Jika benar orang yang memperkenalkan istilah Kumpulan Erdogan daripada kalangan ahli parti tolonglah hentikan usaha itu.
Kumpulan Erdogan mula timbul apabila timbulnya usaha-usaha dan hasrat menerima pelawaan Umno untuk bermuqabalah dan muzakarah.
Dikatakan wujud beberapa individu yang kemudiannya membentuk kumpulan, yang kontra dengan keputusan positif Majlis Syura untuk mengadakan siri perbincangan dengan musuh tradisi Umno. Kumpulan inilah yang dilabel sebagai Kumpulan Erdogan. Entah idea hantu mana yang mengilhamkan nama pemimpin Turki tersebut. Tak payah bincang.
Lantas wujudlah pelbagai versi cerita, andaian dan spekulasi yang tentu memberi kesan dan impak kepada parti.
Kesan kepada parti inilah perlu diberi perhatian serius. Kalau ianya positif dan menguntungkan jemaah kita tidak pertikai dan teruskanlah. Tetapi kesan yng tidak baik yang kita bimbangkan. Setakat ini saya tidak melihat banyak kesan positif. Yalah mungkin positifnya untuk mengerak dan menyedarkan beberapa pihak.
Tetapi sehingga mengunakan bahasa yang tidak mencerminkan akhlak jamaah ia bukan lagi positif. Adakah berakhlak melabelkan orang sebagai penipu, bodoh dan munafiq
Kita sering mendakwa bahawa Tok Guru adalah idola dan beliau adalah pemimpin contoh yang wajar diteladani
Keluarganya selalu menceritakan bagaimana sikap Tok Guru sekiranya ada orang menceritakan di hadapannya tentang si anu…si anu… Sepontan beliau akan memalingkan mukanya ke arah lain, tanda protes dan tidak mahu terus mendengar sebagai mempraktik hadis Nabi yang bermaksud sekiranya kamu menceritakan tentang seorang dan ia tidak benar kamu kazab (berdusta) dan sekiranya keburukan itu ada maka itulah annamimah (mencerita keburukan orang) !
Kalau pun kita tidak dapat menyaingi sembahyang malam Tok Guru, cara makan pakainya yang sederhana, cukuplah dengan mencontohi sifatnya yang sentiasa berbaik sangka sesama kita.
Selagi pimpinan tidak mengisytiharkan sesuatu yang jelas bertentangan dan dasar parti, samalah kita dokong dan sokong.
Keputusan yang kita sepakati dalam muktamar lalu bagaimana untuk memperkasakan parti, memperkuatkan Pakatan Rakyat dan memastikan Islam yang dominan lewat kenyataan Datuk Seri Presiden. Ketegasannya tidak perlu dipertikaikan. Kita rela berundur sekiranya Islam tidak diletakkan dan berada pada posisi yang sepatutnya.
Cuma satu pandangan akhir saya. Jangan terperangkap dengan mainan musuh. Saya meletakkan bahawa semua usaha ini adalah rencana dan perancangan Umno. Kerana sesungguhnya tiada satu pun kerja perancangan jahat dan tidak baik melainkan ia datang dari Umno. Meskipun ia dilakukan oleh orang dalam parti sendiri! Walau pun orang PAS tapi tindakan dan kerja macam Umno, Umno lah tu!
salam…
saya juga setuju tak boleh jadi serupa tok guru kiri-kiri pun dah ok. kita semua tahu dan jelas semasa muktamar bahawa segala perundiangan tidak akan merosakkan parti. kita sama sama berdoa muga pakatan rakyat teguh sentiasa. t. kasih
nak apapun kena tahu trap yg dipasang…nak buat tu tak kena masa dan ketikanya….sapapun boleh dakwah depa….tapi ingat masanya tak betul ketika DSAI nak bertanding PRK P.Pauh sebelum ini…apa pun alasan media elektronik/cetak akan mensensasikan ..apa semua kurang prihatin bila smua media menghambur fitnah jahat dan sebagainya???..kami ikuti kesannya…kami dibawah membuat infaq wang,masa,risiko dsb..mahukan kehidupan lebih baik dengan faktor positif DSAI dan of course ulama-ulama yg ada serta semua pemimpin yg lain….harus diingat dikala ini kalau dah termakan jerat ….lagi rakyat hilang kepercayaan..rakyat masih tertekan dan perlukan perubahan drastik…..apapun alasannya rakyat bawah semakin bijak dan tentunya akan lebih ke depan…..
Syukur ada Tuan Guru Nik Aziz…beliau cukup berpandangan jauh…kalau dia menjadi spiritual leader untuk PR sememangnya layak dah….bukan takat PAS..mencakupi semua..kan cantik..berhemah tinggi ..bijak membaca rentak politik,rendah diri,knowledgeable..dan dari dulu sehingga sekarang beliau cukup hati-hati dengan setiap perkara….impak yang dia bawa dan dicantum dengan impak DSAI memang cukup padu…bukan meminggir yg lain ..yg lain tetap ada keistimewaan..kecekalan, ketabahan..kita rakyat marhaen memang akui semua tu…tapi kita mengingatkan bahawa kombinasi yg teguh tak perlu digugat hanya dari termakan jerat….rakyat makin sensitif..kalau tidak mana mungkin bloggers dapat menghidunya……kesusahan rakyat dgn harga bahanapi, inflasi…itu isu nombor wahid…isu murtad,isu agama dsb tetaplah jadi agenda ….. SALAM RAMADAN
Kumpulan Erdogan dalam PAS terbentuk hasil daripada sekumpulan yang tidak mendengar pandangan pimpinan, khususnya Presiden PAS.
Sejak akhir-akhir ini, hati Tok Guru MB kesayanganku tidak menentu. Ada kalanya keras dan ada kalanya lembut. Susah nak baca. Tetapi diharapkan semakin tuan semakin menjadi. ‘Sunnah kepimpinan’ telah melepasi usia kepimpinan Muhammad Rasulullah s.a.w