Mari mentalqinkan umno
Mari mentalqinkan umno

Tiada siapa dapat mengagak apa akan berlaku pada 16 September. Bagi rakyat marhean seolah tiada apa yang akan berlaku. Buktinya aktiviti harian berjalan seperti biasa.

 

Petani tetap ke kebun membanting tulang. Nelayan turun ke laut, pulang petang. Mereka hanya tahu untuk mencari sesuap nasi bagi mengisi perut dan anak dan keluarga.

 

Masalah pembentangan bajet bagai membaca skrip yang sama, mubahalah sumpah menyumpah dan sambutan merdeka yang tiada sambutan, semua itu bukan menjadi agenda dan perhitungan mereka. Sekali lagi, bagi mereka bagaimana mahu memastikan survival anak keluarga dengan kejutan kos kehidupan yang semakin meningkat dan membebankan.  

 

Ahli politik sedang mencongak kedudukan dan posisi mereka pada September 16 .  Politik Islam tidak mengira kedudukan dan jawatan. Sedang politik sekular menanti untuk bergantung pada dahan yang kuat. Di mana ada gula di situlah mereka mengeruminya. Pastinya bunga bersepah yang kehilangan madunya akan akan ditinggalkan dengan penuh kehinaan. Tun Ghafar Baba, Tun Khalil Yaacob sudah merasakan bagaimana menjadi sepah. Cuma Tun Mahatir yang tidak rela dirinya menjadi sepah, lalu tetap menjadi tebuan tua yang masih boleh menyengat. 

 

Pak Lah berkali-kali menempelak pembangkang yang kononnya akan melakukan suatu rampasan kuasa secara tidak halal. Namun kita melihat tidak ramai pemimpin Barisan Nasional yang mengeluarkan kenyataan, apatah lagi untuk menyahut dan menyokong kenyataan Pak Lah.  

 

Penganalis politik juga masih gagal untuk membuat ramalan tepat apa yang berlaku pada tarikh sempena pembentukan Malaysia itu dan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Bagi yang kelihatan terlalu teruja dengan Pakatan Rakyat seperti cukup yakin dengan tarikh itu.  

 

Penganalisis politik kerajaan seperti biasa masih dengan sikap mengapu dan mempertahankan kerajaan lemah laih yang ada. Manakala penganalisis politik bebas hanya membuat andaian-andaian yang belum dapat menyakinkan khalayak.  

 

Para pimpinan Pakatan Rakyat sendiri tidak banyak mengeluarkan kenyataan selain daripada tunggu…tunggu..positif…positif…insyaallah! 

 

Kalau melihat kepada beberapa hari lagi menghampiri tarikh keramat itu, ia sekan mustahil akan berlaku. Tetapi mana tahu sehari dua sebelum tarikh itu sesuatu yang besar dan mengemparkan akan mula tercetus dan meletus. 

 

Saya bukan penganalisis, apatah lagi peramal politik. Saya secara peribadi apabila ditanya oleh rakan-rakan sekadar menjawab 

 

”Dok lagi bakali, tapi mungkin ada sesuatu yang agak besar berlaku”

* Ditulis pada 3 Ramadhan

 

Advertisement