AnNasru

Pertolongan Hanya DariNya

Arkib bagi Kategori ‘Uncategorized’

Enta bukan naik motor!

DIkirim oleh annasru di Julai 28, 2008

“Enta tak naik motor, naik kereta,” Itu kata bos saya ketika mahu mengesahkan penyertaan saya dalam konvoi bermotor Kelantan Ride mempromosi Tahun Melawat Kelantan 2008.

Dia berkata begitu apabila melihat reaksi saya yang tidak memberi jawapan segera apabila saya ditanya ikut serta atau tidak dalam konvoi bermoto Kelantan Ride sempena mempomosi Tahun Melawat Kelantan 2008

Kata-kata itu saya tafsirkan dia mengharapkan saya boleh join sama. Apa yang penting ialah tugas saya memastikan kelancaran konvoi tersebut sebagaimana dijadualkan.

22 JULAI

0830am    -Bertolak daripada Padang Merdeka

1015am    -Minum pagi di Dewan Sri Guchil Kuala Krai (Tajaan Majlis Daerah Guchil)

1130am    -Makan Tengahari di Dataran Kesedar Gua Musang (Majlis Daerah Gua Musang)

0430pm    -Sampai di Pulau Pinang 0800pm Makan Malam di Kediaman YAB Datuk Seri Menteri Besar Perak

23 JULAI

1200        -Makan Tenghari di Taman Tasik Taiping (Majlis Perbandaran Taiping)

0800pm   -Makan Malam di Pusat Kajian Sains dan Matematik Pulau Pinang

24 JULAI

1130am    -Makan pagi di Dewan Majlis Daerah Yan

0830pm    -Makan Malam di Kediaman YAB Datuk Seri Menteri Besar Kedah

25 JULAI

1130am    -Makan pagi di kediaman Pegawai Daerah Sik

0945am    -Makan pagi di Sik (Ahli Parlimen Sik)

1230pm   -Makan Tengahari di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Sik

0230am   -Minum petang di Dataran Makan-makan Majlis Daerah Jeli

Beberapa anekdot yang saya kira menarik perhatian saya

• Sebahagian besar konvoi mendapat penajaan 

• Konvoi turut disertai peserta daripada Indonsia dan Singapura

• YB Dato 2 kali menahan sebak ketika menceritakan kemiskian di Sik dalam ucapannya di sana

• YB Dato menginap di bilik hotel kelas sama dengan peserta

• Inilah pertama kali saya menyertai konvoi yang diiring sepenuhnya oleh polis Bukit Aman

• Di Sik ada orang Umno mana yang buka tingkap keretanya sambil laung “perabih pitih kerajaan!”

• Saya menolak untuk baca doa di Pulau Pinang kerana sebelum itu ada senamrobik yang dikendali oleh seorang bini orang!

Dikirim dalam Santai, Uncategorized | 4 Komen »

Perubahan Panelis Wacana Perdana

DIkirim oleh annasru di Jun 10, 2008

1. YB Saifudin bin Nasution ( Ahli Parlimen Machang)

2. S.S Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mufti Kerajaan Negeri Perlis)

3. Dr. Aziz bin Bari (Professor Undang-undang di UIAM) 

Dikirim dalam Uncategorized | Leave a Comment »

Ayat-ayat Cinta

DIkirim oleh annasru di Mei 3, 2008

Saya mula mengetahui adanya filem Ayat-ayat Cinta bila terbaca kritik filem dalam sebuah akhbar tabloid. Lalu saya mula mengakses internet, mencari-cari dalam laman Youtube. Sekilas tawaran seorang sahabat untuk memasukkan filem yang mengadaptasi novel karya Habiburahman Errozy itu dalam laptop yang saya usung tidak ditolak.

 

Sebenarnya saya kurang minat menonton filem melayu. Sewaktu remaja kalau filem melayu saya hanya menonton filem arahan Hafsham atau Aziz M. Osman. Itupun sekiranya kebetulan ditayangkan di kc tv. Sinema?. Ya saya pernah beberapa kali (boleh dihitung dengan jari) menonton di pawagam ketika di bawa oleh abang, dan pelawaan rakan yang dipercayai.  Kalaupun saya menonton filem-filem melayu lain, hanya sebahagian saya ikuti kerana lazimnya cerita melayu kita sudah dapat diduga klimas dan penghujung cerita. Begitu juga saya tidak teruja dengan filem hindi. Jalan cerita filem hindi boleh difahami hanya dengan menonton awal dan akhir cerita.

 

Dalam kritik filem akhbar tadi saya difahamkan filem genre cinta ini dilakonkan di sekitar Jawa dan India, sedang latar cerita sebenarnya adalah di Mesir. Cinta yang bersegi-segi, kebetulan dan terpendam adalah cinta rumit.

 

Meskipun latarbelakang tidak secara realiti diPerlembahan Nil, namun suasana dan set lokasi kelihatan tetap hidup dalam biah Mesir hakiki. Cuma sekilas visual Masjid Al Azhar diimbaskan menggunakan gambar kaku. Lainnya jika ditanya saya tempat sebenar yang digambarkan dalam filem ini saya tidak tahu.

