Kita biasa mendengar larian berganti-ganti dalam sukan olahraga. Tetapi lain di Kelantan, khususnya di Qaryah Ramadhan perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4 Kota Bharu..
Sepanjang malam bulan Ramadhan, di Qaryah Ramdahan dan sekitar kawasan perkarangan stadium tersebut bergema dengan alunan bacaan Al Quran. Solat Terawikh diimami oleh 2 orang imam yang didatangkan khas daripada negara Mesir. Manakala bermula jam 12 malam hingga ke subuh Al Quran dibaca secara relay oleh pelajar-pelajar daripada beberapa maahad tahfiz seluruh Kelantan. Antaranya Maahad Tahfiz Pulau Chondong dan pelajar aliran tahfiz Maahad Darul Anuar Pulau Melaka.
Menurut Pengerusi Jawatan kuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan Dato’ Hj. Takiyuddin bin Hj. Hassan, , idea bacaan Al Quran secara berganti-ganti ini adalah cetusan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abd Aziz Nik Mat.
“Tok Guru berharap benar sepanjang malam Ramadhan bandar Kota Bharu bergema dengan bacaan ayat suci Al Quran.
Namun katanya pada masa yang sama Tuan Guru berpesan supaya pembesar suara tidak terlalu kuat sehingga boleh menganggu masyarakat setempat samada orang Islam atau bukan Islam.
“ Menurut Tuan Guru sememangnya kita ingin membesarkan syiar Islam melalui bacaan Al Quran, tetapi kita tidak mahu menujjukkan kepada masyarakat terutamanya non muslim bahawa Islam adalah agama yang menganggu ketenteraman awam.” katanya.
Setiap malam tidak kurang daripada 20 pelajar akan membaca Al Quarn secara sambung berganti-ganti sehingga ke waktu sahur merapati solat subuh.
Sepanjang bulan Ramadhan ini juga Qaryah Ramadhan turut menyediakan hidangan sahur. Suatu suasana yang sukar dan tidak ditemui di tempat lain.
Difahamkan baru-baru Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abd Aziz Nik Mat menyatakan hasrat untuk bersama mengikuti relay Al Quran dan bersahur di Qaryah Ramdhan.
Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.