Kasihanilah Pak Lah. Setujukah saudara sekiranya kita beri peluang kepada Pak Lah sehingga peralihan kuasa 2009 atau 2010 berlaku? Rayuan ini atas dasar belas dan kasihan kepada Dollah yang malang itu.
Sewaktu Pak Lah memperolehi mandat besar dalam pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 terlihat di raut wajahnya kegembiraan yang amat. Kenyataan-kenyataan yang keluar tampak jelas berbaur rasa besar diri. Pastinya ketika itu ia adalah hadiah bagi mantan Perdana Menteri Dr. Mahathir.
Kepimpinan Pak Lah makin terserlah kerana membawa imej mr. clean, cucu tuan guru besar yang bakal membawa polisi yang lebih lunak dan memperjuangkan intergriti dalam pentadbirannya.
Kata-kata keramatnya bekerjalah bersama-sama saya, bukan untuk saya diwarwarkan oleh segenap media mencerminkan kesungguhan kerja dan tanggungjawab yang terpikul di pundak Perdana Menteri ke 5 ini.
Rasuah akan ditentang habis-habisan. Politik wang dibendung dengan pelbagai syarat dalam pemilihan. Justifikasinya dengan pendakwaan dan hukuman kepada beberapa jerung bersaiz sederhana. Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melalui proses penambahbaikan.
Kemuncaknya Pak Lah ditonjol ssebagai pemipin yang islamik dengan dendangan puisi bukan harta dan kedudukan yang diburu, tetapi Imam Syafie dan Imam Ghazali yang dicari. Akhirnya Islam Hadhari yang entah dari mana diketemui.
Orang kampung cukup teruja apabila melihat seorang PM mengimami solat terawih! Berucap berselang dengan petikan Al Quran dan Hadis.
“Molek sikit banding dengan Mahathir dulu,” itu komen bonda saya.
Namun ternyata Islam Hadhari yang dicanang Pak Lah itulah yang memakan dirinya. Rakyat semakin bercelaru dan keliru dengan agama baru yang kemudian diulang-ulang sebagai pendekatan baru Islam . Islam Hadhari ternyata gagal menjadi daya penarik undi dalam pilihanraya lepas. Bahkan ia menjadi ejekan ramai kerana tindak tanduk pemimpin Umno jauh daripada Islam yang konon turut menjadi teras perjuangan Umno.
Seawal Pak Lah memegang tampuk pemerintahan negara, kita mengharapkan suatu pembaharuan yang akan dibawa. Tidak dibayangi oleh dasar Mahahtir sebelumnya. Sekurang-kurangnya dasar mencengkam yang diamalkan oleh Mahahtir diubah atau dilunakkkan apabila berdepan dengan isu melibatkan kepentingan rakyat.
Sepatutnya Pak Lah mempersembahkan gaya kepimpinan waris cucu Tok Guru terkenal di Pulau Pinang dengan mengurangkan jumlah tahanan ISA kalau pun tidak menghapuskannya, Memberi lebih kelonggaran dan kebebasan kepada penerbitan media opposisi dan mengkaji semula Akta Kolej dan Universiti. Bahkan segala dasar yang bersifat zalim dan menyekat kebebasan perlu dikaji dengan mengambil kira pandangan semua pihak.
Hanya dengan cara itu Pak Lah boleh menghindar bayangan pemerintahan PM ke 4. Justeru akan menobat Pak Lah sebagai pemimpin yang ada stail kepimpinan tersendiri, berani dan tidak tunduk kepada mana-mana proksi dalam Umno sendiri.
Malangnya hanya beberapa lama sahaja imej positif itu berjaya dikekalkan. Memang benar kata orang, tak akan jadi baik seseorang yang berjuang dalam Umno walau pun nawitu dan azamnya kuat untuk membaiki Umno.
Justifikasinya Anwar Ibrahim, Nakhaei Ahmad dan beberapa individu lain yang mendakwa mendakwa berjuang Islam dalam Umno adalah untuk membaiki Umno. Mashitah dan Firdrdaus adalah juga antara juga contoh terbaik
Namun secara peribadi timbul pula rasa kasihan pada Pak Lah yang malang ini. Pak Lah sudah boleh dianologikan sebagai Pak Pandir yang tahu beranak tapi tak tahu jaga anak. Ibarat Pak Kadok nak rampas Kelantan, terlepas empat buah negeri kesayangan.
Kelantan dikatakan tak tahu mentadbir, sedang negara nazak dilanda krisis kepimpinan, harga minyak yang sekali naik sekali turun, serentak harga barangan mendadak.
Ahhh! Biarkan Dollah Luncai terbenam dengan labu-labunya.
