Bahang kejayaan Perhimpunan 100,000 10 Nov lalu masih lagi terasa dan masih diperkatakan. Malahan akhbar arus perdana secara berterusan memainkan isu bahawa perhimpunan itu membawa malapetaka kepada negara. Selepas diambil kenyataan peniaga-peniaga terjejas perniagaan mereka, yang hampir keseluruhan peniaga cina, kenyataan dari istana pula cuba diputarbelit sebagai tanda himpunan itu tidak mendapat restu daripada Yang Dipertuan Agong. Soalnya bagaimana ia tidak direstui sedangkan memorandum selamat diterima oleh pegawai istana di Istana Negara pada 10 Novemner lalu
Sehari selepas perhimpunan saya menerima sms daripada anak buah. Katanya dia menerima pandangan daripada bekas-bekas pelajar maahad dan pelajar pondok. Mereka meletakkan hukum bahawa kerja berlarak ke Istana Negara pada hari itu adalah kerja orang tak beriman! Astagrfirullah!! Kerja orang tak beriman? Satu keyataan yang berat..
Allah mensyariatkan sesetengah ibadah bukan semata-mata ia bersifat ubudiyyah. Tetapi masa yang sama Allah Taala menganugerahkan akal untuk kita mengkaji, menganalisis dan mencerakin hikmah d sebalik pensyariaatan sesuatu amalan. Solatul jamaah bukankah suatu perhimpunan harian seorang mukmin yang dikepalai oleh seorang ketua. Ketua (imam) yang sayugia ditaati, juga boleh ditegur sekiranya berbuat kesalahan. Solatul Jumaah bukankah suatu perhimpunan mingguan yang diselitkan dengan ceramah (khutbah) peringatan? Lebih jelas lagi secara tahunan umat Islam seluruh dunia berhimpun, berlarak dan melaungkan slogan-slogan memuji kebesaran Allah Taala dan mengutuk pengabdian dan ketaatan selain dariNya. Bahkan di Mina termasuk dalam wajib melontar anak-anak batu seraya mulut melaungkan kalimah merejam syaitan dan hizbi (parti) nya.
Terbayang-bayang lagi di ruangan mata saya kalimah yang terpapar di telefon. Tindakan orang tidak beriman!. Maknanya tindakan Tok Guru Haji Hadi mengepalai perhimpunan itu adalah tidak beriman. Bagaimana pula terus meredhai penipuan yang dilakukan oleh Umno Barisan Naisonal. Adakah akur kepada penipuan itu orang beriman?