Pengalaman menjadi seorang guru cukup mencabar. Sebagai menampung perbelanjaan mencari keperluan ke Perlembahan Nil saya diterima mengajar sebagai guru ganti di SMK Kota. Hari pertama saya dapat rasakan peluh memercik daripada dahi. Berdepan dengan pelajar yang hanya beberapa tahun selang usia saya bukanlah suatu yang mudah. Tambahan saya mengajar di sebuah sekolah mempunyai gelaran sekolah kota sekolah kotor!… Saya mengajar pendidikan Islam tingkatan 3. Suatu hari pelajaran yang diajar berkait dengan proses baligh seorang remaja. Pelajar semacam teruja untuk mengetahui topik yang saya bicaralkan terutama pelajar lelaki. Apabila saya menerangkan bagaimana seoarang budak lelaki baligh, mereka mula bertanya bagaimana pula budak perempuan. Ketika itu saya mula sedar bahawa mereka mula kelihatan keterlaluan. “budok perempuan tahu sendirilah!” saya sedikit mengangkat suara. Semua terdiam dan saya alih topik. Sepanjang berada di SMK Kota saya menyertai usrah insiatif seorang ustaz di situ, Ustaz Rashid. Dia sekarang bekerja di Jabatan Agama Negeri Kelantan selepas beberapa lama disepak seperti bola mengajar hingga ke pedalaman. Suatu hari dalam taklimat Pengetua, pengetua memegang kertas hijau. “Walaupun kertas ini hijau, tetapi tetap biru” katanya. Waktu itu saya melihat sebahagian besar guru serentak berpaling ke arah Us Rasyid. Sah dia orang bulan!. Waktu perhimpunan sekolah, saya perasaan setiap kali lagu Negaraku dinyayikan dia tiada di kerusi. Tahniah ustaz Rasyid. Ustaz berkorban letak jawatan sebagi guru, kerana tidak rela dipermainkan.

Satu-satu ketika sewaktu saya melintas kelas pelajar-pelajar menengah tinggi, mereka membunyi isyarat mulut. Perempuan! Ada yang bersuara “Cikgu, masuk kelas ni lah!” Kotor sungguh sekolah nih!

Apabila saya mendapat gaji, saya hulurkan duit kepada ibu saya. Entahlah saya pun tak ingat ketika itu ikhlaskah saya, tetapi saya seperti yakin menyuakan ratusan wang itu pada bonda “Mun wak belilah gapo2 nok wak gi Mesir tu”

Advertisement