2010 lambat jib..aku jadi TPM takpa dah

2010 lambat jib..aku jadi TPM takpa dah

Langkah mayat beta dulu

Langkah mayat beta dulu

Adakah Pak Lah akan melepaskan jawatan Perdana Menteri dengan mudah? Bagaimana anda jika berada pada situasi beliau? Tentu sahaja tidak mudah bukan?

 

2010 adalah cara yang difikirkan paling terhormat untuk beliau berundur walau pun plan itu dipertikaikan oleh kalangan Umno sendiri dengan alasan ia tidak menggambarkan semangat perlembagaan Umno sendri yang tidak menentukan adanya peralihan kuasa kepada sesiapa.

 

Meskipun banyak pihak mendesak PM sekarang melepaskan jawatannya, adalah agak mustahil Pak Lah menyahutnya dalam waktu terdekat. Setakat ini beliau tetap komited dengan 2010 walaupun ia sudah mula digugat. Beliau juga ada air muka dan maruah walau pun maruahnya sudah cukup tercalar.

 

Desakan ini bukan sekadar daripada luar tetapi dalam Umno dan Barisan Nasional sendiri. Siapa sangka Muhyidin Yassin selaku Naib Presiden boleh mengeluarkan kenyataan supaya tuan presidennya mengkaji semula tempoh peralihan kuasa 2010 dianggap lama.

 

Tun Mahatir sedang berkira-kira untuk kembali kepada Umno. Adakah semudah itu Tun akan kembali tanpa mengenakan syarat. Syaratnya mudah sahaja. Dollah mesti undur….undurlah Lah. Banyak pihak sudah mengeluarkan kenyataan menyokong penyertaan semula Tun. Bermakna kumpulan ini menyokong desak untuk Pak Lah berundur.

 

Cuma kalangan Umno sendiri sedang mengatur strategi bagaimana untuk menurunkan Pak Lah dengan cara lebih terhormat. Maruah dan sejarah Umno perlu dijaga. Tidak ada ada sejarah Umno presiden mereka meletak jawatan kerana desakan.

 

Apakah pertukaran potfolio adalah muqadimah kepada perletakan jawatan Pak Lah secara terhormat.

 

Selepas ini Pak Lah akan melakukan beberapa tindakan untuk menambat dan memenangi semula hati rakyat selepas rakyat dibebani dengan kenaikan kos minyak yang besar dan mendadak. Dengan cara itu beliau akan tetap dikenang sebagai negarawan.

 

Penurunan 15 sen minyak baru-baru ini belum memulihkan luka hati rakyat. Buktinya rakyat Permatang Pauh tetap memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun pelbagai isu memburukkan pembangkang dihambur di sana.

 

Kerajaan melihat ganjaran bonus bajet sudah tidak memberi kesan daripada sudut untuk mengula-gulakan rakyat. Bonus akan menjadi agenda tetap belanjawan tahunan.

 

Sekarang musim perayaan. Rakyat akan menghabiskan banyak wang untuk berbelanja meraikan perayaan setahun sekali ini. Manakala akhir tahun rakyat terpaksa sekali lagi berbelanja besar mengurus kelengkapan anak tahun baru persekolahan.

 

Tidak mustahil suatu pakej besar untuk anak-anak sekolah akan diberikan selepas kegagalan menyakinkan rakyat bahawa yuran persekolaha adalah percuma. Kemungkinan plan pembiayaan pengajian pembangkang melalui manifesto pilihanraya Umum Mac lalu akan diubahsuai tiru.

 

Mengapa tidak. Lihat sahaja polisi kebajikan yang diperkenalkan oleh kerajaan Kelantan telah ditiru oleh kerajaan pusat. Cuma mereka tidak mengaku dan mendakwa bahawa itu adalah plan dan polisi mereka. Kata Tok Guru “biarlah mereka tiru dan mengaku hak mereka, asal buat untuk rakyat”

 

Tuntutan-tuntutan persatuan sekerja akan dilayan sewajarnya. Antaranya menaikkan elaun perumahan, menghapuskan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) untuk kakitangan kumpulan sokongan I dan II (Gred 1 hingga 40) oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), memberikan semula elaun kritikal bagi kumpulan sokongan II yang ditarik balik pada Februari lepas, melanjutkan umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun dan memperkenalkan kadar pencen mengikut perkhidmatan.

 

Manakala akta-akta yang kelihatan mencengkam akan diubah suai agar kelihatan lebih mesra tetapi tetap mencengkam. AUKU sudah diwar-warkan akan dipinda, bahkan dijadikan forum perbincangan. Manakala media aliran oposissi tampak diberi lebih kebebasan. Terbaru MCA Kelantan melalui Mesyuarat Agung mereka mengusulkan ISA dikaji semula.

 

Hanya dengan cara melayan tuntutan-tuntutan di ataslah Pak Lah akan dilihat berundur dengan cara lebih terhormat dan dikenang oleh rakyat. Kecualilah Pak Lah masih ralit dan alpa di Sri Perdana.

 

Melihat kepada situasi hari ini dengan amukan ISA dan situasi politik negara (politik Umno sebenarnya) yang semakin gawat, Pak Lah tidak akan turun dengan cara lebih terhormat. Ikut mun la Looooh!

 

 

 

Advertisement