“Ustaz…apa hukumnya buat makan 100 hari?”

Makan 100 hari merujuk kepada jamuan diadakan sempena genap 100 hari kematian seseorang. Upacara didahulukan dengan tahlil dan kadang-kadang ada solat hajat. Kemudian diakhiri dengan membaham nasi 100 hari (Hah! Teringat Pesta Nasi 100 pulak) Boleh cadang pesta makan 100 hari ni!

 

“Kenapa 100 hari” kalau 100 tahun boleh jadi boleh buat sambutan.

Kononnya hari ke seratus mayat akan jadi hancur terus.

“MasyaAllah! Siapa yang hidup cerita dia hancur pada hari ke 100”

Inikah yang dinamakan bidaah yang dholalah!

Kalau bab jamu makan tu memang boleh pahala dan yang datang pun nak bagi pahala kat tuan rumah.  Yang bab 100 hari tu..Errr…

 

Apa kejadahnya kaitan makan 100 hari dengan tulisan saya kali ini?

Ya! 27 Julai ini lebih kurang genap saya menghuni pejabat Pegawai Khas kepada YB Dato Exco Kerajaan Tempatan,Pelancongan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Kelantan. Saya buat catatan awal untuk sahabat dan anak buah kerana jadual saya agak padat akhir bulan ini. Sebentar lagi saya akan ke kediaman MB Perak, esok ke Penang dan lusa di Kedah. Tujuannya kalau ada peluang saya cerita lain. 30 Julai,ini beberapa hari di Pulau Pangkor pula.

 

Berubah karier

Memang karier saya berubah 100%. Daripada seorang ahli akademik (cewah) dan pendidik (dalam konteks sekolah) kepada seorang yang kata ore kelate caro lakon kepada pengiat seni dan budaya. Setakat ini saya tak lah kena berdikir lagi. Kalau setakat mengulit anak tu…lama dah buatnya.Tapi sebahagian rakan-rakan saya tahu, beberapa kali saya pernah mengubah lagu. Anak-anak murid saya tahu saya pernah menulis dan mengarah choral speaking. Jangan terkejut lagi, saya pernah menulis skrip dan mengarah drama teater.

 

Urusan kaitan kerajaan tempatan kato ore kelate lagi buleh berkiro. Ini berkait dengan seni budaya yang masyarakat kita sendiri menyempitkan skop definisinya. Sebut sahaja seni budaya maka terbayang keretok, dikir labo, wok yoh pok dogol. Kata saja seni yang disebut seni silat, seni buatan wau atau seni suara burung ketitir. Setiausaha Koperasi Dikir Barat Kelantan yang berurusan dengan saya bercadang untuk bawa saya melihat anak buahnya berdikir. Apa lagi apabila saya bercakap lagak seorang yang tahu ilmu dikir mendikir ni. Saya hanya berlagak tahu saja dan main tembak. Tak sangka terkena pulak. Memang aku cari bala.   

 

Cara kerja

Ahh!! Saya bukan mahu bincang tentang itu. Saya nak sebut suasana kerja saya. Ketika menjawat jawatan Penolong Kanan di Maahad Darul Anuar dahulu kerja saya memang releks walaupun saya tidak terusan releks. Boleh jadi lenguh tubuh kalau tak buat sesuatu. Rupanya di sini saya rasakan lebih rileks. Setakat 100 hari inilah.

 

Bercerita tentang bos baru saya, saya kenal apabila aktif dalam Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu seawal tahun 2000. Bos adalah Timbalan YDP PAS Kawasan KB, Pengarah Majlis Tindakan DUN Bunut Payong yang saya adalah Timbalan Pengarah 3. Seorang yang sporting dan sebenarnya mudah berkira. Saya fikir orang yang tidak kenal beliau yang melihat dari persepktif yang berbeza.

 

Ada orang berpesan macam-macam pada saya apabila bekerja dengan Dato Taki. Ok terima kasih. Saya boleh jadikan pedoman walaupun tidak semestinya saya telan. Laju memang laju. Saya suka cara bekerja begitu. Kalau pagi diarah, tengahari atau petang terus follow up.

 

Saya sudah biasa dengan cara itu. Bonda saya tak belajar tinggi pun ada stail begitu. Paling kurang saya mesti bersedia dengan jawapan yang meyakinkan dia. Kalau tidak tadah telingalah saya. Ketika saya berganding mantap dengan ustaz Nik Omar Nik Abd Aziz di Pulau Melaka kurang lebihlah caranya. Jadi saya tidak ada masalah dengan cara kerja bos baru saya.

