Kalau tidak khilaf ingatan saya, Imam Abu Hanifa atau Imam Nawawi pernah didatangi oleh seorang yang mengadu tentang kehilangan himarnya (keldai).
Hilang keldai jumpa ulama? Logiknya jumpalah polis. Ulama seperti biasa tidak menghampakan setiap permintaan.
“Minum minyak ini” kata tuan guru
Hah! Minum minyak? Tapi kerana ulama yang sarankan maka ikut saja lah.
Kesannya? Orang itu sakit perut dan bergegas mencari tandas. Ketika mencari-cari tandas untuk melepaskan hajat itulah dia berjumpa keldainya!
Pergulungan 2 maha guru PAS
Saya cukup teruja dengan pergulungan yang dibentangkan oleh 2 orang maha guru PAS dalam menyimpul jalinkan perbahasan-perbahasan ucapan dasar.
Tok Guru Presiden menyebut sepintas lalu bagaimana isu muzakarah atau muqabalah dengan Umno yang mengegarkan kesekalian ahli jemaah.
Jarang boleh dengar ucapan Tok Guru Presiden yang dimulakan dengan ayat berunsur humor dan megeletek hati muktamirin.
“Mereka hendak peluk PAS, sedangkan kita kata tidak ada love to you,”
Penegasan dibuat bahawa kerjasama dengan Umno adalah suatu yang tidak akan berlaku. Muzakarah atau muqabalah boleh, kongsi kuasa tidak!
“Saya sebagai nelayan, saya tahu cara hendak tolong orang yang lemas.”
“Kita beri jaminan semua perkara mesti dirujuk kepada parti manakala Majlis Syura Ulamak memberi panduan,” katanya
Demikian juga pergulungan Tuan Guru Timbalan Mursyidul Am yang hampir menitiskan air mata jihad saya. Cee..
“Majlis Syura Ulamak berkuasa untuk membuat sebarang keputusan selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.”
“Sedangkan kalau robohlah benteng Majlis Syura Ulamak tergugatlah PAS dan kalau teguh Majlis Syura maka mantaplah perjuangan PAS.”
“Dan perlu dijelaskan lagi bahawa al Quran menjadi panduan dan dasar kepada PAS sejak dahulu, sekarang dan selama-lamanya,” ujar beliau.
Alhamdulillah harapan saya dan saya yakin itu harapan semua orang melalui posting saya lalu Apa yang Hangat di Muktamar Agung menjadi kenyataan. Tiada ucapan-ucapan yang terlalu keras menghentam pimpinan. Apa yang kita baca dalam akhbar adalah suatu permainan biasa media milik Barisan Nasional.
Sememangnya kita akur bahawa semua pendokong jemaaah sayangkan PAS dan perjuangannya namun di mana wala’ kita sebagaimana yang disinggung oleh seorang perwakilan bahawa kadang-kadang Umno lebih kelihatan wala’ kepada pimpinan mereka
Ulama tidak membuat keputuasan berlandas kepada akal semata-mata. Apalagi mengikut hawa nafsu. Allah anugerahkan ilham, panduan dan jalan kepada meraka untuk merungkai masalah.
Istikharah mereka….
Percayalah bahawa apa yang melanda kita pada hari ini adalah putaran skrip Allah yang pernah berlaku dalam sejarah Islam telah diselesaikan oleh ulama terdahulu.
Muktamar banyak memberi iktibar, panduan, kepada semua pihak. Pengajaran dan check and balance kepada pimpinan sendiri mahu pun ahli yang kadang-kadang bersikap emosional buta tuli.
Kita sebuah parti yang pernah menempuh ujian, ranjau dan pengalaman pahit manis yang akhirnya berjaya diurus.
“Sedangkan kalau robohlah benteng Majlis Syura Ulamak tergugatlah PAS dan kalau teguh Majlis Syura maka mantaplah perjuangan PAS” Itu inzar Dato Dr Harun.
