##…..Alhamdulillah…wa syukrulilllah….segala puji bagi Allah…##
Nada dering telefon aku berbunyi. Di skrin telefon Nokia N70 hadiah zaujahku tertera nama Abe.
“Assalamualaikum, guano Anwar?”
“Insyaalah, menang besar!” responku ketika kami yang pulang lewat dalam perjalanan ke pusat pengiraan undi.
“Hahaha….” Abe Lim tergelak.
“Mun tahu dah ma masuk wad?”
“Hah! Bakpo???”
“Doktor suspek denggi!” kata Abe.
“Ore esok baru balik.”
Kg Puteh Telipot sekarang termasuk dalam kawasan yang agak kritikal serangan denggi. Alasan yang disebut oleh orang kampung tak ada longkang. Alasan tak jaga kebersihan tak sebut pun.
“Kami duduk dalam bandar, bayar cukai bayar, tapi sampai sekarang tak ada kemudahan longkang dan saliran yang baik.” Itu kata mereka.
Isu itu juga yang ma pernah sebut pada aku.
“Mun kenal ore-ore besar tok ke tok leh sebut masalah tak dok longkang ni”
Masuk bab inilah aku paling lemah. Diluah mati emak ditelan mati bapak.
Arghhrh! Aku bukan nak cerita pasal longkang dan saliran.
Firefly yang aku naik mendarat tepat 1240 di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Bangga rasanya melihat daripada tingkap kapal terbang bulan besar di hadapan PUTIK nan tersergam indah.
“Cuma warnanya yang semakin menguning” kata Hj. Kamal.
Isteri sedang molek sampai menjemput dengan Viva hijaunya. Tahu drive jer!!
“Abe, kito naik tingkat atas beli KFC.”
“Kita singgah HUSM, bawa ko ma retek,” kata zojah
Aku ikut saja. Alhamudillah isteri aku tetap ingat pada mentuanya.
Sampai di tingkat 7 Utara Hospital Universiti Sains Malaysia, Suraya adik bongsu kesayangan bonda sedang menunggu.
“Abe Yon, male ni tunggu ma deh?”
Pearkh!.. Baru sampai, tinggalkan rumah 2 minggu, sweet home yang tengah renevite pun belum tengok, anak-anak kesayangan belum dikucup sayang, sudah kena sambung duduk dalam wad pulak?
“Beresss. Tapi kena kelik dululah.”
“Takpo, lepas ni Abe Mat mari dulu.”
Walau pun demam denggi ma boleh berjalan. Cuma nasihat doktor masa berulang alik ke tandas kena ada orang iring.
Cuma melihat kepada kedudukan wad biasa, terfikir pula kena kami tak usahakan ma duduk di wad yang lebih selesa.
Apa lagi waktu yang sama si Lokmanul Hakim anak abang Lim juga sedang menerima rawatan di hospital Pakar Perdana.
Dalam hatiku berkata “ Kalau aku, rasa tak tergamak pulak rasa”
Ibu duduk dalam wad biasa, sedang anak duduk di wad yang lebih ada klas.
Aku tak lah salahkan abe sebab dia ada kemudahan itu sebagai kakitangan kerajaan.
Lalu aku menaip sms kepada semua adik beradikku
<< Ore nak cadangkan kita wujudkan tabung keluarga. Antara tujuannya ialah untuk memberi keselesaan pada ayah dan ma bila masuk wad…ketika inilah kita nak balas jasa ma ayah…>>>
Semua respons SETUJU!!!!
<< ..lama dah nak cadangnya, kawan aku ada buat untuk keluarga dia..>> mesej Mc Yie di bandar hitec Kulim
<< ..kalu ma masuk wad Hospital Raja Perempuan Zainab II boleh guna GL aku untuk wad first class. Kat HUSM tak ada..>> sms Kak Zah, pegawai farmasi HRPZ II yang selalu ma sebut-sebut “Kak Zah mun laa….”
Hari ini (30 Ogos) ma sudah dapat keluar walaupun keadaannya masih kelihatan lemah dan laih. Jelas dari raut mukanya aku melihat bahawa dia mengharapkan kami terusan bersamanya.
Aku sempat singgah selepas di stadium memantau Qaryah Ramadhan dan menghantar bos yang konvoi lagi dengan persatuan kereta Volksvegan. Sambil tengok Soleha. Heeh…
“Baru ni ma bersungut anak-anak makin jauh,” kata Kak Yah yang bergegas pulang dengan AirAsia dari Bandar Baru Salak Tinggi.
Aku tak beri respon, cuma aku rasa biar pun rumahku sekarang agak jauh dari bandar Kota Bharu, aku cuba sedayanya untuk menjenguk ma dan ayah yang duduk dengan Suraya.
Sememangnya dalam hati aku masih menyimpan hasrat untuk kembali berada dekat dengan ma, walau pun sunnah mengajar menantu dan mentua tidak digalak duduk sekali. Yalah dekat bukan bermakna sebumbung.
Aku mahu menebus segala dosa lewat zaman kecilku. Aku anak bongsu jantan, tentu saja banyak karenah dan ragam. Anak manja katakan.
Aku pernah menitiskan air mata di sisi isteriku sewaktu kami ingin memejamkan mata di ranjangan.
“Abe banyak dosa dengan ma, sebab tu ore rasa tak kena duduk jauh sangat”
Aku pernah meluahkan rasa pada ma apabila percakapan ma seolah mengdi eluh di mana anak-anak kelak bila ma sudah tidak terdaya.
“Demi Allah!!” Bukan sumpah Saiful ni
“Tidak setakat ore nok dukung ma esok.., nyawa ore, ore boleh seroh lagi ko ma…………”
“…………………………”
Aku berharap pada Allah kalam aku itu bukan sekadar menanam tebu di bibir mulut, bahkan akan kuminta Allah mengejapkan dalam hatiku, kerana aku yakin itu antara jalan pintasku ke syurgaNya kelak.
Ibu….Ibu… Engkaulah Ratu Hatiku!
Salam ya ustaz,
“…walau pun sunnah mengajar menantu dan mentua tidak digalak duduk sekali. Yalah dekat bukan bermakna sebumbung.”
Berdasarkn petikan di atas, bleh ke ana tau hadis mana yang ustaz rujuk.Ini kerana sebagai rujukan ana di masa depan.
Wassalam.