Apakah lagi yang boleh disifatkan dengan kelakuan dan kerenah yang ditunjjukkan oleh wakil Barisan Nasional dalam Sidang DUN melainkan biadab dan samseng. Bermula hari pertama lagi mereka menunjjukkan fee’l bodoh sombong dengan mengingkari oder Speaker. Ia akan menjadi sejarah yang akan terus dikenang apabila dalam tempoh 17 tahun kerajaan PAS memerintah seorang ahli dewan dihalau daripada dewan kerana kebiadapan yang melampau. Saya hanya berkesempatan menonton sidang tersebut melalui monitor. Hati panas kita kekadang rasa memberontak dengan ketololan yang ditonjolkan oleh mereka, tetapi apabila memikirkan sememangnya itulah tahap dan kualiti wakil BN kita jadi akur dan moga ia menjadi iktibar kepada rakyat yang berhasrat untuk kembali berkerajaankan BN. Kemuncak ketololan mereka apabila wakil Paloh yang bagai dirasuk iblis meluru untuk menyerang Kelaboran. Kita biasa melihat suasana ini di Taiwan atau India tetapi tidak bermimpi senario itu akan berlaku dalam sidang dewan Kelantan yang rata-rata mendakwa memperjuangkan agama dan bangsa. Sepanjang perjalanan dewan berlangsung wakil BN hanya sekadar bertindak sebagai pengacau dengan mengemukakan soalan-soalan yang tidak relevan. Kalau pun ada cadangan, sepatutnya cadangan tersebut telah dilaksanakan sebelum tahun 90 lagi. Sesetengah cadangan itu jika ditanya adakah dilaksanakan di negeri-negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional. Jawapan pastilah tidak. Selain daripada putar belit angka, respon yang dibangkit oleh pihak pembangkang bersalut dengan sindiran tidak berasas, fakta yang bercelaru dan bahasa yang tidak bermutu. Seperti biasa diakhir sidang wakil pembangkang hanya tinggal beberapa kerat terutamanya ketua pembangkang yang dilihat hanya menjadikan sidang untuk melepaskan geram, emosi dan dendam kesumatnya. Terserlah terang lagi bersuluh sikap mereka yang jumud dan tidak terbuka dalam menerima penjelasan dan pergulungan daripada pihak kerajaan. Kesimpulannya saya melihat bahawa jika mereka inilah kerajaan dan barisan exco bayangan kerajaan negeri Kelantan, bermakna Tanah Serendah Serambi Mekah ini akan dipenuhi dengan pemimpin yang rendah pemikiran, gedebe, pengacau dan paling sadis kerja mereka kelak menendang rakyat.

Advertisement