 

Menyaksikan AAC agak mengasyikkan saya meskipun filem ini tidak sepenuhnya 100% filem islami. Bahkan ada beberapa babak anda perlu menutup mata anak anda kalaupun anda tidak sempat mengalihkan pandangan anda. Fenomena biasa bagi filem Indonesia. Buka aurat dan bersentuhan menjadi halal selepas perkahwinan.

 

Walaupun saya juga kekadang agak sensitif menyaksikan filem yang memainkan perasaan, namun filem ini sekadar sekelumit sahaja mencuit naluri lembut kelakian saya.

 

Naratifnya agak mudah walaupun sesekali terasa seperti menonton filem Hindustan. Mudahnya sehingga beberapa babak begitu singkat jalan penyelesaiannya. Seperti bagaimana mudahnya Fahri menerima lamaran keluarga Aisya dan mudahnya Fahri menerima saran Aisya supaya mengawini gadis Kristian, Maria. Namun saya mencari-cari hukum bagaimana upacara perkahwinan dijalankan dalam keadaan Maria yang koma dan masih dalam agama Kristian? Sekali lagi apakah budaya kongsi agama dalam masyarakat Indonesia ingin diketengahkan dalam filem ini.

 

Proses perbicaraan Fahri yang difitnah juga mengambil masa yang singkat dan mudah. Penyelesaian berakhir dengan pengakuan Noura yang memfitnah Fahri lantaran faktor cinta yang membuak.

 

Suatu hukum juga timbul seusai filem ini. Kita ketepikan soal Maria yang adakah membersihkan dirinya secara Islam kerana sutradara AAC mungkin ada jawapannya. Maria hanya ingin kenal solat ketika sekali lagi terbujur di ranjang, namun Aisya ketika menjadi makmum masih mengenakan purdahnya ketika mana solat di belakang suaminya.

 

Status aurat dalam filem ini juga tidak sempurna. Mereka adalah pelakon yang profesionnya adalah berlakon. Soal hukum hakam sebenar dipermudahkan dan boleh mengelirukan. Hukum yang dituturkan mengikut skrip adalah jelas, tetapi pratikya masih dalam ruang lingkup lakonan mereka yang mengikut jalan cerita novel. Atas alasan untuk kelihatan realistik mereka menjaga aurat dan tidak bersentuhan ketika sebelum perkahwinan. Sekali lagi….kemudiannya… segalanya ‘halal’ dan menjadi ‘mahram’ selepas ‘diijabkabulkan’.

 

Sememangnya mengangkat karya novel ke layar perak bukanlah mudah. Namun kita melihat pengarah Hanum Bramantyo tidak begitu studi novel karya Habiburahman El Syarazy. Banyak babak-babak yang kontras daripada naratif novel. Ataupun ia mungkin disengajakan mensensasikan filem. Walau ia kelihatan remeh namun hukum perlu juga dikaji seperti memberi salam kepada Maria yang Kristian Ortodoks dan menjawab salam Alicia wartawan Amerika

 

Langsung menyinggung soal lakonan adakah syariat membenarkan simulasi atau lakonan. Saya tidak mahu membincangkan secara mendalam sekarang. Saya cuma ingin berkongsi anekdot cucu kembar Rasulullah ketika melihat seorang dewasa yang ralat ketika mengambil wudhuk. Bertujuan tidak menyentak egois seorang berusia, keduanya melakonkan semula aksi kesilapan orang itu dan keduanya saling memperbetulkan. Dalam satu hadis lain Rasulullah bersabda mafhumnya apabila kamu membaca Quran menangislah, jika tidak upaya (untuk menangis) buat-buatlah menangis. 

 

Apapun Ayat-ayat Cinta ingin membawa mesej kesederhanaan dan toleran dalam Islam, menjawab tuduhan Islam agama terorist, menjelaskan Islam tetap menjaga kedudukan wanita serta bagaimana keadilan dipertahankan lewat poligami dalam Islam.

 

Penghujung sorotan AAC saya ingin nyatakan bahawa saya hanya membaca novel AAC selepas menonton filem filem ini lewat skrin komputer. Ternyata bahawa saya lebih teruja menghayati novel AAC daripada filem AAC. Kalau saya pengarang AAC saya pasti protes terhadap filem ini yang jauh tersasar daripada plot sebenar dalam novel

 

Akhirnya kita mengharapkan akan muncul kalangan kita yang berani kedepan menjadi sutradara untuk mengarap cerita-cerita konflik kekeluargaan, cinta dan sebagainya yang skrip, naratif dan sinematografinya mengikut lunas syariat yang sebenar.

Dikirim dalam Santai, Uncategorized | 2 Komen »

Salam Permulaan

DIkirim oleh annasru di September 20, 2007

ASSALMULAIKUM

Bila melihat orang pakat ada blog, saya juga teringain untuk merekacipta blog sendiri. Sedang kemahiran dalam dunia IT cukup-cukup terbatas. Ada rakan-rakan yang berkemahiran, tetapi kerana tidak mahu menganggu mas mereka saya cuba search kalu adan man-mana website yang memberi panduan untuk bina blog. Saya lalu taip cara membina blog. Dalam banyak-banyak yang semaunya untuk tujuan perniagaan, tersangutlah satu blogsite hamba Allah yang beri panduan ringkas percuma. Saya cuba ikut langkah-langah yang diarahkannya. Cuba beberapa kali juga, maka inilah hasilnya. AN NASRU

Dikirim dalam Uncategorized | Tagged: | 1 Komen »