Prinsip adalah pegangan yang perlu dipertahankan. Manusia yang berprinsip selalunya tidak mudah untuk mengadaikannya walupun prinsip berbeza dengan dasar. Dasar tidak boleh diubah dalam apa keadaan sekalipun. Contohnya Islam yang menjadi dasar maka ia perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun. Memetik kata-kata Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bahawa sekiranya rakyat menolak PAS atas dasar perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, PAS sesekali tidak akan mengubah dasarnya.

Ustaz Yahya Othman pernah dicemuh kerana prinsipnya dan ketegasannya. Bapa rakan saya pernah disimbah airsid kerana mempertahankan prinsip. Dia pernah pulang bertugas di negeri sendiri, namun mohon ditukar kembali kerana berdepan dengan kerenah keluarga. Dia pegawai tinggi kastam.

Saya bukanlah seorang terlalu rigid dalam berprinsip. Yalah stigma orang berprisip selalunya kelihatan tegas, karismatik dan selalunya bersifat autokratik. Mungin sifat-sifat itu ada pada saya tetapi saya perlu sesuaikan apabila berada dalam suasana berbeza. Dalam tugas saya menginteprestasikan sifat itu, namun di khalayak saya perlu lebih sederhana, bahkan mungkin sikit gila-gila.

Dilema untuk mempertahankan prinsiplah sedang saya hadapi sekarang. Sedikit kuasa yang di tempat kerja menyebabkan orang sekeliling cuba memanafaatkannya. Saya berharap dapat mempertahankan prinsip saya dan masa yang sama dapat memenuhi kehendak mereka di sekeliling saya. Bagaimana?. In sya Allah Tuhan bersama saya. Saya yakin apabila saya ada prinsip, Dia sentiasa bersama saya….

Advertisement