2007 : Tahun keganasan Umno (TKU). Itulah yang layak dilabelkan kepada Umno dan Barisan Nasional apabila direnteti kepada suasana yang berlaku sepanjang tahun 2007 menenggelam Tahun Melawat Malaysia (TMM 07)
INILAH TAQWIM TAHUN KEGANASAN UMNO (TKU 2007) *Truly Umno*
8 September – Peristiwa berdarah polis diarahkan menggunakan peluru hidup untuk menghalang ceramah anjuran BERSIH di Batu Buruk
26 September – Polis diarah bertindak kasar kepada himpunan peguam yang menuntut dibersihkan Badan Kehakiman di Putrajaya
10 November – Polis menggunakan water canon bagi menimbulkan suasana huru hara perhimpunan aman 100,000 BERSIH yang turut diulas oleh oleh TV Al Jazeraa sebagai keganasan pihak pemerintah
25 November – Kerajaan Barisan Nasional menggunakan polis dan FRU bertindak menghalang himpunan kaum India melalui HINDRAF yang mahu membela nasib orang India
26 November – Dato’ Norzula Mat Diah, wakil BN Paloh bertindak menyerang Zaki Ibrahim wakil PAS Kelaboran dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan. Suasana yang sebelumnya hanya boleh dilihat di India atau Taiwan
11 Disember – 12 orang pimpinan tertinggi pembangkang ditangkap dengan cara paling tidak bermoral. Naib Prisiden PAS dipecahkan kereta ketika menghantar rombongan perkhawinan anaknya. Dato Mustafa Ali disentap kasar di Parlimen
Kita tunggukan pula kelendar keganasan Umno Barisan Nasional 2008!
2008
TAHUN KENAIKAN HARGA BARANG & KEJATUHAN BN
Dup dap dup dap….. Semakin hari semakin dekat. Degup jantung sentiasa berdebar-debar, adakah Pak Lah bersedia mengetuai pertempuran yang diramalkan akan menjadi medan pertempuran terburuk dalam sejarah.
Bermula Februari 2007, ramalan demi ramalan tarikh pilihan raya berlangsung, tetapi Pak Lah masih lagi was-was bila parlimen sepatutnya dibubarkan. Peramal-peramal dalam media internet amat terkehadapan dalam meramalkan tarikh pilihan raya terutamanya melalui ‘The Toyol Code 2006’. Ada yang meramalkan bulan Mac, Mei, Jun, Julai, September November 2007, Mac 2008 dan yang terbaru sebelum Tahun Baru Cina.
Pak Lah seakan-akan menunggu satu ’suasana yang aman’ bagi menghadapi pilihan raya ini. Tetapi nak tak nak, ia menjadi seperti angan-angan. Satu persatu isu timbul ’secara sengaja dan tidak sengaja’.
Bermula dengan mengharapkan ’kerahmatan’ bajet 2008 tetapi akhirnya ditenggelami isu Batu Burok. Pelbagai cara untuk mengabui mata rakyat, tetapi ia seakan-akan gagal.
Pembangkang yang diketuai Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI), sedikit demi sedikit menampakkan kegagahan dan kesediaannya untuk menghadapi pertempuran dalam pilihan raya nanti. ’Mood’ yang cukup memberangsangkan inilah yang membimbangkan Pak Lah untuk mengisytiharkan pilihan raya ini.
Malah, secara tiba-tiba nama DSAI timbul kembali dalam arena politik tanahair (setelah beberapa kali menyesakkan nafas para penyokong pembangkang mengenai kesediaanya mengetuai barisan pembangkang). AlhamduliLlah bermulanya cabarannya terhadap Dato’ Najib dalam isu Altantuya, dituruti isu kehakiman, isu Hindraf, sehingga yang terbaru isu penyelewengan dalam projek ’Port Klang Free Zone (PKFZ)’.
Isu Hindraf terutamanya seperti memberi ruang untuk pihak pembangkang mendekati masyarakat India. Remang bulu roma melihat gambar sambutan hebat masyarakat India kepada DSAI ketika beliau mengadakan lawatan Paya Besar, Lunas.
