Misi yang dibawa oleh Ustaz Yahya Othaman memang hebat. Saya hanya mendengar cerita daripada sahabat yang turut serta dalam misi untuk memperkenalkan Maahad Dakwah wal Imamah (MDI), sekali gus mengajukan permohonan universiti berkembar Al Azhar dan MDI.
Antara cadangan yang dikemukakan dalam proposal kepada pihak berkenaan ialah pelajar yang menamatkan pengajian 2 tahun di MDI Kelantan layak menyambung pengajian di Al Azhar.
Perbincangan di Kuliah Dirasat Islamiah berjalan sehingga pihak pegawai kuliah menimbulkan pertanyaan keramat (soalan maut?) mengapa beberapa mata pelajaran tidak dimasukkan dalam kurikulum yang diajar di MDI. Lantas ustaz Yahya bertanya mata pelajaran mana yang dimaksudkan. Pengawai berkenaan merujuk kepada mata pelajaran Aqidah dan Falsafah.
Ustaz Yahya bertanyakan kembali, “Pada tahap mana matapelajaran tersebut diajar?”
Jawab mereka, “tahun ketiga.”
Lalu dibalas oleh ustaz, “apa perlu diajar di Mahaad Dakwah kerana pelajar akan berada di Al Azhar di tahun 3.
“Anak-anak saya akan belajar semua itu di sini.”
Semua pegawai terdiam dan misi berjaya!