Malam ini lintas langsung dari Qaryah Ramadahan Kota Bharu

 www.kelantan.tv

ABU JAHAL TEWAS DI TANGAN IBNU MAS UD

Abu Jahal terbunuh dalam perang. Lebih menarik nyawanya melayang di tangan sahabat yang kerdil, Saidina Abdullah bin Masud. Hanya menggunakan pedang pendek lagi tumpul, Abdullah menggergaji kepala Abu Jahal. Tidak tahan kesakitan, Abu Jahal minta diganti dengan pedangnya sendiri. Saidina Ibnu Masud membawa kepala Abu Jahal kepada Nabi, lalu Nabi menyambutnya dengan laungan takbir “Allahu Akbar”

 

 UMAYYAH MATI AKIBAT LUKA KECIL

Umayyah bin Khalaf maut di tangan Rasulullah walaupun menutup keseluruhan badannya dengan pakaian perang. Hanya sebelah mata di bukanya. Sebenarnya dia tidak mahu keluar berperang apabila dikhabarkan oleh sahabatnya dari kalangan orang Islam, Saidina Sofwan, bahawa Rasullah menyebut bahawa kamu akan mati dalam perang Badar. Tetapi kerana didesak oleh Abu Jahal dia keluar juga. Tatkala Umayyah melihat Rasulullah sedang duduk di suatu tebingan, dia meluncur dengan kuda menerkam Rasul. Rasulullah hanya mengambil sebatang panah halus sebesar lidi sambil melontar ke arah Umayyah. Tepat mengenai matanya yang sebelah terbuka. Umayyah mampus dengan luka yang kecil.

 

MATA USAAMAH TERCABUT

Usaamah tercabut mata ditikam pedang musyrikin. Dengan mata yang diletakan atas telapak tangannya dia berjumpa Rasulullah. Lantas Rasulullah mengambil matanya itu dan melekapkan kembali ke mata Usaamah. Kata Usmaah aku dapati selepas itu mata aku yang sebelah tercabut lebih terang dan cerah sehingga dapat melihat dengan jelas sesuatu objek walaupun dalam jarak yang jauh.

 

MORAL

  • Jangan jadi penentang Islam. Kelak mati hina seperti Abu Jahal dan Umayyah.
  • Laungan TAKBIR adalah seruan orang Islam. Bukan Hidup Melayu!
  • Orang yang kelihatan lemah jangan disangka tiada kelebihan dan kekuatan.
  • Sains dan teknologi tidak dapat menandingi mukjizat dan khususiyat orang yang dekat dengan Allah.

“dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantah, nescaya kamu menjadi lemah dan hilang kekuatan kamu serta bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar”

AYUH BERSAMA TUMBANGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Advertisement