Seperti yang pernah saya ceritakan bahawa saya adalah pelopor dalam keluarga yang belajar di sekolah arab agama, meski pun ayah saya lepasan Jamie Merbau (nama Maahad Muhammadi dahulu). Selepas saya memaklumkan hasrat untuk ke MML ibu sayalah antara orang yang paling teruja. “Aku daripada abang sulung mun lagi suruh ayah mun hantar sekolah maahad, dia kata boleh ajar” Ma saya merujuk kepada abang saya yang pernah menjadi wira bolasepak negara. Tetapi ibu saya tetap sejuk hati apabila dimaklumkan oleh rakan-rakan sepasukannya bahawa Salim Mahmud adalah antara pemain yang tidak tinggal solat walau permainan dilangsungkan pada mana-mana waktu sekali pun.

Ringkas cerita keputusan SPM saya agak baik yang melayakkan saya membuat permohoan ke IPT dalam negara. Borang UIA hampir siap saya isi. Kawan saya Ilias mengajak saya ke kampungnya di Balok Pahang. Selepas merayu kepada ibu saya, dimembenarkan dengan syarat jangan terlalu lama. Entahlah kerana minat saya yang tidak bersungguh untuk ke UIA, hampir seminggu saya di Balok. Tempoh tamat hantar borang berakhir. Balik Kota Bharu ma saya tidak kata apa cuma ayah saya ringkas bersuara “Dia nak ke Mesir….” (bersambung)

Advertisement