Amanat Tok Guru
Tok Guru Al Mursyidul Am pula membuat suatu amanat kesimpulan ringkas yang mengesankan yang kemudiannya terus meninggalkan muktamar :
· Parti kita yang digubal oleh tok tok guru terdahulu adalah berdasarkan Al Quran
· Muzakarah kita dengan Umno untuk satu tujuan sahaja. Muzakarah kenapa Umno tidak mahu terima islam. Muzakarah adalah berkisar kepada diniayyah (agama) dan bukan muzakarah siyasi (politik)
· Apakah tidak ada Umno bererti tidak adanya melayu.
· Bangsa lain boleh terima kita. Ini yang kena perlu dikaji dan tarik mereka utuk lebih memahami perjuangan kita.
· Tumpu dan jaga perjuangan Islam. Kalau parti berlawan hujung jatuhnya samada menang atau kalah. Tapi Islam hujung jatuhnya adalah syurga atau neraka.
MUKTAMAR KALI KE 54 SESUNGGUHNYA TELAH
MERUNGKAI MASALAH
Di Petik dari:
August 16, 2008 by admin http://www.kpmu.net/
Ramai diantara perwakilan Pas yang tertanya-tanya kemana menghilangnya para pemimpin Pas geng Ardogan (pro Anwar Ibrahim). Kerusi mereka kosong di Muktamar Pas Ipoh dari pagi lagi. Mereka yang tidak kelihatan di dewan ialah Datuk Husam Musam, Dr Hatta Ramli, Dr Lo Lo dan Dr Zulkifli Ahmad. Mereka tidak hadir ketika ucapan dasar Presiden Pas.
Menurut sumber yang boleh dipercayai mereka ini bertindak keluar kerana menolak ucapan dasar presiden yang pro kepada Muzakarah dengan UMNO.
Timbalan Musyridul am Pas, Datuk Harun Din secara terbuka telah menegur golongan Ardogan dalam Muktamar Pas yang telah menentang muzakarah dengan UMNO ketika mengulung perbahasan ucapan dasar Presiden petang tadi. Jelas beliau, jika mereka tidak mahu memakai keputusan syura, cakap siapa lagi yang mereka mahu pakai.
Sementara itu dalam perbahasan perwakilan 8 negeri menyokong muzakarah, 1 menentang dan lain-lain negeri tidak mengambil sebarang pendirian. Ada yang berkata Anwar Ibrahim sebenarnya telah menanam jentera-jenteranya dalam Pas yang diketuai oleh Kamaruddin Jaafar, orang kuat Pas yang sengaja ditanam didalam Pas.
Kamaruddin tidak menyertai Keadilan kerana mahu menajadi jentera Keadilan dalam Pas. Perselisahan dingin antara dua kumpulan ini kian ketara sekarang dan telah terang-terang nampak akan keretakan yang masih disembunyikan oleh pemimpin Pas.
Datuk Husam Musam, Dr Hatta Ramli, Dr Lo Lo Dr Zulkifli Ahmad dan Kamaruddin Jaafar kini secara terang-terang menunjukkan sokongan mereka terhadap Anwar dan Hj Hadi pula telah banyak menampakkan sikap menempelak Anwar.
Ambo setuju dengan pendapat demo
Hebat Muktamar Pas ni. Tak de dalam UMNO macam ni. Ahli PAS tegur pemimpin, pemimpin PAS mendengar dengan teliti sekali. Yang jelas Bos tak marah, ahli merasa puas hati. Salah dan silap biasalah, tu kan manusia. Yang penting, semua ahli ikut pandangan Ulamak(Majlis Syura Ulamk. Manisnya ISLAM.
che’pirate sila belajar jadi pengulas atau pengkritik yang baik kalau anda orang PAS. Kalau anda barua UMNO, memang musuh PAS apabila buat kenyataan kurang ajar macam tu. Itu fitnah nak merosakkan PAS. Kamu adalah barua UMNO yang nak merosakkan PAS. Sila cari alasan lain yang kelentong, persembahan kamu tak menarik. Orang PAS yang ada tarbiah akan faham akan segala ucapan dan kenyataan perwakilan dan pimpinan PAS. Mukatamar telah berjaya merungkai segala kemusykilan ahli selama ini.
