Ada orang mengeluh dan memberi komen bahawa kewujudan blog-blog mutakhir ini bukan lagi menjadi keresahan kepada pihak pemerintah, tetapi turut menimbul kegusaran kepada pembangkang. Dahulu kita bersorak apabila Tun Mahathir yang memperkenalkan dasar langit terbuka, rupanya dasar itu menikam dirinya apabila wujud pelbagai web dan blog yang mendedahkan salahlaku, penyelewengan dan kebobrokan pemerintahan maha Firaun itu. Pelbagai saranan dikemukakan untuk menyekat limpahan laman-laman web dan blog daripada terus mengkritik kerajaan. Ternyata media siber sesekali tidak sama dengan media cetak yang boleh dikongkong dengan pelbagai akta. Pihak Kementerian Keselamatan dalam Negeri hanya perlu tidak menjawab permohonan permit bagi mengekang suatu wacana penerbitan. Terutamanya akhbar yang mempunyai genre politik yang diterajui oleh kalangan pembangkang mahupun NGO yang tidak sealiran dengan aspirasi kerajaan. Itulah kebodohan demokrasi Malaysia. Kita berkiblat kepada demokrasi Britain. Jadi ko bodo, Britain entah beberapa kali bertukar kepimpinan, tetapi kita punya menteri yang sudah berkurun jadi menteri walaupun berguni dikaitkan dengan salahlaku, korupsi dan sebagainya.
Kembali kepada perbincangan blog dan blogers. Kelantan yang sentiasa dikocak (bukan berkocak) politik dan pentadbirannya, dikocak lagi dengan cerita-cerita murahan blog. Itulah..jadi ko bodo apabila cerita-cerita kedai kopi dikutip untuk dipersembahkan dalam blog. Betul-betul jadi ko bodo. Apa guna bermuqadimmahkan kalam Ilahi dan sabdaan Nabi kalau sekadar untuk tunjuk diri biso (terorr) bila tahu maklumat, orang terawal menyebarkannya dan punya target boleh mengemparkan dunia. Memang jadi ko bodo. Mengapa tidak diambil ayat jadi muqadimmah yang mafhumnya “apabila datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka selidiklah kamu” Apa erti fasiq?. Fasiq ertinya dalam loghat Kelantan BENGONG!. Orang fasiq orang bengong! Islam, auta. Bengong la tu. Islam, tapi cakap guna bahasa mencarut. Bengong la tu. Islam tapi minat cerita-cerita yang tak tentu sahih atau tidak. Bengong la tu. Jadi ko bodo sungguh.
Ada mencadangkan untuk menangkis maklumat-maklumat murahan ini dengan cara hantar banyak-banyak bahan ke blog berkenaaan. Hasilnya blog itu akan tepu dengan maklumat sehingga orang jadi jemu dan serabut nak baca. Jangan jadi bengong dah la. Boleh la diterima dan tak berapa jadi ko bodo. Sememangnya hari ini kita tidak terbaca dengan pelbagai blog yang wujud di dunia maya. Tapi sesekali fikir untuk menjawab isu-isu picisan sebegini…..jadi ko bodo….tapi saya….tak la jadi bodo! Moga kita sama menginsafi bahawa “Tidaklah seseorang itu menuturkan kata melainkan ada (di kiri kanannya) Raqib dan Atid” Jangan di akhirat kelak kita yang jadi bodo!