Sebagaimana yang diduga 16 September bukanlah satu tarikh keramat yang semua orang perlu terlalu teruja dengan tanggal pertukaran kerajaan Malaysia yang ada pada hari ini.

 

Tarikh sudah menjadi suatu yang tidak penting. Utamanya adalah kerajaan lemah laih di bawah dagu Dollah dan sekutunya (pun yang sudah tinggal berapa kerat) wajib ditumbangkan.

 

Parti kompenannya sendiri penuh dengan seribu kudis masalah. Asasnya kerana mereka berjuang di atas nama kaum. Ia sepatut menjadi iktibar dan pengajaran kepada sekutu Pakatan Rakyat.

 

Nanah kudis Umno tak usah ceritalah. Padan dengan sebut yang besar-besar sahaja. Korupsi, politik wang, salah guna kuasa, MCA kronik dengan perebutan kuasa dan kedudukan, skandal dan pembolotan kekayaan. MIC masih gagal membela kaum India yang 50 tahun berada pada tahap yang sama. Adegan-adegan baling kerusi dalam mesyuarat mereka seakan menjadi lumrah dan menjejaskan imej orang India pada bangsa lain.

 

Justifikasi rasa muak dan mual rakyat berbilang ras diterjemahkan dengan protes melalui undi dalam piliharaya umam yang lalu.

 

Kerajaan Malaysia hari ini perlu ditukar kepada suatu kerajaan yang bermoral, berintergriti, dan bermaruah.

 

Kalangan Umno sekarang semakin sedar bahawa selagi Dollah menjadi nahkoda parti keris itu kedudukan Umno tidak akan selamat. Menjelang perhimpuan agung mereka pelbagai pandangan kontra dengan puncuk pimpinan sudah timbul. Soal kuota dan bonus pencalonan kepada jawatan tertinggi menjadi perbincangan yang tidak dapat disekat.

 

Bahkan Muhyiddin Yasin yang digembar-gemburkan akan mengetuai lompatan ke PR juga berani mempersoalkan peralihan kuasa hanya beberapa bulan diistiharkan oleh Pak Lah memaksa Dollah melauahkan rasa kecewa kepada orang harapannya. Apa agenda sebenar Naib Presiden Umno itu tiada siapa dapat menduga.

 

Paling penting fokus kita sebagai ahli PAS yang mendokong dasar dan prinsip Islam ialah menjaga agama yang maha suci ini. Tiada kompromi dalam memperjuangkan yang hak. Tinggal lagi strategi dan pendekatan yang perlu dirangka dan dirancang daripada sekarang.

 

Apakah dengan berlaku pertukaran dan penundaan tarikh menjatuhkan moral Pakatan Rakyat

 

Jawapannya tidak

 

  1. Moral Umno lebih jatuh teruk.
  2. Kerana tarikh tersebut, Umno jadi semakin kalut dan gelabah
  3. Usaha ke arah menjatuhkan kerajaan BN itu masih berjalan dan berterusan

 

Kita hanya menunggu masa. Sebagai kita mengimpikan prinsip keadilan tertegak, membersih dasar-dasar yang bersifat menindas dan zalim, mengembalikan ketelusan dalam pentadbiran serta merasai kesusahan dan beban rakyat

 

  1. Janganlah kita mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh membantut usaha itu
  2. Berhati-hati dan tidak terjerat dengan permainan  dan strategi musuh
  3. Mengemukakan idea, strategi dan perancangan masa depan
  4. Menghindarkan daripada memperbesarkan masalah-masalah teknikal yang remeh temeh.
  5. Pentingnya percaya bahwa nusrah dan pertolongan Allah akan datang apabila adanya keikhlasan.
  6. Yang hak itu tetap akan datang dan yang batil pasti akan lenyap

 

Untuk mendapat nusrah pertolongan Allah itulah perlu melalui beberapa syarat

 

  1. Mujahadah (usaha tanpa merasa putus asa, jauh hati atau merajuk)
  2. Ikhlas dengan tidak mengharap apa-apa habuan dunia (harta, pangkat dan kedudukan)
  3. Muraqabah (dekatkan diri dengan Tuhan)
  4. Tawakkal (berserah selepas berusaha)

 

Memang boleh menimbulkan spekulasi, andaian dan kemungkinan apabila PAS berada dalam kerajaan persekutuan yang diterajui oleh Pakatan Rakyat. Tetapi hendaknya usahlah kita mereka cipta spekulasi itu. Apatah lagi spekulasi negative yang boleh menjejaskan usaha untuk menumbangkan kerajaan Dollah Badawi yang bila-bila masa akan rebah.

 

Kita sudah lama berjuang menentang perjuangan Umno. Mengapa kita seperti tidak berani untuk terus berjuang dengan membuat andaian-andaian yang bukan-bukan. Siapa sahaja yang menentang dasar Islam kita mesti lawan. Tidak kira samada daripada dalam PAS sendiri mahaupun PKR. Sementelah Umno dan DAP, sehingga semua pihak boleh memahami dan tunduk kepada ketuanan Islam.

 

Bukankah kehidupan seorang mukmin itu tidak lepas daripada ujian dan perjuangan. Saat paling indah apabila melepasi ujian itu. Sesungguhnya perjuangan kita adalah untuk mendapat redha dan syurga Allah.

 

Esok-esok hang jangan lawan aku noo

Esok-esok hang jangan lawan aku noo

lama tak tidoq ni

lama tak tidoq ni

Piiiraaah! 16 dah dekat tak da pa pun!

Piiiraaah! 16 dah dekat tak da pa pun!

16 ka..20 ka.. 30 ka.. yang pasti tumbang!

16 ka..20 ka.. 30 ka.. yang pasti tumbang!

Advertisement