Line atau linang dalam loghat Kelate memberi erti tenang. Itulah yang boleh disifatkan apabila merujuk kepada Sidang Dewan Undangan Negeri pada 7 dan 8 Julai lalu.
Puncanya kerana 6 jahanam tidak turut serta dalam Sidang DUN Kelantan kali ini. Mereka hanya hadir untuk jangka masa tidak lebih daripada 15 minit pada pagi 7 Julai. Selepas itu 6 jahanam terus keluar dewan kononnya sebagai tanda protes kerana banyak soalan-soalan mereka ditolak oleh speaker.
Ironinya speaker bukan sekadar menolak soalan daripada pembangkang, tetapi soalan-soalan daripada penyokong kerajaan juga turut ditolak. Hujah yang diberi speaker soalan terlalu umum dan pernah dikemukakan pada sidang sebelumnya.
Tindakan keluar dewan pihak 6 jahanam pembangkang seakan telah dirancang terlebih dahulu. Mudah kata itulah cara terbaik untuk tidak hadir pada sidang kali ini. Mereka adalah wakil rakyat yang dibayar gaji oleh rakyat, membawa suara rakyat, tetapi masih bersikap seperti budak-budak yang tidak tahu peraturan dewan dan kuasa speaker.
Walau pun begitu soalan-soalan yang dikemukakan oleh wakil-wakil PAS tidak kurang hebat dan menyengat sehingga pihak kerajaan melalui MKK agak lelah juga menjawab. Beberapa soalan yang memerlukan kepada angka, statistik, analisis dan data terpaksa dijawab dengan meminta notis.
Namun pada sisi yang lain menyerlahkan ketelusan dan keterbukaan kerajaan yang diterajui oleh PAS. Pada hari dua wakil BN (15 minit juga berada dalam dewan) agak tercengang dan terkasima dengan perbahasan sesama wakil rakyat PAS. Mungkin mereka terasa pelik juga. Tetapi untuk mereka tertarik kepada PAS, jauh panggang dari api. Hati mereka seolah sudah termeterai dengan logam cap Umno.
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.