“Mula-mula kena sembur dengan air, tak apo la lagi, sengajo tahan pulak”

“Semburan kali kedua mulalah gatal-gatal, pedih dan pening nak muntah, nok mati pun rasa.”

 

Itulah cerita yang timbul setiap kali perjalanan ke lokasi demonstarasi. Cerita itu adalah sebahagian daripada pengalaman sahabat-sahabat dalam peristiwa 1998 yang sehingga hari ini kalau pun ada cubaan untuk mewujudkan kembali suasana itu ianya bukan mudah untuk berlaku. Kecuali ada konspirasi (terancang atau sengaja dirancang) untuk sekali lagi menangkap Anwar Ibrahim. Kakak saya membuat andaian Anwar akan ditangakap sekali lagi 6 Jun ini.

 

Alasannya kenapa polis beriaya-iya memohon kerjasama tentera untuk menghalang himpunan PROTES. Saya sanggah. Tak mungkin Pak Lah mengulangi kesilapan rejim Mahathir yang tidak menyangka bahawa sampai ke tahap itu rakyat bangkit yang akhirnya kemarahan itu dimanifestasikan melalui PRU 10

 

Karnival PROTES

“Inilah peluang dan medan untuk rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang membelakangkan suara rakyat.” Itu pula antara intipati ucapan penyelaras PROTES (Gabungan memprotes Kenaikan Harga Minyak, Dr Hatta Ramli dalam Himpunan Protes di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

 

Berjayakah himpunan itu. Inilah yang menjadi perbualan khalayak yang hadir Ahad lalu. Himpunan yang ala karnival itu menjadikan warna merah sebagai warna tema. Mungkin mengambil sempena warna petrol yang kemerahan atau sebagai tanda marah, garang dan tidak puashati. Kami dari Kelantan, khususnya saya dan rakan dari Kota Bharu begitu teruja untuk join himpunan PROTES. Saya membayangkan bagaimana suasana majlis yang diwar warkan dalam internet dipenuhi dengan jualan, konsert dan pelbagai aktiviti, tentu sahaja mengamatkan suasana. Kami bergerak dari hotel penginapan seawal jam 8 pagi selepas maklumat diterima program akan bermula jam 9 pagi. SMS daripada adik di Kajang bertanya benarkan program bermula jam 2 petang.

“Siapa nak pergi pukul dua matahari atas kepala,” kata saya.

 

Kemudian terima pula panggilan rakan yang baru sampai di Gombak.

“Betul ke program jam 3 petang?”.

 

Kakak saya di Sepang yang selalunya join demo hanya bertanyakan info sms dari saya. Kerja katanya!

 

Kami tiba di lokasi melalui tasik. Sayup-sayup sudah kedengaran laungan Reformasi! Reformasi yang diselangi Makkal Sakti! Makkal Sakti!. Masuk saja di stadium suasana merah sudah memenuhi astaka sebelah sini stadium MBPJ. Pentas di atas dipenuhi pimpinan yang kelihatan ramainya daripada PKR. Pentas di bawah kelihatan ada alat muzik umapan dram dan gitar elektrik.

 

Melalui celah-celah orang ramai saya hanya dapat melihat Dr Hatta antara pimpinan PAS yang hadir di pentas utama. Kebetulan dia berucap. Pimpinan PAS lain saya tak pasti. Yang jelas saya berjumpa Ustaz Ridhuan (pakar demonstrasi) mundar mandir di luar yang akhirnya lepak dengan rakan-rakannya di kedai makan!

                                                    

                               “Hampeh,” kata Farhan. “siroo!” kata Us Ja                                                                                    

Impak kepada himpunan seterusnya

Himpunan Ahad lepas sesungguhnya memberi kesan dan impak kepada himpunan yang bakal diadakan pada masa akan datang. Orang Selangor dan negeri berdekatan mungkin tidak terasa kehambaran program hari itu kerana mereka dekat dengan lokasi. Bagi kami yang  datang jauh mengharapkan suasana yang lebih agresif dan bersemangat. Terasa janggal sorakan Turun turun! Minyak turun! dilaungkan dalam tempat tertutup dan sambil duduk.

Belum pun jam 12 tengahari peserta mula kelihatan berterabur keluar dari stadium. Saya mengajak dua anak buah merayau ke gerai jualan di perkarangan stadium. Rupanya di luar lebih sesak dan gamat dengan jualan cendehati yang tak memikat hati.

 

Menghampiri waktu zohor saya mula mengirim sms kepada rakan

“Balik la wei!, balik wey!”. Rupanya sudah ada yang menunggu berada di kenderaan!

 

 

Tungging punggung pada Pok Loh

Persoalannya adakah wajar PROTES diadakan dalam genre himpunan dan bersifat karnival. Bagi saya tidak salah dan ia boleh diadakan lagi pada masa akan datang. Tetapi ia perlu dirancang dengan mengambil kira mood dan suasana. Saya boleh bersetuju dengan program seumpama rock (rohani?). Namun janganlah sampai ada insiden tonggeng punggon!. Biar pun yang nak ditungging pada Pok Loh dan Barisan Nasional, tapi yang berada di hadapan bukan orang BN!. Macamana anda kalau seseorang menungging kepada anda tetapi katanya niat tungging pada orang lain. Alamatnya makan penyepaklah!

 

Ucapan-ucapan yang hambar sepatutnya dielak waktu pagi. Maaf! Saya bukan pakar strategi dan penganjur punya alasan lewat perancangan mereka. Apa kata kiranya diadakan dahulu perarakan di lokasi berhampiran menuju stadium sebagai pemanas kepada himpunan.

 

Demo di sungai Yu dan Me Kg Pek

Sesi pagi adalah juga waktu kemuncak program sebagaimana malam. Pagi ibarat perasmian, sesi malam adalah penutup. Saya tidak dapat menceritakan suasana program waktu petang kerana kami ketika itu berada dalam Pusat Rekreasi Sungai Yu daerah Bentong. Saya juga tidak dapat cerita suasana ceramah waktu malam kerana waktu itu kami sedang demonstrasi dalam kedai Mee Kg Pek cawangan Machang.

 

Turun Turun! Turun Sungai Yu 

Advertisement