April 30, 2008
Seharian mengikuti sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, kemudian disusuli dengan meting “free counsil” Pemuda Bunut Payong di restoran entah apa nama dekat Hotel Sentosa membuatkan mata terlelap sekejap selepas solat Asar. Panggilan telefon daripada Dr. Lee mengejutkan saya. Sambil mendelate sms-sms dalam telefon kelui, terbaca kembali mesej Saipudin yang disending later seawal 4:50 pagi ***SALAM TAHAJJUD*** Wowww! # M.U 1 # Barcelona 0. Kemudian disusuli dengan mesej dihantar 6:28:58 pagi ‘mmapuh’ sahabat-sahabat penyokong Liverpool dan Chelsea.
Sekilas itulah fikiran saya melayang kepada arwah abang saya yang telah pergi beberapa tahun yang lalu. Abdul Aziz (Abe Jid) seorang abang yang saya anggap cukup carring, mudah kira dan penghibur. Alhamdulillah saya dikurniakan keluarga yang cukup sporting. Dustalah kalau tak bertelagah, tapi sampai tahap tak bertegur sapa tidak pernah. Bila berkumpul kami berdebat daripada isu keluarga, negara hingga ke isu antarabangsa. Saya mendoakan moga Allah suasana akrab antara kami berkekalan dan bersambung ke anak cucu.
Apa kaitannya dengan MU. Saya tidak pasti waktu hayatnya dia penyokong pasukan Iblis Merah atau Liverpool. Ketika itu nama-nama kelab seperti Everton, Arsenal, Inter Milan, Chelsea memang sudah menjadi sebutan dalam F.A dan Liga Divisyen Satu Inggeris yang kemudian pada 1992 dikenali English Leuage Soccer, yang berebut tempat ke Wembely (Road to Wembley). Nama-nama lagenda seperti Kenny Dalglish (di akhir kariernya menjadi couch merangkap pemain, Ian Rush penjaring gol terbanyak setiap musim yang berbangsa Yahudi
Setiap kali adanya live, bola kami berempat (saya ada 3 abang yang semuanya kaki bola) pasti berjaga bila berlansung lewat malam atau awal pagi waktu Malaysia. Ayah biasanya menonton bila siaran awal dan sesekali bangun juga bila bunyi bising.
Siapa tak kenal Salim Mahmud bekas pemain skuad Malaysia dan skuad kebangsaan. Tapi dia jarang menonton bolasepak tempatan. Kadang-kadang baru sahaja sepak mula akhir Piala Malaysia dia masuk tidur. Hanya awal pagi esok dia tanya saya. Selangor menang? Abang Jid pernah mewakili skuad kijang dalam Liga Semi Pro, walaupun seingat saya dia tidak kekal lama dalam kesebelasan utama. Jelasnya dia beraksi dalam Piala Presiden dan Piala Emas Raja-raja. Tetapi ayah saya lebih memuji skill dan persembahan, Aziz Mahmud berbanding Salim Mahmud. Jangan terkejut. Mahmud Muhaidin Muhamed juga bintang bolasepak suatu ketika dahulu walau namanya taklah segah nama Dali Omar atau Ghani Minhat.
Sekali lagi jangan terkezut. Ma saya juga menonton bolasepak. Bahkan boleh memberi komen kepada permainan yang berlangsung. Ulasan Hasbullah Awang yang kadang-kadang terover ulas, kami boleh lawan. Memang keluarga kami anti sikit Hasbullah Awang. Hee… Lainlah Rahim Razali atau Abd Aziz bekas pengulas sukan BBC yang tersohor itu. Kalau setakat offside, panalti, hatrick, advantage score dan tendangan percuma kerana hand ball, ma saya tahu. Namun taklah sampai dia berjaga malam semata-mata tunggu bola.
Mungkin posisi Abang Jid bahagian tengah (mildfield) yang memerlukan dia kerja keras di lapangan menyebabkan ayah saya lebih memuji rentak permainannya, berbanding Abang Lim yang bermain di win kiri. Namun kemahiran Salim Mahmud menghantar bola dari angel kiri disebut-sebut oleh jurulatih skuad kebangsaan ketika itu (Karamuthu rasanya) sukar dicari ganti. Angel yang diambil lazimnya menjadi untuk disudahkan mana-mana striker.
Musim bolasepak Malaysia saya tak mis ke stadium Sultan Muhamad Ke IV. Pastinya malam Sabtu. Sebelum pergi memang tak lalu makan kerana terlampau teruja. Tentu saja masuk free. Tambahan budak lagi dan semua penguatkuasa MPKB yang jaga pintu kenal saya. Setiap kali ada perlawanan ayah menerima kad jemputan khas. Saya tak pernah duduk atas tempat duduk batu, mesti grandstand walaupun di situ tempat orang-orang sivik! Sivik apa di sebelah kanan grandstand biasanya kaki judi bertaruh permainan.
Antara 4 orang anak jate Pak Mud sayalah paling kaki bangku. Waktu sekolah rendah setiap hari main bola di padang gesek (mancis) belakang Perabot Zulkarnain (sekarang padang itu sudah tiada) atau pun padang Chenok di Paya Senang. Padangnya pun entahkan sudah tiada. Kami selalu buat kejohanan liga atau kalah mati. Ganasnya siap ada cup dan hadiah. Pialanya dibuat dengan bongkah-bongkah kayu yang kami paku dan bentuk cantik-cantik menjadi piala. Kadang-kadang ada duit lebih beli hadiah berupa makanan. Balik rumah pasti kena bedal pasal azan maghrib baru ingat rumah. Hari ini kena sebat, esok buat pula. Kalau abang saya (Ahmad Muslim) boleh buat cerita dulu hingga ma senyum alamat selamatlah.
Bila berada di Maahad Muhamadi saya mula gantung kasut. Heee..jadi alim la pulak. Cikgu Khalid bila tahu saja adik Salim Mahmud sekolah di MML dia, pintas dan cari saya.
“Saya mana boleh main bola cikgu, kaki bangku cikgu”
“Tak mesti ayah, abang pandai main, adik pun hebat,” dalih saya lagi yang sememangnya ikhlas
“Awak mesti takut ganggu pelajaran,” ulas Cikgu Khalid
“Tok sabit pong,” dalam hati ler.
Apa tugas saya ketika kami berjaga malam? Tukang buat air! Apa lagi apabila dipuji air yang saya buat kaw. Harap-harapnya ikhlas. Saya hanya sekadar menonton dan selalunya terlelap sebelum tamat permainan. Huhuhu. Mereka bertiga itulah yang membuat ulasan, analisis dan bertukar-tukar pandangan. Tetapi setiap kali rembatan ke pintu gawang tiada sorakan gooollll!!!! sebagaimana sering saya dengar di Berek 12. Mungkin itu cara orang professional menonton perlawanan bolasepak. Abe Nor Berek 12 jange maroh.
Signifikannya suka sekali lagi saya rumuskan bahawa hubungan kami berempat cukup erat. Biar pun pengalaman tengok bola yang saya paparkan, tetapi saya tidak akan lupa dengan sikap abe Jid yang cukup sporting, carring dan periang itu. Moga dengan sifatnya itu Allah Taala akan menempatkan dia bersama dengan orang baik-baik (solehin). Dia lebih berutung daripada kita yang masih bersaing antara dosa dan pahala sementara menunggu saat kematian yang entahkan bila. Moga menginsafkan.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
(Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++