Sebelum daripada ini Khemah Terawikh sempena Ihya’ Ramadhan hanya diisi dengan program solat terawikh, tazkirah selepas dua salam dan iftor (berbuka puasa) sahaja.
Namun pada tahun ini sempena Tahun Melawat Kelantan 2008, pihak kerajaan negeri Kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) melaksanakan beberapa program di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke 4 yang dikenali dengan nama Qaryah Ramadhan dengan tema Ihya’ Ramadhan di Serambi Mekah.
Antara program yang menghidup dan menceriakan Qaryah Ramadhan ialah Pentas Ramdhan Sepetang di Ambang Iftor.
Acara interaktif ini dikendali oleh Sekteriat Bandar Raya Islam dengan kerjasama Nisa Kelantan. Sasaran program ini adalah kepada kanak-kanak dan remaja yang mengunjungi Qaryah Ramadhan dan bazaar Ramadhan di sekitar kawasan stadium tersebut.
Program yang diadakan hampir setiap hari itu memuatkan acara Bicara Berkuiz, Mahir Jawi, Pulas Serban, Sambung Lirik Nasyid, Sambung Surah Lazim dan sebagaimananya. Hadiah-hadiah disediakan oleh pihak MPKB BRI dan DIGI Telecomination.
Manakala pada 17 dan 18 Ramadhan ini Pentas Ramadhan akan menampilkan juara Akademi Nasyid 08, Azhan Atan yang akan menghibur dengan persembahan nasyid. Sehubungan dengan itu pihak penganjur menjemput orang ramai untuk hadir ke Qaryah Ramadhan pada tarikh tersebut.
Tuan,
Azhan Atan Juara Akademik nasyid TV9, 2008 akan mengadakan persembahan di Qaryah Ramadhan 18 Ramadhan, jam 10.00 malam, selepas Solat Sunat Tarawih. Manakala pada 19 Ramadhan mulai jam 5.30 petang di Pentas Utama, Qaryah Ramadhan program Sembang Menjelang Iftor bersama selebriti.
Sila maklumkan kepada pelawat . Terima kasih.
mana betul tarikh persembahan Azhan Atan di Qaryah Ramadhan ni???
Jangan membuatkan ana compius