Respon posting sahabat http://muhammadhanif.wordpress.com/

Tahniah atas inisiatif UPWBS Akademi Bolasepak Darul Naim (ABDEN). Namun saya melihat mengapa akademik ini seperti tidak disedari kewujudannya sedangkan ia telah ditubuhkan semenjak 2006 lagi. Seolah-olah hanya peminat sukan bolasepak dan pihak yang terlibat sahaja yang tahu tentang akademi ini. Sedangkan Akademi Bolasepak Darul Naim secara langsung membuktikan yang diterajui oleh ulama sesekali tidak memingirkan aspek memajukan sukan bola sepak.

Sewajarnya akedemi ini bakal menjadi suatu institusi yang bukan sahaja melahirkan tenaga mahir, sasaran melahirkan pemain profesional dalam sukan bola sepak, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan modal insan.

Sehubungan dengan itu saya suka mencadangkan beberapa perkara kepada akademi

1. Mereka cipta suatu nama akdemik ini yang mudah disebut dan diingati. Nama mestilah menarik sesuai dengan imejnya sebuah akdemik melibatkan kalangan remaja.
2. Memperhebatkan promosi akademi melalui pelbagai medium publisiti.
3. Mengadakan program-program yang boleh menonjolkan imej akedemik ini, seperti jelajah, karnival bolasepak, klinik bergerak, outdoor games dan sebagainya.
4. Melatih peserta kemahiran-kemahiran lain yang sesuai dengan mereka
5. Menonjokan pelatih-pelatih akademi dalam program kerajaan dan seumpamanya
6. Mengadakan perlawanan-pelawanan persahabatan dengan kelab-kelab bolasepak remaja lain dan diadakan aktiviti-akiviti lain yang boleh menarik kalangan remaja

Kelantan terlalu kurang individu dan selebriti (positif) yang boleh menjadi ikon kepada kalangan remaja khususnya. Maksudnya individu yang boleh menarik remaja kepada aktiviti yang mendidik dan mempertingkat jatidiri mereka

Kita tidak menafikan peranan yang yang dimainkan oleh UPWKS selama ini, tetapi untuk menarik kalangan belia dan remaja pada hari ini perlu kepada pendekatan yang kontemporari, mainstrem dan bersesuaian dengan kehendak dan citarasa mereka

Saya melihat sebenarnya akademi ini boleh dijana untuk tujuan itu. Bukan sekadar melahirkan tenaga mahir dalam arena bolasepak, tetapi boleh melahirkan ikon positif yang kita bentuk melalui acuan kita sendri yang kelak mampu menarik orang lain pula mendekati program-program kerajaan.

Advertisement