Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan yang berlangsung hari ini (Jumaat 20 Julai) lebih kurang dengan suasana Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang saya ulas sebelumnya. Selain faktor hari Jumaat rata-rata perwakilan hadir sebagai memenuhi perlembagaan Parti Islam Se Malaysia yang mewajibkan PAS peringkat kawasan-kawasn mengadakan MAT.
Sekali lagilah kita perlu akur bahawa inilah suasana lazim yang berlaku setiap kali berlalu pilihanraya yang mencatatkan kemenangan yang besar bagi kita.
Perwakilan sendiri seperti berkejaran apabila Pengerusi Tetap Tok Imam Kob (skor pengendalian Amat Baik) mengingatkan bahawa hari ini adalah Jumaat.
Mesyuarat digemparkan ketika agenda pembentangan kewangan tahunan. Seorang perwakilan bangun mencadang sekaligus menyokong laporan kewangan sebelum Bendahari membentangnya!! huhuhu
Dalam banyak senario perbincangan hari itu saya hanya ingin menyentuh rasa tidak puas hati muslimat kerana montaj Rangkuman Lensa Pilihanraya Umum ke 12 yang ditayangkan seperti meminggirkan muslimat hanya kerana tiada gambar muslimat. Walaupun montaj itu adalah idea dan design bersama saya dan anak buah si Syamim budak siber itu, saya pasti bukan saya yang menjadi fokus kritikan muslimat. Siapa lagi kalau tidak sahabat saya si budak buas itu. Heee..pukul 3 pagi baru boleh pejam mata tidur di Grand River View.
Kami bukan berniat meminggirkan muslimat tersayang. Aduhai…kebetulan lensa kamera saya tidak terfokus kepada program muslimat kerana kami pemuda menumpukan kepada DUN Bunut Payong. Maaf saya tidak berkesempatan hadir program muslimat lewat PRU lalu. Keduanya saya lekat kuong kata orang Kelate. Waktu di Mesir, kami pelajar tak terbiasa (bahkan terlarang) muslimin ambil gambar muslimat dan sebaliknya. Jadi saya terlekat dengan tabiat tersebut.
Cuma dalam MAT tadi saya mula menghalakan kamera digital milik Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan yang saya usung itu kepada muslimat. Insyaalah lah lepas ni akan ada gambar muslimat dalam mana-mana montaj pemuda KB.
Apapun terima kasih kepada Cik Na di atas teguran, keperihatinan dan sikap ambil tahunya. Moga ia menjadi pengajaran bagi saya dan orang lain bahawa jiwa muslimat perlu dijaga..sensitivitinya cukup-cukup tinggi…