Sidang perwakilan dan hadirin perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang berlangsung pada 14 Jun 2008 di Hotel Grand River View terpegun dengan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh sdra. Azman Syafawi Abdul Rani, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Bagi saya yang belajar di Kaherah sudah biasa mendengar ceramah lepasan pelajar Universiti Kaherah itu. Biar pun latar belakangnya bukan berpendidikan agama, beliau tetap dipanggil al fadhil ustaz sebagaimana yang disebut oleh YB pengerusi muktamar hari itu. Namun saya tidak bercadang untuk mengimbau kembali lewat pidato klon Dato’ Seri Presiden itu. Entahkan klon ke berapa daripada sekian klon-klon Dato’ Seri Presiden PAS
Rata-rata audien sidang muktamar menyebut bahawa tiada yang menarik perhatian pada sesi Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan kali ini. Senarionya tampak lesu, penyertaan dalam perbahasan yang kurang dan usul yang diterima untuk dibahas tidak dibahas.
Apakah menjadi syarat suatu muktamar perlu dihangatkan dengan isu-isu yang sengaja ditimbulkan. Atau pun wajib ada cerita-cerita humor yang boleh mengeletek perut yang kekenyangan di Grand River View ?. Isu-isu yang dikemukakan oleh sahabat-sahabat pemuda sudah memadai. Sense of humor Pengerusi Tetap sudah berbaloi. Tinggal lagi apakah plan action yang bakal dipacu oleh kepimpinan.
Kalau ditanya sidang muktamar isu apakah yang sepatutnya diketengahkan untuk menjadikan muktamar hangat dan bertenaga. Saya rasa jawapan yang akan diberi juga tidak pasti atau tidak tahu.
Memang benar pemuda perlu bersifat agresif dan tebolah. Namun bagi saya isu program tarbiah yang berada di tahap minima dan pemerkasaan Pentas Pemuda adalah antara pandangan perlu diambil serius. Ustaz Azhar Satar, wakil Pengkalan Chepa terusan dengan penampilan seperti sebelumnya. Saya kenal beliau di Mesir. lazimnya saya teruja bila bersamanya dalam mana-mana mesyuarat. Pandangan yang diberi bernas dan penuh pengalaman walau pun kadang-kadang terasa sedang mengigit lada Sudan. Sebenarnya empirikal sahabat banyak membantu saya mengurus Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM). Tidak keterlaluan kalau saya kalungkan beliau sejambak bunga plastik kerana mempertahankan identitinya yang berani, pedas, menyekik, berterus terang walau pun kelihat gaban dan robust. Saya pasti ustaz Azhar akan menjadi sejarah dalam pemuda negeri dan kehilangannya kelak bakal dirasai.
Yang pasti kita sebagai ahli jawatan kuasalah yang perlu sama-sama memperkasakan lajnah yang kita disenaraikan dalamnya. Kitalah yang wajar mengimplemtasikan pandangan-pandangan yang kita sendiri lontarkan. Bukannya sekadar memberi pandangan, tetapi apabila ditaklifkan, maka kitalah yang kerap masuk senarai absent biduni izni.
Apa pun tahniah kepada sof kepimpinan pemuda negeri. Demi survival pemuda yang menjadi sayap kepada jamaah aku mempertaruhkan jiwa dan ragaku. Selagi Allah mengurniakan tenaga dan kekuatan kepadaku, aku rela diguna dan dipergunakan untuk kepentingan jamaah walaupun siapa yang memimpin pemuda. Sesungguhnya hidup dan matiku adalah untuk jemaah.
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.