Dia yang Berkuasa

 

   Saya agak terkilan kerana tidak turut serta dalam munajat perdana sehari sebelum mengundi. Tiada kes lain melainkan saya hanya tersedar hampir subuh bahana buat kerja pilihanraya. Sebetulnya saya buat perkiraan untuk tidur di rumah ibu saya hanya 3 kilometer jaraknya dengan stadium, tetapi saya tetap kalah dengan penyakit perumah saya (homesick) yang jaraknya dalam 20 km. Hasilnya saya tertidur terus dalam keletihan.

 

    Apa yang ingin saya rakamkan ialah peristiwa menarik yang diceritakan oleh setiap orang yang berada dalam stadium malam itu. Bukankah suatu keanehan tiba-tiba sekumpulan besar makhluk Allah burung berkicauan dan berlegar-legar di ruang udara stadium, di bawah sinaran lampu limpah stadium lewat dinihari.

   

   Masing-masing mengakui betapa hebat dan agungnya kuasa Allah mencipta segala makhluknya bertasbih bertahmid kepadaNya. Dengan kuasanya itulah juga 5 negeri dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

 

 

Siapa Rabut Banner
 

    Semasa tempoh kempen, setiausaha MTD kawasan saya, saudara Shaari mengajak saya bertemu seseorang yang mana beliau berharap kalau tidak dapat berjumpa YB, jumpa orang yang rapat dengannya pun tak apa. Dia disifatkan Shaari tinggal berdekatan dengan rumah bapa saya. Saya tidak dapat meneka identitinya, sehinggalah bertemu. En Nawi pesara pegawai kastam.

   

   Kami bertiga dan dia berdua. Agak kekok untuk dia memulakan kalam sekaligus meluahkan perasaan dan isi hatinya yang tidak puas hati dengan bos saya, wakil rakyat kawasan. Tentu sahaja dalam kawasan bandar, perkara yang dibangkitkan berhubung dengan pembangunan. Nasib agak menyebelahi kami yang turut diserta Cikgu Adanan (AJK MTD) yang kelihatan agak biasa dengan dia.    

 

    Perbincangan yang memakan masa lebih kurang setengah jam itu berakhir dengan kalamnya ringkas “Closed”

 

   Malam keesokan hari saya sempat singgah di rumah bapa saya. Tak semena ibu saya bercerita tentang strategi terakhir Umno menaikan banner memburukkan peribadi bos saya yang baru kami bincang dalam meting MTD. Ibu saya sempat melihat banner tersebut. Tetapi lebih mengejutkan ibu saya dalam masa sama banner itu diturunkan di depan matanya.

 

   “Sapo mun nok tau rabut?” soal ibu menarik perhatian saya.

 

   “Nawi!!”

Advertisement