“Ana tok leh tinggal ngajar,” Itu respon pegawai halaqat sebaik membaca sms yang lebih kurang berbunyi :

 

<<Semua tenaga halaqat DUN Bunut Payong diminta jadi naqib (fasilitator) untuk bengkel Al Fatihah malam ini>>

 

Semalam (11 Julai) Unit Dakwah Halaqat Kawasan Kota Bharu mengadakan program sempena bulan sembahyang melibatkan ketiga-tiga DUN. Bunut Payong, Kota Lama dan Tanjung Mas. Program yang dinamakan Keluarga Bahagia (kerana melibatkan keluarga) diadakan tiga minggu berturut-turut di tiga masjid berbeza. Bermakna untuk kawasan Kota Bharu melibatkan 9 buah masjid. Tahniah atas inisiatif dan usaha tersebut.

 

Bunut Payong mengatur program sebagaimana berikut :

 

830- 1200                  Sesi Kanak-kanak

                                    Slot 1 : Ceramah Solat Berkuiz

                                    Slot 2 : Motivasi Amali Solat

 

330-600                     Sesi Kaum Ibu

                                    Slot 1 : Fiqh Solat Muslimat

                                    Slot 2 : Sesi Soal Jawab

 

730                             Sesi Umum

                                    Slot 1 : Kuliah Maghrib

                                    Slot 2 : Bengkel Al Fatihah

 

Sesi pertama mencatat bilangan peserta hampir 100 orang. Syabas Tok Ngulu Mat Dehe. Sesi Kaum Ibu saya tiada maklumat. Manakala Sesi Umum sebelah malam, hanya Slot 1 yang berlangsung.

 

Slot 2??? Saya yang batalkan!!

 

Alasannya :

1)     Tidak mendapat respon dan kerjasama sepenuhnya tenaga naqib

2)     Modul tidak dicopy untuk edaran

 

Alasan ke 2 mungkin salah saya juga. Apalah kiranya saya fotostat tanpa perlu meninggalkannya di pejabat DUN. Pergi saja mana-mana kedai fotostat. Kalau pun saya tak boleh bayar kosnya, susah apa. Ambil bil dan serahkan saja pada Halaqat Kawasan atau pejabat DUN

 

Namun usaha saya sejak seminggu untuk mendapatkan modul 3 muka surat itu tidak berbaloi apabila saya sendiri membatalkannya.

 

Hakikatnya itulah UDH. Benarlah maklumat yang saya dapat bahawa exco agama Selangor seperti menolak apabila dikemukakan kertas Unit Dakwah Halaqat Kelantan dikemukakan pada beliau.

 

“Kaji dan perbaiki unit anda dahulu sebelum cadangkan kepada kami.” Itu bukan kata-kata Dato’ Dr. Hassan Ali. Saya yang reka. Huhu… Tapi saya setuju jika itu yang mendorong beliau tidak berminat kepada kertas yang ditunjjukkan kepada beliau.

 

Sudah tiba masanya (walaupun terlewat 18 tahun) objektif, peranan dan gerak kerja UDH dikaji semula. Sepatutnya dengan usia yang pasca matang, UDH sudah menjadi sebuah unit yang establish dengan mengemukakan program-program yang lebih efektif, segar dan mencabar. UHD perlu berubah status dan berimej pusat kajian, khidmat runding dan menjadi consultant yang menawarkan kursus, seminar, latihan dan sebagainya. Sampai ke tahap UHD mampu mengeluarkan produk dan bahan yang boleh menjadi sumber rujukan sumber massa.

 

Sayangnya UHD masih terikat dengan skop dan imej streotaip, sekadar membekal khidmat tenaga kuliah maghrib. Kita tidak menafikan bahawa itu adalah antara tugas utama UDH, tetapi kalau berterusan tidak dapat tinggal kuliah maghrib untuk tujuan program dahwah yang lebih besar matlamat dan sasarannya, saya rasa Unit Dakwah Halaqat wajar ditukar kepada Unit Kuliah Maghrib sahaja!

 

         

 

 

Advertisement