Lebih hebat lagi apabila pendedahan yang mengaibkan dalam blog antikhairy.blogspot.com. Pendedahan ’aksi SX’ oleh seorang pemimpinan tertinggi dalam pemuda UMNO dengan seorang wanita, pasti merunsing dan meruncingkan persediaan UMNO terutamanya pemuda UMNO yang secara tidak langsung diketuai oleh Khairy Jamaluddin. Para penggemar blogger memang ternanti-nanti pendedahan penuh gambar tersebut.
Pembongkaran isu tersebut seperti dibuat secara perancangan yang teratur dan menampakkan seakan-akan satu cara untuk melambatkan pengisytiharan pilihan raya oleh Pak Lah. Dikhabarkan ada dua isu besar yang akan dibongkarkan yang boleh menyebabkan Pak Lah menunda tarikh pilihan raya nanti dan membolehkan tarikh pilihan raya melepasi tarikh pembebasan mutlak DSAI pada April 2008.
Tibanya tahun 2008 pastinya lebih ’menyegarkan’ pihak pembangkang yang menanti isu yang boleh ’menelan’ jiwa rakyat iaitu kerakusan kerajaan Pak Lah yang tidak sanggup ’menahan’ kenaikkan harga minyak. Kezaliman kenaikkan harga minyak sebanyak RM0.30 awal 2007 pastinya masih terasa yang telah mengakibatkan kesan kenaikkan harga barang-barang keperluan terutamanya barang dapur. Tentunya rakyat Malaysia masih ingat, walaupun 2-3 minggu ’tentera retorik BN’ sepertimana yang dilaporkan didalam akhbar-akhbar untuk memerangai serta menangani supaya harga barang tidak naik, tetapi ia tetap retorik.
Menjelang tahun 2008, Malaysia dihadiahkan sekali lagi oleh Samy Vellu kenaikkan harga tol dibeberapa tempat. Yang pasti tahun 2008 nanti, beberapa barangan keperluan pasti akan naik harga. Gambaran pantun yang dipetik dalam internet dapat memberi gambaran kenaikkan harga barang nanti.
Roti Oh Roti Kenapa Harga Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Harga Tepung Naik, Harga Tepung Naik
Ikan Oh Ikan Kenapa Harga Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Tambang Lori Naik, Tambang Lori Naik
Lori Oh Lori Kenapa Tambang Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Harga Diesel Naik, Harga Diesel Naik
Minyak Masak Oh Minyak Masak Kenapa Harga Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Harga Sawit Naik, Harga Sawit Naik
Tol Oh Tol Kenapa Engkau Naik ?
Macam Mana Aku Tak Naik, Konsesi Agreement Sudah Setuju
Konsesi Agreement Oh Konsesi Agreement Kenapa Tol Naik
Macam Mana Aku Tak Naik, Samy Sudah Setuju, Samy Sudah Setuju
Barang Naik (BN), satu ungkapan yang pasti ’menambat’ hati rakyat, insyaAllah. Isu ini boleh dikatakan isu yang paling besar berbanding isu-isu sebelum ini, kerana ia ’memakan jiwa’ rakyat marhaen.
Berjaya atau tidak DSAI dan pembangkang memanipulasi isu yang telah tersedia dan yang bakal terhidang pastinya menganggu tarikh-tarikh yang ada dalam pemikiran Pak Lah. Secara peribadi, jika isu-isu ini dilemparkan secara berperancangan, saya merasakan tarikh pilihan raya akan melepasi bulan april 2008. Mungkin telahan yang timbul, DSAI bukan satu faktor besar, tetapi DSAI mungkin akan lebih ’ganas’ setelah tarikh ’penggarian’ dibuka.
Yang penting DSAI & pembangkang perlu bersedia dengan pelbagai strategi yang mampan untuk menggagalkan tayangan video klip mengenai kesilapan-kesilapan DSAI ketiada berada di dalam UMNO dulu. Pengedaran CD tersebut dalam pilihan raya umum 2004 dan diulangi secara berleluasa di Pilihan Raya Kecil Ijok, menampakkan perlunya pihak pembangkang lebih bersedia dalam menangani isu ini.
Semoga tahun 2008 ialah Tahun Kejatuhan BN yang mebolehkan rakyat Malaysia dapat hidup lebih aman dan sejahtera. Insya-Allah
Boleh rasa kejutan