Di Maahad Muhmmadi Lelaki saya seperti orang lain. Saya bukanlah seorang yang excallant. Nak kata tercorot pun tak kut. Tapi mula tingkatan satu sampai ke tingkatan 6 (seingat saya la) duduk kelas ke 2. Tiap kali exam sekadar boleh cukup makan.
Hidup saya sewaktu di usia remaja hanya di rumah dan sekolah. Tanpa berselindung itulah kenyataannya. Sewaktu di era persekolahan rendah saya agak aktif di kampung. Bukit mana tak didaki lurah mana tak dituruni. Di kampung saya ada satu padang yang kami panggil Padang Gesek. Sebabnya padang itu dipenuhi dengan timbunan kotak-kotak mancis. Saya pun tak terfikir dari kilang mana kayu-kayu lembut itu datang yang menjadi tempat permainan kami. Kami sering buat kejohanan bola sepak. Saya dan abang saya Ahmad Muslim adalah antara pemain tetap, meskipun sya sering jadi pemain simpanan! Pialanya kami reka daripada bongkah-bongkah kayu. Apa yang saya mahu ceritakan juga, setiap kali bermain kami jadi lupa. Apabila azan baru kami nak berhenti. Apalagi sampai di rumah, bonda sedang menunggu dengan muka menyinga. Tapi entahlah kami macam tak serik. Cuma keadaan-keadaan tertentu abang saya jadi penyelamat. Belum mak saya memulakan serangan dia terlebih dahulu guna taktik saraf. Dibawanya macam-macam cerita sampai ma tak jadi marah, bahkan ketawa. Tapi kadang-kadang menjadi, kadang-kadang merah telinga juga jadinya dipulas.
Ya. Usia remaja saya, tepatnya antara tingkatan 1 hingga tiga antara sekolah dan rumah. Mengalahkan perempuan. Kalau pun di luar saya menolong ayah di dua buah kedai makan miliknya. Kira hebat. Ayah ada 2 cawangan kedai makan yang dia jadi bosnya. ma jadi second bos dan ada kuasa eksekutif. Ayah masuk pejabat seawal subuh. kemudian ma masuk selepas subuh, big bos dah hilang entah ke mana. Bos la katakan…. BERSAMBUNG