Keputusan Sijil Tinggi Ugama (STU) saya juga cemerlang. Sampai di rumah saya hanya tersengeh kepada ma ayah.
“Ke Mesir doh mun..” ayah saya bersuara tanpa terlebih dahulu melihat slip keputusan saya.
Saya cuba menduga, “Kalu amik STP?”
Ma saya cepat memintas ” Apa ingat mudah ko nak periksa pulak”
Ayah mula menghubungi sepupu saya Dato’ Syukri (siapa lagi kalu bukan tok peti yang sohor itu) Dia mencadangkan saya menghubungi kawannya ustaz Sabri, seorang agen tiket yang menguruskan pemergian pelajar ke Mesir. Tanpa berlengah saya bersama kawan kamcing sekampung, Faiz Namili bergegas ke rumahnya. Saya tidak pergi melalui Yayasan Islam Kelantan (YIK). Belumur Travel jointventure dengan Institut An Nur. Kami disarankan berkrusus di IAN. Di situlah saya pertama kali mengenali Ustaz Yahya Othman yang menjadi idola saya. Kalamnya bersahaja tetapi penuh bermakna, berterus terang dan tegas. Saya masih ingat “Di Mesir pelajar lelaki yang rambut sampai pinggang pun ada..” Kerana berterus terang itulah kawan saya Faiz tidak meneruskan krusus kerana kebetulan rambutnya panjang tidak sempat digunting ketika itu!