Tahniah kepada Suki, saya sependapat dengan anda.
jangan menuduh orang kita sendiri jika tiada bukti… apa salahnya pro anwar selagi apa yang anwar lakukan tidak bertentangan dengan hukum islam… dalam dakwah, kita kena bijak… kadang- kadang perlu tonjolkan ketegasan dan kadangkala perlu tonjolkan kelembutan… apapun, islam mesti diutamakan… anda menuduh …. pro anwar hanya kerana menentang keputusan tuan guru.. apakah anda mahu kita menjadi seperti UMNO, menerima secara buta tuli… dalam perjuangan, elok kiranya ada pertentangan pendapat… cuma perlu bijak cari titik tengah dan selesaikan masalah dalam kelambu
Ana setuju dgn pendapat Suki.
Kepada Nazmi, ana harap perkataan anta, ” apakah anda mahu kita menjadi seperti Umno, menerima secara buta tuli..” bukan merujuk kepada orang yang menerima majlis syura ulama’ tanpa pertikaian dan perbezaan pendapat.
Kepada Che pIRATES pula, tulisan anda banyak su’uzzhan. Dalam gerakan, hendaklah berbaik sangka sesama mukmin/ anggota pejuang. Berlemah lembut terhadap sesama yg beriman. Tindakan beberapa pimpinan tidak ada dlm dewan itu tidak semestinya menandakan mereka protes. Itu hanya telahan politik. Itu kerja orang umno dan media yang sengaja nak memburukkan PAS. Maksud ayat al qur’an , “Wahai orang2 beriman, jauhilah diri kamu dari kebanyakan sangkaan. Sesungguhnya sebahagian sangkaan itu merupakan DOSA!”
Ustaz Nasaruddin.
Ambo tertanya-tanya, tak pernah terjadi dalam Mukhtamar PAS sebelum ini Mursyidul Am mengulas usul yang dibentangkan oleh perwakilan. Kenapa pada Mukhtamar pada kali ni, Tuk Guru Mursyidul Am mengulas usul pulak.
Semasa perwakilan Tuk Guru Mursyidul Am berarak bersama Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Sebab tu Dato’ Haron Din yang berjawatan Timbalan Mursyidul Am mengulas ucapan dasar dalam konteks peranan Majlis Syura.
Ambo semakin keliru. Tapi tak jadi haru biru.
Saya sendiri menyedari bahawa perjalanan agenda muktamar kali ada beberapa kelainan. Saya terfikir adakah ia sememangnya suatu kesilapan atau saya yang khilaf.
Namun persepsi saya seterusnya menyimpulkan apa ada pada agenda. Agenda hanya sekadar memenuhi syarat perjalanan muktamar.
Adakah ucapan-ucapan wakil daripada luar negara sebahagian agenda tetap?
Kita semua maklum bahawa gaya kepimpinan Tok Guru tidak terlalu memandang kepada prosedur dan protokol. Bukankan Islam itu agama yang memudahkan. Bagi saya itu tidak penting. Prioritinya bagaimana pimpinan tertinggi mengambil ruang dan peluang untuk merungkai kemelut dan masalah. Ternyata ia digunakan sepenuhnya.
Sepanjang perbahasan muktamar sedang hangat berlangsung, sahabat saya Saifudin beberapa kali menyebut ” kalaulah Tok Guru (Al Mursyidul Am) ada….”
Ternyata walaupun tanpa kehadiran sepenuhnya Tok Guru ulasan ringkas dan padatnya pada hari terakhir cukup mengesankan. Seakan beliau wujud sepanjang Muktamar Agung ke 54!
Apabila aturcara telah ditetapkan sebagaimana notis mesyuarat agung, sudah tentu berkecamuk dibuat.
2 Maha Guru dah simpul kemas, Tok Guru pulok pegi buka. Nasib baik tak jadi kucar lembang.