“Assalamualikum dr di mana sekarang?”

“Err..saya di Paloh kut…Gua Musang”

“Dr menginap di mana, kami jemput dr malam ini tazkirah”

“Saya sendiri pun tak pasti saya menginap di mana”

“Saya dapat maklumaan dari pegawai dr di Perlis, dr malam ni di Rennaissene”

“Itulah.. saya difahamkan menginap di Grand River View”

“Pihak River View maklumkan dr masuk 16, esok 12 tengahari”

“Ya..saya ada program anjuran Pejabat Mufti Perlis di situ, tak pelah nanti sampai KB…..”

Memang pening jugak kepala bila suatu urusan dibuat dengan cara tak formal dan tidak ikut saluran betul. Ya, satu-satu perkara jangan dipayahkan tetapi kalau tak ikut salurannya payah jugak. Parah lagi kalau kita pula disalahkan. Rujuk pejabat TMB pun tak boleh beri penjelasan yang menyakinkan.

“Saya sekadar nak maklumkan pada pejabat TMB sebab program Tabung Serambi Mekah itu program pejabat TMB, kami hanya ambil untuk tazkirah”

“Ya. Itu tak ada masalah. Masalahnya saya sendiri tak ada maklumat tentang kedatangan Dr. Asri” kata Haji Din.

“Haaah”

Orang yang tunggu buah yang luruh selepas dikait tak apalah. Orang yang cari dan buat galah yang nyanya.

Lalu saya buat keputusan untuk uruskan sampai selesai tazkirah Dr. Asri malam tadi. Lazimnya untuk urusan ambil dan hantar tetamu saya serahkan pada rakan-rakan.

“Enta yang urus Dr. asri tazkirah malam ini?” tanya bos telefon lewat petang.

“Ya..cuma ana tak dapat confirm lagi dr Asri menginap di mana..maklumat tak jelas”

“Kalau tahu begitu kita urus dari awal, tak apalah enta tolong selesai”

Alhamdulillah. Semuanya sattle.

Tazkirah Ramadhan Dr Asri ringkas kalau dibandingkan dengan statusnya dijemput atas nama Sohibus Samahah Mufti Kerajaan Perlis.

Tapi walaupun ringkas membicarakan isu kezaliman membawa mesej yang jelas terhadap isu yang berlaku dalam negara sekarang

“Jelas pandangan dr dalam http://drmaza.com pasal ISA,” kami hampir memasuki perkarangan Qaryah Ramadhan

Antara intipati Tazkirah Ramadhan 15 Ramadhan :

>> Allah tidak lupa orang yang melakukan kezaliman pada orang lain
>> Orang yang melakukan kezaliman kadang-kadang lupa dengan kezalimannya tetapi Allah tidak lupa
>> Ingat bahawa adanya Akhirat sebagai tempat pembalasan
>> Takutilah doa orang-orang dizalimi kerana ia tiada dinding antara Allah
>> Sekiranya kita pernah berbuat zalim, minta maaf dan halalkan sebelum ditimpa balasan Allah

Advertisement