Bual@Bicara Remaja

<<Pentas Ramadhan Sepetang Di Ambang Iftor>>

Bual@Bicara Remaja (B@BR) yang diadakan pada 23 Ramadhan lalu di Pentas Ramadhan Sepetang di Ambang Ifor  berjaya menarik perhatian para pengunjung Qaryah Ramadhan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke 4 Kota Bahru.

Hasby, Hafez, Mat dan Firdaus

Hasby, Hafez, Mat dan Firdaus

Bual@Bicara Remaja adalah program anjuran bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB BRI) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (DPPKB).

Interaktif Audien

Interaktif Audien

Program yang dikendalikan oleh seorang perantara dan 3 orang panelis kalangan remaja memperkatakan tajuk Nikmatnya Ramadhan Gembiranya Syawal. B@BR adalah berkonsepkan perbualan santai dan bersahaja antara ahli panel tanpa terikat dengan soalan-soalan. 

Antara topik yang dibicangkan ialah pengertian Ramadhan dan Syawal, puasa umat terdahulu, lailatul qadar dan dosa-dosa orang yang tidak berpuasa.

Selain membicarakan persolan ilmiah mereka juga berkongsi cerita dan pengalaman lalu ketika menjalani ibadat puasa dan menyambut hari raya idil fitri. Suasana menjadi gamat apabila ada cerita-cerita dan pengalaman lucu yang diperkatakan oleh mereka.

Bual@Bicara Remaja juga menyelit slot Audien Interaktif dengan cara panelis menjemput penonton ke pentas untuk berinteraktif dengan berbual atau menyampaikan nasyid dengan mereka. Hadiah-hadiah menarik diberikan yang mana disumbangkan oleh pejabat exco Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu.