebih arif dan maklum dengan tindakan yang dr ambil. Sebagaimana pejunag-pejuang kebenaran juga mengharapkan dr berada dalam gerakan Islam yang benar-benar memperjuankan kewujudan negara Islam tulen.
Moga perjuangan dr akan lebih bermakna bila berada di luar pejabat mufti Perlis.