Namun saya kira di hari baik bulan baik ini kita maafkanlah dulu Pak Lah. Berilah sedikit peluang (walaupun sudah banyak peluang) untuk dia mencatat sejarah peribadinya yang agak baik, sekali gus merakam sejarah negara.
Saya juga mengira bahawa pihak pembangkang boleh membantu mencari jalan dan cara agar Pak Lah turun dengan cara lebih terhormat sebagaimana dalam posting saya terdahulu. Kita tidak mahu melakar sejarah bahawa ada seorang PM Malaysia dijatuhkan dengan cara yang agak mengaibkan. Bukankah Islam mencegah untuk mengaibkan seseorang.
Biar pun Umno sudah sekian lama merosak dan mencemarkan sejarah PAS dan perjuangannya. PAS dianggap sebagai suatu bahaya yang turun dari Gunung Semanggol, membawa pendekatan radikal dan ekstrimis. Memali dirakam sebagai suatu peristiwa amukan berdarah para pengganas yang didalangi oleh pimpinan utama PAS.
Cukup.. Cukup… Apa yang berlalu biarkan ia berlalu. Saya yakin Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden PAS boleh memaafkan Pak Lah.
Manakala pada Pak Lah pula dia perlu lebih menjadi pendengar yang baik daripada kalangan banyak pihak. Jangan hanya menjadi pendengar kepada orang sekeliling, terutama anak menantu sahaja. Cubalah juga dengar rungut orang tentang peel anak menantu anda. Jangan buat pekak badak bila ada orang menceritakan hal mereka. Tidak semestinya ia ditelan terus. Sebagai ketua keluarga, bahkan ketua negara selidiklah sedikit apa yang diluahkan oleh rakyat tentang kerabat kita. Bukankah Amru bin Asr pernah merontan anaknya sendiri yang ada perkara yang tidak telus ketika mengurus kerajaan Mesir. Ia bertindak hasil laporan sahih salah laku anaknya itu.
Apa yang disuarakan pembangkang perlu juga diambil perhatian. Yalah kerana pembangkang, bukan bermakna ikut semua tetapi apa yang dikira relevan apa salah ia diberi perhatian. Ia sedikit pun menjatuhkan martabat dan imej anda sebagai PM. Bahkan orang akan mengenang anda sebagai PM yang hebat.
Keangkuhan kerajaan Barisan Nasional sedikit reda selepas kena pukulan nazak PRU ke 11. Beberapa hari nada pembaca berita TV3 dan RTM terutamanya berubah nada. Sunyi seketika laporan-laporan yang memburukan pembangkang. Bahkan penganalisis-penganalis poloitik yang dijemput membicarakan topik dan isu PRU 12 berani mengkritik dan menghentam kerajaan Barisan Nasional.
Kasihailah Pak Lah. Tapi kalau Pak Lah masih dengan sikap degil Abu Jahalnya kita lawan sampai dia tersungkur hina. Cuma saya tinggalkan suatu persoalan. Selepas Pak Lah bagaimana?. Aku tidak rela berPerdana Menterikan Najib! Tidakkkk!!!! Sedang Zahid Hamidi yang pernah sekapal dengan Anwar mengintai peluang. Ini konspirasi mana pula? Diberitakan juga Ketua Menteri Melaka berminat jawatan nombor 2 Umno, justeru memasang angan-angan jawatan nombor 1 atau 2 negara. Najib, Zahid atau Rustam semuanya 3X5.
Jelasnya Najib semakin ditolak oleh kalangan Umno sendiri. Bagaimana Najib Sharibu boleh berada di kerusi presiden sedang dirinya bertompok dengan kudis dan rekod buruk.
Politik Malaysia semakin panas dan rancak! Kasihan Pak Lahku. Kasihannn!!!
OK TU
Salam Perjuangan…
Dikeheningan Syawal yang masuk hari ke 4 ini yang disibukkan dengan kenduri kendara saudara mara, sahabat handai sekurang-kurangnya dapat melepaskan kepeninganku memikirkan isu politik masa kini. Kini masanya untuk kita semua untuk lebih kuat bekerja bagi menjamin BN akan jatuh ke tangan pembangkang.
Kesihan sungguh Pak Lah ni,setelah diasak dengan pelbagai asak yang dibuat oleh pimpinan Umno bahkan MT sendiri yang memaksa beliau untuk mempercepatkan proses peralihan kuasanya kepada Najib. Lalu beliau pun akur dengan segala asakan yang di buat, diubahnya tarikh perhimpunan agung Umno ke bulan mac, lemah juga Pak Lah ni. Ingatkan gagah sebab boleh kahwin dengan Jeanne setelah kematian isteri yang tersayang.