 

Cuma saya akan berdepan dengan masalah bila saya perlu guna pihak ketiga. Mengarah? Sori. Lebih baik saya buat sendiri. Puas hati dan menyakinkan. Sebenarnya itu cara kerja bos saya. Ada sekali saya tanda tangan surat-surat yang dia buat!

 

Berubah watak?

Ketiganya Adakah 100 hari ini saya berubah karektor? Apa pandangan sahabat-sahabat. Kalau nak kata tiada perubahan lansung rasanya tak kena. Saya masih menyimpan mesej sahabat saya lewat gurauannya pada saya 12 Jun lalu

 

>> …dulu mungkin la. Lo ni, lain doh. Tengok mu pun supo tengok bos mun jah. Tengok bos mu supo tengok pok jak abas. Tengok pok jak abas supo tengok shaari. Tgk shaari supo tengok mu…>> (diedit semula lebih kurang)

 

Pearkh! Saya jawab lebih kurang :

 

>>.. aku nak forward ko sha’ (SU DUN Bunut Payong). Bos aku nanti dulu… Pok Jak aku tok kenal!>>

 

“Hahah!”

 

Rasanya saya masih seperti Nasruddin dahulu. Ketika zaman persekolahan sesiapa yang tidak mengenali saya membuat persepsi saya seorang yang sombong. Ketwat kata budak-budak KL. Benar. Waktu zaman remaja saya pendiam sampai ma saya kata ada emas dalam mulut mun! Errrrk

 

Ketika saya bertugas sebagai Penolong Kanan Maahad Darul Anuar saya ada 2 watak yang sering saya ulang kepada guru

 

“Kalau keluar perkataan dan kenyataan yang kurang enak pada pendengaran guru-guru, itu bukan Hj. Nasruddin, itu Penolong Kanan”

 

“Kalau lihat muka berkerut macam singa, itu bukan wajah Nasruddin, itu adalah muka Penolong Kanan.”

 

Alhamdulillah guru-guru boleh terima watak saya yang berbeza itu. Buktinya mereka akur sekiranya watak kedua saya muncul. Itu saya rasalah.

 

“Enta kena direct dengan YDP atau SU MPKB ya sheikh!. Sampai tahap kena pantau tugas mereka yang diarah oleh bos enta.”

 

Hah! Saya boleh bersetuju dengan pandangan enta ya Syarafi, dan saya akur itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab saya, Tetapi masa sama itu bukan watak saya. Saya ada cara saya. Saya bukan jenis suka mengarah dan suruh orang itu ini. Kecuali keadaan yang teramat mendesak. Waktu itu saya boleh jadi tak kenal, tak kira siapa.

 

Saya ingat lagi saya pernah menangis sebab ma saya suruh saya pergi mintak hutang sewa rumahnya yang berbulan-bulan tidak dijelaskan oleh penyewanya.

 

Percaya tak sampai hari ini saya masih menangis kalau mak saya minta saya buat sesuatu yang menjadi pantang larang saya. Saya menangis kerana saya mungkin akan mengadaikan prinsip saya dan menangis juga kalau tidak dapat melaksanakan hasrat ma saya!. Hahah..ustaz Nasruddin menangis?. Kenapa tidak boleh menangis kerana bonda tercinta? Moga-moga dengan air mata saya itu Allah Taala ampunkan kenakalan saya terhadap bonda saya.

 

Saya tidak terlalu memikirkan masa depan kerjaya saya. Apalagi untuk memikirkan cita-cita politik. Barang dijauhkan Allah!. Kerana itu saya hanya mengambil waktu beberapa hari untuk menerima tawaran bos. Selain mengadu pada yang Esa, rakan-rakan banyak mendorong. Terima kasih kepada respon sahabat-sahabat sewaktu saya minta pandangan. Ustaz Baha KP, Ustaz Nordin (sahabat dan guru saya), Us Wan Azimin (PK Dato Anuar Tan), Us Ja (Ketua Penerangan KB), Dr. Li (PK Dato Husam), Abe Yi (SU DUN), Us Nik Mahadi, Us Ropien dan lain-lain.

 

“Ma khoba manistakhor wala nadima manistasyar” (tidak rugi orang yang beristikharah dan tidak menyesal orang yang minta nasihat).

 

Masih banyak yang perlu saya belajar untuk menyelusuri kehidupan sebagai PK. Teruslah menegur, menegur dan menegur saya. Kata orang 100 hari belum boleh dijadikan ukuran.

Advertisement