Shabery seperti bersikap gentleman apabila mempertaruhkan jawatannya sekiranya kalah dalam perdebatan Hari Ini Bentuk Kerajaan Esok Turun Harga Minyak. Ingat ini perlawanan bolasepak ke yang boleh skor dengan jumlah rembatan gol?
Penyokong Anwar tentu sahaja puas hati dengan hujjah, fakta dan penampilan Anwar. Begitu juga penyokong Shabery, terutama media arus perdana mendakwa Shabery melakukan tugas yang baik mendedahkan sejarah dan siapa sebenar Anwar. Maka atas sebab apa dia perlu melepaskan jawatan Menteri Penerangan yang sekarang disandangnya.
Kalaulah ada alat yang boleh mengukur tahap emosional melalui suara, memek muka dan intonasi, siapakah yang graf getarannya tinggi.
Saya menunggu Buliten Pagi TV3 pagi tadi untuk mendengar bagaimanakah stesen televisyen itu akan menonjolkan kehebatan Shabery Chik berdepan dengan Anwar Ibrahim.
Semenangnya dugaan saya tepat. TV3 menyiarkan laporan Shabery Chik menyerang peribadi Anwar Ibrahim. Tahniah TV3. Stesyen anda telah menyiarakan kehebatan Menteri Penerangan anda yang mengungkit sejarah Anwar dalam debat isu kenaikan harga minyak.
Anwar pula malam itu bertindak bijak tidak mahu melayan serangan peribadi Shabery ke atasnya. Sebaliknya masa yang cukup terhad itu digunakan sepenuhnya untuk meluahkan keluhan rakyat yang amat terbeban dengan kenaikan minyak. Ternyata siapa lebih hebat.
Dua orang pengulas keratan akhbar Selamat Pagi Malaysia channel RTM juga seakan mewarwar kehebatan menteri itu. Anwar boleh masuk tv membuktikan keterbukaan era Pak Lah.
Akhbar-akhbar arus perdana memuatkan penuh hujjah (atau fakta sejarah?) Shabery, menggambarkan
Saya jadi keliru pula TV3 menyiarkan komen Shahrir Ahmad selepas itu dengan mempersoalkan kenapa Anwar tidak memperkatakan tentang tuntutan penurunan harga disel berbanding harga petrol. Siapa dia? Rasa-rasanya menteri. Kenyataannya lagak seorang ketua cawangan Umno!
Tapi kalau nak skor soalan paling bodoh, saya rasa soalan wakil Shaberry yang bertaraf Tan Sri Dr paling bodoh yang hanya dengan beberapa patah perkataan sahaja dijawab oleh Anwar. Manakala skor jawapan paling bodoh ialah jawapan Shabery kepada soalan wakil Anwar, Zulkifli Sulong yang tidak dijawab oleh menteri berkenaan. Zulkifli berhasrat untuk mengulangi soalannya tetapi dihalang perantara yang terperangkap dalam konsep debat (pakar perantara perangkap Debat Perdana RTM)
Akhirnya saya ingin menukli kata-kata Shabery pada sidang akhbar selepas debat yang saya petik dalam Utusan Malaysia hari ini
“Saya telah cuba membuka mata penonton mengenai rasional kerajaan menaikkan harga minyak. Apa yang kerajaan buat adalah atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat dan negara”
Bravo Menteri Penerangan Malaysia!