Dalam perbincangan untuk mencari-cari siapa yang akan merasmikan Mesyaurat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu yang dijangka berlangsung pada 13 Jun (Jumaat), YB Dato’ YDP Kawasan mencadangkan untuk menjemput mana-mana antara 5 orang Menteri Besar kerajaan Pakatan Rakyat. Cadangan asal untuk menjemput Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato Dr. Harun Din. Difahamkan jadual beliau untuk hari Jumaat dan Sabtu 2 bulan kedepan adalah penuh. Jesteru apabila adanya cadangan untuk menjemput salah seorang MB kerajaan PR, Cikgu memberi respon untuk mengusahakan mana-mana antara 4 (bermaksud tidak termasuk MB Kelantan) MB-MB tersebut. 4 MB memberi erti samada MB Selangor, MB Perak, MB Kedah atau MB Pulau Pinang. Usha-usaha sedang dialkukan untuk menghubungi mereka. Jika Selangor, Perak atau Kedah berhalangan bermakna MAT PAS Kawasan Kota Bharu akan dirasmikan oleh Lim Guang Eng. Kita nanti kejutannya

Advertisement